Friday, October 30, 2009

berhajatnya...


tadi pegi rumah moklong sebelah ni. dia buat makan2 sikit sempena nak gi mekah besok. alhamdulillah rezeki dia untuk buat haji dah tiba. happy jugak dengar khabar semalam. moga-moga moklong dapat haji mabrur.

kelakar dengar dia bercerita tadi. dia baru dapat surat tabung haji hari ni. tapi sebab dia rajin call and enquire, dia dapatlah berita yg dia dapat tempat kelmarin. katanya, ada makcik duk dekat dengan kubur bawah sana, gelang apa bagai dah dapat, tapi takde berita apa.. adoi.. lagi seksa. bayangkan kalo dia tak tau apa-apa and baru dapat surat hari ni? tak terkejar2 besok kul 8 pagi dah nak bertolak ke kelana jaya? nak buat persiapan lagi. itu ini, tolak tambah, kelam kabut sure confirmed!

mmm... bila pulaklah agaknya rezeki kami nak gi? insya Allah.. harap Allah mudahkan laluan ke sana satu hari :D

dalam sembang2 tadi, ada la dia mentioned about rumah dia. tuan rumah nak jual rumah tu. secara tak sengaja, i smiled. hey.. bukannya i tak suka dia duk situlah. i have been berhajat nak beli umah sebelah ni. kot-kotlah ada rezeki in future, boleh buat rumah berkembar. hehehe..

memang lepas dia cita pasal umah dia, dalam kepala ni dah berpikir-pikir, macam mana nak bayar, what to do with the house, etc. berangan kan? hahahaha... solat maghrib tadi pun tak kusyuk. tak senonoh betul perangai.

tadi trylah carik dia punya advertisement. mak datukkkkkk! tuan rumah nak jual umah tu RM300k. gila mahal. siap letak kat situ "non-nego" and siap bagi indication, " Pembeli juga perlu mampu mengeluarkan modal selain dari pinjaman, kerana pinjaman boleh dibuat hanya dalam lingkungan 200K sahaja selainnya dari duit simpanan sendiri atau EPF." hampeh betul! kalo umah cantik bebeno, ok jugaklah nak jual sampai rm300k. my house yg siap plaster siling - depan sampai dapur, sengah tingkat up lagi, seluruh rumah dah siap renovated pun baru RM219k. buat org sentap betul la tuan rumah tu.

nak ke tak nak eh? kalo ikut hajat tu, memanglah berhajat bebenar. rasa macam baru semalam aje berangan-angan nak beli umah sebelah. ni dah macam bulan jatuh ke riba. tapi bila pikirkan rm300k, non-nego pulak tu, rasa tak sanggup pulaklah. baby dalam perut ni takan nak minum susu isian sejat kot? yang kami anak beranak ni pun, takkan nak makan ikan bilis hari-hari.

ada sapa-sapa nak bagi interest free loan? hehehehe..


Thursday, October 29, 2009

just around the corner

tadi tengok kalendar, i have another 5 weeks to go.. macam tak percaya :D

pregnancy kali ni tak se-excited when i had adam. ok.. mungkinlah sebab adam was my first pregnancy. and this time around, i kind of, takut pun ada?? i dont know. too many things have become indecisive. dari hospital nak beranak, sampai ke gynae, sampai nak beli barang baby pun tak boleh nak decide. apa yang complicate sangat pun tak taulah.

i have once thought of being a domestic engineer; a.k.a. housewife. but then i thought again, would i be able to enjoy the same expenses i have been doing? would i be able to provide adam things and toys that he has always been enjoying? would i be able to provide baby the same amount of toys or baju-baju like her brother? i guess, my proposal to become the DE had to be called off - for the time being. why? i love my work. i love the work environment i'm in. i have a supportive supervisor and i have a good team. i love them loads. dengki-dengki, jeles-jeles ni biasalah kan.. keje penoreh getah pun org dengki. apatah lagi keje opis. pasrah ajelah... i have all good reasons for not leaving iskl for the time being. i still feel cinonet when talking to the mat sallehs, but nowadays, i feel at ease and confident communicating with them. mungkin sebab i've been there for almost 3 years and i have found my ground.

adam pun dah besar skang. macam2 pe'el. made tanya itu hari, could i be fair to my 2 kids? ntahlah... mungkin ada sikit bias as i've been always with adam. and this time around baby girl pulakkan... so, i dont know what to expect. i hope i could justify my role as a mother. insya Allah...

Tuesday, October 20, 2009

eh.. eh.. sama pulak


we went for lunch kat secret recipe last sunday. tengah asyik makan ni, tetiba satu brader ni grabbed my attention. bukan pasal apa pun... pasal baju yg dia pakai tu sebijik baju made tapinya baju dia lusuh sikitlah.. agaknya baju favourite dia la agaknya. hehehe.. nasib la made tak pakai baju yg sama. kalo tak.... adoiiiii....

mengenangkan baju tu, i recalled one incident happened to me while i was with sherry and adam, doing some raya shopping in klcc. tengah dok jalan2 ni tetiba ternampak this lady wearing exactly the same handbag i was wearing. dengan segera, i marched into M&S and bought a new sling bag. yes! saya sangat "ape menda la dia ni....":P i have no reason for my action. but i felt, tak best.. kalo sama baju ke, sama seluar ke rasa macam... tak kisah la lagi kot. sebab menda tu macam sangat general. tapi kalo macam handbag ni rasa semacam la....

another memory of "kembar" happened when i was in ITM. time tu naik bas 222 pi mai CM ke shah alam. nak dijadikan cite, time tu balik kelas. time tu bas penuh dengan org dah balik keje. dengan aksi awek cun jelita, naiklah minah ni dengan sopan santun berbaju kurung kedah kaler cokelat berbunga kecik2 sambil bawak buku dan bag packnya. sambil kontrol ayu ni, i stopped dekat satu tiang tu, and held the tiang tight sebab bas dah bergerak. peh tu pusing tengok luar. peh tu tengok kakak depan mata. ha.. amik ko! sebijik-sepesen-sama kaler-kembaq siam! confirmed dia pun beli baju tu kat globe silk store. time tu jugak, tak kisah org ramai, i redah aje org ramai tu, gi duk kat belakang. panas muka den.. hahaha..

mengong nih..

Friday, October 16, 2009

mari mengeja


versi atok:
A-Y-A-M = adam

versi adam:
A-D-A-M = ayam

versi ammar:
A-Y-NYUM-NYUM = ayam


Ammar wins :D