Friday, August 31, 2012

adam... amikkan surat

hari tu hari jumaat.  kita baru nak solat zohor.  sambil nak bentang sejadah tu, kita nampak ada posmen letak surat dalam post box.  kita pun mintak adam amikkan surat tu.

sambil solat tu, kita perasan adam tak kuar pun amik surat.  kita pun fikir, tak pelah..  nanti kot ada apa-apa jadi time dia kuar, kita tengah solat, susah jugak.  ok.  nampak sangat tak kusyuk solat.  hehe..

lepas solat tu, kita cakap lagi kat adam..  "adam tak amik surat lagi?".  dia kata "ok".  kita pun sambung berdoa.  tapi tak dengar jugak dia bukak pintu grill.  

habis berdoa, alesya mai duduk tepi kita.  pastu datang si adam peluk dari belakang.  kita pun... apasal pulak budak berdua ni..  kita tanya lagi..  "adam tak amik surat lagi ke?".

adam kata "mama tak habis solat lagi".  kita pun heran.  "kenapa adam tunggu mama habis solat?".  dia jawab "kalau mama tak habis solat macam mana saya nak solat?".  kita pun kata lah..  "dah tadi bukan pegi solat jumaat dengan atuk?  mama suruh AMIK SURAT la....  tadi posmen datang".

berdekah-dekah si adam ketawa.  sambil terguling-guling dekat tepi katil.

hai anak mama sorang ni..  tula..  sibuk tengok tv aje.  bertuah betul..

Monday, August 27, 2012

raya kelima

adalah masa untuk kita pegi dating dengan encik suami kita.  hehehehe..

ini orang hati sudah meronta, jiwanya sudah tidak keruan nak pegi tengok batman tu ha.  ikutlah jugak...  nak masuk syurga katanya ye..  hahaha..  mujur fatimah dah balik kl.  bolehlah nak mintak dia tengokkan bebudak.  siap pesan - "if the kids ask, tell them mama & ayah are working".  with due diligence, fatimah pun bagitau adam that ayah is at work.  dia boleh tanya fatimah balik, "if ayah is at work, why is his working bag here?"  hampirlah kantoi puan fatimah itu.  hahaha.. 

sampailah kami di sunway pyramid yang sudah berzamannya kami tak jejak.  sejak ada shopping malls area keramat/wangsa maju ni, tak kuasalah nak masuk kawasan KL.  semua dah ada kat kawasan sekeliling.  kemudahan.  alhamdulillah.  ke sunway ni pun sebab itu aje yang ada batman + shopping complex.  selalunya kami nonton kat caps square tu aje.  

kenapa kena ada shopping complex?  sebab nak carik charger iphone yang dah bengong.  pastu nak carik hadiah birthday encik suami tercinta la..  heheh..  i tell you...  pantang betul masuk kedai seladang ni.  nak beli untuk encik suami, puan isteri pun sibuk nak membeli jugak.  dugaan.  next time, kena blindfolded kalau nak masuk kedai seladang ni.  tahap membahaya yang kritikal.

disebabkan dah lama tak masuk sunway pyramid ni, nak carik parking pun berpusing-pusing.  mujur jumpa juga akhirnya.  dapatlah kami balik dengan selamat.  

balik tu kena rushing sikit sebab:
1)  lunch belum lagi
2)  kak ti mintak tolong bawak barang ma kat HKL
3)  nak beli groceries for makan-makan on friday

fikir punya fikir, kami pun ke aeon setiawangsa aje.  makan sushi dengan ketenangan tanpa nak fikir anak-anak punya menu nan satu.  barulah puas hati dapat nak jamah segala makanan.  

kat sana, groceries pulak tak cukup.  daging takde.  pegi la kat kedai mamak atas umah ni pulak.  pun takde daging.  pesan pulak kat made so that he can grab some from cold storage later.  daging dia pulak dah berlendir & busuk.  pi tukar lagi.  sudahnya kul 12:30 barulah siap rendang kita tu ha..  hehehe...    

