Tuesday, March 31, 2009

baby adam

i was not tagged tapi itchy-itchy nak jawab. boleh? i got it from here.


1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
plan tak, accident pun tak. mak pasrah nyahhhh... a day before nikah, bendera jepun menyerang. harus tergedik-gediklah cik ovum bertemu en. sperm. kehkehkeh..


2. WERE YOU MARRIED AT THE TIME?
yup! yup! legally :D


3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
ntah.. tak de perasaan sangat. sebab dua-dua pun macam mengong-mengong. cuma bila dah tengok gamba budak adam time dia cinonet dalam perut ni, baru ada sikit rasa excited.


4. HOW OLD WERE YOU?
baper eh.. 26 kot? lemah betul ilmu hisab..


5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
cara tradisi.. period tak muncul jelma. peh tu buat test drive :D


6.WHO DID YOU TELL FIRST?
ntah sapa...... sapa eh? tak leh recall la..


7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
basically tak de sangat.. tapi gynae tu sibuk nak bagitau. so dengar ajelah. tapi sekali tu jelah dapat tengok pun. dengan doc kat damai hospital. peh tu nak tengok sekali lagi kat HKL, dia dah tanak tunjuk. pemalu budak adam ni.


8. DUE DATE?
12 June 2004


9. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN?
12 June 2004 - ngam-ngam. champion punya.. hahahahhaha


10. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
2.9kg


11. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
inilah antara punca che made tidak mau bininya berpreggy lagi. tak larat dia nak melayan morning sickness cik puan kesayangan ni ha. 9 bulan ok. 9 bulan mengada-ngada asik nak muntah aje. peh tu tak boleh nak tengok muntah sendiri. bertambah2 muntahnya..


12. WHAT DID YOU CRAVE?
yang ni lagi mintak ampun. dalam sebulan mesti ada satu menda yg gila-gila punya teringin. and craving will last for a month, at least. ada sekali gilakan rojak buah. ntah apa yg sedap sangat pun tak tau. tapi tiap2 hari ahad dalam sebulan tu mesti nak ke pasar malam au3 beli rojak buah pakcik ni. ada lagi sebulan pulak dok gilakan burger ramly dekat depan 7-11 au4. burger mekdi tak main. punya la kemaruk time tu.. makan kat situ dah satu. tapau satu bawak balik. dah balik, suh che made gi beli lagi satu lagi. 3 biji burger satu malam. kaya brader tu. hehehe. one thing yg tak leh lalu kat tekak adalah durian. makan sikit aje dah demam.


13. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
ntah.. macam tak de perasaan. tapi yang idengan perasannya rasa, ramai org asik mengendeng je time preggy tu. ntah nak amik berkat ke nak amik lemak ke nak amik apa pun tak taulah.. ada aje org nak bermanja2, ajak bercite, ajak berjalan, etc.


14. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD’S SEX?
the boyish adam


15. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX OF WHAT YOU WERE GETTING?
no preference. pernah terdetik sekali nak lelaki. heheheh


16. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
ya tuhan.. yang ni memang tak de ampun. naik double. daripada 45 kilo, naik sampai 80 kilo. kalo i ni lembu nak kena jual buat raya korban, confirm-confirm beribu-ribulah harganya..


17. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
baby shower takde. shower dengan baby ada. hahahaha


18. WAS IT A SURPRISE OR DID YOU KNOW?
soklan tidak berkaitan. sila ke soklan seterusnya


19. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
early preggy ada kena masuk sjmc seminggu sebab kurang air. time tu posa. jadik tak tau kalo kurang air boleh effect baby


20. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
hospital kuala lumpur. mama adam pun lahir kat situ tauuuuuu


21. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOUR?
ada 24 hours kotnye


22. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
beloved husband, che made



23. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
doctors & nurses. keadaan kritikal untuk suamiku berada bersama. kehkehkeh... tapi dia kata kan.. dia nangis kat luar sambil kol akak dengan ayah dia. hehehehe.. eeeeee...tak ballu......


24. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
last minute c-section


25. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
ntahlah.. kalo ada medicine pun dah tak tau apa rasa dah...


26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
adam danial


27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
my little angel is turning 5 soon :D


ni gamba adam dengan el-haryz danial. anak my cousin, lidiya. adam was so excited jumpa baby danial. dari awal sampai sudah asik duduk kat tepi baby tu aje. siap ikut baby pegi mandi. time tengok baby mandi tu siap bagi laporan, "mama.. baby tu berak". hahahahah




impak maksima untuk mama ni.. ayahhhhhhhhh.. ayuh kita.. hehehehe

Tuesday, March 17, 2009

san francisco coffee brownie "semuties"

i was home early yesterday as adam had another asthma attack. i rushed adam to gleneagles after fetching him from his school. i didn't bring my handbag - only wallet, handbag & car key.

after adam had his nebulizer, i called sherry to take my handbag from my drawer and to pass it to me at the parking lot. she did, with a plastic bag from san francisco coffee. a brownie inside :D

soon me and adam arrived home. put our things down. i cooked some spageti for adam and left the brownie on the table. while waiting, adam watched tv and i got connected with the world wide web.

we had our meal. adam had his ubat. threw out all the meal he had. and he watched tv again. i had my meal and suddenly thought of the brownie, only to find it has already surrounded by semuties*.

so i ym-ed sherry "your brownie got attacked by semuties la dear". i can't recall her reply.

so today i had the following conversation with sherry:

me: i believe your brownie was delicious. too bad the semuties had it first

sherry: yeah.. too bad. and you know i completely forgot that i went to san francisco klcc. i called the ampang branch instead

me: eh? why you called them?

sherry: well... you know.. some "customer feedback" regarding their semuties (she said that with a wink-wink)

me: haaaaaaah??? you what????? the semuties were from my rumahlah, sherry

sherry: oh my god!!!!!!! oh my god!!!!!!! oh my god!!!!!!! oh my god!!!!!!! oh my god!!!!!!!

me: hahahahaha.. i guess you have to call them again on another "customer feedback"

sherry: hahahahahhaa..... will think about that..

hahahahahahahah..

sherry jahat..

hahahahahhaha..

