Monday, July 31, 2006

i wish...

rainy day. both me and che made woke up early. and we went out quite early this morning. i was in my car at 7.04 am....

an incident happened...

for this kancil bearing plate no WNT 5185,
if i were to nominate an idiot of the day, i'd name u as the "the best moron", stupid asshole!

*****

my tear dropped..
for the patience i've been losing,
for the honk i made this morning,
for the stupid car i've been cursing..

how i admire some special people
people like my deary husband
that would stay calm when i start panicking
that would prefer funny good things than bad saying

i wish.....
i have more patience

amin

Wednesday, July 26, 2006

ayah

kak sah called. katanya ayah sakit. dia suh balik. to both me and che made, kak sah ni kadang2 exaggerating sikit. so when she said ayah sakit, for us, oklah... ayah sakit. macam sakit2 biasa. ayah memang selalu sakit for the past few months. even for the past 1 year, ayah tak jejak dah kl. kalo nak jalan jauh pun setakat kemaman saja. no more kl. che made decided not to go back yet. at least org tu pegi, org ni balik. so that umah ayah sentiasa ada yg menunggu.

jumaat petang ayah mintak dihantarkan ke hospital krai. tak larat katanya. menurut kata, ayah stabil. cuma blood pressure ayah rendah. che made changed his mind. dia nak balik ngan kak ti. and abe chik called kata nak balik sekali.

pagi sabtu, baliklah kak ti, hannah & che made ke krai. abe chik & qistina balik ngan abe nan petang sikit. i felt a bit semacam... yelah, since sume cucu tok ayah balik, i think adam should go also. so i told che made, if need be, i'll be there with adam naik flite. lepas hantar che made di muka pintu, i masuk kitchen. tengah basuh tangan, i bau kemenyan. ah sudah.. apa pulak ni. in my mind - ada org nak meninggal ni. i had the same sign with arwah atuk. i lalu depan surau and bau kemenyan. few days after, atuk meninggal. and this time around, it kept me puzzled.

i quickly contacted kak amy and told her that che made & kak ti dah on the way. she asked me why didnt i tag along. i gave reasonable answer. tapi dari suara kak amy, ada yg tak senang. mmm... tak pelah.. petang tu lepas sofi bersihkan umah, i gi isetan. beli baju yg i dah book a day before kat mothercare. then jalan2 sket. while i tengah makan kat secret recipe, che made called. katanya, if i wanna go back, then call abe cha. maybe both me and adam boleh tag along. tapi i leka2 kol abe cha. sampai che made called lagi, barulah i call. dia kat bowling alley. i asked him to purchase 2 flite tickets for both me and my son. so arrangement to go back to krai settled. while che made on the way to krai, we were told ayah was then to be transferred to kb for further action sebab finally doc spotted ayah kena heart attack. che made, kak ti pun sempat jumpa ayah kat atas ambulance tu ajalah..

i gegas gi JJ nak carik bag pulak. che made dah bawak satu bag. and i need a hand luggage bag. in my mind still saying that i wont be there long. that's why i need only a hand luggage & knapsack so that i senang nak jalan ngan adam. sampai JJ, adam dah tido, so sofi kena jaga dalam keta. thanks a lot to sofi. kalo dia tak ada, i tak tau i nak wat camne.. berjujut la i ngan adam gamaknya.

sampai umah, i terus kemas barang. janji ngan bapak suh hantar i kl sentral kul 6.45 sebab flite kul 10.30. and i have to be there at least 2 hours earlier. 6:30 mak sampai ngan bapak. i tengah siap2. adam dah siap dah. bag sumer dah letak tepi. mak got a call from kak ti. then she made few phone calls to transfer ayah to first class ward. my thinking: since ayah dah sakit, kenapa nak bother about bed, carilah specialist.. tapi i tak voice out. i cuma tanya mak, betul ke kak ti nak first class bed? tapi kenapa i tanya mak, i pun tak tau...

we tried to call abe ajih, tak de jawab. call kak amy. dia kata abe ajih kadang2 put phone on silent. kena call banyak2 kali. call lagi. still tak de answer. call pulak wad bendahara. engaged memanjang. i still dalam umah. made called. "yang, u baca la apa2 yg patut". i dah teresak. something going to happen. but i dont want it to happen. at the same time, abe ajih contact balik. dia kata ayah dah tenat. mak gegas kami ke keta. cepat! nanti tertinggal flite. mak nak ikut. mak nak carik tiket, nak ikut sama. dalam keta mak still try to call wad bendahara. line got thru. kejap2 lagi "innalilah".. jatuh sumer air mata. speechless. wajah ayah langsung tak leh i gambarkan. i teresak. adam asik tanya "napa mama?" i call che made. no answer. call lagi. kak ti jawab. "ayah dah tak de na. sabarlah.. tapi tak pe. anak2 saudara ayah, abe ajih sumer ada". urghhh. beratnya.....