  

Sunday, August 26, 2012

raya keempat

di hari raya keempat ni, kami dah lotih berjalan sebenarnya.  tapi semangat beraya masih berkobar.  bangun pagi terus text kat orang-orang yang (kita rasa) beraya di kl ni.  dapatlah few feedbacks.  planning nak keluar pagi, tak jadik.  made nak settle his travel itinerary.  pastu plan kuar lepas zohor.  adam pulak tido.  sudahnya lepas asar baru keluar.  hehehe...

memula pegi umah zahar, kawan dari zaman sekolah.  kawasan umah dia, tak sampai 10 minit dah sampai.  wife dia, shima takde pulak.  gi shopping katanya.  ewahhh...  heheh..    sesudah semangkuk spageti adam habiskan, kami ke umah kak amy & abang man kat cheras pulak.

boleh harap betul GPS che ramadhan ni.  orang nak pegi taman cheras utama, dia bawak pegi jalan kuari.  tak bagus.  jadiknya lambat la sikit sampai ke cheras.  kereta pun dah banyak.  lomah den raso.  kak amy & abg man ni, kita kenal masa buat part time lepas spm kat metrojaya city square.  yang keje mj tu, abg man aje.  dapat pulak ngorat kak amy yang keje kat-kat situ.  bertuah.  dah empat anak dah. alhamdulillah...

lepas maghrib, kami ke rumah ana kat gombak.  yang ni kawan kat itm pulak.  anak dia pun empat.  semua pompuan pulak tu.  meriah!  daging dendeng dia sedap you...  okla dia tempah.  but sedapppp!.  dari gombak kami pun terus balik.  jam pun dah pukul 10.  mata made dah teratai layu tasik madu.    

tengok orang anak ramai ni, best jugak eh..  hahahaha...    

Saturday, August 25, 2012

raya ketiga (part II)

macam bersemangat pulak nak update perjalanan beraya dari hari ke hari ni.  mementang cuti seminggu.  hehehe..  check email opis bukan main. reply-nya malas.  hahahaha..

raya ketiga kami start dengan ke umah jiran-jiran.  mana jiran yang jemur baju & pagar terbukak, semua kami serbu.  hahaha..  memula kami ke umah makcik pah.  sebelah umah ni aje.  dia tak mandi pagi pun, kami tak kisah.  janji dapat beraya.  hahaha..

keluar dari umah makcik pah, nampak makcik ani depan umah tengah angkat jemuran.  terus kita jerit "makcik ani.. nak datang raya".  takkan dia tak bagi kan?  hahaha..  berayalah kami di jiran depan umah yang selalunya kita bengang tu.  hahahaha..  

lepas tu gi umah pakcik yatim pulak.  dapat makan ketupat dengan kuah kacang & rendang paru yang sedap.  perghh!  kenyang perut.  sebenarnya hajat nak visit baby baru nurul.  tapi tak sampai lagi orang sungai buluh tu.  tak pelah..  nanti-nanti boleh jumpa.  pakcik yatim cerita, kubur ibu ayah dia kat kinrara-puchong dah dikambus air naik bebaru ni.  tak dapatlah nak ziarah kubur mereka.  alahai..  sian kita dengar.  

dari umah pakcik yatim, ingat nak gi umah makcik lat.  tapi tengok penuh ngan keta anak dia aje.  tak pelah.. maju ke umah pakcik mahmud.  sebabnya.... nampak ada orang datang jugak.  so, cepatlah sikit kami visit dia.  hahahaha..  pakcik mahmud ni jual kacang dari medan yang sangat sedap.  tak sempat nak beli extra.  dah habis dah stok 2 tan dia tu.  serius sedap!  pakcik mahmud cite, dia ni bila berjual tu tak kisah.  tapi bila nak mintak bayaran tu dia malu.  dia pernah upah orang tengah for RM300 untuk mintak duit daripada orang yang berhutang dengan dia.  hahahah.. rasa macam reflect diri sendiri pulak.  payoh.. payoh...  kita pun kalo orang mintak kurang ke, diskaun ke, adehhh..  payohnya la nak kata tidak.  tapi ni hasil titik peluh ni.  kita tau ni penat ni buat sesuatu ni.  tapi bila orang tak bayor, kita malas benarlah nak mintak.  rasa macam apa aje...  

selesai umah pakcik mahmud, tengok umah lain semua tutup katup.  kami balik solat zohor, then kuar balik, amik mak and head to puchong (again for us). 

sebelum tu ke puchong tu, singgah umah aunty norlia dulu kat cheras.  both aunty and uncle tengah tak sihat.  alahai..  berjangkit anak dia yang dah pi beraya umah mertua, katanya.  hahahah..  

alhamdulillah, cuaca semua elok.  kami pun dapat ziarah kubur atokbaq.  selang beberapa kubur dari atok's, kita perasan ada satu kubur tu, tahun lahir sama ngan atok.  atok lahir bulan 9.  dia lahir bulan 11.  dia meninggal bulan 8.  atok meninggal bulan 11.  mmm...  coincidence kan?  

