Friday, July 31, 2015

Demam

8am - belum makan ubat
Kipas nombor 1
Pakai cardigan
Berbungkus selimut
Yet sejuk bukan main


11am - lepas makan ubat
Kipas siling nombor 4
Standing fan nombor 3
Berpeluh basah baju


Moga Allah berikan kesihatan yang lebih elok. 
As-salam. 

Monday, July 27, 2015

Hari baru

RezekiMu kusyukuri
NikmatMu terbaik untuk kami

Yang elok dan terbaik hanya dariMu  


Syukran. 
As-salam

Thursday, July 23, 2015

jumpa uwan

finally!

lepas hantar bebudak pi sekolah, terus gegas ke tanjung malim.  rindu giler weh!

masa awal-awal puasa itu hari, memang asyik teringat kat uwan.  terbau-bau bedak dia.  terbayang-bayang dia bersembang dengan kita.  rasa macam dia ada kat sebelah kita.  alahai..  rasa rindu yang sangat-sangat-sangat-sangat!

tiba aje kat kubur, air mata ni macam automatic turun.  ntahlah apa yang sedihnya.  sepanjang kat kubur pun, i felt as though she's sitting next beside me and talking to me.  sembang-sembang macam kami selalu sembang kat umah dia.  sembang macam dah takde hari besok nak sembang.  

rindunya kita kat uwan.    

uwan was 74 when she died.  panjang umur uwan.  

kalau uwan masih ada, na bawak uwan duk umah na.  uwan boleh ajar na masak lauk best-best.  mesti anak na pandai makan makanan kampung.  takdelah asik nak masak spageti & nugget.  mesti na pandai buat kuih-kuih tradisional.  mesti umah kita riuh time raya kan...?


if only you're still here, beside me...
as-salam  

Wednesday, July 22, 2015

Makan

Kat Kenny Roger's. 

Sebelah ni poster Dynas Mokhtar for a slimming centre.  Slim & slender. 

Tension pulak nak order. 

End up ordering salad and soup. 

Kalo aku tak kurus jugak, siap kau!


Ntah bila nak fab. 
As-salam

Tuesday, July 21, 2015

ziarah raya lagi

Umah Makcik Leha
tembikai - rempeyek - air teh
Punyalah intai umah Makcik Leha nak tengok dia dah balik ke belum.  Pastu dah nampak dia ada, dia kuar pulak dengan sedara dia.  Tunggu lagi.  Dan dia balik, kami pun sibuklah nak pi umah dia.  Tapi sedara dia tak drive off pulak.  Lama-lama, malas dah tunggu.  Pegi aje umah dia.  Tu yang dapat tembikai tu..  Kuih raya dia semua dalam keta anak dia yang akan sampai tengahari karang.  Hahaha!

Umah Makcik Ani
laksa - air oren
Kasihan Makcik Ani kena layan jiran yang tak posa ni.  Hewhewhew..  Bila dia ajak masuk dapur tu, saya rasa macam "eh biasa benor dia ni dengan aku.."  Dah kita ni pun orang duk umah aje kan, masuk dapur orang skang ni dah takdelah janggal sangat.  Redah aje.  Cuma pinggan mangkuk je tak berani basuh.  That's one thing saya rasa susah sikit.  Sebab tanak menyusahkan dia karang.  Mana nak letak pinggan dah cuci, mana nak nak buang sisa-sisa makanan.  Nak pulak saya ni tak gemar basuh sudu & garfu.  Takkan nak bior aje?  Umah mak bolehlah....  Hahaha...

Umah Makcik Lat
kuih raya - air mangga
Sekali datang dengan sedara Makcik Lat yang baru baik dari koma & still in recovery.  Masya Allah.  Besar sungguh nikmat Allah.  Makcik Nina ni koma - due to what, saya pun tak sure sangat.  Sebulan dalam ICU.  Sebulan dalam ward.  Mula-mula vegetable stage.  Alhamdulillah boleh bercakap sudahnya.  Walaupun, kata suami dia; "banyak masuk darah bangla kot, cakap pun dah macam bangla".  Hahahaha..  Cakap dia comel sebenarnya.  Tapi ye la...  Sepatah-sepatah bunyinya.  Macam budak baru mula belajar bercakap.  At one point, she was trying to recall her relatives, and she was unable too; she broke into tears.  We all pun sama.  Sedih sangat tengok dia rasa bersalah tak dapat nak ingat sedara-mara.  Tapi ye la...  Takkan kita nak judge keEsaan Allah swt.  Miracle yang ni pun cukup buat kita kagum dan akur dengan kebesaranNya. 

