Monday, March 29, 2010

bahasa tersirat adam


adam: mama, have you been go a fashion show?

mama: not that i remember.. yang, have we been to one?

ayah: aaa? apa?

adam: no mama... when you were not married to ayah, did you go to a fashion show?

mama: oh! no.. i don't think so. why?

adam: because if you go to fashion show with ayah, then he cannot find you.

mama: o... k.....


to which, i wonder why can't my husband see me in a fashion show? perhaps because:

1) dia sibuk tengok model-model. ape kejadah dia nak tengok kat aku kan?

cis!

2) model semua tinggi-tinggi. tertutup la aku yang cemetot ni kan?

double cis!


i didn't ask adam for the answer. tak sanggup nak mendengar. hahahaha...

tersirat betul bahasa anak mama sorang ni.. tak sesuwai betullll...

Tuesday, March 23, 2010

mama and two little bears

since last wednesday, made takde - gi join blood donation kat bangkok.

ok. tak kelakar..

dia gi keje la.. balik hari jumaat ni...

kesimpulannya, tinggallah kami 3 beranak, bertemankan nenek kat umah. last weekend, langsung tak berjalan sebab mama yang sorang ni tak kuasa nak bawak anak-anaknya berjalan. tak terkejar senah oii... takat adam sorang ok lagi. boleh dijerit-jerit, dipanggil-panggil. tang si alesya ni, takde ampunnya. dia nak nangis dia bantai aje nangis. dahlah tanak duk dalam stroller. carrier pun tanak. berdokong aje. mana larat... last jab itu hari, berat alesya dah 5.8 kg. boleh tahan jugak berat si alesya ni. adam dulu lambat benar nak beralih satu gram pun.

alesya skang ni dah ada routine & regular sleeping schedule. nap kejap masa maghrib peh tu kul 10, 11 tido balik. oklah.. kurang-kurang bolehlah mama nak solat & masak time dia tido tu. eh? masak? masak ke? laki mek takde timah oii.. tak denya mek nak masak2. kedai mari. full stop!

adam pun boleh harap jaga adik. tolong amik napkin. tolong amik pampers. tolong bagi adik air kosong. tolong tengokkan adik. tolong buang pampers adik. tapi kencing aje. kalo adik berak dia tanak. terlentang-lentang dia tanak amik pampers penuh berak adik tu. boleh harap betul. memilih.. anak sapa la ni...

bebaru ni ada spelling test. jenuhlah drill dengan adam. peh tu masa amik adam hari dia habis test tu, cikgu kata dia ada few aje betul. aik? macam heran pun ada sebab kat umah boleh aje eja draw, skip, jump, sing, smell & apa ntah lagi satu word tu. tapi lantakkan ajelah.. tak kisah. tengok adam pun skang dah pandai membaca. tak kuasalah nak pressure dia lebih-lebih. kalo besok dia nak spm, hari ni dia main konda kondi lagi, yelah mungkin saya boleh naik amuk. ni baru umur 6 tahun. tak pelah... mama kasik can mali can..

terbaru, adam nak solat sekali. sejuk hati mama. memula amik wudhuk. si adam amik wudhuk habis lencun satu badan. ntah wudhuk ke mandi hadas tu.. peh tu solat la kami. saya letakkan la sejadah belakang sikit dari sejadah saya. peh tu saya bacala fatihah tu kuat sikit supaya dia dengar & ikut. cewah.. laju jugaklah dia baca. habis fatihah, baca surah an-nas. tetiba je perasan dia dah betul-betul bawah siku. sebab dia tak paham apa saya baca. peh tu dia asik terpandang-pandang apa saya buat. nak gelak pulak rasa. tahannnn... tapi komfemlah tak kusyuk solat aku. ya Allah.. ampunkanlah hambaMu ini..

masa solat isyak lagi best... time tu dah rakaat ketiga. sekali dia dengar lagu super sleuth berkumandang. orang solat pandang sejadah. dia pandang pintu. sebab? ada bayang-bayang tv kat situ. boleh harap betul!

paling best adalah bila adam baca fatihah at the end of solat. ala-ala baca doa gitu lah... sayu hati pandang adam..

you've grown adam.. you'll be a good man. you'll be one fine gentleman. mama doakan yang terbaik untuk adam. go adam! go adam!