pas tu kami gi umah aunty yati lagi sekali.  mak nak visit nenek.  from there, kami ke umah kak ti kat pj.  mak nak jumpa tok ma.  kami pun tak beraya ngan kak ti lagi.  lepas maghrib, kami berangkat pulang.  kami anta mak balik umah dulu sebelum kami ke umah ayu pulak.  sempat jugaklah beraya 5 minit ngan aunty sue kat depan umah mak.  hehehehe..  

sayu pulak gi umah ayu ni.  tahun lepas, somehow, kita tak sampai umah dia.  hajat tu dah ada dah. tapi ntah kenapa tak sampai.  mak dia menyebut pulak tu.  tahun ni....  dah tak de rezeki nak jumpa mak.  sedih.  jumpa pakcik aje.  ayah ayu tu pun dah rasa macam pak sedara sendiri dah.  nengokkan anak ayu yang tiga hero tu, adehhh....  poning den.  sora tv dengan sora derang berlima (masuk anak kita dua orang tu), termasuk dengan sora orang tua bersembang ni, mau gamat satu kawasan au3 ni.  hahahaha...  

tulah yang kita keraskan hati jugak nak visit sesapa yang kita dah terpikir.  sebab takut nanti ralat macam mak ayu.  sudahnya kita ketemu dia alam barzakh nanti ajelah.  itu pun moga-moga diperkenankanNya  ketemu "anak" dia yang sorang ni ke syurga Allah kelak.        

lepas umah ayu kami balik.  

tamat untuk hari ni :D

Friday, August 24, 2012

raya kedua

perjalanan raya kedua kami start daripada bangi.  kenapa bangi?  sebab adam had a sleepover at imran's house.  tak cite eh semalam?  adam sibuk nak sleepover at imran's.  dok merengek for quite a while already. kita pun dah malas nak dengar.  so we decided to have him have the sleepover when we enjoy a good deal in one of the hotel in bangi.  bliss :D

lepas breakfast at kak amy's, kami ke umah kak nah di bangi.  kak nah ni adik arwah long.  dah preggy dah rupanya kakak, anak kak nah ni.  menunggu hari dah.  nampak benar lama dah kita tak gi umah dia.  hehehe..  dulu kalo long ada, rajin jugak ke sini.  asyik kena summoned aje.  hahahahah..  

from there, we made our move to aunty yati's in puchong.  hajatnya nak ke kubur atok baq.  tapi hujan pulak.  sudahnya lepak aje makan mee rebus dengan nenek.  

dengan hujan lebat tu, kami beransur pulak ke rumah along rudy kat kelang.  kak ida takde.  so along dengan along junior dan damia ajelah layan mak ngah sekeluarga.  nasik kuning kak ida sedap gila!  makan pulak dengan gulai ikan tongkol.  mujur ajelah perut meragam.  kalo dak, habis jugak nasik seperiuk.  

since dah kat kelang tu, kami singgah jugaklah ke umah mokteh edah.  dapatlah jumpa orang cairo.  hehehehe..  mokteh nak hidang laksa pun, kita mintak tak usahlah.  tak larat dah nak meminjam toilet.  letih sungguh kami.  dari satu rumah ke satu rumah asik pinjam toilet aje.  adehhh..  

dari kelang tu, kami singgah pulak umah pokde kat pandan indah.  perghh..  lima tingkat you..  kalo hari-hari kita kena naik umah dia, mau kurus dalam masa seminggu.  eh..  tapi mokde tak kurus pun..  hahahahha.. ok..  pap! pap!  biasa mulut ni...  hehehehe...

patutnya ke umah aunty norlia kat cheras indah tu.  tapinya..  aunty dah letih menunggu.  dia dah ke umah kawan dia dah.  oleh itu, tamatlah perjalanan beraya kami di hari raya kedua.  pulanglah kami dengan selamatnya.

amin.  

Thursday, August 23, 2012

raya pertama


seperti yang telah diwar-warkan..  ayam masak merah kita sedapppp!  hahahaha..  sapa lagi nak puji kan?  puji diri sendiri sudahlah.. 

pagi raya tu boleh pulak nak dijadikan cerita, kami tak terjaga awal.  mujur ada kawan hantar sms raya pukul 6.56 pagi.  bergegas bangun solat subuh bagai.  aduhlaaaa...  

patutnya start cooking lepas subuh.  tapi sebab dah lewat bangun, kul 8 baru start masak.  lepas subuhlah jugak tu..  subuh gajah.  hahahha..  alhamdulillah, semua siap on time.  

dah siap-siap semua, kami pun pegilah umah bapak.  tada...  pinggan limited edition dah terhidang dengan nasi beriyani, ayam kampung, acar dan sebagainya.  merasa jugaklah lauk kita terhidang atas pinggan limited edition.  bangga wehhhh....  

