Tuesday, June 19, 2007

fantasy vs reality

my plan:

balik @ 5:00pm -- singgah petronas amik minyak -- amik adam -- balik umah -- mandi -- solat asar -- kemas depan -- lipat baju -- mandi -- solat maghrib -- solat hajat -- mengaji -- solat isyak -- tido

what actually happened:

balik @ 5:08 pm -- tak singgah petronas sebab ramai org & hari nak hujan -- amik adam -- balik umah -- mandi -- solat asar -- sembang ngam made -- lepak -- solat maghrib -- solat isyak

hahaha... only those in bold blue je yg i berjaya achieved - my routine

camtu la life kan? yg planned selalu tak jadik. yg tak planned; sometimes, menyempurnakan hidup anda

:)

Friday, June 08, 2007

i'm either




You scored as Either, You brain is neither specifically male, nor female in the way you perceive your surroundings. As bad as this may sound to some, it can easily mean that you are capable of combining both gender aspects to your advantage. Rather than being genderless you are possibly able think freely. This does not mean that you are bisexual or androgynous or indecisive, but it might.

Either


82%

Female


75%

Neither


61%

Male


54%

alahai harun

ini kisah saya dan harun
bersahabat lebih 10 tahun
kisah sedih hati meruntun
baik tak payah duduk serumpun

tahun pertama, saya excited harun pun sama.
tahun kedua mula setop bicara
baik ketua kapal, baik berserkup kepala
mata menjeling, mulut bermangga

mungkin saya tersalah kata
tapi rasanya, tidaklah pula
jangankan kata berbual mesra
memandang muka pun boleh dikira.

mungkin juga salah lakunya
rasa hati, tidaklah juga
manakan ada masa bersama
pulang kerja zas masuk gua

akal & hati mencari silap
nak minta sorry, nak mintak mahap
malang hajat masih terluap
harun masih tak membalas harap

kelengkang kelengkung bunyi belanga
amboi suasana gempak gempita
ketua kapal memandang saja
family affair malas juga nak masuk cerita

pujuk hati, hati dah lara
tiba hari berbunyi lagi belanga
hati masih bertanya-tanya
apa lagi salah silapnya

ketua kepala memandang sepi
serkup kepala memaling benci
tak pernah tersenyum dua puteri
harun kini apatah lagi

hati sakit, bertambah gundah
kenapa persahabatan menjadi parah
apa silap, apalah salah
harun biarkan tak tentu arah

hari keraian sudahlah tiba
pelamin indah bersulam suasa
khemah dipasang di tengah pagar
hati meruntun mahu meronta
macam mana saya nak parking kereta?

maaf tidak informasi pun tidak
hati dibiar bergolak-golak
ikutkan hati nak panggil todak
boleh beraksi di depan kodak

sampainya hati harun mencaci
membuat hati menjadik benci
apalah salah berbicara sendiri
bukannya baru kenal sehari

apalah salah, apalah dosa
sampaikan harun tidak bersapa
mungkin kata kasar bak gangster
mungkin laku lagak bak punkster

andainya harun membaca cereka
bukan sengaja membuat cerita
janganlah kita masih bersengketa
elok berbaik merapat bicara

mungkin katamu itu begitu
mungkin kataku ini begini
marilah kita sama bersatu
bukan menuding sana dan sini

* harun adalah bukan nama sebenar & tidak ada kaitan dalam ini cerita *

Thursday, June 07, 2007

majuk ngan burger king

hari ni i lapar. sangat lapar. breakfast makan oat je. additional to that, i have no lunch buddy. finance pegi training. linda pegi gym. kak azila nak gi i'view. so i decided to order BK. the conversation went spicy..

BK: hello, bk
myself: hello. i'd like to place an order
BK: akak nak order kat mana?
myself: order kat mana? order kat mana ke nak hantar order kat mana?
BK: nak hantar order kat mana la
myself: oh! klcc
BK: klcc tu besar kak
myself: oh sorry. level 52, tower 2
BK: minimum order rm20 tau kak
myself: rm20? bukan rm15 ke?
BK: mana ada rm15 kak. selama ni memang rm20
myself: eh.. i've been ordering so far, minimum order is rm15 saja pe.
BK: mana ada rm15 kak
myself: kat sini pun tulis rm15 (referring to their leaflet)
BK: tu akak order kat mana? ave k ke klcc?
myself: kat ave k la. this is not my first order. i dah selalu order apa
BK: mana saya tau. saya baru kat sini
myself: kalau awak baru, check lah dengan org lama
BK: nantilah saya check. akak nak order apa?
myself: dah tak payah. saya dah malas nak order

dahlah i had to wait for quite a while for him to pick up the phone. bahasa pun tak indah langsung. gaya bercakap pun macam nak ajak bergaduh. intonasi lagilah kan. buat org lapa ni macam nak turun gi lempang je budak tu.

lagi satu kan.. dah tau diri tu baru. buatlah cara budak baru kan. bertanya2lah dulu kan. ni main nak marah org je. sengal betul

tanak kawan burger king

Wednesday, June 06, 2007

alhamdulillah

syukur ke hadrat Ilahi ke atas semua limpah kurniaNya
di atas semua pemberianNya
di atas semua nikmatNya
di atas semua hikmah dan rezekiNya

lama menunggu. seksa rasanya. la ni, alhamdulillah.. yg ditunggu dah dapat. yg dinanti insya Allah tak lama lagi tiba.

betulla org tua kata jangan terburu2. nanti yg dikendong berciciran. yg dikejar tak dapat2. man-man. menten... pasti tanggung bereh.

made excited. myself apatah lagi. adam pun i believe, eager for this rezeki.

ada yg baru nanti, berserilah sikit rumah tu - insya Allah

berkat doa kawan2, family. thanks to all..

amin