Tuesday, June 24, 2008

!@#$%^&*

aloh loh loh loh loh...

itu hari minyak naik tengah bulan. dah la tengah bulan, cuti sekolah pulak tu. nak naik harga tak ingat hari, tak pikir tarikh. macam malaikat maut! tak kira ketika, kalo ajal dah sampai habislah riwayat. ini nak buat decision macam nak amik nyawa org jugak. tak kira time, main bedal je. dia sedaplah, nak gi mana2 ada tukang ne-no-ne-no suh org lain ketepi. jalan jem ke tak ke dia pedulik hapa. janji dia sampai dulu. tak pikir org lain dahlah suffer duk bertapa dalam barisan, sakit hati dengan monyet-monyet dan sakai-sakai tak de akal bertenggek tepi barisan lagi. kita ni dalam keta dengan perut memulas, anak sibuk nak makan mekdonel, bini merayu nak mintak gelang sampai ke lengan, dia haram pedulik. "saya bekerja bersama rakyat, sayalah wakil suara hati anda". chait!

ni tak sampai sebulan minyak naik dah nak kensel kredit kad pulok doh. apa pekdahnya ni... dahlah org merompak macam tak ingat dosa pahala. membunuh org macam buat eksperimen biologi kat lab. ni nak galakkan org bawak duit banyak2 semata2 nak isi minyak. stupid izzit?

tak boleh pikir ka? pagi, amik rm50 habis buat isi minyak, penuh pun tidak. amik lagi rm50 buat beli rokok dengan breakfast merangkap lunch. petang kena pulak anak rengek2 mintak beli heppy meal kungfu panda habis lagi rm50. besok gi keje tengok duit dah kena pau dek bini. amik lagi rm50. malam kang amik lagi. peh tu selamat lah kena charge limaposen setiap transaksi. limaposen pun kalo lima kali dah dua ringgit sengah. dua ringgit sengah kat kedai-makcik-jakun-duit-rm50-baru tu dah boleh dapat sambal kentang satu pinggan. duit tau! duit! money! ringgit!

adoi doi doi doi..

buat gaponya promo kad kredit dengan petronas? dengan shell? dahlah processing amik masa sebulan lebih skang nih. itu nasib baik kalo nube tak buat demo. kalo dia buat demo peraga baju2 kak kiah, kak milah, abg mat, abg ipin berdiri tepi jalan sambil tiup wisel dah processing amik masa berbulan2.

apo nak jadik ni?

dia pikir dia punya minyak je naik. dia tak pikir lagi aku punya naik minyak!

tak pe.. tak pe.. pikir baik. pikir positif.

minyak naik, kurang jalan
kurang jalan, kurang belanja
kurang belanja, savings banyak
savings banyak, pegi haji
pegi haji, cukup rukun
alhamdulillah

http://cache.consumerist.com/

Thursday, June 12, 2008

happy birthday adam danial

adam turns 4 today! horayyy!!!!

since both of our cars had each roadtax ended 10th & 11th june respectively, we have no choice but not to go anywhere this time around. cian adam..

nevertheless, mama had already bought a cake a month earlier. and already had the celebration with cake & candle. so kira 0-0 la adam eh.. :D

so here's some words for adam from your loving mama:

adam - my darling,

i know you wont be able to read what i'm writing here for you today. but i know someday you will.

adam - my love,

my life has changed since i had you in my arms 4 years ago. you have changed my perspective of motherhood & childhood ever since. you've taught me the meaning of responsibilities, consideration, and looking at things from you little point of view. you have aspired me through the price of your smiles and the value of your tears.

adam - my sweet honey pie,

i don't know what's the best words to describe you as my little treasure. the steps you made, the words you expressed, the thought you had has added colours to my days. you are the clown of the house, the little star of my life, the biggest monster of the cave. see darling.. you are everything to me

adam - my sunshine,

i know my hug would'nt stop you from leaving me one day. my kisses wont stop you from bid farewell to me. i'm over protective? yes, i know darling.. dont blame this attitude.. because i know i would'nt be able to stop you from the path and journey you'd choose one day. but i want you to know that every step you make, i'll be a step behind. every fall you might encounter, i will always be with you.

adam - my son,

i dont want to keep my words to myself and only to realize that it was to late to let it out. mama loves you and mama will always love you. you have always made me laugh, you have always made me cry. equivalent.

happy birthday adam danial!

Friday, June 06, 2008

kenduri kawin

jiran beberapa belah umah kami nak kawin hujung minggu ni. makan nasik minyaklah kami sabtu ni. semalam tengah duk rilex2 ngan made, timbul la persoalan ini:

"kalo jiran depan umah kita ni kawin, kita nak buat apa?"

and here's the list of what we plan do bila tokey ikan depan umah kami nak buat kenduri:

1) cat umah
2) renovate umah
3) bersihkan longkang
4) bersihkan tempat sampah
5) panggil org tarkan jalan dekat depan gate
6) suh org hantar perabot
7) basuh keta
8) basuh laman umah
9) parking keta depan umah
10) basuh baju banyak2 sampai kena sidai dekat tiang khemah dia
11) jemput kucing berak depan umah
12) bersihkan tahi kucing
13) bersihkan umah & biarkan sampah berlonggok depan umah
14) masak sotong, ikan, udang, ketam pada malam sebelumnya peh tu buang sampah ketika pengantin makan beradap
15) dan sebagainya

mmm.. apa lagi yg kami boleh buat eh?

persoalan ini terjadik semalam selepas menyaksikan tokey ikan ini serta merta menutup pagar otomatiknya selepas dengar org mintak derma bagi salam.

kawan2... janganlah kita mengikuti sikap yg tidak mulia yg ditunjukkan oleh tokey ikan ini. kita tidak akan tahu bagaimana rupa rezeki Yang Maha Esa turunkan untuk kita. mungkin ini salah satu kunci rezekinya, timbang-timbangkan..

ps: tapi jangan pakai penimbang yg BN pakai. penimbang dia tak boleh harap


pic: http://www.suasanakatering.com