Monday, July 20, 2015

ziarah raya

Umah Cik Ali - done!
air oren, kerepek pisang, kuih raya, rendang pelbagai
pak ali jenis buat listing apa dia buat.  dah biasa katanya.  dia akan buat based on the listing he made.  mana yang dia boleh buat terus, dia buat immediately. kalau tak buat, dia akan evaluate kenapa.  kalau barang takde, dia pi beli.  he wants to stay active.  jogging diumur dah 60 lebih.  hebatlah!  cucu dia adam dan ammar.  ada lagi sorang alesya jugak.  sepesen cucu bapak kita.  kihkihkih.  cik nor nak order kek.  alhamdulillah.

Umah Cik Mahmud - done!
air teh, kuih raya
cik nor tak sihat rupanya.  dah dua tahun.  padanlah tak rajin tengok dia dah.  jatuh langgar katil.  kena masuk skru kat kaki.  dah start lupa-lupa.  umur dah menginjak 70++.  ada bibik datang jagakan.  ada masa dia tido, bibik tido jugak.  ada masa dia tak tido,  bibik tido jugak.  hahahaha..  sayang cik mahmud kat cik nor.  dia yang rasa separuh nyawa hilang.  makan pun dah tak sedap dulu.  cik nor boleh masak.  tapi dilarang.  takut cik nor terlupa tutup api dapur.  alhamdulillah.  moga-moga kasih hingga ke syurga.

Umah Cik Yatim - done!
air oren, kerepek, kuih raya
ada layla, ada azrai - laki dia.  cik ana kurang sihat.  penat benar agaknya raya ni.  jaga cucu lagi.  ni cucu takde, bolehlah bercuti sakan.  dia tanya kalau ustaz boleh ajar amsyar ngaji jugak.  majlis ilmu, memang boleh sangatlahhh...  

Umah Abg Man - done!
air sirap bandung, soto, rempeyek
dah start keje dah depa ni.  wife dia dah start meniaga kat brickfields.  umah dia tu umah sewa.  dah 12 tahun, sewanya masih sama.  best benar.  tapi tahan lah dengan keadaan umah yang uzur.  nak dibeli, tak dibagi tuan rumah pulak.  anak sulung ikut mak berniaga.  angah ada kat umah tadi.  alif nak amik periksa upsr tahun ni.  yaya paling kuruih among them.  tapi paling chubby masa kecik dulu.  mia baru 5 tahun.  tapi besarnya mengalah alesya yang 6 tahun ni.  ingatkan alesya dah tinggi dah.  ada lagi tinggi rupanya.  heheheheheh..  gila sedaplah soto dia!  kenyang sampai ke petang.  agak macam tak malu nak mintak sikit untuk tapaw.  hahahahha...

ini untuk hari ni.  besok sambung lagi.  lepas umah abg man dah tak sanggup nak pi umah orang lai.  sebab dah nak terkucil.  sambung besok pulak.  


menziarahi yang tua.
as-salam

Sunday, July 19, 2015

sembilan

dah besau dah budak ammar farhan ni.  sembilan tahun sudah..  happy birthday budak kesayangan mama!

tahun ni celebrate birthday dengan ipoh's clan.  jumpa uwan ipoh.  sempat jugalah mintak petua goreng begedil.  ha..  kena mintak tau petua orang-orang tua ni...  untuk pedoman di masa hadapan.  cewah..  

tapi rugi tak dapat nak makan banyak.  sebabnyak pagi tadi dah masak nasik lemak sebab hufaidah & family datang nak amik barangan yang diorder.  then beraya lah sekali.  takkan nak bagi kuih raya aje.  orang tu nak berjalan jauh.  so i made nasik lemak.  

we were supposed to make move much earlier because i've promised zura that i'll be there around 12.  sudahnya 2.30pm baru saya bertolak ke umah bapak .  

mak & bapak nak ke umah along.  tapinya mak's clan nak datang beraya.  memanglah saya kata lepas zohor nak bertolak, tapi takkanlah sampai hati sangat saya nak suh dia balik as soon as azan habis.  alohlah...  kebetulan pulak kak ti & kak na went to bapak's house jugak.  jadiknya, sempatlah beraya dulu.  sampai umah along pun dah terlewat.  siap ammar talipon, takut kek birthdaynya tak sampai.  hahahahaha...

pergi umah zura pun dah lewat petang.  kul 6 kot baru sampai.  saing pulak dengan relatives dia.  ramai pulak tu.  saya dahlah sorang-sorang.  tukar uniform masuk dapur sudahnya.  kasihan zura berkejar-kejar sendiri kat dapur tu.  memanglah maid ada.  tapi depa pun berkejar-kejar juga.  sudahnya 10.30 baru bertolak balik umah.  

singgah pulak columbia hospital sebab adam demam panas.  batuk tak henti dah dekat dua minggu.  dapat antibiotik, ubat selsema & panadol.  tak kebah juga dalam 3 hari, kena datang balik.  hai lah anak mama sorang ni...  demam rambut panjang agaknya..  heheheheheh..


beraya bagai nak rak!
as-salam  

Sembilan

Today, nine years ago; was the last time I spoke to ayah. 

If he's still alive today, he'd be the main reason I enjoy going back to Krai. 

Penuh rahmat birthday Ammar tahun ni. Hujan tak berhenti dari semalam hingga pagi ni.  

Yes. Di kala I rajin basuh kain. ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­


Al-fatihah
As-salam


Saturday, July 18, 2015

Parkir

Tadi kami keluar pi kedai.  Bila balik tu, ada satu kereta parking depan umah kami.  Memula kami honk.  But since we managed to park our car under the porch, we let the pakcik enjoy the minum-minum at our neighbour's house.  Hari raya ni, toksah nak berkira sangatlah.......  

Petang tadi pulak, abang dan adik main kat bawah porch.  I pun sajalah nak pi intai depa.  Alih-alih ternampak ada satu kereta putih parking depan rumah.  

"Keta sapa tu, Dam?"

"Dont know.  But the pakcik say if we want to go out, call lah"

"Mana nombor dia?"

"Dia tak bagi pun...."

Eh-eh..  What la...

Ok.  Tak kisah.  Bukannya kami nak ke mana pun.  I went inside.  

10 minutes later, I went out again to check on the kids.  Aik...!  Keta dah beralih depan umah jiran.  
Ini adalah funny.  In the first place, depan umah jiran tu kosong lontong, yang dia nak parking jugak depan umah kita ni ha, pasaipanya?  Apa yang best sangat parking depan umah orang ni?  

Pernahlah satu masa ketika itu.  My friend came to visit.  Kebetulan the neighbour's friend came to visit too and they parked infront of my house.  They were chit-chatting at the car.  So, my friend injaklah ke depan, dengan harapan they will move a little bit so that she can park infront of my house.  They ignored!  Uih..  Paneh hati makcik.....  So, I had to tell them off lah.  

"Boleh parking ke depan sikit?  Kawan saya nak parking depan rumah saya"

Then only they moved.  Dengan jelingan, okeh?  And yet, parking depan umah dia adalah kosong lontong.  

Maybe sebab depan umah saya ni ada tiang lampu.  Sedap sikit nak bersidai.  Boleh.  Sidailah sampai lebam.  But spare some respect to tuan rumah, cannot izit?


Farkinglah you!  Oopps!
As-salam  

Satu hari di hari raya

It was a little twist yesterday. I didnt get to visit uwan jiah. But instead I celebrated hari raya with nenek and kak aroh. Those yang pi balik tanjung malim pun tak dapat beraya habis sebab mak uteh acum pi beraya. Depa pi umah uwan cik je. Mmmm.....  Dia aje yang tinggal among uwan's siblings after opah usu's passing.

Pinggan VIP pun tarak this year. Mak dah kidnap bawak balik gapi. Hahahaha....  Bekas kuih raya pun dah tukau hak plestik. Itu pun mak kata kena baling dengan mika. Imagine if it's the usual bekas kuih yang kaca tu?  Woohooo.....  

Well....  Nothing much this year.  Raya dengan mak uteh. Then to Nita's where I got to meet pembeli-pembeli kuih raya I. Hahahaha..  

