Thursday, March 03, 2011

fun with adam




it was all laugh & fun with adam today!

1)
adam got his math result. he was so excited showing me the exam paper just now.

"mama! i got A for my mathematic. i got two stars."

then with a confuse face he said "and i got number 87 and what is this mama?". he was referring to the percentage symbol.

"87 percent" i said

"yay! i'm nearer to the evil ultraman & god vent"

yeah! right... :P

2)

then he continued..

"oh mama! i tried to search for my songkok at home but i couldn't find. then i look-look, then i found this"

pull out a kopiah from his bag and he said "see mama.. TOPIAH. i'll be wearing topiah to sekolah agama"

"kopiah la adam.. apa topiah pulak"

"oh! it's like topi. so i thought it's a topiah"

hahaha

3)

then after talking to his father, he overheard made called his friend "Qari, jom!"

adam then said "fuyo mama.. ayah got a friend named QORIJO. hebatkan mama?"

i guess he's in his excited mode. so nama yg tak de berkaitan apa pun, jadik hebat untuk dia.

hahaha

macam2 budak adam ni..


adam sayang... no matter how good or bad your result is, mama will always proud of you.

Sunday, February 27, 2011

exam


adam nak exam next week!!!

gelabah! gelabah! gelabah!!!!

bukannya anak. mak yang gelabah lelebih. hahaha..

bukan exam apa pun.. ujian formatif saja. tapi perasaan cam excited aje. :P

when adam was in KG2 (5 years old), i got a bit frantic when seeing adam's results were not as much i had been hoping for. and you knowla... bila mak2 lain mula bertanya, hati ni pun mula la rasa emosi tak tentu pasal. then i started to realize:

"anak den baru LIMA TAHUN la..."

then only i started to calm down. whenever exams' period, i no longer put pressure on adam. at the end of KG3, i was proud (and still i am) that adam did his very best in his exam. he scored well. he did well. that's all i want.

all i want is for adam not to become discouraged should he be having any failures. i dont want him to feel ashamed of his results. all i want is for adam to do his very best in every exam. i dont want to hope for a 100% results. i want his best. the best of adam.

now that he's placed among the best in his school, i am all bersyukur. alhamdulillah..

semalam ntah kul baper dia tido, bangun pagi ni umah bersepah dengan polisterin, gunting, kertas, gam, etc. nampaklah ada tabung, kapal terbang, ultraman yang dah ditambah sayap, kapal selam & yacht. ntah apa aje yang dia buat dengan ayah dia semalam.

adam!!!!! kemassssssssss!!!!!!!


Tuesday, February 22, 2011

uih.. dah bersawang..

lamanyerrrrr... tak bercerita.

bz - ok.. alasan yang sangat dah basi

tak sihat - berkait la sikit. tapi yes.. still alasan dah selalu pakai

sibuk - oiii.. samalah dengan yang atas tu

eh.. tak pasan...

ok.. nampak sangat tak tau nak type apa..

muahahahahah...

ringkas cite ajelah ye..

baru2 ni kena food poisoning yang satu hari tak bangun. agaknya kalo seminggu macam tu, ada harapan mek dapat badan supermodel. wow!

adam & alesya kena ciken pox. berjangkit sapa, ntah. dah nak kena. alhamdulillah...

adam is adapting into his primary one life. kisah sekolah adam sangatlah overdue. sibuk ok.. bz... maafkanlah mek.. eh.. alasan!!!!! hahaha

my life gitu jugak.. biasa2 aje. kena jadik insan bersederhana aje. tak baik tunjuk2. nanti Allah murka.. masya Allah.. hehehe

made got a job offer. tapi tanak keje hari sabtu. sapa jugaklah nak keje hari sabtu skang ni. baik lepak umah abg cha ke, umah che tam ke, umah abg ajih ke, umah along ke... boleh gi yummy bangi. lagi menyeronokkan.. hahahaha...

skang tengah best buat cupcakes. tapi kena banyak kaut ilmu lagi lah.. masih tak pueh hati dengan hasilnya. banyak buat for my friends' birthdays & last weekend, first time buat hantaran. giler excited.. now in plan for a baking website. nak jual online pulak la. hehehehe. kot2lah nanti berjaya menjadik usahawan cupcakes, bolehlah duduk umah goyang tangan macam usop kak limah. hahaha..

che made pun macam suka mek buat cuppies & cookies than jual tupperware. "senang sikit yang.. u kena beli barang aje. pehtu jual. penat time tu aje. peh tu puas hati dengan hasilnya. dapat income pun cepat". yelah.. sebenar dia dah rimas nak tengok tupperware yang berlonggok ni.. hahahaha.. so... sapa nak tupperware? meh datang umah. nak cheap sale ni..

lagi apa eh?

first time makan tutti-frutti. best jugak eh? makan time tengah malam pulak tu. tak de keje betul.. mujur aje tak demam. hahaha

uwan endon tak sihat itu hari. rushing ke terengganu. first time ever kepok leko sold out. boleh tahannnnnn... supposedly hantar ma balik krai. sorry la ma.. takde rezeki lagi nak balik.. sorry. sorry..

pssstt.. ma... gi besut tu takde souvenir ke? hehehehe..

alin kat sabah. tengah mengail ikan bilis dengan udang. sapa nak, sila emel dia. :D

amai dah ada wii.. mesti tak heran wii kat umah mama lagi.. tak pe.. tak pe... prektis okeh mai? nanti kita lawan. sapa kalah belanja tutti-frutti. muehehehehe..