Anak Kak Ina pulak mulanya sakit asthma.  Keluar dari ICU, after life support bagai, terus tak boleh cakap dan pembesaran pun terganggu.  And she's the only cucu perempuan untuk Makcik Lat.  Alahai luluh hati saya dengar.

Dengar cerita-cerita macam ni, buat saya rasa kerdil.  Begitu Allah nak tunjukkan pada saya kuasaNya dan bagaimana harus kita ni bersyukur dengan segala nikmat kesihatan sebelum sihat itu menjadi kenangan kita.  And most importantly, the support from our loved ones.  Itu paling penting.  Itulah tunjangnya.  Itulah tulang belakang segala kesakitan.  

I hope I'd get one.


Sihat sebelum sakit.
As-salam    

Monday, July 20, 2015

ziarah raya

Umah Cik Ali - done!
air oren, kerepek pisang, kuih raya, rendang pelbagai
pak ali jenis buat listing apa dia buat.  dah biasa katanya.  dia akan buat based on the listing he made.  mana yang dia boleh buat terus, dia buat immediately. kalau tak buat, dia akan evaluate kenapa.  kalau barang takde, dia pi beli.  he wants to stay active.  jogging diumur dah 60 lebih.  hebatlah!  cucu dia adam dan ammar.  ada lagi sorang alesya jugak.  sepesen cucu bapak kita.  kihkihkih.  cik nor nak order kek.  alhamdulillah.

Umah Cik Mahmud - done!
air teh, kuih raya
cik nor tak sihat rupanya.  dah dua tahun.  padanlah tak rajin tengok dia dah.  jatuh langgar katil.  kena masuk skru kat kaki.  dah start lupa-lupa.  umur dah menginjak 70++.  ada bibik datang jagakan.  ada masa dia tido, bibik tido jugak.  ada masa dia tak tido,  bibik tido jugak.  hahahaha..  sayang cik mahmud kat cik nor.  dia yang rasa separuh nyawa hilang.  makan pun dah tak sedap dulu.  cik nor boleh masak.  tapi dilarang.  takut cik nor terlupa tutup api dapur.  alhamdulillah.  moga-moga kasih hingga ke syurga.

Umah Cik Yatim - done!
air oren, kerepek, kuih raya
ada layla, ada azrai - laki dia.  cik ana kurang sihat.  penat benar agaknya raya ni.  jaga cucu lagi.  ni cucu takde, bolehlah bercuti sakan.  dia tanya kalau ustaz boleh ajar amsyar ngaji jugak.  majlis ilmu, memang boleh sangatlahhh...  

Umah Abg Man - done!
air sirap bandung, soto, rempeyek
dah start keje dah depa ni.  wife dia dah start meniaga kat brickfields.  umah dia tu umah sewa.  dah 12 tahun, sewanya masih sama.  best benar.  tapi tahan lah dengan keadaan umah yang uzur.  nak dibeli, tak dibagi tuan rumah pulak.  anak sulung ikut mak berniaga.  angah ada kat umah tadi.  alif nak amik periksa upsr tahun ni.  yaya paling kuruih among them.  tapi paling chubby masa kecik dulu.  mia baru 5 tahun.  tapi besarnya mengalah alesya yang 6 tahun ni.  ingatkan alesya dah tinggi dah.  ada lagi tinggi rupanya.  heheheheheh..  gila sedaplah soto dia!  kenyang sampai ke petang.  agak macam tak malu nak mintak sikit untuk tapaw.  hahahahha...

ini untuk hari ni.  besok sambung lagi.  lepas umah abg man dah tak sanggup nak pi umah orang lai.  sebab dah nak terkucil.  sambung besok pulak.  


menziarahi yang tua.
as-salam

Sunday, July 19, 2015

sembilan

dah besau dah budak ammar farhan ni.  sembilan tahun sudah..  happy birthday budak kesayangan mama!

tahun ni celebrate birthday dengan ipoh's clan.  jumpa uwan ipoh.  sempat jugalah mintak petua goreng begedil.  ha..  kena mintak tau petua orang-orang tua ni...  untuk pedoman di masa hadapan.  cewah..  