Thursday, March 18, 2010

customer service

saya tak boleh la kalo cashier kat kedai tak reti nak senyum & cakap tima kasih. geram aje rasa... bukanlah saya kemaruk sangat nak tengok derang senyum or say tima kasih tu... tapi saya pun penah keje cashier. saya fahamlah perasaan derang yang dah tak kuasa nak senyum & say thanks. customer bukan satu... ramai. memanglah penat. tapi saya juga customer ape... tak ke sejuk hati saya tengok org senyum sambil tangannya mengecas credit card saya yang menggapai credit limit itu? kan?

saya penah la pegi satu kedai biskut cina kat melawati ni. memang tip top la service walaupun kedai biskut aje. saya datang nak beli biskut ikan dengan biskut toncet. at the same time nak beli air 100+. bila saya sampai kedai tu, dia dah sambut "ye puan, nak beli apa?". puan okeh.. puan.. takde kakak-kakak, makcik-makcik, kak ngah, kak long, bagai. ayat lain, "puan nak biskut berapa kilo? kalau puan nak yang sikit, kita ada yang sudah packed", "air 100+ yang botol takde la puan. yang tin boleh?", "ada apa-apa lagi puan?".

nasib aje adam ni laki, alesya ni kecik lagi. kalo tak, confirm saya chop buat menantu!

ada la satu kali tu.. time tu saya preggy. kalau takde si fairuz tu belikan makanan saya, jawabnye ngoder aje dari mekdi depan opis tu. saya mintak delivery aje sebab tak kuasa nak jalan. nak dijadikan cite, satu hari saya dah ordered mekdi, sekali dengan bos punya. selang 10-15 minit, saya dapat sms. "dtg skunk kat guard. mcd". terkujat saya.. saya pun balaslah "mind your language, please". then dia reply "i.m here.. in guard house. now". peh tu guard call. dia kata this delivery boy tanak masuk hantar makanan and insisted that i collect the makanan kat guard house. saya bagitau guard, mintak the delivery boy masuk sebab saya tak larat nak keluar. peh tu, guard tu call lagi. "anne.. ini orang banyak kurang ajar la anne. dia tak nak masuk. dia punya bahasa sangat kurang ajar lah". saya pun menyirap la kan.. apehal pulak budak delivery ni. peh tu saya nampak melissa from fine art bawak delivery boy ni masuk. then she gave me one kind of look. time tu, bos dah duk tepi meja. and she was staring at this delivery boy. bos saya, bila dah pandang tu, baiklah ko lari selamatkan diri. walaupun mata dia tu cantik macam aishwarya rai, sekali dia pandang, memanglah rasa nak terkucil. delivery boy ni pun dah tunduk. peh tu mintak maaf. mujur dia mintak maaf. kalau tak memang pelempang ni naik jugak kat muka dia. lepas dia keluar aje, melissa ni called. dia kata budak delivery ni mengomel dari main gate sampai dah nak sampai ke opis saya. "apa? bagus sangat ke keje kat sini.. sampai tak boleh nak keluar amik makanan? ingat dia bagus sangat ke? bla.. bla.. bla.." itu antara yang melissa cerita la.. tapi agaknya bila dia sampai, tengok perut saya yang boncet ni, tak jadik la kot nak memaki hamun. tambah pulak saya dah pasang bodiguard kat tepi kan.. :D

silap besar dia? dia sms saya.. jadiknya? saya ada nombor dia. kalau saya nak buat complain kat mekdonel boleh jugakkan? tapi saya tak kuasaaaaaaaaa nak layan. sukahati ko la dik....

walaupun customer delivery boy itu sangat kuajaque, saya tetap beli mekdonel sebab itu adalah makanan ruji saya. dan kerana budi bahasa budak kedai biskut tu sangat saya suka, tiap-tiap minggu pun saya gatal nak gi beli biskut walaupun biskut kat umah ni berlambak-lambak untuk dihabiskan. customer service itu penting...

hehehehe...