Then to Kak Tuty's. Mujur nampak fb dia beraya di KL. Yang lain-lain tak dapat dikesan lagi. Hehehe..  

Raya continues today -- with more baking. Alhamdulillah rezeki Allah swt tidak putus untuk kami sekeluarga. 


Perut sudah berputar. 
As-salam

Friday, July 17, 2015

Pagi raya

Kuih raya masih dalam bekas aiskrim.  

Dapur masih kecah dengan barang baking. 

Dapur orang lain dah bau rendang. Dapur I masih bau cookies and cakes. 

Mata separa tutup. 

Baju bebudak tak basuh lagi. Harap basuh dan gosok untuk pakai hari ni saja.  

Kain sebakul belum lipat. Yang dah lipat belum masuk almari. 

Bekas cili sos masih di depan tv. Bertuah betul si Adam ni. Dah suh alih dah tadi.  Hishhhhh!  

Keta still comot. Kesan tidak basuh.  Nothing to elaborate. 


Gembira raya!
As-salam. 

Rindu

As of now, this moment; belum dengar takbir raya. 


Ntah kenapa.
As-salam 

Thursday, July 16, 2015

Malam raya

Masih mem-baking

5 brownies
1 plain butter cake
1 butter cake with buttercream
1 VSC


Besok raya wehhh!
As-salam

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN 

Ce-cite

Encik suami kata dia minat Tom Hanks.

Tapinya......

Banyak-banyak movies yang dia downloaded, asyik-asyik muka Leonardo DiCaprio. 

Tak mungkin dia tak kenal muka Tom Hanks, kan?  

Haaa-haaaa kantoi...!

Hahahaha


Tunggu titanic.
As-salam

Wednesday, July 15, 2015

Kawan

If not because of this one friend, I would be acting moody with my G buddies yesterday. 

If not because of this one friend, I'd be wondering if I had crossed the line. 

If not because of this one friend, I wouldnt know who are my FRIENDS. 

Allah sayang saya. Sebab tu dia kasik saya kawan-kawan yang appreciative dan supportive serta hargai nilai friendship. Dia tunjukkan saya siapa yang boleh dibuat kawan; siapa yang wajar saya jauhi. 

Kasih sayang Allah tu luas. Kita aje yang selalu kata Allah tak sayang kita. Nilai kasih sayang sebenarnya tak bertepi. Kita yang patut bijak hargai.  


Aduh sayang...
As-salam. 

Tuesday, July 14, 2015

Ease

Sekarang saya mampu senyum. Lebar. Ear to ear. Perlis to Johor. 

I thought I was wrong.  I thought I was incapable of delivering my idea. Happened to be I was in a communication with an idiot.  No wonder he was unable to digest the simplest explanation. Masalah pencernaan kritikal. 

Thank you for whom had made me smile. 

I spoke to Nit. I told her, if you're a pencuri; YOU ARE the pencuri. It's not THE Indian is THE pencuri. 

You're my best friend because of whom you are. Not because of the bangsa or agama or kaum you were born with. 

Senang, kan?


Why complicate? 
As-salam

Kecik besar

Argument saya senang. Kenapa libatkan bangsa?

Kalau yang bodoh tu diri sendiri, kenapa kena salahkan bangsa lain?

Kalau yang bangang tu diri sendiri, kenapa nak tuding jari kat orang lain?

Ko makan, ko kenyang.
Ko lapar, ko nak salahkan megi habis? 

Come on la....  

Isu senang. Kenapa isu perkauman?  Hakikinya diri sendiri. 
Tuding pada diri sendiri. 
Acukan jari pada diri sendiri. 
Talk to the mirror. You will know how ugly you are. 

Ego kan?  Tak boleh dibetah. Mesti dipatuhi. Mesti diangguk. 

Sorry. You have proven yourself to be otherwise. 


Respect no more. 
As-salam



Hei

Bila berkata, gunalah akal.

Macam-macam mana ko nak pertahankan apa yang ko rasa betul, biarlah berlandaskan apa yang betul juga. Biarlah adil dan saksama. Biarlah sama tinggi dan tidak terjongket. 

Worst when you poked personal matter into a discussion.  Mengundang masalah tu bhai. 


Alangkan duit raya pun kita asingkan.
As-salam. 

Orang biru

Saya suka baca satu statement ni:

"Yang salah bukan bangsa. Yang salah adalah pelaku"

Betul kan?

Yang paling interesting adalah tukang kompang. Macam dia ada kat tempat kejadian. Worst, bercerita macam dialah mangsa/pemangsa. 

Gah dengan 13 Mei. Itu kalau sejarah berulang. Kalau otherwise?  Bercita-cita nak mati syahid lettew..  

Kalau setakat berani depan tuk-tak-tuk-tak atas keyboard, rentikan sajalah.  

Malaysia tak perlukan orang macam kamu. 

Malaysia perlukan orang seperti saya?  -- saya tak kata....  

Sebab saya sedar saya cuma warganegara Malaysia, berbangsa Melayu dan beragama Islam; yang cuma menumpang di bumi Allah swt. 

Saya tak petah nak jadi keyboard warrior. 
Saya tak gagah nak menentang orang. 

Hak saya cuma di bahu kanan kiri. Milik saya cuma yang bertanah 7 kaki dalam. 

Saya cuma mampu menyokong apa dan siapa yang saya rasa worth and deserve. 


Pakpung pakmustape. 
As-salam  



Monday, July 13, 2015

Kau

Nak laung kebenaran, biar yang benar-benar. Tulen. Sahih. 

Jangan bikin malu. 

Jangan jadi tong kosong. Berdengung banyak harkat. Apa pun tak jadik. 


Aman apasalahnya?
As-salam

Sunday, July 12, 2015

Keputusan

Nanti kalau sakit hati, dosanya dia mudah. Saya forgiving. Immediately boleh write off. 

Macam mana pula dosa saya yang ibarat tak redha dengan ketentuan Allah swt?  Selagi hati saya berdetik mengenangkan apa jadi, selagi itu dosa saya menghambat. 

Kerana ia kecil, kerana itulah pedihnya cengkam.  


Ditto. 
As-salam. 

Friday, July 10, 2015

Tuesday, July 07, 2015

Assistant dah sampai

Yeahu!

Alhamdulillah.

Kuatkan semangat.  Bangkit dan mara.

Cewahhh...  Dah macam asekor nak peregi berperang pulaknye..


Uli dan bakor.
As-salam.

Monday, July 06, 2015

Panik ke?

Assistant saya sakit muscle. 

Kuih raya banyak lagi nak nak kena buat ni. 

Petang karang satu lagi assistant sampai. 

Tak yah panik dulu kot eh?


Berdebar je dulu. 
As-salam. 

Sunday, July 05, 2015

Sekolah

Tiba-tiba pagi ni risaukan persekolahan alesya. 

We registered at CBN. Tapi chance is slim lah. And our second choice was sama sekolah dengan abang dia. 

Location, of course sekolah abang wins. But environment, I'd prefer CBN. 

Bukanlah sekolah abang tu tak bagus. Tapinya, when you heard stories; you jadi takut. Nak-nak special ones like alesya. 

Oh well...  Semua anak pun special. Ye tak?  Hmmmmm.....  


Worry and afraid. 
As-salam

Saturday, July 04, 2015

Samset

Itu hari..... Saya masak sup ayam.  Tapi saya tak berapa nak makan sup tu.  Jadi saya panaskanlah samset*.  Amik satu sudu kecik je. Gaul dengan nasik. Makan sekali dengan timun.  Kejap lagi adam kata "mama!  Ur face is red". 

Hahahhahah...

Besok paginya beronar perut saya. 

Inilah pengalaman orang tak makan pedas. ☺️

*samset adalah singakatan untuk sambal setan; iaitu sambal ikan bilis dengan cili api. Kaw-kaw punya pedas. 


Tak pedas tak sedap pulak.
As-salam


Friday, July 03, 2015

spelling part ii

ring..  ring..  ring..

"mama.  it's me.  asya"

"hi asya.  how's your school today?"

"good.  mama..  i got another big star for my spelling today"

"you're getting better and better, asya.  good job!"

