Sunday, March 20, 2011

walk for children 2011


10 fakta tentang gamba ini:

1) baru lepas walk for children kat dataran merdeka, organized by ISKL.

2) baru parking keta, org dah kat start line. belum sempat register & amik baju + nombor, rosmah dah sampai & flagged off. belum sempat suku perjalanan pergi, participants lain dah jalan balik. lintas jalan, join crowd balik dataran ajelah jawabnya...

3) reason utama patah balik: adam dah tak larat. asik sibuk "mama.. my leg hurt.. mama, i feel the pain". akan tetapiiiiii... bila dia main kat karnival tu, elok aje kaki tu kan? boleh lompat2 lagi ha....

4) alesya rilex aje dalam stroller.....

5) kasut yang mek pakai tu, dibeli sebelum beranakkan alesya lagi. kononnya niat nak berjogging. tapi sebab preggy then miscarriage then preggy lagi then keluarlah si alesya, itu lah baru first time pakai kasut tu.. nasib tak tertanggal lagi tapak daripada kasut. hehehe

6) ingat nak tunggu performance aizat. tapi baru performance dari tourism malaysia nak start, dah dapat instruction balik. tgk kat youtube ajelah sudahnya

7) adam kena cekik dek budak down sindrom dalam jumping castle. mujur tak lemas anak mek. tapi trauma jugaklah... trauma punnnnnnn......... main jugak lagi..

8) diwartakan ramai artis. haram sekor pun mek tak nampak. ada la nampak bayang2 lisa surihani. yg lain tu ntah... ke mek yang tak kenal artis? mmmm.... ada mungkin jugak tu...

9) baju derang kasik ni ada sikit jarang. so mek pakai baby-T kat dalam tu ha.. tapi...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

i nampak kuruskan? hahahahahahahahha

Sunday, March 13, 2011

bila adam berkata-kata




"mama... can we have a baby boy? i want to name him diego?"

"i thought the other day you want a baby girl?"

"yeahh.. but now i want a baby boy"

"but diego is not a malay name. not even a muslim name"

"what about my name?"

"your name is a muslim and a malay name. you know what adam.. if i have a baby boy, i'd like to name him aliff"

"aliff? like alif ba ta?"

"ha.. like that.. you like it?"

"no.. i like diego"

"but you cannot"

"what about scott?"

"that's not a malay name"

"kid taylor"

"nope"

"ultraman?"

"definitely NO"

"are you going to have another baby, mama?"

"er... no"

"oh ok.. i can name my baby then"


tolong! tolong! tolong!

Sunday, March 06, 2011

membeli sambil membelah credit card




tadi gi klcc. lamanya tak berjalan.... kalo tak kerana membership card tu, ada mungkin tak sampai jugak klcc tu, kot? but anyhow, dapat jugaklah zas credit card se-ehem-ehem jumlah untuk dua beradik ni. hehehehehe.. pantang betul masuk kedai yang satu ni. mesti ada aje benda yang nak dicapai.

kendiannya singgah GE mall pulak. bukan nak wat apa pun... adam ni asik sebut nak makan kat chicken rice shop. jadik, malehlah nak makan kat klcc tadi. 5 minit lepas makanan sampai, kami pun dah kekenyangan. kebulur gamaknya kan? hahahaha..

peh tu, sementara tunggu adam kat art class tu, kami pegi jejalan kejap. tak sangka termasuk pulak kedai yang last day sale ni ha. bergantung2 tag 50%, 60%, 70%. siap ada pengumuman additional 20% sebab dah last day sale lagi. uihhhh.... berseri2 aje muka. memula excited you.... peh tu rasa reserve pulak. mana taknya! asal pegang, tengok harga, takde yang kurang RM100. alahai... akan tetapi.... in the end beli jugak la beberapa helai shirt. hehehehehe... not bad la bargain dia. harga sebenar in total: RM800. i got it all for RM300. bolehlah kan?

meh nak cite kisah kat cashier counter.. sessi ngumpat ni.. hahaha...

bila mek sampai kat situ, ada la sorang makcik tengah nak wat bayaran. tunggu punya tunggu, bukannya dia nak bayar lagi. dia suh cashier tu check how much she has to pay for what she has selected. alahaiiiii... makcik ni pun.. nak check harga, check la kat bin baju tu tadi... harga punya terpampang ha.. mengada betul la. siap suh tanggalkan tag "70%" sebab takut laki dia nampak. hampeh... dengan laki pun nak berkira. hahahahaha.. peh tu kenen nak wrapping paper free pulak. adeh makcik ni...

kerana makcik ni, line org nak bayar dah panjang. sebelah mek ada dua orang bukan warganegara yg memekak aje keje dia. dah la memekak, tak menyabar pulak tu.. time cashier tu pulangkan balik credit card makcik bargain tu tadi, dia cepat2 hulur baju dia. ewahhh.. dia ingat mek ni pili bomba ke apa? cecantik muka.... mujur si cashier tu tolak baju dia ketepi and amik baju mek. kalo dak, memanglah den seligi aje makcik bukan warganegara ni.

kedai ni pun satu... dah tau sale time, expect crowd la. bila tengok crowd dah bertambah, bukak la cashier counter lagi satu. kan dah memekak lagi si bukan warganegara ni. bila dah kecoh2 baru nak bukak. peh tu nak panggil next payer pun, panggil la those next in line. kamu panggil orang belakang dia, memanglah si bukan warganegara ni bengang. alahai...

macam2 ragam orang membeli belah.

Thursday, March 03, 2011

fun with adam




it was all laugh & fun with adam today!

1)
adam got his math result. he was so excited showing me the exam paper just now.

"mama! i got A for my mathematic. i got two stars."

then with a confuse face he said "and i got number 87 and what is this mama?". he was referring to the percentage symbol.

"87 percent" i said

"yay! i'm nearer to the evil ultraman & god vent"

yeah! right... :P

2)

then he continued..

"oh mama! i tried to search for my songkok at home but i couldn't find. then i look-look, then i found this"

pull out a kopiah from his bag and he said "see mama.. TOPIAH. i'll be wearing topiah to sekolah agama"

"kopiah la adam.. apa topiah pulak"

"oh! it's like topi. so i thought it's a topiah"

hahaha

3)

then after talking to his father, he overheard made called his friend "Qari, jom!"

adam then said "fuyo mama.. ayah got a friend named QORIJO. hebatkan mama?"

i guess he's in his excited mode. so nama yg tak de berkaitan apa pun, jadik hebat untuk dia.

hahaha

macam2 budak adam ni..


adam sayang... no matter how good or bad your result is, mama will always proud of you.