kami dah ada jiran baru.. hep hep horey!!! ore pasir mah okehh.. rajinlah che made sapu sampah, siram pokok, basuh keta kat depan umah lepas ni. hahaha..

hari ni angin mengada sikit. pakai cantik2 gi opis walaupun untuk sengah hari saja. siap lipstik yo! biasalah.. mesti orang puji cantik.. tengkiu! tengkiu! org cantik kalo dipuji cantik, memang bertambah cantik. okehh.. sila muntah. hahahahaha...

dah hujan pulak ni. mana gaya nak ngambik budak adam ni balik mengaji? adehhh

que-ee masuk spa. mau kasik umph lagi.

bebaru ni kemas2 umah. cantik pulak rasa. hahaha. bilik adam dah ada rupa bilik adam. ada meja tulis, etc. senanglah dia nak buat homework. kalo tak, merata2 buat homework. oleh ituuuu.. banyaklah benda yang kami nak let go. nanti kami info yeeee :D

alahai.. time mek nak rajin nak bersembang ni, time ni la hujan ribut petir bagai..

okla.. nanti senang sembang lagi. tatatititutu



Monday, January 03, 2011

suatu hari di bilik kecik


first and foremost, if you foresee some gross posting and nanti lunch tak lalu nak makan, better la jangan baca ye... bagi info awal2 ni... *peringatan ini ditaja oleh iklan tandas afdlin shauki*

being in a school environment, toilet kat opis kami sangatlah banyak. akan tetapi itu bahagian sekolah. bahagian admin office, yakni opis mek; terdapat hanya satu tandas sahaja. ye.. SATU tandas saja. itu pun kongsi laki pompuan. kadang2 siap beratur kat luar tunggu turn. time preggy dulu, adoi.. terseksa sentiasa bila nak masuk tandas. kotlah time tu orang dalam tengah bayar zakat segala zakat, tertahan2 la mek kat luar ni ha.. bukannya tanak pakai toilet kat luar. masalahnya, satu - toilet students. oleh itu, ramailah students nak menggunakannya.. kedua, takde pili air. mana gaya nak mencuci. ketiga & utama - malas sebab kena jalan keluar.. ngehngehngeh..

okeh.. lets back to reason typing this posting. mek sebenarnya nak cite pengalaman di toilet admin ni... dah rasa gross? ha.. sila la carik butang "X" di belah kanan atau belah kiri komputer anda. hehehe... sebelum tu, mek kasik view sikitlah pasal toilet tu eh.. toilet tu terletak dalam workroom kami. so sesapa yang tengah membuat xtvt dalam toilet tu, kena buat dengan penuh kesopanan dan kesusilaan. sebab orang yang tengah buat photocopy boleh dengar wooooo.... toilet itu jugak bersebelahan dengan toilet students lelaki di bahagian dalamnya. kira next to next la... kat bahagian atas lebih kurang 2 kali pembaris panjang x 3 kali pembaris panjang terdapat air way. supaya pengudaraan tercemar boleh berlalu pergi. sudah dapat gambaran? bagussssss.... mari kita baca kisahnya..

cerita satu

mek rasa cite ni common kat mana2 toilet, especially kalo toilet lelaki.. tengah mek bersopan tu tetiba ada conversation seperti berikut di toilet sebelah:

man 1: hey john (bukan nama sebenar)! how are you?

man 2: hey johnny (bukan nama sebenarnya jugak)! i'm good, i'm good. thanks. how you doing?

man 1: ah.. normal stuff. cant get away of any of the workloads

man 2: ya... bla bla bla bla bla

and i was next door, listening to their conversation. both guys, i believe, continued doing their business while in conversation because i heard they left together.. and there i was thinking.. "oh my! how la they do their business and talking". toilet okeh.. dalam toilet... ish.. tak malu ni... hahahahahah..


cerita dua

satu hari, mek tengah bersopan dalam toilet tu lah. sekali "gedegang".. toilet sebelah berbunyik. panik sekejap. ingatkan bangunan runtuh ke.. atau ada emergency apa2 ke kat luar tu. peh tu "gedegang" sekali lagi.. peh tu, dengar orang sebelah kata gini:

"relax.. relax.. relaxation.. relaxation.. relax.. relax"

time tu memang mek dah pikir macam2 lah.. bebudak ni pun kot nak ber-adegan macam tak boleh tunggu balik umah.. tapi kan... ni kan toilet laki.. ha.. jeng jeng jeng...

peh tu terdengar pulak

"plup.. plup.. plup"

cehhh... memerut rupanya... dah tak menyempat sangatlah tuuuuuu... hehehee


cerita tiga

i was next door, doing business and suddenly masuklah budak lelaki ini ke toilet sebelah itu. of course when i'm done, i flushed then washed my hands.

as i was washing my hands tetiba budak sebelah ni bersuara

"hello? who's there?"

i kept quite. thinking that ada orang lain masuk toilet dia and kaco dia ke apa. then i tarik tisu. berbunyi la tempat tisu tu.. then budak tu bersuara lagi:

"hey.. dont play trick okay. i'm just doing my business"

by then mek gerenti confirm la budak tu tak biasa masuk toilet tu. and dia tak tau, toilet tu attach to our toilet. kehkehkeh.. sian budak tu..

oh.. did i ever told you that my office dikelilingi kubur? ha... kubur2 cina lama okeh.. lepas kul 6 petang, kalo dah takde orang sekeliling, baik kemas aje keje bawak balik. tak pun besok pagi aje selesaikan. takottttt seh!

sekianlah cerita kenangan toilet admin office dari mek. takde la gross sangat kan? hehehehe...

ha.. ni cite tadi..