tapi rugi tak dapat nak makan banyak.  sebabnyak pagi tadi dah masak nasik lemak sebab hufaidah & family datang nak amik barangan yang diorder.  then beraya lah sekali.  takkan nak bagi kuih raya aje.  orang tu nak berjalan jauh.  so i made nasik lemak.  

we were supposed to make move much earlier because i've promised zura that i'll be there around 12.  sudahnya 2.30pm baru saya bertolak ke umah bapak .  

mak & bapak nak ke umah along.  tapinya mak's clan nak datang beraya.  memanglah saya kata lepas zohor nak bertolak, tapi takkanlah sampai hati sangat saya nak suh dia balik as soon as azan habis.  alohlah...  kebetulan pulak kak ti & kak na went to bapak's house jugak.  jadiknya, sempatlah beraya dulu.  sampai umah along pun dah terlewat.  siap ammar talipon, takut kek birthdaynya tak sampai.  hahahahaha...

pergi umah zura pun dah lewat petang.  kul 6 kot baru sampai.  saing pulak dengan relatives dia.  ramai pulak tu.  saya dahlah sorang-sorang.  tukar uniform masuk dapur sudahnya.  kasihan zura berkejar-kejar sendiri kat dapur tu.  memanglah maid ada.  tapi depa pun berkejar-kejar juga.  sudahnya 10.30 baru bertolak balik umah.  

singgah pulak columbia hospital sebab adam demam panas.  batuk tak henti dah dekat dua minggu.  dapat antibiotik, ubat selsema & panadol.  tak kebah juga dalam 3 hari, kena datang balik.  hai lah anak mama sorang ni...  demam rambut panjang agaknya..  heheheheheh..


beraya bagai nak rak!
as-salam  

Sembilan

Today, nine years ago; was the last time I spoke to ayah. 

If he's still alive today, he'd be the main reason I enjoy going back to Krai. 

Penuh rahmat birthday Ammar tahun ni. Hujan tak berhenti dari semalam hingga pagi ni.  

Yes. Di kala I rajin basuh kain. ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­


Al-fatihah
As-salam


Saturday, July 18, 2015

Parkir

Tadi kami keluar pi kedai.  Bila balik tu, ada satu kereta parking depan umah kami.  Memula kami honk.  But since we managed to park our car under the porch, we let the pakcik enjoy the minum-minum at our neighbour's house.  Hari raya ni, toksah nak berkira sangatlah.......  

Petang tadi pulak, abang dan adik main kat bawah porch.  I pun sajalah nak pi intai depa.  Alih-alih ternampak ada satu kereta putih parking depan rumah.  

"Keta sapa tu, Dam?"

"Dont know.  But the pakcik say if we want to go out, call lah"

"Mana nombor dia?"

"Dia tak bagi pun...."

Eh-eh..  What la...

Ok.  Tak kisah.  Bukannya kami nak ke mana pun.  I went inside.  

10 minutes later, I went out again to check on the kids.  Aik...!  Keta dah beralih depan umah jiran.  
Ini adalah funny.  In the first place, depan umah jiran tu kosong lontong, yang dia nak parking jugak depan umah kita ni ha, pasaipanya?  Apa yang best sangat parking depan umah orang ni?  

Pernahlah satu masa ketika itu.  My friend came to visit.  Kebetulan the neighbour's friend came to visit too and they parked infront of my house.  They were chit-chatting at the car.  So, my friend injaklah ke depan, dengan harapan they will move a little bit so that she can park infront of my house.  They ignored!  Uih..  Paneh hati makcik.....  So, I had to tell them off lah.  

"Boleh parking ke depan sikit?  Kawan saya nak parking depan rumah saya"

Then only they moved.  Dengan jelingan, okeh?  And yet, parking depan umah dia adalah kosong lontong.  

Maybe sebab depan umah saya ni ada tiang lampu.  Sedap sikit nak bersidai.  Boleh.  Sidailah sampai lebam.  But spare some respect to tuan rumah, cannot izit?


Farkinglah you!  Oopps!
As-salam  

Satu hari di hari raya

It was a little twist yesterday. I didnt get to visit uwan jiah. But instead I celebrated hari raya with nenek and kak aroh. Those yang pi balik tanjung malim pun tak dapat beraya habis sebab mak uteh acum pi beraya. Depa pi umah uwan cik je. Mmmm.....  Dia aje yang tinggal among uwan's siblings after opah usu's passing.