"thank you mama"

words were:  kapal, sampan, kapal selam, kapal layar -- i forgot the other two.

she's good, eh?

alhamdulillah.  syukur


ini cerita hari rabu pula.
as-salam

Ini teguran

Dalam banyak-banyak menteri yang dilantik ni, tak de yang boleh bagi statement membina sikit?  

"Kalau tanak bayar tol, jangan lalu hi-way"

"Kalau sayur mahal, tanam sayur sendiri"

Apakah?

Ok.  I know for a fact, these could be the words of the media themselves.  Interpretation yang mudah bila menteri suggest kita tanam sayur sendiri untuk mengelakkan perbelanjaan besar.  Which is good actually.  But when it was put as such in media and grabbed attention of rakyat like me and you, we have nothing but tepuk dahi.  Kan?  

Worst if statement was recorded verbatim.  Tangan kat dahi lagi, now lopong mulut pulak.  

It is as though artis pakai seksi-seksi, then upload kat IG.  Kena bash up dengan followers.  Pastu dia bagi komen "tak suka, jangan follow"

What laaaa....?  

Kita sayang.  Sebab tu kita tegur.  Baik menteri, baik artis.  Semua pun rakyat Malaysia.  Tak kisah bangsa apa, agama apa sekali pun.  

Cakap la elok-elok.  Nak naikkan marah orang buat apa.  Bila tegur tu, take a second or two to reflect. Kalau elok, buat sempadan.  Yang nak menegur ni pun, tak payah la nak sarcastic sangat.  Dah macam dia aje yang betul.  Kalau dia kena tegur, moncong pulak.  Hahahahah.. 


Manusia kan kita ni?
As-salam

spelling part i

ring..  ring..  ring..

"mama.  it's me.  asya"

"hi asya.  how's your school today?"

"good.  mama..  i got big star for my spelling today"

"good job, asya"

"thank you mama"

words were:  ship, boat, ferry, tanker, submarine, yacht.

i really thought she would sangkut at submarine.

alhamdulillah.


itu cerita hari isnin.
as-salam

Thursday, July 02, 2015

Keguguran

Bukan saya. Kawan saya, Onie. 

Baru 2 bulan.  

Macam baru je nampak perut dia boncet. Dah kempis balik.  

Tabahlah Onie.  

I had the experience. Before Alesya was born.  

Doktor pun kata. Sometimes it's not you. Sometimes it's the baby. Mungkin baby tak boleh form perfectly. So dia discharge dirinya sendiri.  

Kejadian hak Allah. Kita mana tau, kan.... Fikir yang positif. Setiap satu ada baik buruknya.  


Biar keguguran, jangan sengaja dibuang. 
As-salam. 

berjaya diselamatkan

alhamdulillah.

ameen.

jangan main pintu pas ni.


har-har-har-har
as-salam

terperangkap

dalam bilik sendiri.

tombol pintu rosak tak leh bukak.

kita tengoklah camne nih..

camno nak berbuka?

jengjengjeng..


mujur bukan anak-anak.
as-salam.

Kerana

Ego

Kau sakiti

Aku. 

Ok.  Fine. 

Aku tak mau sakit hati.  
Aku tak mau rasa dilukai.

Aku mahu redha. 
Kerana ini dugaan Allah. 

Kau

Aku maafkan. 


Nyah!
As-salam

Wednesday, July 01, 2015

Waktu berbuka

Dengan mak dulu, by 7.15 dah sibuk-sibuk kemas meja, susun pinggan, bancuh air, pelbagai-bagai lah.  Jadiknya bila nak berbuka tu jadi family event.  Kecoh riuh.  

Kalau berbuka kat umah uwan dulu lagi best.  Bentang kain samprah kat tengah umah. Panjang.  Lauk uwan buat dua set. Lagi riuh.  Masing-masing nak carik port cantek.  Selalunya depan makanan favourite lah.  

Zaman la?  Masing-masing sibuk dengan gadget sendiri!  Pathetic lah weh!

Mungkin orang lain tak kisah.  Tapi saya kisah. Saya tak suka.  Dekat meja makanlah nak main segala gadget.  Macam tak reti nak hormat rezeki yang terhidang.  Kadang-kadang bila saya pegi makan kat luar dan nampak family yang cenggini, saya rasa kasihan sangat. Rugi wehhh!  You'll never know if the person next to you would soon gone.  Cakaplah dengan dia.  Tak payah besok-besok nak update status "aku rindu sama kau". Peluang Tuhan dah bagi.  Grab!

Masih kecewa.
As-salam

Dah satu julai

Pantas masa berlalu. 
Masihkah kita leka?

Ya Allah!  Jauhkan kami dari kealpaan dan kepapaan iman. 


Ameen. 
As-salam. 


Tuesday, June 30, 2015

Fenat lah...

1 rainbow cake. 
1 choc chips cookies. 
1 brownies. 
1 birthday hamper. 
14 sets pretzels. 

Done. 
Now delivery. 


Nak berlunjur kaki pulak. 
As-salam. 

Sebenarnya

Pi dapur ni sebab nak pi toilet. 

Tapi sempat basuh pinggan. 
Tengok listing cookies. 
Minum air.
Main fb. 
Tengok instagram. 
Update blog. 
Pikir nak masak apa buka besok. 

Tak sedar diri lagi 4 jam nak bangan bersahur. 

Huahuahuahua...


Nite-nite.
As-salam

Masih berjaga

Tengok listing order kuih raya.

Alhamdulillah. Rezeki bertambah di bulan mulia ni. Moga agar rezeki ini diberkati dan dirahmatiNya. 

Pagi ni buat trial run. Prep butter cookies. Baked blackforest and choc chips cookies. Lengoh segala anggota badan. Nampak benar hakak dah berusia. Hahahahahah. 

Kena gigih lagi ni. Alhamdulillah setiap hari ada aje penambahan order. Encik suami dah pesan. Amik mana yang mampu aje. Tapi dia lupa gamaknya....  Bini dia ni payah turn down request. Dah acaner......  Dengan dia sekali la kena turun dapur. Hahahahaha..


Baik buat cookies dari buat dosa. 
As-salam. 

Monday, June 29, 2015

Syed Azmi

Saya suka baca nukilan dia. Experience and his thought. 

Enough said. 
As-salam. 

Diva ke kau

Sekesian-kesian saya kat anak 5 tahun yang dikhabarkan didera; kasihan lagi saya pada keluarga diva yang tak tentu hala tersebut.  Mak dia dah pakat tebal muka gamaknya...  

Bhai...  Bulan puasa ni. Bulan mulia.  Habis semua orang kau nak hanjingkan. Sudahnya malu sendiri. Apa barang nandos wehhhh......  

Ok. Aku pulak kurang pahala. Hehehee..


Who let this one dog out?  
As-salam

Sunday, June 28, 2015

Nasi dagang

Adalah satu kejayaan!  Horey!  Hahahahaha...

Pakai periuk noxxa amway tu jer. Half an hour prep termasuk finished product. Sedap tak leh kata la. Ammar tambah 4 kali okeh...!!  Siap pesan "mama...  lain kali bila ammar berbuka kat umah atok, mama masak nasi dagang lagi tau". 

Jangan dengki lebih sangat ok.  Bakat semula jadi. Nak buat macam mana. Campak-campak jadi cekodok. Campak lagi jadi nasik goreng. Campak lagi dan lagi kena bukak catering la I lepas ni.

Hahahahahahahha!


Berangan kan free....
As-salam

Petang ini rumah sunyi

Sebab??

Remote tv yilek. 

Sebab??

Sukaaaaaa sangat biarkan tv tu takde penonton. 

Nah!  Rasakan.  Dah berapa banyak kali dah tegur.  Hari ni malas nak cakap dah.  I just took the remotes and hid it away. 

Hint:  Sapa nak tengok tv, pi bersihkan atas fridge tu dulu. 


Best tak?
As-salam. 

Berbuka puasa

Onie & Olie datang berbuka kat umah semalam.  Best wo!!

Onie datang dengan 3 orang anaknya. Olie datang solo. 3 adults with 5 kids. Havoc umah. Mintak-mintaklah neber tak bengang. Hahahaha..

Depa ni kawan masa I sekolah rendah. Yang jadi rapatnya sebab kami sebaya.  Errr...  in the sense of ketinggian. Hehehe...  