budak adam ni nak memerut. i was baking. dia dalam toilet tu memula tanya "mama, why are you baking so many cookies?". then i answered, "my friends ordered". then he asked some more.. "mama, what is 200 + 200?". "400", i said. then he said "oh ok! so how many is 400 + 300?" by then mek dah suspect dah.. budak ni mesti takut orang tinggalkan dia sensorang kat belakang. dia tanya soklan tu to make sure that there is somebody with him. bertuah betul. i asked him la.. "why are you asking so many questions when you're berak inside there?". "err.. i dont know. i feel like asking".

elehhh.. penakot sebenarnya...... hahahahah...

sekian, terima kasih :D

Wednesday, December 29, 2010

pork lining?


once upon a time when mak was in berlin, germany. she came back with this story..

kawan mak: cantiknya kasut ni....

mak: eii.. tak boleh pegang la.. pig lining tu..

kawan mak: no la.. mana ada pig lining. dia tak tulis pork pun

mak: .....


hahahahaha


Wednesday, December 22, 2010

masuk sekolah

nak kecikkan gamba ni. tapi dah tak reti.. tak kuasa lah nak menggodek.....

nak tahun baru dah eh.. aisehhh... kena buat resolutions baru ni... mmmm... soon after expire la resolutions baru tu.. hahaha..

adam dah nak masuk darjah satu. at first when adam started kindergarten, we had thought to send adam to SSU from his kindy's age to secondary school. then alesya came in. tabung pecah. so cannotlah nak lebihkan adam sorang. furthermore, SSU finishes at 3:30pm. sapa pulak nak gi ngambik adam balik skool? ok.. i know.. van ada. atuk ada. bas sekolah ada. akan tetapi, sama ke ngan mama amik? tak kan?? i was thinking... i give you a situation la eh... adam habis skool kul 1:30pm. then orang amik dia. then dia duk umah babysitter sampai it's time to sekolah agama. which is at 5 until 7. dont u think by the time he reaches home, dia dah terkelepet? probably kan? so bila mek nak bersembang dengan dia? when would be the time i wanna know what's happening at school, or how's school life for a guy named adam danial? ok... curi masa.. can.. curi masa is very the can one. but when? i'm on a full time employment. the only time, if i decided not to amik adam from school, is after 7pm. which is lepas dia balik sekolah agama. ada mungkin dia dah penat? ada mungkin dia dah tak selera nak cite apa jadik kat sekolah? ada mungkin dia dah malas nak bersembang? ye.. sila angguk... :D for this, no matter how, i wanna do the pick up from school daily. dapat sembang sengah jam pun jadiklah dengan anak bujang i sorang ni...

at first we registered adam at sk setiawangsa. sama dengan best friend dia, haziq. then we looked into the logistic. umang aiii.. pepagi confirm mek boleh jadik tarzan kalo kena hantar adam gi skool. jalan is sempit satu. full with offices, dua. kedai lagi, apa lagi.. uiii...... tidaklah teman. then we decided to sk taman melawati 2. we have registered, confirmed semua bagai. then kak an (airiel's mama - another best friend), bagitau sk wangsa jaya is having completely morning session. walawehhh.. mana boleh tahan.... and so, last minute, we decided to send adam to sk wangsa jaya. al-malangnya... sudah penuh. oleh itu dengan nasihat pakteh, we agreed on sending adam to sk wangsa melawati and then try mohon untuk ke wangsa jaya. nak transfer kl to kl ni mudah sikit, kata pak teh. so as of now, sk wangsa melawati la sekolah budak adam ni...

why i want sk wangsa jaya so much?

1) full morning session for 6 years wehhhh.. sapa tamao? 6 bulan kami laki bini tak payah pikir anak sekolah pagi ke petang ke... nak tukar penghantaran dan pick up ke... satu masalah settle

2) airiel is there. at least adam will have one familiar face. i have no doubt that adam will not be having any problems with new friends. he could make friends easily. macam mama dia kan? hahahah.. tapi yelah.. at least satu muka yang dia kenal, tak delah dia segan silu sangat... dok?

3) since airiel is there, in case of emergency, i could rely on kak an - airiel's mama. bukanlah nak mengambil kesempatan......... tapi yelah.. orang bekerja dengan orang tak bekerja ni lain. if only i have a part time job that give me 5k monthly, i would definitely quit my job - 24 hours! confirm punya! tapi ada ke part time gitu rupa.. jangan suh mek carik2 downline ni eh.. tak kuasa.. jual tupperware dengan kukis & cuppies ni pun dah cukup. :D

baju sekolah dah beli. beg che tam dah bagi. beg sekolah agama pun dah siap. stationeries semua dah carik tadi. kasut sekolah dah terpakai hari graduation kindy itu hari. so skang, tunggu masuk sekolah ajelah...

ya Allah, permudahkanlah urusan kami sekeluarga. jauhkanlah kami dari segala bala bencana... kuatkanlah keimanan kami & kesabaran kami mengharungi dugaanMu. tabahkanlah hati kami dalam menghadapi liku2 hidup ini. amin.