jam dah kul 11:45am.  along tak sampai-sampai lagi.  bila kol, rupanya beraya umah jiran.  geramnyaaaaaa kat pengerusi JKKKKKKKKKKKKK ni.  bikin spoil mood saja.  

not to waste time, kami pun startlah salam raya.  memula bapak salam uwan endon.  first time kot, uwan raya ngan kam ini.  tetiba dengar bapak nangis.  eh??  bapak nangis??  memula ingat dia berlawak.  dia ni memang suka sangat menyakat uwan.  tengok dia memang menangis.  loh!  

pastu mak salam uwan.  pastu, since along takde, kita salam uwan dulu. habis family kita, alin & faiz pulak.  pastu kita salam bapak.  again...  bapak nangis esak-esak.  loh!!  biar benar ni.  dah 34 tahun..  ok.  tolak setahun time kita dalam perut mak.  kita rasa tak penah lagi tengok bapak ni nangis.  kalo mak, selalulah.  kalo ada maklong biah, lagi banjir.  hehehe..  rasa heran pulak tengok bapak nangis.  pastu dia kata... 

"i have the feeling that this is going to be my last raya.  i dont know why.  but i have the feeling.  i'm sorry for all what i did. i'm sorry.  i'm sorry.  i'm sorry"..

amekkaw!  terdiam tak leh nak kata.  i was speechless.  clueless.  didn't know how to react.  lap aje air mata dia.  peluk dia.  tepuk-tepuk dia.  tenangkan dia.  dia salam made pun sama.  dia salam alin pun sama.  dia salam faiz pun sama.  asik teresak-esak.  bila salam adam, dia siap peluk kuat-kuat and mentioned "ni kawan solat jumaat atuk ni" for a few times.  and i was like...  completely gobsmacked.

time tu, memang kita rasa nak baling baldi kat along.  i feel, he should have been there to calm bapak down. to listen to him.  to feel him.  to be with him.  but he decided to be 25km away.  nyampah!  bila kami dah siap-siap nak ke tanjung malim, baru dia sampai.  nampak kepul-kepul asap atas kepala ni?  asap bengang ni tau.  eeeeee.......  

so we decided to balik tanjung malim without him along.  mak dengan uwan endon pun tak ikut.  uwan tu tak gagah berjalan.  susahkan kami tak pe.  nanti susahkan orang lain tu, tak seronoklah pulak.  kan?

sampai tanjung malim, hujan dah start gerimis.  kami terus ke kubur uwan.  again.....  bapak teresak.  hish.  apa kenalah bapak kita ni...  kita ni memang dah lah kememe kan.  pantang singgah kubur nangis sokmo.  yang askor pencen pun nangis ni, kita susah sikit nak digest.  

lepas tu, kami langsung ke umah mokteh acum.  then ke umah uwan cik.  then ke umah opah usu.  umah paklong ali tak boleh nak singgah sebab dah pukul 5.  nanti kul baper pulak nak sampai putrajaya.  sian kat made nak beraya ngan ma dia.  sampai putrajaya, ma pun dah tukar baju raya.  aleh..  adik beradik lain pun ada.  makcu kakcik pun ada.  kak ti aje takde.  

come to think of what happened to bapak, i had a thought of perhaps he is having an emotional crisis.  ntahlah. banyak sangat tengok cerekarama time posa ni ke.  kan?  

at the same time, kita terpikir..  manala tau..  ni raya terakhir kita dengan dia.  ntah-ntah tahun depan, kita yang tak de untuk beraya dengan dia?  mana la tau kan...  ajal masing-masing sudah tertulis.  sama ada kita sedar atau tidak.  sama ada kita tahu atau tidak.  itu semua kerja Allah s.w.t.  andai sudah ada penamatnya, pergilah kita.  

kalau kita takde, sedekahkan fatihah untuk kita ye :D



Wednesday, August 22, 2012

malam raya


malam akhir puasa, boleh tak ingat kami ni berpuasa.  leka duk tengok escobar kat discovery channel, tetiba dengar azan magharib.  made pandang kita, kita pandang made.  tetiba made jerit "maghrib!  buka puasa!".  bergegas masing-masing carik air minum.  hahahahah..  boleh harap betul.

kami sebenarnya dah planned nak ke festival mall sebab baju raya adam tak dapat lagi.  itu yang tak masak & tak ready makanan berbuka.     

balik tu pulak singgah umah mak.  ayah iz sibuk nak main bunga api dengan anak-anak sedara.  dapatlah blister sorang satu.  hahahaha..  bila dengar bunyi mercun dengan bunga api, rasa meriah pulak raya tahun ni. kalau dak, memang rasa nak lempar dengan selipar kat budak-budak yang bakar mercun ni.  this year, somehow, different...

ingat nak amik ayam kampung wak leh, tak jadik.  sebab ayam tu sekor tak berpotong lagi.  budak bandor sorang ni mana reti potong ayam.  (post cooking for hari raya update:  mujur jugakkkkkk tak amik ayam tu.  alin kata kepala ayam pun ada. hahaha).

bila balik umah malam tu, start lah packing duit raya.  best eh duit raya tahun ni.  macam duit saidina.  hahahahah..  

