Saturday, April 04, 2009

sports day adam

adam had his annual sports day on 14 march 2009. waktu perbarisan masuk adam kena duk belakang sebab lambat datang. nasib baik ngam-ngam hahahaha. org dah nak masuk padang baru terkedek-kedek adam sampai


roughly 2 weeks before the day, adam balik sekolah satu hari tu tetiba je pandai nyanyi lagu uptown girl. rupanya on sports day dia kena kena buat performance. siap ada pom-pom ok..

sorry ye... video adam tu besau benar. nanti bila dah resized, i'll upload it :D


letih jugak menunggu for the event to start. kul 8 kena datang, kul 10.30 baru nak start acara-acara semua. we had to wait for ALL the primary & secondary students buat perbarisan masuk & some cheerleading performance.

mula-mula - 4 rumah sukan of primary students buat perbarisan and little performance.
kendian - 4 rumah sukan of secondary students buat perbarisan and little performance.
seterusnya - 4 rumah sukan of primary students buat cheerleading performance.
peh tu - 4 rumah sukan of secondary students buat cheerleading performance.

tak ke er... bosan, menunggunya.. and some of the performance, to me, did not represent semangat kesukanan langsung. ada satu tu, kononnya main tarik tali. peh tu group dia ala-ala nak kalah, ketua kumpulan boleh gi amik pistol gi tembak group org sana. boleh ke gitu? violence ok... with current situation, i hope the school management will be more sensitive. yang paling kesian budak2 kindylah.. dahlah duduk mengadap matahari. berpanasan..


adam masuk acara perah sponge masukkan air dalam botol dengan bawak bola pingpong. satu menang, satu kalah. alah.. budak-budak kindy. menang dapat hadiah. kalah pun dapat hadiah. apa kisahhhh..


untuk menaikkan semangat kesukanan di kalangan budak-budak ni, parents pun kena participate tau. termasuklah parents yg ini. hehehe.. alah.. setakat main lari kaki tiga.. apalah sangat. ini juara negeri belah tenggara selatan laaaaa.. saja je kami bagi bagi parents lain menang sebab kat umah kami tak cukup almari nak letak trofi kemenangan. ngehngehngeh

perasan tak baju kitorang yg hijau tu? haaaaa... sebab anak pun baju hijau ok.. ku lihat hijauuuuuuuuu...


time amik hadiah, semua kindy students kena beratur. teacher dah susun bebudak ni ikut name list. tapi apalah nak diharapkan kat bebudak ni kan? susunlah macam mana, tak sampai 1 minit dah berterabur. untuk amik hadiah, adalah announcer panggil nama bebudak ni. announcer ni pulak duduk jauh and tak boleh monitor budak mana yg tengah amik hadiah. therefore, nama yg dia panggil dengan budak yg amik hadiah tak tally. nak dijadikan cite, adam tengah elok beratur amik hadiah. sekali dia dengar nama dia kena panggil. terus dia gi salam org bagi hadiah tu and...


tada..... dah dapat hadiah. hahahahaha... sukahati dia aje potong queue budak lain.. tapi elok jugak.. cepat sikit mama & ayah balik. :D


barisan juara-juara: airiel, haziq, adam & mukriz. hehehehe


dan hasilnya?
monday kena gi amik nebulizer. balik sekolah terus gi gleneagles sebab tengok dah lembik anak mama sorang ni. cikgu pun kata "he's not on his usual mood today".

i wish to thank all friends who are concern on adam's health. sangat-sangat terima kasih.. me and my husband appreciate it so much. currently we are considering every options. at times, we just dont want to think about what had happened to adam. the more we think, the more we takut. we love adam so much and we want the best for adam. i know all of you are offering the very best for adam too. thank you again..