Sunday, December 19, 2010

vitamin M


sejak ada facebook ni makin malas mengupdate blog. ngape eh? ontahlah...

kadang2 ada aje menda nak cite kat sini. nak luahkan perasaan terpendam. nak mengumpat. nak berbangga diri. ewahhh.. tapi peh tu mesti sama ada terlupa ataupun malas

heyyyy.. malas lagi....

ehh.. tapi kekadang tu banyak keje pun iye jugak. adoiii.. tang keje ni jangan cakaplah. bulan december ni aje rasa nak tercabut keyboard kat opis tu. contract dah siap, kejarkan payroll pulak. payroll siap, kejarkan sekolah cuti pulak. heyyy... macam-macam. selagi tak tutup mata, keje-keje-keje. lotih...

december dah kan? rasa macam baru celebrate besday ke 17 tahun. hahahahaha...

banyak sebenarnya nak cite ni. besday alesya. baking projects. tupperware lagi. otomobil baru. mm.. baru apanya.. dah sengah tahun dah pun.. adam nak masuk sekolah. ish.. macam-macam lah..

nantilah eh.. tunggu vitamin R datang. hehehehe..

selamat tahun baru :D

Tuesday, November 02, 2010

otomobil

ha.. itu hari sapa kepoci nak tau pasal otomobil mek?

tunggu siarannya tak lama lagi..

gamba baru jumpa. jadik boleh update. hahahaha...

world is small



1)
classmate adam nama mukriz
mama mukriz adalah best friend kak nurul
anak-anak kak nurul pernah dijaga mak nek
mak nek adalah babysitter lama adam


2)
kawan mama nama zahar
classmate adam nama airiel
papa airiel nama azli
azli dan zahar adalam kawan


3)
classmate adam nama haziq
kawan mama nama kufee
doktor mama & mama haziq adalah doktor ku
dentist ayah & ayah haziq adalah doktor meor
kufee adalah adik doktor ku



best kan? kecik aje dunia ni rupernya.... balik2, pusing2, situ jugak.. :D

Thursday, October 07, 2010

points note


nothing much to update, sincerely.. points form ajelah..

  • kak sah passed away recently. kak sah is made's cousin whom had brought him (+ adik beradik) up since small. kak sah and me is not an item. angin lintang keselaluannya. i'm always the budak nakal and she was the ketua pengawas. so, i'm not her favourite. dont get me wrong, but i'm in a way happy that she's now out of pain. oh! she has had breast cancer for more than 10 years ago. a true fighter!
  • open house the other day was great! food was exceptional. sampai licin & those came after 3 dah kena makan kentaki. sorry ye.. we first thought the food we bought was not enough. then after some arithmetic calculations, we concluded that most tetamu had more than one round of food. alhamdulillah... rezeki anda, rahmat buat kami. insya Allah :D next year ingat nak buat open house time breakfast. amacam? heheh
  • after september's payroll, rasa macam lega sangat. perhaps i've getting the hang of it. so takde la rasa macam terbengong2 macam the first month. siap bertekak & bermasam muka dengan my boss. alhamdulillah... i have the greatest boss. we actually trashed out what we had inside. how i felt, what made me felt like one, what are my expectations.. yes, we had confrontational conversation (it's more of a debate if you saw us), but in the end, we knew what made us sailed into a tight row. i guess, u guys should too.. if you dont feel comfy with the job & pressure that your supervisors are giving, voice it out. they should listen to you and have a mutual understanding. the more you keep quite, the more you're killing yourself. butttttttt.... if you do have an egoistic boss, sorrylah.. tak dapek den nak nolong...
  • alesya dah tumbuh gigi atas. yay! skang asik sebut "mama, mama, mama, mama". tapi pegi kat ayah. hahahahha.. dah pandai babai orang dah. asik carik gaduh ngan abang adam pun ada. and adam is one GREATEST brother... mengalah aje. mama sayang adam much-much!
  • adam punya spelling kat kelas, giler punya susah.. well.. for me la. tadika dah kena eja development, struggled, community, arithmetic (even i got this wrong), underground, etc. adoih.... i dont think i had to spell these words when i was in kindy. my life in kindy was dancing, singing, dancing, singing, dancing, singing, makan biskut.. pengsan tengok bebudak skang punya competition.
  • saya sudah tukar nombor talipon ye kawan2. so sapa2 yang tak dapat my sms, please let me know..
  • alin kata skang orang mencuri bateri keta pulak. haih.. satu-satu.. sila berhati2 ye frens.. orang tersebut akan masuk umah u macam bodo je... especially kalo pintu pagar tak berkunci & an extra bonus points kalu kereta you all pun tak kunci. so be extra careful okeh... one lesson, jangan tinggalkan apa2 resit or anything that indicates your address. kunci keta pun, sila tinggalkan kunci aje. if possible jangan attach dengan kunci umah or keychain yang ada alamat. kalo pegi servis keta, some shops will letak sticker with your nombor keta on your alarm. so sila la tanggalkan sticker tu secepat mungkin. nak tinggalkan apa2 dalam keta, sila la pastikan benda tu semua tersorok. pencurik skang ni educated terlebih.. kita pikir 1+1 je.. dia dah pikir 10+10...
  • skang tengah mood sheila majid. hehehehehe....
ini ajelah la kot buat masa ni. tak tau nak update apa dah... nanti sembang lagi...