Tuesday, August 21, 2012

raya ketiga

dah raya ketiga dah hari ni eh?  cepat benau masa berlalu.  lagi beberapa hari nak masuk keje.  keje yang dibawak balik pun tak setat lagi.  males.

hari ni nak jalan umah jiran-jiran.  pakcik yatim!  cik leha!  makcik pah!  bangun makcik-pakcik wehhhh.... hahaha... 
pastu bawak mak pegi kubur atuk baq kat puchong.
pastu visit nenek kat puchong (kami dah second time dah..  hehehe)
pas tu raya ngan kak ti kat pj
pas tu..  mmm..  tak decide lagi.  
pastu kalu sempat, gi beraya umah kengkawan.  

eh..  tak raya lagi dengan uncle ikea.  macam tak caya pulak.  hehehehehe..

Friday, August 17, 2012

aidilfitri

duit raya - checked.  lelen dah tukarkan awal-awal.

sampul raya - checked.  last year punya pun berlambak lagi.

kuih raya - checked.  dah dapat tiga botol.  oklah tu.  jap lagi buat sikit lagi.

baju raya - er.....  mmmm.....  ni cite kendian.

cuti raya - checked.  seminggu!!!!!  horeeeeeeeyyyy!!!!  tapi kena bawak bekalan kerja.  menyampah.

plan raya - checked.  antara malas dengan rajin je nanti.  hahaha..

apa lagi eh?  rasanya semua dah complete kan eh?  semalam mak kata "nanti mak nak masak nasik minyak dengan rendang".  che nani pulak kata "i masak dendeng lah".  so takkan kita nak kata "ok.  kita bawak perut".  nak kena pelempang raya ke apa..  jadi, kita pun katalah..  "kita buat ayam masak merah".  hehehe..

terbaekkk..



Wednesday, August 08, 2012

jalan-jalan raya

dah plan dah you all punya jalan-jalan beraya?  hehehehe..

kami udah..  yelah.. orang beraya kat kl.  apa lagi nak buat -- ikea lah.  hahahahahha...

tengah buat listing ni. dok balik update aje.

mudah-mudahan perjalanan semua selamat ye.  hati-hati di jalan raya :D

Sunday, August 05, 2012

ayam

ok.  admitted - kita ni budak bandar.  dulu-dulu bila balik umah uwan kat kampung pandan, dapatlah tengok seekor dua.  (tengok...  kampung uwan pun kat bandar jugak).  itupun mujur dia ada bela ayam dengan itik untuk buat manja-manja.  dapatlah juga membau taik ayam.  heheh..

so..  yesterday we wanted to try fresh chicken yang baru sembelih kat masjid ulu kelang tu.  dah lama dah orang tu berniaga pun.  kami aje yang tak penah menyinggah.  rasanya since i was a small kid, they already have their business set up there.  and i tell you...  orang tak penah surut la kat situ.  lebih-lebih lagi kalau time perayaan.  siaplah kat situ.  jem!

ok.  back to what happened yesterday.  setelah sekian lama dok berhajat-hajat, made drove me there.  made aje turun sebab i had alesya with me.  mujur...  hehehehe...  so, i watched him talking to the guy.  then the guy pointed to one of the chickens.  made chose whatever the guy pointed.  then dia timbang.  nampaklah about 2 kg.  then dia amik ayam tu, dia bawak belakang dia, zas!  aaaaarrrrkkkkk!!!!!  gila cepat dia sembelih.  mesti dah hapal sepenuh hati doa sembelih ayam.  ok.  jangan ada doubt.  hahaha..  nak kesian pun tak sempat.  business transaction sangat cepat.  tengok2 pisau dah berdarah, ayam dah terlentok.  tamatlah riwayat sang ayam.  

yang kami tiga beranak dalam keta ni buat apa?  jakun tengok ayam lah.  hahahahaha..  alesya tergedik-gedik pointing to those chicken in front of our car.  then bila ayam-ayam tu datang sebelah keta kami, lagilah terjerit-jerit tengokkan ayam.  hahaha.. 

jakun eh?  

yela.. yela..