Sunday, September 16, 2007

permohonan untuk pertambahan ahli keluarga

Merujuk kepada perkara di atas.

Saya sebagaimana penama di bawah ingin memaklumkan kepada bahawa kami telah membuat permohonan untuk pertambahan ahli keluarga. Untuk makluman juga, kami telah mendapatkan persetujuan daripada anak pertama kami, En. Adam Danial Mohd Ramadhan. Beliau telah memberikan kata persetujuannya pada 15 September 2007. Disertakan di sini chop pengesahan beliau.

Usaha untuk permohonan ini telah giat dilakukan. Janganlah kuatir.

Kami berharap untuk mendapatkan kata kelulusan dalam masa sebulan, agar dapat kami membuat persiapan yg rapi dalam masa sembilan bulan kelak.

Dengan ini, kami amat berharap agar permohonan kami ini diberi pertimbangan yang sewajarnya serta mendapat kelulusan.

Sekian, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Enclosure: chop pengesahan daripada En. Adam Danial Mohd Ramadhan

10 comments:

Anonymous said...

chaiyok chaiyok met!!! thethethethethe... =p

Anonymous said...

hahahah..mengong..:D
aku nk mengucapkan pd ko n diri aku sendiri - ganbatte-ne...hehe
marilah kita berusaha bersama2 dgn harapan kita berconceive di waktu yg sama..blh kita lawan2 laga perot nnti..hehehe

Anak Mamakz Penang said...

hahaahha... Ann.. entry yg membuatkan diri ku innew jeles dgn dirimu ittewwww.... Adam dah approve tu.. bila lagi."Usaha tangga kejayaa"..hahahahaha... Kalo boleh.. bikin lelebih skit eik..nanti kasi I satu..ahaksss ;)

anne rafei said...

che nani: berusaha! berusaha! :)

anne rafei said...

julie: perut aku laga perut ko, perut aku la menang kot? hahahaha

anne rafei said...

miera: aik.. mana boleh kasik2. sdn bhd tau.. hehehehe.. apa lagi.. kasik proses la. kita boleh main masak2 sama2

...$weE+ 666... said...

ok la tu kan, adam pun dah layak ada adik. aku sama-sama doakan... insya Allah!

anne rafei said...

z: amin.. aku pun doakan fenriz dapat adik jugak ye :)

neomesuff said...

dah kene cari nama nih hehehe

Nurul a.k.a Riko said...

cumi..
cai yok..cai yok...maner tahu rezeki ramadhan.