Thursday, September 16, 2010

aidilfitri 1431H - 2010

lama tak bersiaran kan? rindu tak? hehehehe..

honestly.. of late sangat banyak keje. commencing august 2010, our department has took over payroll job. thus, mek sangat banyak keje. cycle buat keje tu rasa macam tak berhenti. sebelum ni, kul 4:30pm tu kira macam dah boleh pack2 barang, and pikir untuk keje besoknya. ever since the new job ni, kul lima pun tak terasa kul 5. deadline rasa macam death penalty pulak. adohai.. one hand, i'm taking it as a very good career enhancement. however, at the same time, as someone who is selfish with her time, i feel my privacy being invaded pun ada jugak.. :( anyhow, i'm grateful & bersyukur for what i'm saying yes for and insya Allah besar rahmatNya di kendian hari. amin.

nak citer pasal raya la pulak. excited ni.. sila la baca dengan bersungguh2 ye. hehe..

basically, we decided to balik kelantan on wednesday. tapinya che made changed his mind and we went back on the raya day itself. mujur jugak che made bertukar fikiran. jalan tak jem on that day. banyak keta, tapi running smoothly. bak kata along "ala.. keta ko kan ada turbo". haih... memanglah ada turbo power. dah tu kalo kelajuan yang dibenarkan hanya 8km/h aje, kejadah apa turbo tu pun kan? jadiknya, bergembiralah ibunda tercinta saya kerana buat pertama kali, semua anak dan cucu berkumpul di rumahnya di hari raya. yay!

sila jangan tanya mana gamba sekeluarga ye.. gamba kat atas ni aje yang complete kami sefamily. gamba group hug kata adam. heheheh.. ni pun gamba paw lelen punya FB.

this year mek masak rendang daging dengan kuih raya ye kawan2 sekalian.. hahaha.. mek tak penah masak di pagi raya ye. harap maklum. sebab umah mak sangatlah dekat. jadiknya, pagi2 raya gi menempel kat umah dia dengan tupperware. balik hangatkan aje. sesuwai kan? hehehe.. this year, ntah apa angin nak buat rendang sendiri. so, mak pun kul 7:30am dah sampai depan pagar dengan daging 2kg. nak kata mek masak 100%, tak jugaklah. sebab che made keje. jadiknya alesya takde sapa nak tengokkan. terpaksalah lari2 sambil jadik assistant chef.

elok lepas makan, tunggu kejap sebab mokteh dah on the way, kami pun salin baju and naik keta menuju ke kelantan. dalam keta siap pesan kat che made "kalo jalan entrance masuk kat gombak ni jem, balik. tak jadik balik kelantan. okeh?" durjana kan? hahahaha.. tak kuasala nak bersesak dalam jem. penat tau. bontot mek dah cukup besar okeh.. kang duk dalam jem lama2, bertambah la besar bontotku yang seksi itu taw... alhamdulillah. jalan tak jem. alesya pun tido sepanjang jalan. sampai kat gua musang bangun nak duduk ngan mama. sian dia... adam ada entertainment dalam keta. jadiknya tak heran nak tido pun. boleh harap betul.

raya kedua tak gi mana sebab jiran sebelah umah kat krai ada kenduri pertunangan. hari ketiga we went to KB. mehlah mek buat pengakuan berani mati.. mek memang cukup malas nak pegi KB. sebabbbbbbbb... jalannya jem. boleh sangkut 6 jam for nothing okeh.. menyampah! oleh itu, untuk hari raya ketiga itu, we decided to leave early. kul 9 dah kuar umah. 1 hour aje sampai ke KB. akan tetapi, hala balik ke krai amik masa 3 jam!! sampai naik meragam si alesya. dengan pampers penuh. adohai.. tak taulah apa punca jem. eksiden takde. yg ada polis 2 orang kontrol hensem tengah jalan raya aje. sengal bontot! kat KB tadi, dapatlah beraya kat umah kak zah (sepupu kak sah, che made's cousin). actually tak raya la.. sebab visit orang meninggal sebenarnya.. kuih oren kat umah kak zah ni best wehh.. nak cariklah resepinya. tahun depan buat jual. hahahaha.. peh tu kami gi umah kak za then langsung ke umah sungai, umah kak ah. jakun si adam tengok river. hebatkan kampung ayah.. hehehehe

raya keempat, we decided to balik terengganu. lama tak balik weh.. 3 tahung. hehehe.. we left early jugak. sebab takut ke jem. boleh tahan banyak jugaklah keretanya. but bearable la.. takdelah kata sampai sengal bontot. we spent a night in ri-yaz heritage. okeh - nak promosi sat.... bilik kat situ sangatlah best. bersih & cantik. memang untuk sesapa nak bersantai, silalah. untuk yang nak berhanimun, pun cantek. yang nak berhalimunan pun boleh. pemandangan wise, i'm not a scenery person, so bolehlah.. nampak boats keliling. chalet yang kami dapat sangat besar & selesa. bilik air siap ada both standing shower & bath tub. so kira besarlah kan? dari lobby ke chalet, ada buggy hantarkan. teringat pulak kat berjaya langkawi. gitu jugaklah kisahnya. nak ke mana2 pun buggy amik-hantar. lobby hotel pun simple aje. takdelah nampak corporate. nampak sangat santai. if given any chances, we would love to go back and have another couple of nights stay. price wise, my cousins gave me "wow.. duduk kat ri-yaz...." expression. well, we found that the online rate given was reasonable. lebih kurang sama dengan primula aje. so better deal won.

disebabkan dah 3 tahun tak balik beraya di terengganu, kami (me, in particular) jadik cam orang buta la kat terengganu tu. tak tau jalan mana nak pegi. first house, kami pegi umah abg li kat gong kapas. nasib baik jugak instruction dia bagi tu clear & senang nak carik. kalo tak, mau makan kentaki jugak kami hari tu. hehehe.. dari umah abg li, kami ke umah mak ngah. "kami" this time, termasuk abg li with wife & brother termasuk parentsnya. umah mak ngah tu, mek tau jalannya.. tapi blur. heheheh.. dapatlah jugak jumpa pak ngah yang dah terlantar aje atas katil tu. Allah tu Maha Adil.. nak bagi peluang anak2 berbakti pada ayahanda tercinta. alhamdulillah.. dari umah mak ngah kami ke umah kak ting, anak mak ngah sebab wan hindun ada kat situ. lepas tu rombongan abg li tinggalkan kami anak beranak. dapatlah bersua muka dengan cousins yang lain. alhamdulillah.. dari umah kak ting, pegi pulak umah mak long. peh tu pegi umah ad. my friend from ITM. kisah dengan ad ni best sikit. kami bukanlah besfren mana pun. tak sama course pun. satu bilik pun tak. duk sebelah bilik aje time kat seroja tu. tapi since i had my driving license kat terengganu, sampai skang ni.. kalo balik terengganu, mesti jumpa. macam kemestian pulak. hehehehe.. besoknya sebelum balik, kami singgah umah kak shima and beli kepok losong. selesai beraya di terengganu...