Monday, March 15, 2010

gila cookies

skang ada hobi baru :D suka buat cookies. mulanya dia ni lah.. kami tempah cookies kat kak tuty for alesya's kenduri recently. peh tu macam sedap. peh tu macam tak puas hati tengok cookies tu comel sangat. peh tu gatal pegi kelas cookies kat cake connection dengan alin. peh tu skang meniaga cookies. hahahah...

gatalkan?
memang!

cookies punya pasal, sangguplah carik mixer & oven sampai ke harvey norman tu. kenapa HN? sebab saya ni buduh al bangang! dalam kepala ni ingat HN ada banyak choices. so pegilah ke sana. tapi bila sampai sana, mixer cuma ada brand kenwood. oven pun tak banyak. tapi still beli sebab dah kemaruk nak buat cookies. since beli time raya cina, takde delivery. and oven pun kena order. peh tu geram sebab lambat sangat derang hantar. peh tu baru pasan kat aeon berlambak oven. ada satu kedai dekat dengan giant permata tu pun, bersusun mixer. peh tu baru teringat ada kedai baru nama dia teka pavillion baru bukak kat wangsa maju.

menyampah!

bila oven dah sampai baru la terpikir-pikir, "kenapalah tak beli oven yang timer dia tu mechanical aje. kenapalah aku pilih yang kena saya-putar-lagi-abg-halim".

padan muka!

tapi..... cookies saya tetap menjadik :D alhamdulillah.. dengan adanya kreatif director seperti cik aslin rafei itu, cookies saya nampak comel aje.. hehehe


hari pertama buat, ya tuhan..... kul 4 pagi baru tido. tak sangka lama gila nak buat icing atas cookies tu. siap habis idea nak lukis apa atas cookies yang nak di-distribute for alesya's akikah. ha.. yang itu pun ngok jugak. buat 100 cookies. siap dengan 100 designs. buat ajelah 1 or 2 design kan? cepat siap. itulah dia.. penangan excited buat cookies. tak memikior...



so far, sudah ada comment membina for my cookies. dah ada dua tiga orders :D insya Allah.. mudah-mudahan lama la saya jual cookies ni. boleh duk umah jaga alesya. meruntun jiwa tiap2 pagi nak hantar budak kecik ni gi umah opah...

tunggu ye manja. nanti mama duk umah ngan manja okeh...


Wednesday, March 10, 2010

up in the air


semalam made & saya gi tengok wayang. anak-anak hantar umah opah. lama dah tak gi dating. nak gi main boling, ada org tu kata ada splinter kat jari dia. alasannnn :P

syiok jugaklah tengok movie ni. nasib baik lepas hantar alesya, kami dah heavy breakfast. jadiknya bila masuk cinema tu takdelah kebuluran sangat. tapinya kesejukan bukan main. lenkali kena prepare jacket dalam keta. kot-kot ada plan ngengada macam ni :D

cite "up in the air" ni best jugaklah. tapi saya cam tak baper paham plot dia. tak sure apa yang dia nak cite kan. tapi saya suka bahasa-bahasa yang dia gunakan. some are motivational. quotes. and character ryan (george clooney) as somebody yang kejenya pecat orang seemed to be tough jugak. ish.. tak terbayanglah kalu saya yang kena terminate orang. uishh.. mau saya ikut sama nangis. bila kisahnya berkisar pada family, saya rasa macam.. "ginilah hidup orang zaman teknologi ni". family semuanya jadik secondary. keje sampai dah rasa puas & pegang duit dulu, peh tu baru fikirkan family. mungkin pendapat ni tak sama dengan masyarakat di malaysia la..

cara dia gunakan "empty backpack" for motivational scene tu menarik perhatian saya. saya pulak yang rasa relieve dengan cara dia cakap tu.. "fill in your backpack with your small things on your shelves, table. then your favourite items, your collectibles. then bigger things; your furniture, your car, your house. you feel tight on your shoulders. now i want you to burn the backpack with its contents. relieve?"

