Monday, October 30, 2006

he he he

lama dah tak update ini blog... nak kata sibuk, tak jugak. nak kata banyak keje, pun tak jugak. nak kata lupa kat dunia blog, pun tidak jugak. time nak update, time tu la idea tak de. time tanak update, ada je lampu mentol menyala.

first and foremost, selamat hari raya. maaf zahir & batin.

this raya, kami di krai. ma dah balik awal ngan kak ti who then had to go back to PD. menyusul abe cha with kak na. patutnya abe chik sampai dulu. tapi nina sakit pewot, kami yg tiba awal. barulah dema. berjangkit rupanya sakit pewot ni. itu hari adam. muntah2 for several days. i dah cuak. takutlah2 kalo ada menda yg tak sepatutnya terjadi kan.. alhamdulillah, after few days, adam recovered. tapi jerih jugaklah nak tengok dia recovered pun.

back to raya. then kak ti balik and lastly abe ajih sampai. raya in krai was quite ok (kalo tak pasal kena ambush bendera jepun di pagi raya la.. huhuuuu). cuma perasaan lain sikitlah. ayah dah tak de. takde org tukang kerah bangun pagi raya. ada yg bising pun kak sah je. org datang raya pun a bit kelam kabut. selalunya ayah dah pegi umah nebers sume, then dia balik, dia akan suh sumer org kuar beraya. and dia jaga umah. org yg datang akan beraya dengan dia la. this year, sumer anak lelaki kuar. tinggalla menantu pompuan yg kurang kenal org kampung. setakat kak chik & kak ja ok lah. ramai dah org derang kenal. menantu sorang ni? hampehhhhh.. dahlah cakap pun fel, nak paham org cakap lagilah fel... kena makan budu banyak lagi ni...

balik hari jumaat. hari sabtu punyalah bercita2 tinggi nak jalan2 umah moktehlah, umah moksu la, umah mak lang la, umah kubba la, umah kak nurul la, umah kufee la.. eleh.. konon je.. sampainya 2 umah je. umah moksu & mokteh. itu pun dah kira baiklah tu.. hahahaha.. tula. sapa suh mak buat roti jala kan...

what else eh? tadi banyak idea. dah on ym, sembang2 sudah lupa sumer idea.. mentol pun dah malap je.. adam pun sudah bangun..

last nite pegi hantar mak ke kl sentral. on the way back, i sembang2lah ngan bapak. on air tengah berita. and one of the topics was on budak sekolah yg join mat rempit akan kemungkinan dibuang sekolah. bapak disagreed. he blamed the parents - which actually oppose my opinion. his reason was: parents yg tak carik quality time with the children. carik duit banyak2 sampai tak tau nak buat apa dengan duit tu. macam duit boleh bawak ke kubur. kuar keje sebelum anak celik mata. balik keje time anak dah pejam mata. bila masa nak dapat quality time dengan anak? nak sebut 3 words kat anak pun susah. macam manalah anak tak terikut peers yg bukan2.

in one sense... betul jugak apa dia kata. quality time. masa untuk parents & anak2. deep in me, i still blame oneself. but come to think of it.. betul la kata bapak.... macam mana oneself nak fikir kalo dia tak de peers yg betul2 guide dia. kan?

zaman la tak sama dengan zaman dulu. dulu mak kata A, A la dia. la ni, mak kata A, Z jadiknya. kata mak pak dibuat main. kata kawan2 didulukan. my time, i was in the middle. antara kawan & parents. i lebih rapat ngan my friends. but i fear my parents the most. nak2 bapaklah.. baru berdehem dah rasa nak terkucil. belum dia kata apa2 lagi.. hahahaha.. anak2 skang patut rasa beruntung. nak kasut nike, dibeli nike. kalo dulu, mintak adidas, dapat abibas. haruuuuu

time flies, years gone, and many more to come
things changed
country developed
standard of living increased
but oneself keep searching for an identity
mistaken sometimes...

manusia makin kurang didikan
pelajaran dialpakan
didikan dilalaikan
agama ditinggalkan
bangsa disorakkan
adat resam dilupakan
ke mana arah tuju? kemanakah haluan?
di manakah nanti anak cucu cicit kita?
masih mampukah berpijak di tanah yg nyata?
atau hanya bermundar mandir mencari cacing, mencari umpan di tanah org
atau mungkin hanya menumpang hangat dan dingin di kaki penjajah

bisakah mereka nanti berdiri megah?
insya Allah