balik dari terengganu, i drove from kuantan to KL. adoi.. letih sehhhhhh.... 2 jam membawak keta. macam mana la orang yang boleh tahan bawak keta berejam2 ni.

sekianlah sahaja kisah aidilfitri kami buat masa ini. nanti ada tambahan, mek update lagi. dikesempatan ini, mek mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN" buat semua kengkawan di alam siber ini.

budak kecik ni dah pandai senyum2. geram aje orang keliling tengokkan.


ini budak sangat banyak soal. itu hari dia tanya:

adam: mama.. is kelantan my hometown?
mama: no.. that is ayah's hometown
adam: so is kelantan my hometown too?

nak aje jawab.. "no.. that's where you were made". tapi tak kuasa pulak nak jawab soklan seterusnya. hahahaha

Monday, July 19, 2010

dengar & tengok

mek ada few celebrities yang fall into certain categories as follows:

a) sora boleh didengar, tapi rupa tak boleh ditengok

awie

sora dia memang mengancam kalbu. boleh kata mek adalah peminat setia la. dari dia dengan wings sampailah dia berdouble trouble dengan search dan sehinggalah dia solo-molo. gua adalah peminat tersetia. tapiiiiiii.......... mek langsung tak leh tengok acting dia KECUALI cite dia dengan afdlin shauki. kalau tengok dia berlakon romantik-romantik, rasa nak pecahkan tivi. lagi satu, ampunlah nak tengok dia nyanyi. tak de punca sebenar. cuma mata tu rasa macam ada pencemaran.. hehehehe...... takat dengar lagu dia kat radio memang mek boleh layan lentokkkkkk...


amy search

ini pun sama. sorang dia memang boleh layan tahap terkesima jiwa raga bila mendengarnya. tapi kalo tengok dia menyanyi ke dia berlakon kat tv ke, alahai...... biarlah tak payah. buat tambah dosa aku je... he's a fine singer, but when come to live picture, gua tak tahanla bro...


b) rupa boleh tengok, sora mintak hampun

azwan ali

hahahahahha.. yang ni tak payah cite la dek non oiiii... dulu penah jadik my idola okehhh.. time tu dia berlakon dengan vee. memang cam best aje lakonan dia. tapi off late ni, dia pun dah ter-off. kehkehkeh... mek boleh tengok muka dia.. tapi tang sora tu di-mute kan ajelah.... tak larat....


c) jangan kata sora, rupa pun aku tak larat nak tengok

halim othman & linda onn

ya tuhan... mintak ampunlah banyak2. ntahlah kenapa sakit pening, cirit birit, migrain terus datang kalo dengar sora dia ni... kalo tengok rupa dia pun, rasa macam.... adohai.... kenapala aku tengok muka hang.. bukanlah kata dia tak hensem. tapi hensem kah dia? hahahaha.. tapi tak laratlah cara dia berkomunikasi. macam over-over-over-over mengada2 yang "aku lempang ko ni nanti". korang faham perasaan mek ni? dia ni kalo bercakap mesti ala2 orang malaysia (bangsa boleh dipelbagaikan) yang bila cakap oreng puteh perlu ada slanga oreng puteh tapi tak taulah dia sedar atau tak, bila dia cakap tu sah2 ke laut dalam bunyinya. tak tenteram langsung!

itu linda onn adalah di dalam kategori yang sama.. sekian terima kasih..


izwan azir (tv3)

ni baru mangsa terbaru. dulu ok aje dia ni baca berita. dengar pun sedap aje. kebelakangan ni, macam menjengkel kan aje cara dia baca. dengan mimik muka dia, reaksi muka, tangan.. alah... semualah.. biasalah kan.. kalo dah tak suka. hahahaha.. tapi seriously.. tiap kali tengok dia mesti teringat halim othman. tadi dengar dia baca iklan primax pun rasa nak letupkan tivi. tolong! tolong! tolong!



okeh.. banyak dosa aku dah.....
taubat! taubat! taubat!

Wednesday, July 14, 2010

award bestest blog dari riko


yay! yay! dapat award.. yay! yay!

greatest award ok... hahahahaha... tak hengat sungguh! cam lagu2 greatest hit gitu.. meh nak tengok apa nak kena buat ni...