that's our life basically kan? bila semua atas bahu kita, terasa bebannya. tapi bila kita dapat selesaikan or kita share dengan org lain, terasa beban tu berkurangan. for the skrip, i'd recommend anda menonton cite ini. best!

oh! alesya turned 3 months 2 days ago. yey! and we have just registered adam for his standard one schooling. raso den dah tuo. hahahaha.. badan alesya dah kuat dah. dah boleh angkat kepala. mengagah pun dah boleh. dah boleh tinggal sendiri kat playgym tu dengan princess sophie. dah boleh giggle pulak tu. geram aje dengar.

pagi-pagi bila hantar alesya gi umah opah, kadang2 rasa sayu aje. nak-nak bila dia tak tido. and that she will look at me as i said "bye alesya... jangan noti ok". cara dia pandang tu, macam tak bagi saya keje aje... sayu sangat rasanya. meruntun jiwa. if only i could stay at home.. mmm.. if only i could, i would.... saba ye alesya.. mama will be at home with you soon.. sabar ye sayang...

adam ada sports day sabtu ni. memintak janganlah kena asthma. semalam dah start sesema. itu petanda nak kena asthma tu. sakan sangat berjoget & bersukan.. adoilah anak sayangan mama sorang ni. tahun depan dah darjah satu anak saya sorang ni. mmm.. macam mana eh? berdebar pulak :D


Monday, March 08, 2010

perempuan

sayu betul hati bila baca kisah shafia humairah kena dera. selang beberapa hari ada lagi budak kecik kena dera. adoi la... nak marah pun, berpada-pada la sikit. perlu ke dera bebudak tu? kalau benci sangat pun kat budak tu, bagi ajelah kat orang lain. apa yang sengal sangat pegi dera budak yang tak tau apa-apa. otak orang-orang macam ni baik rebus buat makanan buaya. hebat sangat agaknya dapat dera budak-budak ni? bodo tak leh diajar betul!

anyways, this posting is not on dera. i believe you people have had enough reading about the case. i have nothing to comment. yang penting, budak-budak tu sudah tiada. dan yang takde akal tu, tak kena gantung sampai mati pun saya tak kisah. akan ada balasan tertulis buat mereka kelak..

what interest me the most was the two emails i received early last week. one email was about the writer's feeling and comments on what had happened. and the other one was completely on the mother. the first email, saya sayu hati la baca. the second email, buat saya tersenyum.

the second email was claimed to be written by a friend of shafia's mother, long lost friend. hanya kerana kes dera anak, nah kau! habis segala kisah seluar dalam, bra, kain dalam semua keluar. perangai masa sekolah, pakaian datang sekolah, kisah dengan kawan-kawan lelaki. habis disembangkan. kalau dia baca la email tu, adakah mungkin dia rasa malu dengan apa yang diperkatakan? kalau saya, malu... ntah tak tau mana dah nak letak muka ni..

the email had actually brought back my memory to what my former teacher told me, "orang perempuan ni, buat salah besar hama, 100 tahun pun orang akan ingat. cuba kalau orang lelaki yang buat.. sekejap saja orang dah lupa". betul kan? cuba kalau orang lelak itu was a drug addict dan sekarang ke pangkal jalan. ye.. orang akan ingat akan apa yang dia buat. tapi takde orang yang akan ungkit kisah dia di sekolah, kisah dia masa kecik, apa bagai. paling hebat pun, orang akan kata "dia ni menagih sebab ngikut kawan sangat". tapi cuba seorang perempuan itu jadik penagih. hambik! habis semua kronologi hidup dia orang sembangkan..

besar betul tanggungjawab perempuan ni. diri sendiri nak kena jaga. diri orang lain pun nak kena jaga. saya pun perempuan. saya ada adik perempuan. saya ada anak perempuan. mmm.. mintak-mintaklah Allah permudahkan perjalanan hidup saya. janganlah ada simpang-simpang yang saya kena tempuh...