mak kata, cancel la tiket tu. balik sekali ngan mak & bapak naik keta. call abe cha. he sounded kusut. i called kak za. she sounds happy. urghh. mesti tak tau berita lagi.. "kak za, ayah dah tak de". kak za nangis tak henti.. i dah tak leh nak kusutkan lagi situation. i cakap mak, tak pelah.. i balik naik flite ngan adam. nanti mak balik ngan bapak naik keta. mak agree.

malam tu balik la i ke krai ngan abe cha, kak za, iman, kak chik & bibik. kak na, kak nah & abe we ada sekali. tapi tak kelihatan atas flite. kak chik & kak za asik menangis. abe cha breakdown dalam erl. sumer org rasa terkilan. i baru je lepas cakap ngan ayah 19hb lepas. pagi lepas che nani bersalin. we were laughing for ammar weighing 4kg. bukan gelakkan apa, tapi sukalah dengar ammar sihat. and 4kg sounds so big la kan... i ingat lagi ayah gelak2. i ingat lagi ayah cakap2 ngan i.....

sampai kb, che made dah tunggu... sayu... terus gerak ke krai. dalam keta, kak chik as first menantu dalam family che made, asik bercite pasal ayah. i menantu bongsu & latest in the family. tak banyak pasal ayah yg i leh kongsi. but then i ingat lagi time ayah first time jumpa i. time ala2 merisiklah. nak balik tu, ma pegang pipi i. senyum je tengok i. ayah pulak peluk i. dalam hati time tu, i ni bukan anak dia lagi. but i feel so glad. he hugged me as i'm already his daughter. i was so touched that time...

tiba krai, i berdebar. abe ajih & abe chik sambut kami. kak ti sambut kami kat tangga umah. i ngan kak chik nangis tak sudah... naik atas, tengok ayah terkujur kaku. abe cha buka penutup muka ayah. i ok lagi. then i mintak kak ti bukak lagi sekali. i dah tak leh tahan. sayu.. sayu sangat2. adam tido, i temankan che made baca yassin. hukum Allah halang i dari sedekahkan yassin buat masa ni. habis baca yassin, i nak tengok ayah dari dekat. i nampak kak chik cium ayah. i nak cium ayah jugak. tapi i takut. tapi i berfikir balik. kalo i tak cium ayah sekarang, i tak leh cium ayah lagi buat selama2nya. i gi dekat. i cium ayah. ayah nampak tenang. terlalu tenang. cam org tido aje. ayah senyum. rasa macam nak suruh ayah bangun. rasa macam nak suruh ayah cakap2. rasa cam nak goyang bahu ayah, suruh ayah bangun dah berbual lagi. tapi hampa. ayah kaku. ayah sejuk. ayah senyum. tapi ayah tak mampu berkata2 lagi...

i masuk tido. besoknya ma baca yassin tepi ayah. lepas baca, ma pegang pipi ayah. mungkin masih berharap sumernya mimpi. ma macam belangkas ngan ayah. mana ayah pegi, situlah ada ma. ma ngan ayah sentiasa bersama. but ma was so strong. dia tak nangis. org lain nangis bagai nak rak, tapi ma tak. ma tenangkan org lain. ma was so calm.

sudah kapan, i cium ayah buat kali terakhir. syahdunya. adam nangis kuat. che made pun nangis. lepas solat, gegas ke kubur. kat krai, sumanya pantas. ayah ke liang lahad pun tak ditunggu anak2nya sampai. nasib baik abe ajih & abe cha laju. sempat sambut ayah ke persemadiannya. sumer sedih. suasana sayu. ma siram kubur ayah. ma hela nafas. ma nangis sikit. barulah nampak air mata ma. cucu2 tok ayah & anak menantu ayah yg ada sedekahkan bekalan untuk ayah. mintak diampunkan dosa2 ayah.