1. Anda mesti memuji si pemberi award

uih.. kena puji.. cam tak ikhlas bagi award aje..... hahahahahha.. ya ampunnnnn... nak kena puji ke? tak yahlah.. nak cite pasal pemberi award. aci?

i met riko (bukan nama sebenar) di cyber space, specifically - cari.com. specific lagi - ruang gossip. hehehe... macam mana boleh terjerat? si sue punya keje la ni.. semuanya gara-gara AF2. memula gitu2 aje. peh tu lama2, kami jadik baik pulak. sampai ada thread untuk kami aje yang sembang. memang melampau. hehehe... kami itu adalah sue, irah, lili, tqah, conan, zureen, riko and myself. er.. ada ke nama yang tertinggal? rasanya kami ajelah.. peh tu siap gi jumpa2 kat pizza hut subang. pehtu datang raya. pehtu asik contact ajelah. pendek kata friendship tak putus punya.. alhamdulillah..

pemberi award ni penah tolong mek dapat keje. hehehe... tapi keje tu tak kekal lama la. sebab mek tak baper faham struktur ofis tu. nevertheless, i appreciate her assistance.

kadang2 kitorang kuar jugaklah sama2. ada few times kan riko? and i look forward for this friendship to last us bak kata orang putih "till death do us apart". :D


2. Bagi award ni kat 10 blog yang lain

camne nak bagi kat orang lain ni... semua orang pun dah dapat award ni.... hahahaha... sapa2 rasa nak buat sila la.. anggaplah mek kasik kat korang :D


3. Beritahu mereka mendapat award.
"korang... korang dapat award.."

ok done.. dah bagitau.. :D


4. Bagaimana anda digelar blog yang best & great?
hahahahahahahahahaha.. best kah? great kah? hahahahahha..

i started this blog sebab seronok tengok my office colleague buat blog. cam best je. and at the same time, i was reminiscing memories with uwan. so, jadiklah cucuuwan ini.. pastu cam syok sendiri update pun ada jugak... layan perasaan la ala-ala. hehehe...

ada la jugak terperasan ada orang copy paste my posting. rasa cam bengan ada. bangga pun ada. tak sangka la kan... ada peminat dalam diam rupanya.. :D

most important, this blog is mine. my thought, my say. it's all about me.



sekian, terima kasih.


Saturday, July 10, 2010

new house

we were about 45 meters away from the house when adam suddenly said:

"ayah... i think we have to buy a new house"

then ayah asked, "why adam?"

we were already worried...

adam answered:

"because our door grill has broken. so we have to buy a new house"

hambik ko! grill rosak kena beli umah baru okeh..... berkaliber betul idea dia..


Monday, June 28, 2010

soalan yang tak baper reti nak jawab

bebaru ni sembang ngan member.. here are bits and pieces of what we talked about:

member: weh.. aku suka baca blog enko. funny pun ada. geram pun ada. rasa macam sembang ngan ko secara live pun ada.

ai: mekasih.... hehehe.. (terasa diri diawang-awangan - kembang.. kuncup.. kembang.. kuncup..)

member: selalu eh ko ada idea?

ai: dependslah.. kalo ada idea aku type. takde idea aku biar aje... kadang2 time aku rajin, aku schedule post.

member: rajin ko eh...

ai: ada la sikit...

member: tapi kenapa follower ko tak ramai?

ai: er.... ntah.. kenapa?

member: yelah.. aku selalu pegi mana2 blog, follower dia mesti gempak2..

ai: er... kena ada banyak follower eh?

member: yelah... blog ko best apa...

ai: er... ko dah jadik follower?

member.. er... aku takde blog. camne aku nak jadik follower ko..

ai: aaaaaa...


inilah antara soklan yang tak kuasanyaaaaaa mek nak jawab. i dont know about you. but my "follower" selection is based on any blogs that i stumbled upon and i think i might be referring to it later. so i become a follower as it will be listed on my account. those blogs that i have regularly read & visited, i will link it. jadik senang nak click and read. therefore, ada aku kisah kalo tak ramai follower pun?

sorry ye babe... ngata engko pulak this entry :D


that sort of question reminds me of another question from another friend. she came to my house the other day and saw our cars. she started with who's the driver to each car, then why aren't we car pooling then to her soalan pendek akal:

"nama ko atas keta yang mana?"

oh blimey!

keperluan asasi yang mana perlu mek jawab soklan sebegini?


sekian, terima kasih

Monday, June 21, 2010

wild animal

ada satu hari tu.. adam bawak balik homework. tajuknya wild animal. dia suh mama dia lukis. manalah mama dia tau. kang ada pulak ayam rupa selipar, gajah rupa gunting. rentikan kalo nak suh mama lukis. takat orang lidi, terer aaaa...

nak dijadikan cite, adam kerah ayah dia lukiskan. kena pulak time angin pemaleh ayah datang. ayah suh adam lukis sendiri. lukislah si anak tersayang ni.

besoknya, bila adam balik sekolah, mama tanyalah apa gamba adam lukis as wild animal?

jawab adam dengan bangganya - "fish & chicken"

nak tersembur nasik dalam mulut mama ni.. bertuah punya ayah. berpada-pada la kot malas sangat pun.

boleh harap betul...

gamba tulang dinasor.. ada bakat arkeologist budak adam ni... ngehngehngeh...

Friday, June 18, 2010

kiss & make up


kesinambungan kisah yang ini: bila angin rajin datang

my bos balik keje minggu ni.. serba salah nak cite ngan dia ke tak apa yang dah jadik. nak cite kang, takut dia kata complain. tanak cite karang, mek ni staff dia. thus, she qualifies to know. so i asked my colleague, fairuz....

