Tuesday, April 27, 2010

alesya & adam

tak tau sebenarnya nak cite apa.. tapi saja nak menaip. gatal tangan...

alesya skang dah pandai buat somersault turtle.. hehehe.. sehari lepas jab 4 bulan tu, terus tertiarap anak den. hebat kan? kehkehkeh... malam tu feverish jugak. mana tak feverish.. berjalan sakan....

sudah jab alesya, bawak adam pegi eye specialist. tulah.. mak ayah rabun kan. anak pun bakal rabun la tu.. basically adam ada astigmatism saje. masih di kadar yang boleh dimaafkan. tapi still doc tu nak tengok dia punya perkembangan in a month time. nak tau apa si budak adam ni buat time check mata? haaaa.. for sure, budak ni sangat excited bila kena pegi check up ni. nama tak panggil lagi, dia dah terpacak depan nurse tu. tersipu2 pulak mama kat tepi. peh tu bila dalam bilik doctor tu, dia buat eye reading lagi sekali. this time, dia pasang projektor, gelapkan bilik, then dia suh adam baca. oklah - test passed. yang tak laratnya...... bila sudah aje dia buat test tu, with the projector still on, dia gi kat skrin tu, dia main hand shadow. buat rupa anjing lah, burunglah, dinasor lah.... kalo tak dek sound effect tu, sampai sudahlah kami tak sedar apa budak bertuah ni buat.

habis aje gi isec tu, kami ke ikea pulak. sakan kan berjalan? hehehehe... dah nama bercuti... hahahahaha.. berjalan kat ikea time weekend, sakit hati. org penuh. jenuh nak tengok barang. nak belek2 barang sambil berangan pun tak boleh..

peh tu baru balik. terkelepet mengenangkan besoknya keje... tak seronoknyeeeeeeeee....


Sunday, April 25, 2010

happy

adakah aku happy?

ntah....
soalan sangat subjective..


aku happy dapat happykan orang
aku happy bila orang happy
aku happy tengok orang happy


tapi orang dapat lihat ke aku happy?
atau aku olok-olok happy?


aku akan cuba happy
supaya orang lain juga happy

insya Allah - selagi aku mampu happy...

Sunday, April 11, 2010

pengalaman di singapore: day 4

lambat sehari pulak.. tak kosa la nak membayo cas internet kat hotel tu. satu minit = 54 sen. berkira senah oi.. org singapore pun berkira, inikan pulak org yang kena bayo 2.4 kali ganda. ;P

gamba kat entrance

hari ke empat di singapore adalah hari yang paling best. kami spent whole day kat universal studios, resort world. yey baby! punya excited, sampaikan dah pack siap2 apa nak bawak, baju apa nak pakai on the night before. tapinya, tudung yang saya nak pakai, lupa bawak brooch. tudung yang pakai sepanjang masa di singapore tu pulak, kena muntah alesya. sudahnya, made kata pakai aje topi yang dia bagi free tu... memula cam tanak pakai. sebab bajet mesti ramai org pakai topi yang sama. tengok2 kami aje yang pakai topi tu pun. agaknya org lain pun pikir yang sama, thus tak pakai topi tu.. selamat kami..

anak rusa nani yang jaga bilikkami... :D

universal studios is the main reason kami tukar hotel. sebabnya, copthorne king's has partnership with resort world. however, we have to plan accordingly as the package is a 3D2N and the entrance ticket is only granted for 2nd day of stay - for 2 adults. ticket untuk adam, kami beli sendiri online. awin kata lagi murah compare to kalo kita beli kat resort world sendiri.

shuttle from resort world picked us up at about 9am. time sampai tu, tak ramai orang. peh tu, dalam made tengah redeem tickets kami, hujan turun selebat-lebatnya. adoilahh... melepet kami kat tepi. ada tempat ada bumbung, but yet, tak baper enjoylah. rides pun tak operate. payung dgn raincoat depa laku gila.. mujur alesya punya stroller ada raincoat jugak. basically we still strolled along sebab made & saya pakai payung. adam & stroller alesya ada raincoat. mana rasa badan kental ala faizal tahir, main redah aje hujan tu.. peh tu kuyup. hehehehe..


along new york/hollywood street - time takde orang sebab hujan

okeh.. gini eh.. kalo korang gi tengok dekat resort world or universal studios singapore punya web, mungkin akan paham sikitlah apa saya cite. basically, theme park ni macam sunway lagoon + genting highland. cumanya attraction derang ada movie & character yang popular. first sekali kat situ ada hollywood & new york. so dia attract with movie from steven spielberg & kedai2 ala-ala new york & hollywood la kat situ. tempat angin tiup skirt marilyn monroe pun ada. kedai makan ala-ala 70an pun ada. so kita akan rasa macam di hollyw ood zaman elvis gitu..


ni kat hollywood/new york street

then kami masuk ke alam sci-fi. main dia adalah battlestar galactica - bukan favourite kami. hehehe.. jadik kami tak tau apa nak look for kat situ. lagipun d ia punya main rides, rollercoaster dia ada technical faulty. jadiknya tak leh naik. rugi...


alien kaler biru balik kampung

hujan lebat lagi ni.. semua rides pun masih tutup. org pun tak ramai lagi dan kami pun ada sikit blur apa nak buat. nak tengok movie, tak start lagi. sudahnya kami melepak dekat restoran oasis - meant for the revenge of mummy punya attraction. makanan start serve pukul 11.30am. kami duk kat situ daripada pukul 10.20am. itu pun dia bagi ma suk sebab hujan lebat & kami ada baby. see... bertuah si alesya ni.. heheheheh... rasa makanan? bolehlah... kami pun bukannya food lover sangat. selebihnya nak rembat woodywood pecker punya lunch box aje. free with kids lunch meal. hehehe..


lepas makan, hujan dah reda & stopped. alhamdulillah.. memula made nak ajak adam naik ride kat the revenge of mummy. tapi adam tak cukup tinggi pulak. made kata, nasib baik jugak adam tak leh naik. sebab sangat scary.. siap dia main rollercoaster dalam gelap. oh ye.. ia adalah indoor ride.

sementara tunggu ayah naik ride

then we moved to lost world & jurassic park area. adamsaurus nak jumpa kawan-kawan lama. saya memang takdelah nak naik ride semua ni. nak-nak ada alesya. so i told made, pegi ajelah layan si adam. siap adam pun pesan bila saya nak masuk kedai souvenir "mama... after this no more shopping okey". bertuah sangatlah mama tanak shopping. muahahahaha... setiap attraction, ada kedai souvenir & tempat makan sempena attraction tu. like jurassic park & lost world, dia ada jurassic outfitter dengan dino food centre. so boleh bajetlah makanan dengan souvenir dia macam mana. fun!


lopeh jumpa kekawan lama si adam, kami ke far-far away kingdom. jumpa kawan lama along - si shrek tu pulak. hahahahaha.. again, saya ditinggalkan dengan alesya, while adam is having fun with ayah. tak pe.. mama tak kisah.. janji mama boleh shopping dengan aman. yey!


habis shrek, kami jumpa madagascar pulak. kat sini ada ride yang belum bukak. tapi still fun for adam. lepas madagascar, habis.. jumpa balik new york. itula sahaja jalan-jalan di universal studios singapore.


apakah yang best, untung dan tak best?
  • sila la beli express pass. boleh dianggap menguntungkan. sebab korang boleh potong queue. express pass is about $60. mahal la jugak sebenarnya. and korang tak leh multiple ride. means, kalo dah naik, tak leh naik lagi menggunakan express pass tu. ada satu canopy ride kat lost world tu, suppose to take made & adam 45 m inutes sebelum dapat naik. tapi dengan adanya express pass tu, they wait no more than 5 minutes. up to you guys la sebenarnya.. kalo tak kisah baris panjang and tunggu lama, tak yahlah amik express pass tu....
  • sila la pegi pagi... sebab dia tutup kul 6pm. korang leh spend time selama mungkin kat situ. yes, for some, akan rasa boringlah. sebab macam tak banyak sangat attraction & rides. lain org lain la rasa kan.. like ourselves, kami nak bagi chance adam enjoy himself. so, basically this trip is for adam la.. and bestnya, korang leh re-entry. kalo korang nak kuar sekejap daripada park tu, later-later korang leh masuk balik.. no worries..
  • makanan, ada restoran halal & ada yang tidak. sila tengok senarai restoran derang.
  • character akan kuar sekian jam. jadiknya sila la posing & bergamba ketika derang kuar. kalo dah tiba time derang kena masuk balik, sorry ye... tak dibenarkan bergamba. dan kalo korang nak suh org dia amik gamba pakai kamera dia, kena cas ye. sila observe.. berikut adalah contoh gamba yang diambil ketika waktu character keluar & waktu character dah nak masuk bilik persalinan:
  • jangan buang tiket entrance korang! sebabbbbbbbb.... ada voucher. per adult dapat $5 retail voucher & $10 meal voucher. untung!
  • air kosong sila la bawak. kang kehausan korang kat situ... memanglah ada jual. tapi takde la korang asik nak membeli, ye tak? water cooler tu ada. tapi kat ceruk toilet dekat dengan madagascar (itu yang kami jumpa).
  • kalo hujan, takyahlah beli raincoat kids. sangat murahan rupanya. beli ajelah raincoat adults untuk bebudak. lagi berbaloi rupanya... peh tu payung pun ada dua size. janganlah beli yang kecik. tak salah yang kecik adalah $23.90. yang besar adalah $26.90. pikir-pikir le sendiri yeeee
  • sekiranya.... korang plan nak ke singapore hanya untuk ke universal studios, i would suggest korang amik package dengan hotel resortworld - hardrock hotel or festive hotel or micheal hotel, etc. sebab? sangat mudah untuk korang berulang alik. kot korang bershopping sakan pun senang nak mengangkut. and those yang ada kids, lagi mudah. like us, we had to travel to resortworld. bag budak lain, beg shopping lain, bebudak lagi lain.. jadiknya banyak hal. unless korang ada agenda lain, like nak ke orchard road ke, nak ke esplanade ke apa ke and universal studios is least in your list.
  • and i would suggest korang amik package hotel (be it resortworld or partnership hotels). sebab kami dapat extra $25 voucher. dapat topi. senang pun senang temah oii... all are taken care of.
** ini opinion saya saja yeeeeeee.... kot tak sesuai ngan korang, terpulanglah...

budak bertuah tengah tido..

ingatkan tak delah jumpa sapa2 kat universal studios tu.. tengah shopping kat dalam universal studios store saya nampak muka familiar. punyalah tergamam, sampai nama pun tak ingat. boleh jerit "mama haziq" aje. kawan adam kat sekolah, haziq & family pun bercuti kat sana sekali rupanya... sakan la si adam jumpa kawan :D

kami balik petang tadi & alhamdulillah selamat sampai KL without any problems.

alangkah seronok sekiranya besok adalah hari ahad... huhuhu...

Friday, April 09, 2010

pengalaman di singapore: day 3

Dah 3 hari duk Singapore. Apa best eh? Mmm…. Takde apa sangat pun. hehehe..

Hari ni made keje lagi. Dia kuar aje tadi, terus kemas baju sebab hari ni nak tukar ke hotel copthorne kings. Hotel ni ada partnership dengan universal studio. Jadik kami boleh dapat tiket & some vouchers as part of the deal. Tengoklah besok, untung ke rugi deal tu…

First 3 days, kami duk kat copthorne orchid. Hotel ni hotel lama kot. Dia punya bilik pun lama. Tapi dah sime darby hantar kat sini, duk ajelah. Company bayar – toksah banyak cakap. Facilities dia kami tak check out sangat. Our room ni macam terlontar ke bangunan yang lagi satu. And the swimming pool is at the other building. Jadiknya macam banyak keje je kalo nak bawak adam gi swimming pun.

Housekeeping kat sini kind of scary la. I don’t know about hotel’s SOP on housekeeping, but I believe, before the housekeeping staff wants to get into guest’s room, she/he has to knock then introduce her/himself. Ada betul? This morning, there was a knock on the door, and then I heard somebody pushed the door. Since I had the door latched, the outsider was not able to open the door. I immediately carried alesya and rushed to the door. Yelah.. takutlah pencuri ke apa kan.. tengok­2 org housekeeping, and she asked me “do you have laundry?”. I felt awkward la.. bukan ke kalo laundry, kita akan kol? Baik pulak dia ni dating kat bilik bertanya… mmm… To me, it was scary. About an hour later, the same thing happened. tengok2 org yg sama jugak. This time mungkin dia nak kemas bilik. But don’t you think it’s a bit weird, when they don’t introduce themselves after knocking on the door? Okeh.. tak baik berburuk sangka… biarkan si senah itu dengan pokok orkidnya.. jom cite pasal hotel baru pulak :D

This hotel sangat best. Bila naik bilik tu, macam excitedlah tengok bilik cantik and got one Cleopatra sofa some more. Cewahhh.. berangan la nak amik gamba. Tak sampai seminit, org housekeeping dating, kuarkan sofa tu,masukkan baby cot. Aisehhh.. tak sempat nak lambai2 tangan ala model egypt..

Petang tadi tido kejap then we went to marina bay -nak tengok merlion. naik taxi ke sana, drove by a penang guy. Baik giler uncle tan itu. Peramah & siap bagi suggestions mana nak pegi lagi.. itu kalo kami chartered dia satu hari tu, mau selamat satu Singapore ni dia bawak ronda. Dekat merlion tu, ada cruise yang bawak ronda sepanjang riverside. Naiklah kami anak beranak. Elok aje naik, terus hujan.. hujan punya pasal, terpaksala derang tutup tingkap. Adohai.. panehnyaaa.. alesya dah tak senang duduk. Berpeluh-peluh si kecik tu. Peh tu ropenye nak memerut.. hehehehe.. ada la dekat sengah jam dia bawak pusing kat situ. Best jugaklah. Habis cruising, hujan pun dah berenti. Alhamdulillah.. kalo tak, lagu manala kami nak bergerak dengan si alesya tu ha. Dahlah takde payung.

From there, we went to esplanade – suggested by kak aishah. Nothing much la to see over there. Or were we to early to arrive? Sebab dia kata happening kat sana time malam. Kami tiba sana dalam kul 6++. Singgah jugaklah kat makan sutra tu pekena satay & chendol. Terliur aje tengok charcoal pizza tu. Tapi sebab dah makan charkoeytiaw kat hotel, napsu makan tu kena tutup sikit.. heheh..rugi jugaklah rasa makan kat hotel..bismillah toksah cakap.. ntah baper kali ulang. Walau pun order CKT, tapi bila sampai, ada pulak Chinese sausage (tak pasan masa order tu). Apa lagi… bismillah tiap kali suap la jawabnya….

Besok nak ke universal studio. Adam dah excited. Hopefully it’s worth going. Kalo best, boleh rekomen kat korang. :D

Okeh.. nak tido. Nak simpan tenaga untuk besok..

Tata!


ps: ntah apa masalah tulisan posting kali ni.. tak kosa dah nak merepair..

Thursday, April 08, 2010

pengalaman di singapore: day 2

hari ni made kena keje. jadiknya terpisat-pisatlah kami kat dalam bilik ni. kononnya plan bila alesya bangun, boleh bawak adam ke swimming pool. tapi rasa tak confident pulak nak monitor adam alongside ada alesya. setakat adam sorang tu, berani lagi. peh tu tengok dalam hotel ni punya facilities, ada babysitting service. ikut hati, nak aje.. tapi kang mana tau org tu geram dengan si gebu ni, dibawak lari pulak nanti... oh tidak....

adam siap offer foot massage sebab lama sangat tunggu aunty awin. heheheh..

jadiknya hari ni, plan untuk jalan2 ngan awin. memula plan kuar kul 12 lebih, sudahnya dia sampai kul 2 lebih. sebabnya? dia lupa ada appointment parent-teacher kat kindergarten anak dia. by the time dia sampai, adam dah habiskan 2 biscuit-sandwich dengan sekeping roti. sian anak mama.. :D tapi ok jugak dia sampai lambat. alesya sempat memerut dulu..

dari hotel ni ada free shuttle ke orchard road. mudah & save sikitlah. dah nak berlepas baru teringat pasal cookies untuk awin tertinggal dalam bilik. a'ah. ada aje barang tertinggal.. hehehehe.. gi lari amik dulu then naik shuttle. first place, pegi mamam dulu. kami ke pastamania. lain macam jugak kat singapore ni eh.. menu dia bagi kat table, tapi kita kena gi order & pay kat counter. macam heran2 je rasa.. kalo kat KL, either dia datang table kita & amik order then bayar bila dah habis makan; or kita terus ke kaunter-order-bayar. tapi tak kisahlah.. the food was nice. i ordered nachos & piza, while adam ate spageti. i like the nachos. nice! since alesya pun sedap lena, mama dua orang ni pun sedap ajelah mengumpat. hahahaha... sapa2 yang tersedak-sedak tadi, ampunkan la kami yeeeee... :D

from pastamania, kami gi isetan. kena jugak carik teether dengan rattle untuk alesya. tak dayo den nak mendokong as entertainment. adam pun dah pakat boring duk dalam bilik. mmm.. sebenarnya mama yang dah naik bosan dekat 14 kali tengok madagascar. tu tak termasuk pingu lagi.. adehhh... mujur sangat ayah decided to bring along this cd player. kalo tak, memang bosan bebenarlah anak saya ini.

lepas beli toys tu, alesya dah ada sikit lapar. so we went to the nursery room di isetan. kagum seh tengok dia punya nursery room. cam cantek menarek. heheheh..

isetan yang kami pegi tu adalah di dalam building shaw house. shuttle kami tu tadi stopped dekat DFS, so kami melintas ke shaw house. peh tu met up with made, then we went to far east mall (?) to tapau dinner. then back to DFS to catch the shuttle. giler terer si awin maneuver stroller si alesya. kot aku, takde la... sama ada alesya tertonggeng, atau mama dia terguling-guling. hahaha.. shuttle uncle ni sangat bagus la. on time aje, terus jalan. masa kami kat far east, tengok jam hampir nak kul 7. both me and made felt, kalo tak sempat tak pelah.. naik taxi aje. si awin bersungguh mengejar. lucky uncle shuttle tu ada lagi - rilex aje baca suratkaba. dia tunggu betul2 jam digital dalam shuttle tu pukul 7 baru dia jalan. baguih dok ada...

basically orchard road ni lebih kurang area bukit bintang aje. to me, takdelah hebat mana.. sebab bukit bintang area tu pun takde masa untuk kami terjah .. thus, orchard road ni tidak lah gah mana kami rasa. tapi cam comel aje tengok org jogging area situ. hehehe.. the similarity yang ada antara shopping mall yang kami pegi di bangkok, malaysia & singapore adalah shopping mall uji rashid (term awin kasik), which is like pertama complex in KL la.. kat bangkok ada MBK and kat singapore ada far east.

lepas tapau kami balik. besok nak tukar hotel copthorne kings pulak. why? sebab kami nak gi universal studio. and copthorne kings is one of the partner hotels. kami leh dapat good deal with them la.. itu sajala pasalnya :D

time-time di overseas ni, ramai pulak peminat di malaysia nak talipon. sabo betul la... sapa2 yang talipon & message tapi tak dijawab, mintak hampun ye.. bajet nak kena jaga senah-senah sekalian...

sebenarnya nak letak gamba banyak sikit tadi. tapi link uncle richard ni cam tanak geng aje hari ni.. sambung besoklah untuk update day 3.

tata!

Wednesday, April 07, 2010

pengalaman di singapore: day 1

yey! yey! dah sampai singapore :D

seperti biasa tiap kali incik ramadhan kena pegi outstation, beg prada dengan beg samsonite dia mesti nak mengekor. and this time around, ada sikit special sebab ada luggage mini yang ikut sama. hehehe..

kami sebenarnya memang plan nak gi singapore. tapi plan kami adalah di hujung tahun. konon nak kumpul duit dulu la kan.. tak aleh-aleh, last week made IM informed that he has a singapore trip. tergedik-gediklah beg prada ni nak ikut kan.. ngehngehngeh.. setiap kali dia kena outstation kitorang tak penah fel mengekor tau.. bangkok? kuching? jb? semua kami ngekor. time dia gi banting je tak kosa kami nak ngekor. :P lagi satu time dia pegi netherland sebab i was preggy. rugi big time!

first time i sampai sngapore was 1994 - transit to berlin. itu pun setakat jalan-jalan kat kedai cokelat dalam epot changi aje. tak adventurous langsung! this time nak jalan sakan. dengan bagasi dua org ni, boleh ke gamaknya? mmmm....

macam-macam kisah nak ke singapore ni. dengan aku tak reti sebut nama hotel sampai ke hari ni. dengan bos dok kecoh dia kena re-schedule cuti dia semata-mata nak accommodate my traveling plan. peh tu dari malam tadi sampai ke epot changi, lagilah macam-macam blunders.


malam tadi gi jusco beli kasut alesya & adam. sudahnya kasut alesya dengan her baby stuff semua tertinggal kat kedai kasut adam. pagi tadi bila made kejut saya bangun tido baru dia bagitau. adoi.... tersedih seketika.. sian alesya, tadok kasut nak berjalan. eh.. macam dia boleh berjalan sangat pun la kan? hahahaha..

peh tu tengah berkemas, bersiap, tengok teksi dah tunggu kat luar. rupanya dia dah sampai dari kul 7:30am. "biar cepat daripada tak datang langsung", katanya. actually bukan teksi pun. avanza persendirian empunya teksi yang made selalu naik untuk ke klia. baik sungguh uncle yee tu.. sapa nak teksi? saya nak promo uncle yee ni. perkhidmatan yang sangat memuaskan! 100% tulen. eh.. apa kaitan?

dah sampai epot, salah gi kaunter. kat billboard tu, dia tulis kat kaunter G. bila pegi, kat situ untuk ke bangkok sahaja. haish... dah check in, pegi makan mekdi. lepas makan, gi carik kasut alesya. still takde. adoi.. kasihan adik. sejuklah kaki dia.. mujurlah alesya tido time take off & landing. risau jugak kalau dia sakit telinga dek pressure. kang sakit telinga pulak telinga org lain dengar dia mengalun suara nanti.


sampai epot, terus nampak ada internet free counter. update dulu apa yang patut. peh tu ingat nak gi jalan2 sebab tengok epot tu godang yang amat. tapi teringat pulak yang beg nak kena amik dulu. sebelum ke sana, gi tukar diaper alesya dulu. peh tu, adam pulak kalo masuk toilet mesti pakej kecik dan besar. dah habis hajat, gi la ke immigration counter. giler panjang barisan org nak kuar. nak pengsan tengok org yang beratur tu.. tak aleh-aleh.... ada officer datang, suh kami gi kaunter express since kami ada baby. horeyyyyyyyyyyy... sangat tergedik kami bertiga kat kaunter immigration tu.. kehkehkeh.. sayang encik immigration itu.

sampai kat bag collection tu, tengok-tengok bags kami aje yang tinggal. cantik aje dia letak dua bags tu kat situ. kot ada org lain yang rembat, saje jeeeee... elok kuar aje dari pintu arrival tu, baru pasan satu knapsack takde. apa lagi.. berlari ke information counter tanya kot ada org boleh amikkan beg kat baby's toilet. MUJUR!!!!! staff tu kata ada, and we got back the bag. alhamdulillah.......

then ke mekdi, then naik teksi, then dah sampai hotel. then masuk bilik, sebelah highway. belasalah la labu... janji gua dah sampai singapore.

ni kat mekdi changi. kat klia pun pulun mekdi, kat changi pun telan mekdi. dah macam takde makanan lain...

ni tengah tak tau nak buat apa. rilex-rilex sambil tunggu plans daripada puan farah darwina :D

nanti org sambung lagi dengan edisi day 2 di singapore.

tata..

ps: internet kat sini katanya kena bayo. tapi made on aje notebook ni terus dapat wireless percuma. tapi kepunyaan encik richard la. terima kasih encik richard. semoga berlipat gandalah pahala encik richard. muahahahaha.l.