Nothing beats the joy we had. Bila dah mak-mak ni, cerita tak lain lah. Kisah anak-anak aje. Since we just had parents-teachers meeting, so our main topic was children's grades. 

Haih...  Nak mengeluh pun susah. Nak kesian pun susah juga. Kadang I terfikir, orang kementerian ni cannot think straight ke?  Budak seawal 10 tahun dah dibeban dengan subjects yang heavy. Science is ok. As it will develop analytical and innovative mind. Sejarah?  Boring oi!  Kita yang form one belajar sejarah pun rasa bosan. Apa lagi budak darjah 5. Come on laa...  Rasa macam desperate move aje. Personally, I think learning sejarah requires a mature mind. At least kasi chance budak-budak faham kepentingan sejarah dalam subjek pelajaran mereka.  


Baik main omega. 
As-salam. 

Saturday, June 27, 2015

Baju raya

Untuk Adam dengan encik suami - dah pi tempah. 15/7 baru nak amik. Agak-agak sempat pakai ke pagi raya?  Hmmmm....

I'll be wearing the baju that I bought to attend Onie's sister's wedding. Pakai aje mana yang ada. Usah membazir. 

Adik punya aje belum ada lagi. 


Kami kaler brown. What's yours? 
As-salam. 

Geram nih

Tapi sabar eh.... Sabbbbbarrrrr banyak-banyak. 

Marah pun malas. 


Sendu. 
As-salam. 

Thursday, June 25, 2015

Kuih raya mode is ON

Next week bermula episod kerja keras. This week lek-lek je... Tapi lenguh jugak tangan uuiii...

Semoga projek kuih raya ini berjaya. Insya allah. Amin. 

Tido lah sat. 


Ngantuk is the eye.
As-salam

Wednesday, June 24, 2015

Solat dengan alesya

... adalah sangat tidak kusyuk!

Hahahaha...

One time, she did "psst-psst-psst-psst" sound. Macam kita la kan.  Ada bunyi-bunyi bacaan tu.  Ok. Mama dah senyum-senyum. 

Pastu, dia tukar bunyi pulak.  "Glup-glup-glup-glup". Hadoihhh!!  This time memang dah nak gelak. Kecik-besar-kecik-besar dah mata tahan gelak.  

Ada sekali tu pulak, I can see she was making the duck mouth. Dia kan solat kat tepi. Jadik boleh nampak la dia muncungkan mulut dia tu.  

Geram betul dengan budak sorang ni...!  Aduh lah anak.  Penyeri hidup betul! 


Forever in love.
As-salam. 

Tuesday, June 23, 2015

Bekas kuih

Saya pi coket beli barang untuk kuih raya tadi.  Why coket?  Sebab nak tolong orang kita meniaga.  Baik tak i?  Hahahaha...  

I saw somebody posted something like "jom kita beli kat kedai ni. Harga murah. Tolong orang melayu". I pun tergerak hati, pegi lah. 

Tidaklah murah sangat. Malahan mahal sikit daripada kedai yang saya biasa pegi. Frust juga.  I could get an extra bekas from his shop, to be exact. 

So, to go back and purchase from him -- mungkin tidak.  Biarlah nak kata i takde semangat nak tolong bangsa sendiri. I need to be thrifty in my spending too.  

"Harga masih sama dik. Cuma tambah GST saja". 


Come on lah bang!!
As-salam. 

Monday, June 22, 2015

Status FB

Tiap kali saya nampak orang komen status ilmiah atau politik, atau senang kata status orang yang "dikenali"; dan komen itu sangat sinikal dan bodoh sangat ideologi dan penulisannya- saya akan pegi ke fb empunya komen. 

Boleh kata 90% kerjaya mereka adalah TLDM, which stands for tidur, lepak dan makan. 

Atau; pengajian mereka adalah di "tak pergi universiti" atau "universiti bapak aku". 

Saya akan senyum sinis. 

Funny-lah you.  

*sigh*


Funny I am not, sometimes.
As-salam. 

Puasa ke 5

Makan dominos. Hahahaha..

Tewas juga dengan azam tanak membeli makanan luar. 

Hari ni penat habis. Kelam kabut berpikir. Patut cookies buat 4 sets, I buat 2 sets aje. Pastu habis konsentrasi. Kacau sungguh.

How to face many-many orders next week nih...  Omai!  Omai!  Omai!  

Panik dah ni....


Loves.
As-salam. 

Sunday, June 14, 2015

Harap

Jika harapkan jaya
Takut hati riak dan bangga

Jika harapkan kaya
Takut diri angkuh dan leka

Haraplah pada kasih
Insya allah
Sayangnya tidak bertepi
Yakin 

As-salam
Feeling so much loves!

Sunday, May 10, 2015

Tas tangan

Rasa macam nak ke Paris ke London ke, beli handbag; pastu balik.

Apenye yang gilerr....  Hahahaha

Kritikal woih..  

Bila tengok IG orang jual handbag, teringinnya la nak beli.  
Tengok yang ni, "macam mahal". 
Tengok yang tu, "eh murahlah.."  
Tertengok pulak yang lagi satu, "pasaipa dia lagi murah"

You know what I mean?  

Semua kata original.  Authentic.  But, I am one who do know how to tell one's authentication.  So how, brown cow?  

Gigit jari ajer lerrrrr....

Saturday, May 09, 2015

thirty seven

Allah can screw my plans on any 365 days available on the calendar.  But He chose to do it today.  On the day I turn 37.

Nothing but sadness and disappointment.

*sigh*

On this day I wish to look on the flip side of it.  Building up better me.

Insya Allah.


Loves.
As-salam.

Wednesday, May 06, 2015

Bagus juga..

I dont have to witness your immaturity

I dont have to see your stupidity

And most of all, aku tak payah share dosa kau!

Hahahahahaha

Alhamdulillah. Syukur aku padaMu, ya Allah. Sayang sungguh pada hambaMu yang satu ini.  

Loves. 
As-salam. 

Friday, February 13, 2015

Kawan

Tadi jumpa kawan lama. 
Kawan dari sekolah rendah kebangsaan taman melawati. 
Farah dan Azra. Sham kensel. Ada meeting katanya. 

No words could describe my feeling. 
Ini kawan-kawan dari darjah 1 - 4. 
Seronok habisan. 

Nak jumpa ramai lagi. 
Insya allah. 


Loves. 
As-salam. 

Tuesday, January 27, 2015

Perasaan

Bila rasa gagal, bangkitlah 

Bila rasa kecewa, tawakallah

Bila rasa gembira, bersedekahlah

Bila rasa syukur, ucap Alhamdulillah.  


Loves. 
As-salam. 

Sunday, January 25, 2015

Cekodok itam



Wife:  sedap?
Husband:  hangus

Tapi itu la satu yang tinggal untuk wife dia..  

Husband:  gorengkanlah yang putih-putih sikit untuk i
Wife:  tapi i suka yang itam-itam
Husband:  ha..  Sebab tu lah i kawen dengan you.  I suka yang putih-putih
Wife:  Ooo..  Patutlah i dapat yang tanned

Hahahaaha...  


So much love.
As-salam. 

Saturday, January 24, 2015

daftar

akur sajalah
mengalah salah
biarpun diam
hakikat nanti tewas
tiada guna bertanding
biar pun benar itu hak

jengkel
layankanlah
apa perlu menongkah arus

riwayat terjungkit
tapi tak pernah diratakan
apa nak buat
nasib badan

pernah bising itu kuasa
lama-lama bingit
yang indah cuma dimatanya
kamil dihatinya
hakiki tidak dipeduli
senget pun tak apa

berpalinglah
supaya tidak terpalit rasa dosa
label itu mudah
jahat

biarlah kerdil itu aku


loves.
as-salam

Thursday, January 22, 2015

Panas!

Pagi ni saya bertekak dengan kerani sekolah adam.  Sebabnya, Adam had been released early yesterday and last Friday.  So, saya nak tahu if there had been changes on the school hours.  

First dia kata "puan jangan compare dengan last year" 
Jadi saya kata, "saya tak dapat apa-apa information.  Jadi saya ikutlah routine last year"

Mungkin dia tak paham apa saya kata because she replied "sukahati puanlah nak amik anak pukul berapa. 12 atau 1230."

