seperti yang telah diwar-warkan.. ayam masak merah kita sedapppp! hahahaha.. sapa lagi nak puji kan? puji diri sendiri sudahlah..
pagi raya tu boleh pulak nak dijadikan cerita, kami tak terjaga awal. mujur ada kawan hantar sms raya pukul 6.56 pagi. bergegas bangun solat subuh bagai. aduhlaaaa...
patutnya start cooking lepas subuh. tapi sebab dah lewat bangun, kul 8 baru start masak. lepas subuhlah jugak tu.. subuh gajah. hahahha.. alhamdulillah, semua siap on time.
dah siap-siap semua, kami pun pegilah umah bapak. tada... pinggan limited edition dah terhidang dengan nasi beriyani, ayam kampung, acar dan sebagainya. merasa jugaklah lauk kita terhidang atas pinggan limited edition. bangga wehhhh....
jam dah kul 11:45am. along tak sampai-sampai lagi. bila kol, rupanya beraya umah jiran. geramnyaaaaaa kat pengerusi JKKKKKKKKKKKKK ni. bikin spoil mood saja.
not to waste time, kami pun startlah salam raya. memula bapak salam uwan endon. first time kot, uwan raya ngan kam ini. tetiba dengar bapak nangis. eh?? bapak nangis?? memula ingat dia berlawak. dia ni memang suka sangat menyakat uwan. tengok dia memang menangis. loh!
pastu mak salam uwan. pastu, since along takde, kita salam uwan dulu. habis family kita, alin & faiz pulak. pastu kita salam bapak. again... bapak nangis esak-esak. loh!! biar benar ni. dah 34 tahun.. ok. tolak setahun time kita dalam perut mak. kita rasa tak penah lagi tengok bapak ni nangis. kalo mak, selalulah. kalo ada maklong biah, lagi banjir. hehehe.. rasa heran pulak tengok bapak nangis. pastu dia kata...
"i have the feeling that this is going to be my last raya. i dont know why. but i have the feeling. i'm sorry for all what i did. i'm sorry. i'm sorry. i'm sorry"..
amekkaw! terdiam tak leh nak kata. i was speechless. clueless. didn't know how to react. lap aje air mata dia. peluk dia. tepuk-tepuk dia. tenangkan dia. dia salam made pun sama. dia salam alin pun sama. dia salam faiz pun sama. asik teresak-esak. bila salam adam, dia siap peluk kuat-kuat and mentioned "ni kawan solat jumaat atuk ni" for a few times. and i was like... completely gobsmacked.
time tu, memang kita rasa nak baling baldi kat along. i feel, he should have been there to calm bapak down. to listen to him. to feel him. to be with him. but he decided to be 25km away. nyampah! bila kami dah siap-siap nak ke tanjung malim, baru dia sampai. nampak kepul-kepul asap atas kepala ni? asap bengang ni tau. eeeeee.......
so we decided to balik tanjung malim without him along. mak dengan uwan endon pun tak ikut. uwan tu tak gagah berjalan. susahkan kami tak pe. nanti susahkan orang lain tu, tak seronoklah pulak. kan?
sampai tanjung malim, hujan dah start gerimis. kami terus ke kubur uwan. again..... bapak teresak. hish. apa kenalah bapak kita ni... kita ni memang dah lah kememe kan. pantang singgah kubur nangis sokmo. yang askor pencen pun nangis ni, kita susah sikit nak digest.
lepas tu, kami langsung ke umah mokteh acum. then ke umah uwan cik. then ke umah opah usu. umah paklong ali tak boleh nak singgah sebab dah pukul 5. nanti kul baper pulak nak sampai putrajaya. sian kat made nak beraya ngan ma dia. sampai putrajaya, ma pun dah tukar baju raya. aleh.. adik beradik lain pun ada. makcu kakcik pun ada. kak ti aje takde.
come to think of what happened to bapak, i had a thought of perhaps he is having an emotional crisis. ntahlah. banyak sangat tengok cerekarama time posa ni ke. kan?
at the same time, kita terpikir.. manala tau.. ni raya terakhir kita dengan dia. ntah-ntah tahun depan, kita yang tak de untuk beraya dengan dia? mana la tau kan... ajal masing-masing sudah tertulis. sama ada kita sedar atau tidak. sama ada kita tahu atau tidak. itu semua kerja Allah s.w.t. andai sudah ada penamatnya, pergilah kita.
kalau kita takde, sedekahkan fatihah untuk kita ye :D
No comments:
Post a Comment