ayah start sakit lepas makan pengat durian. dia muntah on the way nak hantar kawan ma ke kursus haji. "nyawa tak sedap" kata ayah. dari umah ke hospital krai. dari hospital krai ke hospital kb. akhirnya ayah di hospital kb. ayah resah nak terkucil. tiub tu halang nak kucil. ayah minta buka. dah buka, ayah buang air dalam pampers. lepas buang air, ayah mengadu lelah. "leloh pulok doh. tok penoh leloh lagu ni" lepas beberapa kali tarik nafas, ayah hela nafas terakhir. ayah pegi amat mudah. terlalu mudah. itulah akhirnya bagi seorang yg kuat solat macam ayah. org tak putus2 ziarah sebagaimana ayah sewaktu hidupnya. ayah sentiasa pegi melawat org. ayah tak penah lupa call kami anak2nya. ayah call besan2nya. walau sekejap, bagi ayah, jadilah.. daripada tak ada langsung. ayah tak suka putus saudara. ayah carik saudara2nya.
padanlah i asik terbayang2 tarikh 22 july. asik tertanya2 apa nak jadik on 22 july. birthday org ke? ada org kawin ke? ada apa.. rupanya ayah nak pegi....

banyak pengalaman dengan ayah. walaupun hanya 3 tahun i sempat manja ngan ayah, he played big roles in my life. ayah is someone special. dalam terkilan, i rasa bersyukur dengan pemergian ayah. bersyukur dengan masa2 yg i dapat dengan ayah. bersyukur dapat berjumpa dengan org seperti ayah. dalam tegas, ayah baik hati. dalam keras katanya, ayah rasional.

insya Allah, anak2 ayah sudah dididik dengan baik. anak2 ayah patuh dengan tanggungjawab mereka. ayah dah tak ada. tanggungjawab mereka pada ma seorang takan dilepaskan. ma akan ke KL next week. kak ti akan uruskan tanggungjawab ayah. ayah usah risau.



muhammad tahir muhammad
26 March 1936 - 22 July 2006
7:05 pm
acute coronary synorome (instemi) with upper git bleeding
hospital raja perempuan zainab ii, kota bharu

al-fatihah

Wednesday, July 19, 2006

dengar sini wahai sahabat semua!!!

ehem.. ehem..

1.. 2.. 3...

testing.. testing...

assalamualaikum dan salam sejahtera

dengan ini, saya dengan sukacita dan bangganya mengumumkan kehadiran ahli baru dalam family tree kami.

baby boy ini telah selamat dilahirkan pada pukul 12:42 malam. (consider 19 july 2006 la kan?)

yipppppieeeeee!!!

alhamdulillah....



nota kaki:
bukan baby saya ye... ni baby big joe & che nani.

Tuesday, July 11, 2006

my weak-end

yesterday i took EL and spent a day with adam. and today he doesnt wanna go to maknek's. poor ayah kena pujuk anak tercinta..

i started my saturday with wedding at my xboss's kenduri. it was his 2nd daughter's wedding. b4 that i met a long friend of mine - johan. dah nak kawin dah dia.. after the wedding we went to toys r us to find gifts for che made's little nieces & nephews. abg ajih and family was on the way to kolakrai and stopped to fetch kak sah. so we had makan2 at kakchik's. yummy.... dah dekat kul 11.30 pm baru balik umah. letihnye...

then on sunday we went to iskandar's (sherry's) birthday party. then myself headed to alpha angle. the 4th day in a row. heheh.. i was in AA on thursday for saja2 jalan2 sambil carik kasut kak sah. sambil2 jugak tengok talipon baru. on friday pegi lagi. this time bawak mak & alin and also beli henpon baru. then saturday pegi lagi. sebab nak beli hadiah anak2 sedara che made. then sunday for the RALK's meeting. after the meeting i had a minum2 petang with ad & diana. sessi "suai kenal" rakan2 seperjuangan :)

i think if AA ada kasik hadiah saguhati untuk pengunjung terbanyak dalam satu minggu sure i dah boleh register.. hahaha

then that sunday nite, makmok (che nani's mom) came with the other sisters.

what a weekend kan?

and i have to make this announcement:

"saya dengan ini meminta maaf kepada suami saya yg tercinta kerana saya telah terleka bersama rakan2 saya sehingga menyebabkan suami saya tidak dapat menghadiri gathering bersama ahli keluarganya. saya mintak ampun dan maaf banyak2 sangat.. sangat yg amat sangat..."

i feel bad

sorry dear

Friday, July 07, 2006

ME?

life kindda cruel - at times
but who am i to say NO to these cruelty
who am i to judge what cruelty has caused me
who am i to push it away...

am i too weak to accept it?
am i too vulnerable?

where's my strength?
where's my courage when i need it most?
where's my desire when i need it to drive me?
where's my "U KNOW U CAN DO IT" motto inside me?

i've lost it all
i've left it behind
i let it drift away

but..

could i get it back?
can it be partial of me... again?
can i stand strong?
can i seat straight?
can i face the world the old way i look at it?

start now.. i have to make start now...
1, 2, 3
on ur mark, get set, go...

make it happen
make it a reality

yeah!!!!!!

*****
i'm still contemplating....
sigh...