Ewahhhh.......

It's not the matter what time i want to pick up my son.  It's the matter of what time the school releases the students!

Fortunate that PKHEM took over the phone call and explained the whole situation.

Notice was posted at the guard house.  Mana laaaa parents drive thru macam saya ni baca.  Harap anak baca pun tidaklah.  Dia tak tunggu saya kat situ.  

The only notification was that pagar sekolah akan ditutup pukul 745 pagi.  Tidak pulak dikata pasal balik sekolah hari rabu dan jumaat.  

Mendidih juga darah pagi-pagi.  Haih....  


Loves.
As-salam. 


Wednesday, January 21, 2015

Laluan bas

Ada masa uwan sakit dulu, dia mintak saya dengan encik-nget bawak dia pegi klinik. So, saya pun mintakla dia tunjukkan jalan.

"Terus"
"Masuk kiri"
"Simpang tu nanti ko masuk kiri lagi"

For a while, saya rasa apalah yang lama sangat ni...  Takkan jauh sangat klinik dia. 

Bila dah sampai klinik tu, barulah saya perasan..... Laluan yang dia tunjuk tu adalah laluan bas.  Manalah ada bas ikut shortcut, celah sana sini.  

Kalau nak ikutkan, 15-20 minit dah sampai dah klinik tu.  Laluan bas punya pasal, dekat 40 minit jugaklah perjalanan kami.  Hehehe...

Al-fatihah untuk Uwan. 


Loves.
As-salam. 

Tuesday, January 20, 2015

Nenek

Bukanlah nenek saya. Saya tumpang nenek sherry je....  Uwan jiah left me 11 years ago and uwan endon couple of years back. 

Nenek as i fondly call her is another beautiful soul. Kalau saya datang bertandang ke rumah jalan 7, rajin benar nenek melayan. Makan, minum, bersembang. Nasik dagang adalah the best!  Air tangan orang tua kan....  Sedap-sedap belaka. 

Nenek uzur sikit sekarang ni.  Age is catching up. Saya pun asyik bertangguh nak pi visit. Sebab dah duduk jauh. Di denai nun dihujung alam. Jadinya lambatlah sikit rombongan cik kiah nak sampai.

Rezeki nak visit nenek came about two weeks ago. Ada birthday party di kota damansara. A day before birthday party di sg buloh. Tapi dah malam sangat. Tak eloklah pulak. 

And so we went. I was already informed that nenek may not remember me. So i came prepared.  

"Nenek ingat kita?"
"Sapa ni?"
"Anna. Kawan sherry"
"Ingat. Nenek ingat anna. Kawan sherry"

Mata saya dah berlinang. 

Then came mak sherry. 

"Chek (panggilan to nenek) ingat dok sapo ni?"
"Ingat!  Suhanna.  Kawan sherry" 

Lagi rasa nak nangis!  

I did not mention my full name and yet she remembered it. 

Alhamdulillah.  

Saya doakan kesejahteraan nenek dunia dan di akhirat. Semoga Allah swt permudahkan segalanya untuk nenek. Saya sayang nenek. 


Loves. 
As-salam. 

Monday, January 19, 2015

makcik

"keluarga napsiah?"

"hah?  zura mana zura?"

"bukan.... nama my mom rohani"

fuhh... lega...  well...  short lived lega basically.  mak zura passed away peacefully after an hour of my last visit.  seeing her body strapped with all the tubes and crossing wires, i was completely lost of words.  for somebody whom had been chirpy since the first time i saw her, makcik was not as whom i knew.

lying with life support, irregular heart beat & blood pressure level, and a blood dialysis machine by her side.  it wasn't a nice scenery at all.  alhamdulillah.  syukur kepada Allah swt whom had given me the opportunity to be with makcik at the edge of her last breath.  syukur juga with the ease of her passing.

nah...  i'm not attached to makcik.  i saw her only when i had the chance to visit zura at her home.  itu pun kalau kebetulan dia ada dirumah.  but her soul was so beautiful.  she has touched so many hearts. siapa sajalah saya ni...  but she made me feel warm and welcome.  she made me feel a part of her family.  she made me feel as beautiful as she was.  

i will miss her.  missing her laugh and smile.  missing her nice words and stories.  

al-fatihah buat makcik rohani.


loves.
as-salam.

    

Friday, January 16, 2015

Homeworks

Ayah amik Alesya from school today.  She called.

"Mama..  I had fun at school today"
"Great!  What did you do?"
"I played with my friends.  And I have homeworks"

-- she sound soooo excited.  I was like biar benar dia ni..

Okay la..  Let see how her homework goes...  Mintak-mintaklah something that she likes to do.  With her former school, she was beyond reluctant to do.  One - benda yang sama.  3 buku pun, semuanya benda yang lebih kurang sama.  Two - she couldn't understand how to do her homework.  The homework required her to read the passage.  How can that be, when she's unable to read yet?  Reading class pun tak start lagi.  How's that lah?

Tahun ni, I nak bersungguh tengok homeworks anak-anak.  Past few days, I have been sitting down with Adam, assisted him with his homework.  If pictures require story lines, I'll ask him to look at the pictures and tell me what he saw.  Try asking him to look beyond what's there.  Math homeworks - I buat satu-satu.  Biar dia paham.  With English, I ask him to look into dictionary.  No more "mobile mama dictionary".  I checked one by one.  Punctuations, spellings, grammars, huruf besar kecik.  Lines pun kena buat banyak kali.  Hahahahah! Parah Adam buat homework dengan mama.

I will also make an appoint to check buku apa yang dia masukkan.  Check jadual dengan dia.  Make sure he brings the right books.  Buku nota/conteng kena ada satu.  

Wow.  Tambah hats lagi ni.  Cikgu pulak.  Auditor pun ada nih.  QA Officer pun macam ada sikit-sikit.  Hahaha!


Loves.
As-salam.


Thursday, January 15, 2015

Fly high

"Teacher, she is a reserved person"
"Mommy....  I'd rather say she's an observant"

Of course she is!  Why didn't I see that?

Mama's going to let you fly, my little butterfly.  Reach the sky, darling.  And you'll know that mama will always love you.



Wednesday, January 14, 2015

Hilanglah.....

Dua tahun lepas, saya kehilangan.  Barangan yang nilainya bukan pada ringgit.  Tapi lebih pada nilai sentimentalnya pada saya.  Pemberian encik-nget, ma, kak sah, mak dan lain-lain. Pemberian yang bukan hanya untuk saya, malah ada antaranya hak Alesya.  

Over the months and years, saya sangat bermohon supaya Allah tunjukkan saya siapakah dalangnya.  Saya berdoa agar balasan setimpal adalah semoleknya. 

Isnin lalu, saya dengar siaran Ustaz Mohamad Abdullah Al-Amin.  Antara katanya, mungkin apa yang hilang itu, bukan hak kita.  Mungkin apa yang diambil itu, tidak dizakatkan sebaiknya.  

Saya rasa kerdil. Kecil.  Mini.  

Saya selalu pohon apa yang saya mahu. Sebab saya rasa saya perlu ada.  Saya minta apa yang saya hajati, yang saya rasa hak saya.  Tapi, saya lupa untuk akur, tiada apa hak saya; kecuali iman dan agama saya.  

Immediately, saya rasa redha akan kehilangan.  

Insya Allah.  Kehilangan saya akan berganti.  Mungkin lebih baik?  Siapa tahu....

Loves. 
As-salam 

Tuesday, January 13, 2015

Rutin bermula..

Penat siut!  Hahahahahaha....

But coping well la...

This year, memang full time driver. Hantar adam. Hantar adik. Hantar encik-nget tu sekali. Pastu amikkkkk pulak dema-dema tu.  Wahhh....  

Balik, masak. Ngemas. Jemur-lipat-gosok kain. Baking lagi. Perghhh....  Stok isteri multi-tasking la gittew. Kehkehkeh...  

Setakat duk umah menong aje pun bosan. Ye dak?  Pantangnya, jangan bukak facebook. Memang semua delay. Procrastination starts. Hehehe...

Insya allah. Semua yang indah itu dari Allah swt. PerancanganNya adalah terbaik. 

Loves. 
As-salam. 

