
nama penuh: mohd ramadhan mohd tahir
nama glamer: made (as ma-de not made in china)
tarikh lahir: 17 ogos 1977
tempat lahir: kelantan (hidup krai!)
5 sebab mengapa saya patut dicalonkan?
- testimoni mesti ditulis oleh isteri/teman wanita/atau sesapa yg berkenaan.
penulis testimoni: su.anne.na
hubungan dengan calon: isteri tercinta
sebab-sebab pencalonan:
1) suami saya adalah seorang yg baik hati. sudah 2 tahun berturut2 dia tolong saya settlekan kad kredit saya yg sampai ke puncak kasihnya. selain itu dia telah belikan saya bunga yg saya mintak sempena hari keraian kami. walaupun dia tahu saya bukanlah peminat bunga, dia tetap membelikannya kerana ingin membuktikan cintanya selain berniat untuk membazir. dia sering memenuhi shopping list saya hanya kerana dia tak mau saya bermasam muka (read: berhari-hari).
2) suami saya juga adalah seorang ayah yg penyayang. di kala saya sedang menaip testimoni ini, dia sedang bergurau senda dengan anak kesayangan kami. seringkali dia jugalah yg bergurau senda dengan anak kami kerana saya seringkali leka main donlod games. pada waktu adam baru dilahirkan dia jualah yg berjaga malam kerana melayan rengekan anak kami itu. "aku tengok bola eurolah" helah suami saya kepada kawan2 yg bertanya kenapa matanya ber-eye shadow pada keesokan harinya.
3) suami saya seorang yg pandai berjenaka. dia sentiasa membuatkan saya tersenyum walaupun tatkala itu saya sedang mendidih kemarahan. kerana dia sering tersilap cakap dan juga sering tersadung itu dan ini akibat kakinya yg kurang dibedung ketika kecil dahulu. jenaka yg paling tidak boleh saya lupakan adalah apabila saya terkentut di dalam bilik, tiba2 dia datang dan bertanya "napa u panggil i?" itu adalah sejarah gelak guling2 yg tak boleh saya lupakan
4) suami saya jua adalah sorang yg dikategorikan pendengar yg baik. walaupun di posting saya sebelum ini dinyatakan kekurangan audio beliau, namun dia tetap pendengar yg setia di dalam hati saya. ini kerana beliau akan sentiasa mendengar rengekan, kutukan, cerita-ceriti saya tanpa jemu. dan mungkin juga saya bercerita dalam nada yg agak kuat yg membolehkan beliau mendengar cerita saya dengan jelas sekali. biasalah.. saya kan wanita. bila bercerita tu kadang2 suara boleh sebatu bunyinya
5) suami kesayangan saya juga adalah seorang yg menurut kata. ini menambahkan kedominan saya. (read: lihat saja badan saya. hahahah..) sebagai contohnya, kejadian malam semalam. saya dikehendaki menggosok baju kerana makcik kas tidak datang bertugas. dan saya lihat dia membaca buku cerita yg baru dibeli dari mph. kerana rasa tidak puas hati dan dalam kata mudahnya jeles melihat dia membaca buku, saya mintak dia menemani saya di dalam bilik. dia menemani saya tetapi masih membaca buku. ini menambahkan ketidak puasan hati saya. lalu saya menyuruhnya membaca yasin. fantastiknya, dia pergi dan datang dengan sehelai kain dan surah yasin. alangkah sejuknya hati saya sebagai seorang isteri.
dengan ini saya menyokong penuh pencalonan beliau sebagai suami mithali tahun ini. semoga beliau meraih kejayaan dan sekaligus dapat membelikan saya ford focus yg menjadi idaman saya sejak dua tiga hari ini.
sekian terima kasih



















