Wednesday, December 29, 2010

pork lining?


once upon a time when mak was in berlin, germany. she came back with this story..

kawan mak: cantiknya kasut ni....

mak: eii.. tak boleh pegang la.. pig lining tu..

kawan mak: no la.. mana ada pig lining. dia tak tulis pork pun

mak: .....


hahahahaha


Wednesday, December 22, 2010

masuk sekolah

nak kecikkan gamba ni. tapi dah tak reti.. tak kuasa lah nak menggodek.....

nak tahun baru dah eh.. aisehhh... kena buat resolutions baru ni... mmmm... soon after expire la resolutions baru tu.. hahaha..

adam dah nak masuk darjah satu. at first when adam started kindergarten, we had thought to send adam to SSU from his kindy's age to secondary school. then alesya came in. tabung pecah. so cannotlah nak lebihkan adam sorang. furthermore, SSU finishes at 3:30pm. sapa pulak nak gi ngambik adam balik skool? ok.. i know.. van ada. atuk ada. bas sekolah ada. akan tetapi, sama ke ngan mama amik? tak kan?? i was thinking... i give you a situation la eh... adam habis skool kul 1:30pm. then orang amik dia. then dia duk umah babysitter sampai it's time to sekolah agama. which is at 5 until 7. dont u think by the time he reaches home, dia dah terkelepet? probably kan? so bila mek nak bersembang dengan dia? when would be the time i wanna know what's happening at school, or how's school life for a guy named adam danial? ok... curi masa.. can.. curi masa is very the can one. but when? i'm on a full time employment. the only time, if i decided not to amik adam from school, is after 7pm. which is lepas dia balik sekolah agama. ada mungkin dia dah penat? ada mungkin dia dah tak selera nak cite apa jadik kat sekolah? ada mungkin dia dah malas nak bersembang? ye.. sila angguk... :D for this, no matter how, i wanna do the pick up from school daily. dapat sembang sengah jam pun jadiklah dengan anak bujang i sorang ni...

at first we registered adam at sk setiawangsa. sama dengan best friend dia, haziq. then we looked into the logistic. umang aiii.. pepagi confirm mek boleh jadik tarzan kalo kena hantar adam gi skool. jalan is sempit satu. full with offices, dua. kedai lagi, apa lagi.. uiii...... tidaklah teman. then we decided to sk taman melawati 2. we have registered, confirmed semua bagai. then kak an (airiel's mama - another best friend), bagitau sk wangsa jaya is having completely morning session. walawehhh.. mana boleh tahan.... and so, last minute, we decided to send adam to sk wangsa jaya. al-malangnya... sudah penuh. oleh itu dengan nasihat pakteh, we agreed on sending adam to sk wangsa melawati and then try mohon untuk ke wangsa jaya. nak transfer kl to kl ni mudah sikit, kata pak teh. so as of now, sk wangsa melawati la sekolah budak adam ni...

why i want sk wangsa jaya so much?

1) full morning session for 6 years wehhhh.. sapa tamao? 6 bulan kami laki bini tak payah pikir anak sekolah pagi ke petang ke... nak tukar penghantaran dan pick up ke... satu masalah settle

2) airiel is there. at least adam will have one familiar face. i have no doubt that adam will not be having any problems with new friends. he could make friends easily. macam mama dia kan? hahahah.. tapi yelah.. at least satu muka yang dia kenal, tak delah dia segan silu sangat... dok?

3) since airiel is there, in case of emergency, i could rely on kak an - airiel's mama. bukanlah nak mengambil kesempatan......... tapi yelah.. orang bekerja dengan orang tak bekerja ni lain. if only i have a part time job that give me 5k monthly, i would definitely quit my job - 24 hours! confirm punya! tapi ada ke part time gitu rupa.. jangan suh mek carik2 downline ni eh.. tak kuasa.. jual tupperware dengan kukis & cuppies ni pun dah cukup. :D

baju sekolah dah beli. beg che tam dah bagi. beg sekolah agama pun dah siap. stationeries semua dah carik tadi. kasut sekolah dah terpakai hari graduation kindy itu hari. so skang, tunggu masuk sekolah ajelah...

ya Allah, permudahkanlah urusan kami sekeluarga. jauhkanlah kami dari segala bala bencana... kuatkanlah keimanan kami & kesabaran kami mengharungi dugaanMu. tabahkanlah hati kami dalam menghadapi liku2 hidup ini. amin.

Sunday, December 19, 2010

vitamin M


sejak ada facebook ni makin malas mengupdate blog. ngape eh? ontahlah...

kadang2 ada aje menda nak cite kat sini. nak luahkan perasaan terpendam. nak mengumpat. nak berbangga diri. ewahhh.. tapi peh tu mesti sama ada terlupa ataupun malas

heyyyy.. malas lagi....

ehh.. tapi kekadang tu banyak keje pun iye jugak. adoiii.. tang keje ni jangan cakaplah. bulan december ni aje rasa nak tercabut keyboard kat opis tu. contract dah siap, kejarkan payroll pulak. payroll siap, kejarkan sekolah cuti pulak. heyyy... macam-macam. selagi tak tutup mata, keje-keje-keje. lotih...

december dah kan? rasa macam baru celebrate besday ke 17 tahun. hahahahaha...

banyak sebenarnya nak cite ni. besday alesya. baking projects. tupperware lagi. otomobil baru. mm.. baru apanya.. dah sengah tahun dah pun.. adam nak masuk sekolah. ish.. macam-macam lah..

nantilah eh.. tunggu vitamin R datang. hehehehe..

selamat tahun baru :D