Saturday, January 10, 2015

Makang-makang

Dua jemputan hari ni. Tengah hari kenduri kawin Iwang. Kawan di ISKL. Malam ke birthday party Divanita - anak Nit. Hehehe...  

Tengok theme birthday anak Nit, terasa macam tengok cermin aje. 

Bezanya cuma, gendut Olaf hingga ke kaki. Gendut kita kat perut je. 

Uwaaaaa!!!  

Thursday, January 08, 2015

Hujan

Ngantuk dibuatnya. Time-time gini, jangan nampak bantal & tilam. Memang lena. Silap-silap berbantal lengan pun best. 

With the recent tragedy, takut jugak dengan hujan ni.  Masa kecik-kecik dulu best aje mandi hujan kat depan umah tu. Nowadays, mau pikiaq tiga pat kali kotnye. 

Banjir di Kelantan involved umah #694 juga. Syahdu tengok keadaan rumah yang bergelimpangan dan tidak bermaya. Sayu lagi memikirkan belum ada rezeki untuk kami pulang dan menguruskan pembersihannya. 

Rumah yang tidak pernah naik air, naik hingga ke tulang atap. Mungkin lebih. Kami tak tahu.  Boleh bayangkan saja & buat comparison dengan umah mek sebelah melalui gambar whatsapp.  Macam mana kami tengok gambar-gambar lain yang dikongsi di social medias; tiada yang kurang pada #694.  Rumah Mama Oh sebahagiannya punah.  Tidak kurang rumah orang lain.  Cikgu Din ke Mekah. Umah kami pula tidak berpenghuni. Untung kami, tiada nyawa terlibat. Tapi harta kenangan, barangan itu ini tidak dapat diselamatkan. 

Bila dengar cerita mangsa banjir yang berada dikalangan saudara dan teman terdekat, terkesima rasa. Begitu sekali dugaan Allah.  Dugaan yang saya rasa, ramai redha dan yakin akan hikmahNya. Insya Allah. 

I have no experience surviving flood. Mungkin pernah sekali kat umah uwan. Tapi itu lamaaaaa dulu. Air pun sampai kat muka pintu. Umah uwan pun bukannya tinggi. Grounded property biasa saja. 

Allah Maha Esa. 
JanjiNya pasti. 



Loves. 
As-salam. 


Wednesday, January 07, 2015

Fizah yang umah dia ngadap sungai tu...


I spent my morning with this lady today. We met up and celebrated her birthday because we had never been able to do it before and we don't know if we are able to do so in future.  So might as well grab the chance while it's available. 

I met her when I was 5 and we are now in year 2015 --  do the math for me, will you?  Yes. We have been friend for ages!

We are not the friends whom MUST meet every quarter or of sort. We are friends whom "hey! lets meet up". And we can talk and talk and talk and laugh like no body's business.  Just like what happened this morning. 

We are not the good-very-best-friends-we-share-everything kind of friend. But we have been "a friend" to each other and we have each other's shoulder to cry onto. We have faith in our friendship and hope for many-many-many more years for happy friendship.  

Fizah - I thank you for the beautiful friendship.  And yes...  Semoga Allah berkati friendship kita.  

Tuesday, January 06, 2015

Taman tasik titiwangsa


Penat woooooo!  Hahahahhaha

Jauh ok....  Jalan daripada kindy adik. Berpeluh jugak.  Siap blister kaki si ammar. Hehehe..

Luas bebenor taman mainan kat sini. Hari biasa ni kosong. Weekends nanti penuhlah gamaknya. Luasssssss tempat mainan dia ni. A very good thought to cater for their visitors' needs. 


Luaskan?  Ada lagi kat belakang-belakang ni...

Selamat bersenam. 

Loves. 
As-salam. 


Sunday, January 04, 2015

Have you gone home?

Saya tanya lebih dari sekali. Tiada jawapan. Tidak diendah. 

Tapi....  Tatkala zarah kecil disentuh; diungkit ia hingga ke balai. Berbangga pulak tu.  Haih...

Maruah katanya. Come on. Fact only known to you, family, relatives and friends of your own. Buat apa besarkan zarah bila hakikatnya, realiti tidak dapat ditelan.  Pahit. Kelat. 

Egois sebenarnya.  

Alah...  Biasalah tu.  Manusia. Saya pun ada juga. Sebab?  Ego. Perasan bangga diri.  Macam bagus.  

Buanglah perasan sebegitu. Takde bagus mana pun sebenarnya (kamu itu).

Kalau orang itu tidak dikenali, kamu pun buat lek tutup mata saja dengan dia kan?   

Setiap kata tertulis, akan tersingkap tingkat akal dan minda.  Nyata jauh ke bawah sungguh tingkat kamu.  

Perkasakanlah pemahaman. Fahamilah bait kata.  Tersasar sudah kamu dek ceteknya pengetahuan. 

Sudah-sudahlah.  

Loves.
As-salam. 

Saturday, January 03, 2015

This is Alesya


Cute eh?
Reason to love her more and more and more!

Loves. 
As-salam. 

Friday, January 02, 2015

berjaya!

last night was the first night alesya slept without pampers & she didn't wet the bed.  syukur! alhamdulillah.

the next step is asking her to sleep on her own.  insya allah.  soon..

this year would be a preparation year for alesya.  next year dah nak darjah satu.  with speech challenge, we do not wish it to be a barrier for alesya to mix around with her friends and excel in her education.  mama doakan yang terbaik untuk adik.  always.

we have been taking steps a little bit slowly with alesya.  we didn't want to rush.  let her take one at one time.  nak rush pun kasihan kat dia.  she had been delayed in her development.  so we don't want things to be too overwhelmed for her.    

abang adam is into primary 5.  alhamdulillah dapat masuk kelas pertama of four classes.  this year pun abang adam kena concentrate lebih.  banyak sangat dah main.  kadang-kadang mama nak tolong pun tak tau macam mana.  too many things at his level, i should say.  i had a look on his text books.  primary 5 dah kena belajar mod-min-median.  wasn't this in secondary last time?  sejarah toksah katalah..  mama memang tensi!  i'm just hoping the best for adam.  the very best for my two children.  amin.  insya allah, allah akan permudahkan segalahnya untuk kita.

loves.
as-salam



Thursday, January 01, 2015

Day 1

Alhamdulillah. 

Plan untuk puasa sunat terlaksana. 
Nak kemas dapur pun settled. 
Hajat nak makan sardin pun tercapai. 

Syukur. 

Solat masuk waktu pun alhamdulillah. 
Asar je kantoi. Sebab ciknget kasihan tengok saya tido. 

What more do I wish for?
Mmmmmm.....  Nak suh Adam kurus. 

Hahahahhaha...

Loves. 
As-salam. 

2015

Sudah tiba. 

Katuplah buku 2014
Tamat sudah satu lagi episod
Cerekarama kehidupan
Suka dan duka

Masih lagi aku di sini
Perbaiki iman dan diri
Harap perjalanan liku kehidupan kami lebih lurus di tahun ganjil

Aku berdoa agar dilimpahi rezeki yang penuh berkat
Dan dipermudah segala urusan baik di dunia dan di akhirat

Aku meminta dipesongkan segala bencana
Dan berharap agar diri lebih tabah hadapi dugaanNya

Doa ini untuk suami dan anak-anakku
Untuk ibu bapa dan saudara kandung
Jua keluarga dan teman-teman

Maafkan kekhilafan.

Loves.
As-salam. 

Thursday, October 02, 2014

Warded

Semalam

Satu hari demam. Well...  Demam dari selasa last week. Sama dengan sesema. Pastu datang batuk. Sampai tak ada suara. Semalam the bacteria really having a party. Seharian tido. Temperature 37+. 

Malam tadi ke columbia hospital. Temperature was already 39+. Tulang temulang semua sakit. Batuk tak hilang. Blood test confirmed leptospirosis. 

Doc sazzli datang jenguk after 11pm. Katanya ada viral pneunomia juga. Chest bunyi bising. Besok buat chest xray. 

Made tak leh teman. 2 bedded room. Single one habis. Tensi. Tak boleh tido. Ubat loya. Sejuk sampai tulang. Bantal satu. Batuk lagi.  Uwaaaa...  