* semuties adalah sang semut

the brownie looks a little bit like this la...

pic from: http://joychariz10.blogspot.com/

rear view mirror

situasi gini eh...

traffic lite - currently, lampu merah. you're the third car dari depan. after a while, traffic lite tukar hijau.

first car, vroooooommmmmmm.. babai.
second car, terleka sekejap sebab ntah apa yg dia berangankan.
third car, yes you, terkulat-kulat berpikir nak honk ke tak, nak hi-beam ke tak

while you dok berpikir2 suddenly the 2nd car moved

penah tak perasan yg the 2nd car driver for sure(*) akan tengok his/her rear view mirror, to look at your reaction.

dan penah tak perasan.. kalo misal kata you honk or hi-beam kat dia, reaction dia akan sama ada terkumat kamit baca jampi serampah and/or sumpah-seranah ataupun dia akan tekan pedal minyak as though he/she has just being flagged off for a race.

hehehe..
macam-macam manusia nih...

* i'm saying for sure sebab happened to me few times already. and please note that i have put there HE & SHE ye.... oleh itu tiada genderism yeeeeee

pic from: http://www.cartoonstock.com

Friday, March 06, 2009

cuti-cuti

will be out of town & kl for couple of days.

bawak adam cuti naik air asia. boleh tahan budak2 sekarang bercuti kan? dulu time i, dapat naik keta balik umah uwan kat kampung pandan tu pun dah cukup bagus. hahahahah...

talk about cuti ni kan.. nak cite satu kisah ni lah... dulu time kecik, mm.. takdelah kecik sangat. dah darjah 6 kot. bapak kata nak bawak bercuti. so kami adik beradik pun excited lah. dia kata nak gi fraser's hill. ha... ko.. memang bunga-bunga la perasaan. sebab? sebab ingatkan fraser's hill tu kat overseas. ada salji, kena pakai winter coat, boleh buat snowman apa bagai. time tu siap packing dengan along & siap beranganlah nak buat itu ini. peh tu bila tengok naik keta je, tak de pun pegi airport, jadik cam heran pun ada. apesal naik keta aje ni. oooo.. rupanya fraser's hill tu dalam malaysia je. tak de jauh mana pun. cheh! hahahahah.. ngok kan geografi saya?

kisah ni pun mengingatkan kisah adam recently. when i told him that we are going to kuching, naik air asia. dia kata "iye ke mama? kita nak pegi planet kuching ke mama?" hahahaha.. nak pengsan rasa. planet kuching ok kawan-kawan.... harus kena panggil sheikh muzafar jadik tour guide. kahkahkahkah..

lagi beberapa jam nak ke planet kuching dah. take care kawan2.

selamat bercuti & selamat menyambut maulidur rasul.

Tuesday, March 03, 2009

si kambing itam

kasihan kambing itam
dicerca pun dia, dipuji pun dia
dikata pun dia, diagung pun dia
dicela pun dia, dimegah pun dia
pendek kata semua pun dia...

malangnya si kambing hitam
meragut rumput di laman orang
adakala dipuji "elok juga ada kambing itam ni. tak payah potong rumput"
adakala dikeji "menyusahkan betul kambing itam ni. habis pokok bogenvila aku diragutnya"
apalah nasibnya..

macam manala masa depan si kambing itam
nak tanya salah, tak tanya pun salah
nak buat salah, tak buat pun salah
nak cuba salah, tak cuba pun salah
bulat kata, semuanya serba salah

tulah kambing itam, orang dah kata
"jangan kacau hak orang
jangan berkehendak milik orang
jangan gilai kepunyaan orang
jangan diminta-minta pada orang"

"bukan.. bukan macam tu..
bukan niat nak kacau
bukan berkehendak sangat
bukan tergila-gila pun
jauh sekali nak meminta
sekadar membantu... salah ke?
cuma berharap.. payah ke?"

langit tu tinggi, Allah itu Esa
minta saja pada Yang Kuasa
kita ni di dataran
memanjat doa jangan dikala resah
merintih nasib bukan dikala musibah
dekatkan diri, bersihkan jiwa
akal diperguna, perasaan jangan diraja

senang saja cakap orang
dituding sana, ditunjuk sini
disuruh situ, dipanggil sinun
nasib diri, berlandas iman
baik mulut, permaidanikan bahasa
mujur badan, berkotakan akal

tak mengapalah kambing itam
kamukan gagah, tegar menangkis kata nista
kamukan tegap, bisa membuang kudis buta
kamukan kuat, mampu mengota apa dikata
kamukan terror, boleh melawan nafsu durjana

kamukan kamu....
kamu tahu apa kamu mahu
kamukan dirimu...
kamu tahu apa kamu ingin
kamukan tahu...
kambing itam adalah kambing itam
selamanya kambing itam
selagi hidup adalah kambing itam
mampu larikah kamu?

pic from: http://www.noahsanimalfigurines.com