Pinggan VIP pun tarak this year. Mak dah kidnap bawak balik gapi. Hahahaha....  Bekas kuih raya pun dah tukau hak plestik. Itu pun mak kata kena baling dengan mika. Imagine if it's the usual bekas kuih yang kaca tu?  Woohooo.....  

Well....  Nothing much this year.  Raya dengan mak uteh. Then to Nita's where I got to meet pembeli-pembeli kuih raya I. Hahahaha..  

Then to Kak Tuty's. Mujur nampak fb dia beraya di KL. Yang lain-lain tak dapat dikesan lagi. Hehehe..  

Raya continues today -- with more baking. Alhamdulillah rezeki Allah swt tidak putus untuk kami sekeluarga. 


Perut sudah berputar. 
As-salam

Friday, July 17, 2015

Pagi raya

Kuih raya masih dalam bekas aiskrim.  

Dapur masih kecah dengan barang baking. 

Dapur orang lain dah bau rendang. Dapur I masih bau cookies and cakes. 

Mata separa tutup. 

Baju bebudak tak basuh lagi. Harap basuh dan gosok untuk pakai hari ni saja.  

Kain sebakul belum lipat. Yang dah lipat belum masuk almari. 

Bekas cili sos masih di depan tv. Bertuah betul si Adam ni. Dah suh alih dah tadi.  Hishhhhh!  

Keta still comot. Kesan tidak basuh.  Nothing to elaborate. 


Gembira raya!
As-salam. 

Rindu

As of now, this moment; belum dengar takbir raya. 


Ntah kenapa.
As-salam 

Thursday, July 16, 2015

Malam raya

Masih mem-baking

5 brownies
1 plain butter cake
1 butter cake with buttercream
1 VSC


Besok raya wehhh!
As-salam

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN 

Ce-cite

Encik suami kata dia minat Tom Hanks.

Tapinya......

Banyak-banyak movies yang dia downloaded, asyik-asyik muka Leonardo DiCaprio. 

Tak mungkin dia tak kenal muka Tom Hanks, kan?  

Haaa-haaaa kantoi...!

Hahahaha


Tunggu titanic.
As-salam

Wednesday, July 15, 2015

Kawan

If not because of this one friend, I would be acting moody with my G buddies yesterday. 

If not because of this one friend, I'd be wondering if I had crossed the line. 

If not because of this one friend, I wouldnt know who are my FRIENDS. 

Allah sayang saya. Sebab tu dia kasik saya kawan-kawan yang appreciative dan supportive serta hargai nilai friendship. Dia tunjukkan saya siapa yang boleh dibuat kawan; siapa yang wajar saya jauhi. 

Kasih sayang Allah tu luas. Kita aje yang selalu kata Allah tak sayang kita. Nilai kasih sayang sebenarnya tak bertepi. Kita yang patut bijak hargai.  


Aduh sayang...
As-salam. 

Tuesday, July 14, 2015

Ease

Sekarang saya mampu senyum. Lebar. Ear to ear. Perlis to Johor. 

I thought I was wrong.  I thought I was incapable of delivering my idea. Happened to be I was in a communication with an idiot.  No wonder he was unable to digest the simplest explanation. Masalah pencernaan kritikal. 

Thank you for whom had made me smile. 

I spoke to Nit. I told her, if you're a pencuri; YOU ARE the pencuri. It's not THE Indian is THE pencuri. 

You're my best friend because of whom you are. Not because of the bangsa or agama or kaum you were born with. 

Senang, kan?


Why complicate? 
As-salam

Kecik besar

Argument saya senang. Kenapa libatkan bangsa?

Kalau yang bodoh tu diri sendiri, kenapa kena salahkan bangsa lain?

Kalau yang bangang tu diri sendiri, kenapa nak tuding jari kat orang lain?

Ko makan, ko kenyang.
Ko lapar, ko nak salahkan megi habis? 

Come on la....  

Isu senang. Kenapa isu perkauman?  Hakikinya diri sendiri. 
Tuding pada diri sendiri. 
Acukan jari pada diri sendiri. 
Talk to the mirror. You will know how ugly you are. 

Ego kan?  Tak boleh dibetah. Mesti dipatuhi. Mesti diangguk. 

Sorry. You have proven yourself to be otherwise. 


Respect no more. 
As-salam



Hei

Bila berkata, gunalah akal.

Macam-macam mana ko nak pertahankan apa yang ko rasa betul, biarlah berlandaskan apa yang betul juga. Biarlah adil dan saksama. Biarlah sama tinggi dan tidak terjongket. 