Hari ini

Terlepas doc's visit because i was in the toilet. And sampai laaaaa dia tak sampai lagi. Paneh pulak hatiku ini. Nurse pagi kata he's not a permanent doc in columbia. Nurse petang pulak kata dia bizi dengan klinik. Second statement tu nampak goyah kan?

Masuk sekarang dah tiga botol drip. Ubat batuk dapat tengahari tadi. Semalam mintak, dia kata doc tak prescribed. Haiyooo..!

Ubat lain takde. Ubat demam pun takde. Sedihnya sayaaaa...  

Tadi hujan. Aircond dah dipanaskan. And im still under double blankets, kesejukan. Tulang pun dah naik pedih. 

Dugaan ni. 

Doakan saya sihat ye.  


Wassalam 

Tuesday, September 30, 2014

Make up

JI look at her
She look at me

The next thing we know, we were playing make up!

Macam ni la ada anak pompuan eh. Siap pakai quitex.  Tapi pretend aje. Imaginative make up. 

Teringat la pulak masa kecik dulu. Time tu kami duk kat melawati. Mak ada quitex. Well....  Set make up dulu-dulu memang ada sebotol ni.  Dah pakai tu, tunjuk la kat mak & bapak. Sekalinya, mak mana ada remover. Bapak kata "kerat aje tangan dia". Uihhhhh....  Takut!  Kecut perut. Siap berjanji tanak pakai lagi. Terpaksala mak pi cari remover. Hehhee

Lagi satu kejadian kat umah uwan. Time tu, kalo kita pakai typewriter ada satu eraser yg macam botol quitex. Warna pink merelit. Memang ingat itu botol quitex. Mujur diselamatkan awal. Kalo tak, mokteh kata berlubang tangan. Hahaha

Memang selepas tu taubat la nak berquitex. 

Ni ada anak pompuan ni, gatal pulak rasa nak main mekap-mekap.  Mesti best eh?  Hahahahah...


Wassalam. 

Saturday, September 20, 2014

Saying

I'll say what I feel it is worth saying
Sometimes I just say for the sake of saying; entertainment
I'm bad with "no" statement
I'm not good at rhyme nor nursery
Say with thought 

I'll say to defend
I'll say to be by your side
I'll say because you want me to say; or no body wants say it
I'll take the blame
As always.

I'm just saying
You got what I mean?


Wassalam. 



Friday, September 19, 2014

Bad day?

Spatula jatuh. 
Cream terperecik. 
Royal icing terkeras. 
Sealer rosak.
Terlepas cookies. 
Naked cake tak menjadik. 
Adohai.  

Ni bake cake salah temperature pulak. Alolololohai......  Macam-macam benar hari ni. 


Astaghfirullah. 

Wednesday, September 17, 2014

MH17

recently madae played sudirman's songs.  terkena pulak dengan first arrival of MH17 bodies.  sedih siut!  lagu-lagu pulak tu kena aje dengan situasi.

"seharian waktu bersamamu
tak terasa saat yang berlalu
bagai pelangi petang kau kan pasti
pergi jua"

ok.  itu satu.

"sampaikan salam 
buat semua
salam terakhir
salam teristimewa
kepada kau yang tersayang
buat teman yang ku kenang
pemergianku ini tak dirancang"

itu dua.  yang ni last.  

"kegelisahan di dalam kedinginan
meniti sepi keseorangan
sebuah kematian 
yang tiada bernisan
sendu mengiringi
perpisahan"

menitis pulak air mata.  gila sedih lah!  macam disusun cantik aje.

when mh370 happened, ada yang terlibat kawan kepada kawan, sedara kepada kawan kawan.  sedih tu sedihlah jugakkan.  it didn't hit me hard.  but when mh17 happened, it just got onto me when cousin to a dear friend and a family friend to my brother's family involved.  very ouch and meleleh air matalah!

i read that dora's daughter retaliated when, i think almost everybody had asked her to be brave dan bersabar.  i could understand why she retaliated.  because i have never feel such loss.  so, how can i tell one person to be brave and bersabar when i had never been in such situation.  not fair kan?  generally, semua nak menenangkan dia.  of course.  but, had you ever think that it may also suffocate her?  when things are overwhelm, semua nak berkata-kata.  tapi ada yang kurang sedar, ada masanya kata-kata itu tidak perlu.  

i have posted this on my fb earlier.  this is how i felt.  exactly how.  

"Akhirnya mereka pulang..

Al-fatihah

Tidakkan ku suruh hatimu tabah
Pabila hatiku tidak pernah merasa apa kamu lalui
Tidakkan ku kata kesatlah air mata
Sedangkan air mata ini laju mengalir hanya dengan kisah dan gambarmu

Hati dan air mata itu milikmu
Namun roh itu punyaNya
Kita semua akan kembali
Itu satu janji."



wassalam.

Tuesday, September 16, 2014

let her go

today marked the first time alesya followed atuk, nenek & abang adam to gapi without us, the parents.  i cried.  like a little kid.  seriously.  i really cried.

alesya didn't want to say bye.

"mama don't want to friend me".

it's not that i don't want.  it's just that i dont want to let her go...

she hugged me.  then she took a framed picture of hers and she gave it to me.

"you can see this picture, ok mama?"

i cried again.  but i let her go.

she was all excited.  when we picked her up from atuk's house, she was still full of excitement.  i would have been the most cruel mother if i was to stop her from going with atuk and nenek today.

let her go.
let her go.
let her go.
it's hard ok.
it's very hard.


wassalam.

UPSR

ha kau...  tak nak kalah..  nak komen jugak ok....  

hahahahah..

ala.  takde nak komen.  i'm not a candidate neither the parents.  aunty tu betul.  anak kawan amik exam ye.  anak kawan-kawan fb mencurah perasaan, itu betul.  so, i'm not in a good position to comment.  i dont know how it feels.  i dont know how should i feel.  

should i share the disappointment?  why?  on what?  government?  yang bocor soalan tu govt punya keje ke?  and govt is too general?  be specific?  susah eh?  aint got one kan?

then nak dissapoint on whom?  they already decided to suspend the two key people in the lembaga.  if the fit the wanted picture, then..  they are lah.  dalang pun katanya dah dikenal pasti.  so?  kita tunggu ajelah eh?  but again...  they are only human.  we are human.  

i read one comment on supply and demand.  how some parents are competitive in children's education.  which is, true.  there are parents yang demanding.  they would do anything for their demands to be fulfilled.  cara baik, cara tak baik; Allah swt sajalah yang tahu.  

who are we to judge?  kita pun parents.  kita fikir sendiri.  kalau kita menipu, elok ke untuk anak kita?  sampai bila kita nak menipu untuk anak kita?  kalau dia "jalan" dulu, ok.  cost impact tak banyak sangat.  kot kalau kita ni ditalkin dulu?  macam mana dengan anak kita tu?  mampu tak nak survive kalau dah 3/4 nyawa dia asyik dioperasi oleh mak bapak?  

i have 2 children whom i have overprotected to a certain extend.  sebab saya rasa, nyawa saya tak panjang.   selama mana nyawa dikandung badan, saya nak jasad saya sentiasa dengan mereka.  selama mana nadi ini berdenyut, saya mahu bersama mereka sekerap mungkin.  selama mana jantung ini berdegup, saya nak mereka tahu saya sayang mereka.  i am a competitive mom as well.  i have come to a point that, biarlah anak kita merasa markah C or D.  biarlah anak kita rasa payah nak dapat recognition.  yang penting support.  parental guidance.  

UPSR cuma halangan pertama dalam hidup mereka.  let them live the life.  their life.  bagus juga ada pengalaman begini.  tiada pertama, kita tak belajar.  

oh well..  i was among the first candidates when they announced changes for penilaian darjah enam.  first batch that has 4As to score.  dapat pulak duduk belakang crush.  kena pulak bapak dia jaga dewan peperiksaan.  aiyo!  susah mau concentrate wooo....  tapi oklah.  lepas juga ke tingkatan satu.  what did i get eh?  3A 1B eh?  i know my penulisan was B.  ke math pun B.  ntah.  lupa aih.  

anyhow, good luck for the september 30th exam.  you can do it!


wassalam.  