"cakaplah anne.. daripada dia dengar daripada mulut orang lain. ha.. camne nanti?"

betul jugak tu... so i decided to tell her. giler gabra nak cakap ngan bos. takut dia tersentap satu. takut dia kata mek emosi satu. takut dia dah tahu and waiting for me to bukak mulut pun satu lagi. hish.. pendek kata berdebarrrrrrrrrr la...

lepas sembang pasal cuti, pasal job enhancement for the next school year, peh tu sembang pulak pasal kisah principal & interview we had, barulah keluar cite incident tersebut. adohhhh.. bila dia kata "he what?". hambik ko.. rasa luruh jantung ni ha.. dia ni marah aku ke marah sapa ni... janganlah jap lagi dia pegi berperang pulak. amin...

sudah aje cite, dia kata "do you want me to talk to him and ask him to apologize to you?"
"er.. i dont know..... you can talk, but no fight please"
mek kenal sangatlah ngan my bos ok.. silap2 boleh bergaduh pulak karang

after a while, she called the supervisor into her room and i overheard she said "i think you know why i'm calling you"

memang time tu, rasa nak panggil paramedik, nak carik tong oksigen, nak buat CPR, perasaan nak carik orang tulis wasiat pun ada.. dengarlah dia berdentum dentam dalam bilik tu. bebalik "she told, she said, she.. she.. she..". alahai.... time tu rasa - jantung.. dok diam2 ye.. jangan jatuh lagi ye....

kejap2 lagi "anne, can you come in for a while? somebody has something to say"

"anne, can we kiss and make up?" he said

"ha? er.. we can't kiss, but we can make up.. i guess"

so there was a bit of questions, clarifications, justifications made between the three of us. my boss, that supervisor and myself. we agreed that there were some miscommunication & misunderstandings. both parties flipped. stress level went up.

i'm glad i told my boss about it. she was glad too. she knew that i'm not the kind of sikit-sikit cite, sikit-sikit mengadu dekat bos. she knew i had to find my guts & courage to tell her what had happened. now i feel good. yey!

the end.
sekian, terima kasih

hehehe...

Wednesday, June 16, 2010

layout baru

sekali tengok cam cantik pulak

ok.. operasi puji diri sendiri

bagus-bagus *mode tepuk bahu sendiri*

ye.. saya tau.. awak pun kata cantik kan?

terima kasih.. janganlah puji banyak2. malulah saya..


hahahahahhahahahaha...

sesema bola

pemain simpanan terkemuka

16 june 2010 - 8:19 malam

wife: bang... HON vs CHI tu apa? Honolulu vs China eh?
hubby: hish.. honduras la
wife: honduras tu negara apa?
hubby: negara orang honduras lah
wife: ada eh?

seminit lepas tu..

wife: bang.. ESP vs SUI ni? ESP tu espanol eh?
hubby: haah..
wife: SUI? sui kim? hahaha
hubby: switzerland lah
wife: tipulah.. apesal pulak SUI?
hubby: dah tu kenapa MAS tu malaysia?
wife: betul la... maslaysia. ha... kan?
hubby: hish..

then wife tekan INFO button

wife: pandai sangatla tu. CHI tu chile la.. ESP tu spain. pandai jek kata espanol
hubby: la.. betul la.. espanol tu spainla..
wife: eh?
hubby: dah.. i nak mandi. tengok anak..

ceh! nampak sangatlah geografi aku fel..

Monday, June 14, 2010

tag: mommy


masih mood menjawab tag. hehehehehe.. tag dari si zarin.


1. How old were you when your first child was born?
i was..... er... 26. siap amik calculator nak ngira.


2. What month and year was your youngest child born?
youngest would be alesya... december 2009


3. How did you feel when you first found out you were pregnant?a
i feel? wahhh.. hebatlah laki aku.. sniper betul. hahahahaha.. honestly.. tak tau nak feel camne. baru kawin terus preggy. so cam.... wow!


4. Who did you tell first?
er.... we told who eh? we did the test together. siap amik gamba utp kit tu lagi.. told our parents la kot. lagipun time tu duk ngan my parents. of courselah kena cakap ngan derang kan? kan?


5. How many pounds/kg did you gain during your first pregnancy
double my weight when i was single. enough said!


6. What did you crave while you were pregnant?
craving was like.. bulan ni nak makan bege aje. bulan lagi satu nak makan rojak aje. lagi satu bulan nak makan sup aje. gitu la.........


7. Did you find out the gender of your first child? Why or why not?
did we? mmmmm.. tak de la sangat nak tau. but since the doctor was so eager to tell, we listen ajelah..


8. Did you have any complications during your pregnancy?
adala jugak. masuk spital one week. kurang air sebab time tu time posa. pehtu gemok yang amat!


9. How much did your first child weigh?
2.9 kg


10. Was your first child early, late, or on time?
champion punya! ngam2 on time.


11. What is the most difficult challenge or health issue that any of your children have faced?
adam - asthmatic. alesya - kind of sensitive skin.


12. What's your favorite part of being a mom?
when i held my kids and they smile... precious feeling.


13. Do you think it's easier to be a mom or a dad?
i think it's the same. it's never easy to raise a child. and it's never easy to hold responsibility of being a mom & a dad.


14. What is the best piece of advice you could give to someone who is about to have their first child?
have a very high level of patience & tolerance. mengucap banyak2... anak tu pintu rezeki.. insya Allah


15. Did you always think you'd have kids?
of courselah.... i ok tau. hahahhaa


16. What's been the biggest surprise about motherhood?
looking at my son now.. how la this boy could fit in my tummy 6 years ago.
looking at my daughter now.. pretty like me la this girl. no surprise.. hehehehe


17. Are there things you miss about life before kids?
nothing much except for the weight. :D


18. How many children do you have?
two


19. Do you plan to have any more children?
big no


20. Who's the mom that you admire most?
er....... let me think....... if i can say.... i admire any single mothers. tabik!


And I would like to tag my frens.. a mommy :


riko
lili
diyana
irah
nur
as
sya


sekian, terima kasih