lagi satu point yang email tu sebut was on the parents of that lady. personally, sangat besar "kata-kata" ke atas atuk nenek shafia tu.. yang menggatal adalah anak mereka, maknya si shafia. kenapa mak ayah dia yang dipersalahkan? ok fine.. katalah mak ayah dia tak beri didikan agama atau pun ajaran yang sebaiknya untuk anak dia turuti, memang patutlah mak ayah dia disalahkan. tapi kalau segala kata-kata nasihat sudah dibagi, ajaran dah cukup apa bagai, tapi perangai dia macam tu jugak; takkan itu pun nak salahkan mak ayah dia? bagi saya, jahat baik anak tu, bergantung pada diri dia sendiri. sebaik mana ayah & mak mould seseorang anak, mereka sendiri yang menentukan hidup mereka. kalau dia decided nak jadik jahat, jahat jugaklah dia. lagipun... dia pun dah besar. sepatutnya dah matang. dah boleh fikir apa yang baik dan apa yang buruk. kalau taik kucing pun tak boleh bezakan, saya no comment lah.. bak kata orang, anak yang lahir ni ibarat kain putih, mak ayah yang mencorakkan. dan izinkan saya sambung; walaubagaimanapun, anak-anak yang menggayakan kain putih yang bercorak itu. dia yang akan berdiri atas runway platform tu. jadiknya, tepuk tangan, jawab sendiri la...


gambo model pompuan seksi sangat la.. tengok model laki ni boleh cuci mata sket. heheheh

Thursday, March 04, 2010

majlis alesya

30 january itu hari kami buat kenduri kesyukuran sempena kelahiran alesya. 27 february pulak buat majlis akikah alesya and ammar kat umah gapi. sempena majlis doa selamat mak naik rumah baru jugak lah..

kenduri kesyukuran tu buat kat umah kami. siap mintak khemah pink. buai alesya pun pink. baju mama, alesya dgn adam pun pink. (tima kasih aunty liza for baju kurung yang sangat cantik. siap dengan hairband lagi..) ayah tak sempat beli baju pink. nasib baik aje lauk tu tak boleh buat lauk pink. kalo tak, complete semua pink.

kami jemput persatuan marhaban dekat au4 ni. janji kul 11, kul 10 dah ada satu makcik bagi salam. tuan rumah tak mandi lagi. apa lagi.... bergegas mandi, bersiap bagai. by 11, semua makcik dah sampai dan marhaban pun bermula. dah habis makcik-makcik tu marhaban, makanan pulak tak sampai lagi. jem sebab ada thaipusam. adohai... mujurlah ada kuih yang mokteh ngan maknek buat. hulur dulu la kat makcik-makcik tu. food arrived aje, terus makan. makanan yang dimasak oleh encik fik dan kawan-kawan adalah sangat hebat! ada yang tambah beberapa kali sampai nasik pun habis. nasib baiklah umah dekat dengan kedai dan restoran. bolehlah carik nasik tambah dengan segera.

alhamdulillah alesya pun takde banyak songel. terima kasih buat kawan-kawan and relatives yang sudi hadir. mintak ampunlah kalo ada yang terkurang.

skang nak cite pasal kenduri kat gapi. ramai friends & relatives tak dapat datang sebab jauh sikit. tapi tak pe.. majlis tetap meriah dengan jiran-jiran baru. lauk pun sedap. ada kambing lagi. tapi sebab saya ni tak makan kambing, jadiknya, tidaklah saya amik tahu. tapi yang pemakan tu kata sedap & tak berbau. berkat kambing akikah agaknya...

yang paling penting, seronok tengok mak & bapak happy jumpa sedara mara & kawan-kawan baru :D



Monday, March 01, 2010

belasah laaaaa

satu hari..

saya: hello?

caller: hello, ni puan suhanna?

saya: ye saya. siapa ni?

caller: saya dari harvey norman kak. saya nak hantar "maikser" (gitulah bunyiknya)

saya: aaa? nak hantar apa?

caller: "maikser". itu hari akak ada beli kan?

saya: haaaa.. ok.. ok... hantarlah..

maikser pun maikser la dik.. janji cookies aku jadik.. hahahahaa