  

Monday, September 15, 2014

Cooking

I have been cooking A LOT, lately. Ntah hormon mana datang. Nak kata azam baru, tidak juga. Tapi rajinnya bukan main. 

Last Monday, I (and Iroh) made kuih kaswi. 


Then, on Friday, I made karipap. Adam had been requesting this since many-many years. Ni la baru rajin nak buatkan. Hehehehe...


Pastu, rajin lagi. Semalam buat kuih kasturi/rengas kacang hijau. Tapi projek ni fail sikit. Intinya tak keras. Yg tukang masak pun tak suka makan. Heheheh...  Mehla tepek jugak gamba dia. 


And today......... I made laksa johor. Hohohohoho!  Sedapppppp!  Cuma condiment tak cukup. 


I am not a cook. I can be so lazy that everybody just had to eat whatever they can find in the kitchen. Which will provide a demand for mee maggi. 

But when I'm in the mood, tadaaaaa....  You can see food and food and food and food and food each and everytime you get into the kitchen. 

At the moment I'm still toying with a statement. I dont know if it's a compliment or a sarcastic remark or just a shout out or mmm....  I dont know. 

Thats the thing.  When statements are typed, you wouldn't get what the other party is actually saying. 

Nak balas pun mata nampak besar kecik besar kecik aje ni.  

Lets do this la ha.....  If you dont have anything good to type, could you just throw your phone elsewhere?  Preferably not reachable for any clueless (to other party) statement. 

I share because not for I'm proud; but because I want to share my achievement.  I can cook leh!

I share because I thought it is worth sharing; but not to be judged. 

Thank you. 


Wassalam. 




Friday, August 08, 2014

Hide and seek.

Alesya was talking to her baby doll who wanted to play hide & seek. 

"You wanna play hide and seek?  Ok"

"Ok. You hide. I count"

She covered the baby doll with a napkin and then started counting with her eyes closed.

"1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10. Ready or not; here I come". 

"Where are you baby?"

Looking here and there. 

"Ha!!  There you are. I found you" 

She laughed. 

Her baby doll was on her lap.  

We were in the car and she was strapped with seat belt. 

Imagination takes Alesya into the world of lotsa fun.  And I am one blessed mother. 


Wassalam. 

Wednesday, August 06, 2014

Makan

"Mama!  This spaghetti is so delicious"

*kembang. proud*

"Do you want some more?"

"No"


Eh?  Bukan kalo sedap, selalunya orang tambah lagi ke?  Taradiddle eh, Asya?

Huhuhu...


Wassalam. 

Tuesday, August 05, 2014

Bersila

We had our dinner in Secret Recipe and Iroh asked me something like this:
"Cik Anna ok tak kalau saya bersila?"

Honest.  Saya tak favour.  To me, it's unethical.  Wherever.  Kedai makan mahal, murah, mamak, fast food. Hotel apatah lagi kan...  You can do it at home - when you're among your family or close acquaintances; not when there are visitors. 

Maybe..  I was raised up with bapak looking over our posture at the dining table, how we scooped our food, 1-2-3-4 soup ethical.  Duduk sendeng (er..  duduk senget?) atas kerusi kat dining table adalah big no-no.  Nak makan duduk elok-elok mengadap makanan.  Selalu jadik mangsa bapak adalah Uwan Endon.  Hehehe..

Duduk satu kaki di atas, lagilah dia tak gemor.  Macam orang kalah judi, katanya.  From reading, orang kata gitulah cara duduk Rasulullah saw ketika makan.  Tapi Baginda makan ataih kosi ke?  Tak, kan.....?  So the ex-army officer has a point...  

Meanwhile, mak would be telling me "dont to that", "it's not nice", "mind how you eat", and much more.  In other word, makan adalah diam.  No slurpppp sound, kaup makanan sikit-sikit, amik whatever near you; among others.

And I'm so used to it.

Saya tak pandang jelek pada orang yang buat perangai gitu.  Itu masing-masinglah.  Cuma, saya rasa kurang senang dan bagi saya perbuatan tu menjengkelkan.  

Nak duduk bersila, makan atas lantailah.  Pasaipa nak bersila ataih kerusi?  So "melayu" meh?  Hehehehe..


Wassalam.  

Monday, August 04, 2014

Kembali

Hari ni dah setat sekolah + keje.  So, bolehlah berehat sikit.  Tenang-tenang hati.  Lepak-lepak.  Life is back to regular routine.  

Raya tahun ni, kejenya asik masakkkkk aje.  Sampai kekadang tak tau dah nak masak apa.  Lauk pun sentiasa standby dalam fridge, in case ada tetamu.  Kiranya, masak untuk large crowd pun dah boleh dah ni.  Cecewah..  Hehehehe..  Bolehlah...  Untuk selera tekak sendiri.  Kalu tak sedap kat tekak orang lain, nasib la eyh?  Hahaha..

Last night pegi Festival City.  Budak Adam ni bertuah.  Last day of school the other day, ada tadarus kat sekolah.  Then cuti seminggu.  Mestilah tak check buku kan?  Ha... !  Dia tak ingat cikgu ada bagi telur rebus sebab khatam quran.  Padanlah hidung ni selalu bau busuk.  Tapi tak tau datang dari mana.  Duk ingatkan sampah.  Tapi selalu aje dibuang sampah ni.  Rupanya dari beg mamat ni.  Bertuah betul!  Sudahnya semalam pi la beli bag baru.  Beg lama tu walaupun dah dibasuh berulang kali dan disembur febreeze, baunya tetaplah sama...  Nak pulak nanti beg tu berkepam dek panas, etc.  Haruslah baunya tu lagiiiii "nyaman".  Hadoihlah anak.    

Ok.  Now nak kejut budak Alesya ni..  Selagi tak kejut, selagi tu la dia duk mengulit.  Silap-silap mama pun join.  Eh macam mana tu?  Hahahaha..  


Wassalam.

Sunday, August 03, 2014

Akur

Ok.  
Mungkin suatu masa dulu, aku akan bertanya kenapa dan mengapa.
Kenapa ini terjadi?
Mengapa aku?
Berdolak dalik dengan soalan yang aku sendiri tak pasti kewujudannya.

Kini aku selalu akur.  
Tidak menidak.  
Cuma akur.
Angguk.
Iya.

Suatu masa, aku bersyukur akan rezeki itu.
Senyum gembira & sujud syukur.
Rezeki itu tampak indah.
Tapi digelangi dugaan.
Itu tidak aku jangka.

Dan aku tidak dapat bertanya kenapa dan mengapa.
Tidak sempat.
Tiada ruang.
Aku cuma mampu akur.
Di dalam indah rezeki yang dikurniaNya, dugaan juga datang bertimpa.

Bukan satu, bukan dua.
Bukan satu selang satu.
Bukan satu kemudian satu.
Tetapi,
Satu DAN satu.
Satu DAN satu DAN satu.

Kuatkah aku?
Tabahkah aku?

Kadangkala tidak.
Kering sudah air mata.
Hilang sedu untuk dialun.

Aku akur semua yang jadi itu adalah ketentuanNya.
Aku akur semua yang terjadi itu sebenarnya indah belaka.
Aku akur semua kejadian itu berkat rahmatNya.

Aku akur ujian ini untuk aku.  


Wassalam.





Saturday, August 02, 2014

Thought

Never thought I'd regret thing(s) that I thought would have gone as I have thought it would be. 


Wassalam. 

Friday, August 01, 2014

Kira

Orang kata, sebelum kita nak marah; kira satu sampai sepuluh. 

Satu. 
Dua. 
Tiga.
Empat. 
Lima. 
Enam. 
Tujuh. 
Lapan. 
Sembilan. 
Sepuluh. 

Mmmmm...  Masih ada rasa nak marah. Tapi macam dah malas nak marah.  Menjadik la teori mengira ni kotnya eh?  

Anyway, marah pun belum tentu things will get corrected neither improved.

Masih berkira-kira. 
Entah sampai bila.
Hope it'll end soon. 
Very soon. 

In the mean time, back to square one. 

Satu. 
Dua. 
Tiga. 
Tiga sengah. 
Empat. 
Empat suku. 

Kira lambat-lambatlah.  Moga-moga bertambah kesabaran. 


Wassalam.