Monday, February 04, 2013

bercuti di grandlexis

yuhuuu....  we all baru balik bercuti yang best kat PD.  best yang best sangatlah.  sangat-sangat bestnya.  hehehehe..

sebenarnya takde hajat nak bercuti sangat pun.  kebetulan ada wedding invitation dekat batu kikir, negeri sembilan.  then isnin tu cuti.  fikir-fikir balik, pegi holiday lah!  

at first we were looking at casadelrio.  berangan nak naik kapal gitu.  tapi lepas tu, fikir balik...  apakah aktiviti selanjutnya?  sampai dah tentu lewat.  besoknya dah nak berangkat.  nak swim pun nanti tak sempat. so, kami google grandlexis pulak.

pilihan yang tepat, i tell you...  tak sampai 10 minit sampai bilik, masing-masing terus lompat kolam.  baik mak ayah, baik anak-anak.  sebabnya?  pool dalam dekat bilik aje.  ala-ala depan balkoni gitu.  inilah time nak berangan jadik orang kaya sadik segaregar.  hahahaha...

besoknya pun sama.  celik mata, lompat kolam.  tengok tv kejap, lompat kolam.  lepas breakfast, lompat kolam.  and best of all.......  tak de payah fikir nak tukar baju la.  segan orang tengok la.  ramai orang la.  tiada langsung.  you can enjoy as much as you can.  lompatlah macam tarzan sekali pun.  takde sapa nak tegah.  

amacam?  teruja tak?  hehehehe...

No comments: