Thursday, September 16, 2010

aidilfitri 1431H - 2010

lama tak bersiaran kan? rindu tak? hehehehe..

honestly.. of late sangat banyak keje. commencing august 2010, our department has took over payroll job. thus, mek sangat banyak keje. cycle buat keje tu rasa macam tak berhenti. sebelum ni, kul 4:30pm tu kira macam dah boleh pack2 barang, and pikir untuk keje besoknya. ever since the new job ni, kul lima pun tak terasa kul 5. deadline rasa macam death penalty pulak. adohai.. one hand, i'm taking it as a very good career enhancement. however, at the same time, as someone who is selfish with her time, i feel my privacy being invaded pun ada jugak.. :( anyhow, i'm grateful & bersyukur for what i'm saying yes for and insya Allah besar rahmatNya di kendian hari. amin.

nak citer pasal raya la pulak. excited ni.. sila la baca dengan bersungguh2 ye. hehe..

basically, we decided to balik kelantan on wednesday. tapinya che made changed his mind and we went back on the raya day itself. mujur jugak che made bertukar fikiran. jalan tak jem on that day. banyak keta, tapi running smoothly. bak kata along "ala.. keta ko kan ada turbo". haih... memanglah ada turbo power. dah tu kalo kelajuan yang dibenarkan hanya 8km/h aje, kejadah apa turbo tu pun kan? jadiknya, bergembiralah ibunda tercinta saya kerana buat pertama kali, semua anak dan cucu berkumpul di rumahnya di hari raya. yay!

sila jangan tanya mana gamba sekeluarga ye.. gamba kat atas ni aje yang complete kami sefamily. gamba group hug kata adam. heheheh.. ni pun gamba paw lelen punya FB.

this year mek masak rendang daging dengan kuih raya ye kawan2 sekalian.. hahaha.. mek tak penah masak di pagi raya ye. harap maklum. sebab umah mak sangatlah dekat. jadiknya, pagi2 raya gi menempel kat umah dia dengan tupperware. balik hangatkan aje. sesuwai kan? hehehe.. this year, ntah apa angin nak buat rendang sendiri. so, mak pun kul 7:30am dah sampai depan pagar dengan daging 2kg. nak kata mek masak 100%, tak jugaklah. sebab che made keje. jadiknya alesya takde sapa nak tengokkan. terpaksalah lari2 sambil jadik assistant chef.

elok lepas makan, tunggu kejap sebab mokteh dah on the way, kami pun salin baju and naik keta menuju ke kelantan. dalam keta siap pesan kat che made "kalo jalan entrance masuk kat gombak ni jem, balik. tak jadik balik kelantan. okeh?" durjana kan? hahahaha.. tak kuasala nak bersesak dalam jem. penat tau. bontot mek dah cukup besar okeh.. kang duk dalam jem lama2, bertambah la besar bontotku yang seksi itu taw... alhamdulillah. jalan tak jem. alesya pun tido sepanjang jalan. sampai kat gua musang bangun nak duduk ngan mama. sian dia... adam ada entertainment dalam keta. jadiknya tak heran nak tido pun. boleh harap betul.

raya kedua tak gi mana sebab jiran sebelah umah kat krai ada kenduri pertunangan. hari ketiga we went to KB. mehlah mek buat pengakuan berani mati.. mek memang cukup malas nak pegi KB. sebabbbbbbbb... jalannya jem. boleh sangkut 6 jam for nothing okeh.. menyampah! oleh itu, untuk hari raya ketiga itu, we decided to leave early. kul 9 dah kuar umah. 1 hour aje sampai ke KB. akan tetapi, hala balik ke krai amik masa 3 jam!! sampai naik meragam si alesya. dengan pampers penuh. adohai.. tak taulah apa punca jem. eksiden takde. yg ada polis 2 orang kontrol hensem tengah jalan raya aje. sengal bontot! kat KB tadi, dapatlah beraya kat umah kak zah (sepupu kak sah, che made's cousin). actually tak raya la.. sebab visit orang meninggal sebenarnya.. kuih oren kat umah kak zah ni best wehh.. nak cariklah resepinya. tahun depan buat jual. hahahaha.. peh tu kami gi umah kak za then langsung ke umah sungai, umah kak ah. jakun si adam tengok river. hebatkan kampung ayah.. hehehehe

raya keempat, we decided to balik terengganu. lama tak balik weh.. 3 tahung. hehehe.. we left early jugak. sebab takut ke jem. boleh tahan banyak jugaklah keretanya. but bearable la.. takdelah kata sampai sengal bontot. we spent a night in ri-yaz heritage. okeh - nak promosi sat.... bilik kat situ sangatlah best. bersih & cantik. memang untuk sesapa nak bersantai, silalah. untuk yang nak berhanimun, pun cantek. yang nak berhalimunan pun boleh. pemandangan wise, i'm not a scenery person, so bolehlah.. nampak boats keliling. chalet yang kami dapat sangat besar & selesa. bilik air siap ada both standing shower & bath tub. so kira besarlah kan? dari lobby ke chalet, ada buggy hantarkan. teringat pulak kat berjaya langkawi. gitu jugaklah kisahnya. nak ke mana2 pun buggy amik-hantar. lobby hotel pun simple aje. takdelah nampak corporate. nampak sangat santai. if given any chances, we would love to go back and have another couple of nights stay. price wise, my cousins gave me "wow.. duduk kat ri-yaz...." expression. well, we found that the online rate given was reasonable. lebih kurang sama dengan primula aje. so better deal won.

disebabkan dah 3 tahun tak balik beraya di terengganu, kami (me, in particular) jadik cam orang buta la kat terengganu tu. tak tau jalan mana nak pegi. first house, kami pegi umah abg li kat gong kapas. nasib baik jugak instruction dia bagi tu clear & senang nak carik. kalo tak, mau makan kentaki jugak kami hari tu. hehehe.. dari umah abg li, kami ke umah mak ngah. "kami" this time, termasuk abg li with wife & brother termasuk parentsnya. umah mak ngah tu, mek tau jalannya.. tapi blur. heheheh.. dapatlah jugak jumpa pak ngah yang dah terlantar aje atas katil tu. Allah tu Maha Adil.. nak bagi peluang anak2 berbakti pada ayahanda tercinta. alhamdulillah.. dari umah mak ngah kami ke umah kak ting, anak mak ngah sebab wan hindun ada kat situ. lepas tu rombongan abg li tinggalkan kami anak beranak. dapatlah bersua muka dengan cousins yang lain. alhamdulillah.. dari umah kak ting, pegi pulak umah mak long. peh tu pegi umah ad. my friend from ITM. kisah dengan ad ni best sikit. kami bukanlah besfren mana pun. tak sama course pun. satu bilik pun tak. duk sebelah bilik aje time kat seroja tu. tapi since i had my driving license kat terengganu, sampai skang ni.. kalo balik terengganu, mesti jumpa. macam kemestian pulak. hehehehe.. besoknya sebelum balik, kami singgah umah kak shima and beli kepok losong. selesai beraya di terengganu...

balik dari terengganu, i drove from kuantan to KL. adoi.. letih sehhhhhh.... 2 jam membawak keta. macam mana la orang yang boleh tahan bawak keta berejam2 ni.

sekianlah sahaja kisah aidilfitri kami buat masa ini. nanti ada tambahan, mek update lagi. dikesempatan ini, mek mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN" buat semua kengkawan di alam siber ini.

budak kecik ni dah pandai senyum2. geram aje orang keliling tengokkan.


ini budak sangat banyak soal. itu hari dia tanya:

adam: mama.. is kelantan my hometown?
mama: no.. that is ayah's hometown
adam: so is kelantan my hometown too?

nak aje jawab.. "no.. that's where you were made". tapi tak kuasa pulak nak jawab soklan seterusnya. hahahaha