Worst when you poked personal matter into a discussion.  Mengundang masalah tu bhai. 


Alangkan duit raya pun kita asingkan.
As-salam. 

Orang biru

Saya suka baca satu statement ni:

"Yang salah bukan bangsa. Yang salah adalah pelaku"

Betul kan?

Yang paling interesting adalah tukang kompang. Macam dia ada kat tempat kejadian. Worst, bercerita macam dialah mangsa/pemangsa. 

Gah dengan 13 Mei. Itu kalau sejarah berulang. Kalau otherwise?  Bercita-cita nak mati syahid lettew..  

Kalau setakat berani depan tuk-tak-tuk-tak atas keyboard, rentikan sajalah.  

Malaysia tak perlukan orang macam kamu. 

Malaysia perlukan orang seperti saya?  -- saya tak kata....  

Sebab saya sedar saya cuma warganegara Malaysia, berbangsa Melayu dan beragama Islam; yang cuma menumpang di bumi Allah swt. 

Saya tak petah nak jadi keyboard warrior. 
Saya tak gagah nak menentang orang. 

Hak saya cuma di bahu kanan kiri. Milik saya cuma yang bertanah 7 kaki dalam. 

Saya cuma mampu menyokong apa dan siapa yang saya rasa worth and deserve. 


Pakpung pakmustape. 
As-salam  



Monday, July 13, 2015

Kau

Nak laung kebenaran, biar yang benar-benar. Tulen. Sahih. 

Jangan bikin malu. 

Jangan jadi tong kosong. Berdengung banyak harkat. Apa pun tak jadik. 


Aman apasalahnya?
As-salam

Sunday, July 12, 2015

Keputusan

Nanti kalau sakit hati, dosanya dia mudah. Saya forgiving. Immediately boleh write off. 

Macam mana pula dosa saya yang ibarat tak redha dengan ketentuan Allah swt?  Selagi hati saya berdetik mengenangkan apa jadi, selagi itu dosa saya menghambat. 

Kerana ia kecil, kerana itulah pedihnya cengkam.  


Ditto. 
As-salam. 

Tuesday, July 07, 2015

Assistant dah sampai

Yeahu!

Alhamdulillah.

Kuatkan semangat.  Bangkit dan mara.

Cewahhh...  Dah macam asekor nak peregi berperang pulaknye..


Uli dan bakor.
As-salam.

Monday, July 06, 2015

Panik ke?

Assistant saya sakit muscle. 

Kuih raya banyak lagi nak nak kena buat ni. 

Petang karang satu lagi assistant sampai. 

Tak yah panik dulu kot eh?


Berdebar je dulu. 
As-salam. 

Sunday, July 05, 2015

Sekolah

Tiba-tiba pagi ni risaukan persekolahan alesya. 

We registered at CBN. Tapi chance is slim lah. And our second choice was sama sekolah dengan abang dia. 

Location, of course sekolah abang wins. But environment, I'd prefer CBN. 

Bukanlah sekolah abang tu tak bagus. Tapinya, when you heard stories; you jadi takut. Nak-nak special ones like alesya. 

Oh well...  Semua anak pun special. Ye tak?  Hmmmmm.....  


Worry and afraid. 
As-salam

Saturday, July 04, 2015

Samset

Itu hari..... Saya masak sup ayam.  Tapi saya tak berapa nak makan sup tu.  Jadi saya panaskanlah samset*.  Amik satu sudu kecik je. Gaul dengan nasik. Makan sekali dengan timun.  Kejap lagi adam kata "mama!  Ur face is red". 

Hahahhahah...

Besok paginya beronar perut saya. 

Inilah pengalaman orang tak makan pedas. ☺️

*samset adalah singakatan untuk sambal setan; iaitu sambal ikan bilis dengan cili api. Kaw-kaw punya pedas. 


Tak pedas tak sedap pulak.
As-salam


Friday, July 03, 2015

spelling part ii

ring..  ring..  ring..

"mama.  it's me.  asya"

"hi asya.  how's your school today?"

"good.  mama..  i got another big star for my spelling today"

"you're getting better and better, asya.  good job!"

"thank you mama"

words were:  kapal, sampan, kapal selam, kapal layar -- i forgot the other two.

she's good, eh?

alhamdulillah.  syukur


ini cerita hari rabu pula.
as-salam

Ini teguran

Dalam banyak-banyak menteri yang dilantik ni, tak de yang boleh bagi statement membina sikit?  

"Kalau tanak bayar tol, jangan lalu hi-way"

"Kalau sayur mahal, tanam sayur sendiri"

Apakah?

Ok.  I know for a fact, these could be the words of the media themselves.  Interpretation yang mudah bila menteri suggest kita tanam sayur sendiri untuk mengelakkan perbelanjaan besar.  Which is good actually.  But when it was put as such in media and grabbed attention of rakyat like me and you, we have nothing but tepuk dahi.  Kan?  

Worst if statement was recorded verbatim.  Tangan kat dahi lagi, now lopong mulut pulak.  

It is as though artis pakai seksi-seksi, then upload kat IG.  Kena bash up dengan followers.  Pastu dia bagi komen "tak suka, jangan follow"

What laaaa....?  

Kita sayang.  Sebab tu kita tegur.  Baik menteri, baik artis.  Semua pun rakyat Malaysia.  Tak kisah bangsa apa, agama apa sekali pun.  

Cakap la elok-elok.  Nak naikkan marah orang buat apa.  Bila tegur tu, take a second or two to reflect. Kalau elok, buat sempadan.  Yang nak menegur ni pun, tak payah la nak sarcastic sangat.  Dah macam dia aje yang betul.  Kalau dia kena tegur, moncong pulak.  Hahahahah.. 


Manusia kan kita ni?
As-salam

spelling part i

ring..  ring..  ring..

"mama.  it's me.  asya"

"hi asya.  how's your school today?"

"good.  mama..  i got big star for my spelling today"

"good job, asya"

"thank you mama"

words were:  ship, boat, ferry, tanker, submarine, yacht.

i really thought she would sangkut at submarine.

alhamdulillah.


itu cerita hari isnin.
as-salam

Thursday, July 02, 2015

Keguguran

Bukan saya. Kawan saya, Onie. 

Baru 2 bulan.  

Macam baru je nampak perut dia boncet. Dah kempis balik.  

Tabahlah Onie.  

I had the experience. Before Alesya was born.  

Doktor pun kata. Sometimes it's not you. Sometimes it's the baby. Mungkin baby tak boleh form perfectly. So dia discharge dirinya sendiri.  

Kejadian hak Allah. Kita mana tau, kan.... Fikir yang positif. Setiap satu ada baik buruknya.  


Biar keguguran, jangan sengaja dibuang. 
As-salam. 

berjaya diselamatkan

alhamdulillah.

ameen.

jangan main pintu pas ni.


har-har-har-har
as-salam

terperangkap

dalam bilik sendiri.

tombol pintu rosak tak leh bukak.

kita tengoklah camne nih..

camno nak berbuka?

jengjengjeng..


mujur bukan anak-anak.
as-salam.

Kerana

Ego

Kau sakiti

Aku. 

Ok.  Fine. 

Aku tak mau sakit hati.  
Aku tak mau rasa dilukai.

Aku mahu redha. 
Kerana ini dugaan Allah. 

Kau

Aku maafkan. 


Nyah!
As-salam

Wednesday, July 01, 2015

Waktu berbuka

Dengan mak dulu, by 7.15 dah sibuk-sibuk kemas meja, susun pinggan, bancuh air, pelbagai-bagai lah.  Jadiknya bila nak berbuka tu jadi family event.  Kecoh riuh.  

Kalau berbuka kat umah uwan dulu lagi best.  Bentang kain samprah kat tengah umah. Panjang.  Lauk uwan buat dua set. Lagi riuh.  Masing-masing nak carik port cantek.  Selalunya depan makanan favourite lah.  

Zaman la?  Masing-masing sibuk dengan gadget sendiri!  Pathetic lah weh!

Mungkin orang lain tak kisah.  Tapi saya kisah. Saya tak suka.  Dekat meja makanlah nak main segala gadget.  Macam tak reti nak hormat rezeki yang terhidang.  Kadang-kadang bila saya pegi makan kat luar dan nampak family yang cenggini, saya rasa kasihan sangat. Rugi wehhh!  You'll never know if the person next to you would soon gone.  Cakaplah dengan dia.  Tak payah besok-besok nak update status "aku rindu sama kau". Peluang Tuhan dah bagi.  Grab!

Masih kecewa.
As-salam

Dah satu julai

Pantas masa berlalu. 
Masihkah kita leka?

Ya Allah!  Jauhkan kami dari kealpaan dan kepapaan iman. 


Ameen. 
As-salam.