Monday, June 30, 2014

Puasa kedua harinya.

Bihun sup aje. 

Dah kuarkan minced meat. Masukkan balik. Kulit popia takde. 

Dah kuarkan sotong. Sayur pulak takde. Kensel. 

Sayur apa yang ada dalam peti tu?  Carrot dengan tomato denga potato. Sahaja. 

Ngape tak gi kedai?  Semalam kedai penuh dari oagi sampai ke petang. Mesti belum fully top up kan?  Sendiri punya assumption. Hehehe

Besok laaaa. 


Wassalam. 

Sunday, June 29, 2014

Puasa hari pertama

Berbuka dengan nasik minyak hari ni.  Dessert?  Cokodok udang. Disulami air sirap...  Alhamdulillah. 

Besfren alesya, abang pik join berbuka. Sakan budak tecit ni ajak abang pik main.  Berdebar juga masak untuk orang luar tanpa keupayaan merasa ni.  Main agak-agak aje....

Kononnya tadi nak ke kedai top up lauk.  Sekalinya, kereta penuh sampai ke jalan besar. Uihhh....  Takdelah. Tak kuasa nak bersesak. Esok-esok boleh pi...

Hajat hati tiap hari nak amik gambar makanan setiap hari di bulan puasa. Sekali, first day dah missed.  Maleh la nak buat untuk seterusnya.  Update menu sudahlah. 

Resepi haruslah dari chef hanieliza. So far memang kena di tekak. 

Besok?  Lets see..


Wassalam. 




Tuesday, June 24, 2014

Nap (part 2)

"Asya you gotta take a nap before we go and pick up abang adam"

"But why mama?"

"So that you can get some rest and feel fresh"

"But I am not sleepy"

"Too bad, sayang..  You better be.."

"But my eyes not close yet"

"It will be"

2 minutes later, Alesya is already on a jet plane...  "my eyes not close yet" la sangat.....  Hahahaha!

Not a single day dull with my little princess. 


Wassalam

Sunday, June 22, 2014

Cuaca

Panas eh sekarang...  Kadang-kadang mandi sampai lebih 3 kali sehari. Itu pun rasa macam nak tido dalam bilik air. Hehehe...  

Kain pun kering molek. 
Minum pun banyak. 
Sabar pun kadang-kadang hilang.  
Hahahaha... 

Anggaplah ni Allah swt nak uji kita dengan suasana di Padang Masyar kelak. Wallahu a'lam. KuasaNya melangkaui batas pemikiran kita.  


Wassalam. 

Friday, June 20, 2014

Kau

Sorry. I ruined the plans. 

Regret?  No. 

Just for the sake of saying?  Yes. 

What about the feelings that you have crashed along with it?  

Easy. Move on and heal. 

The pain. The scar. Forever. 

The tears. The cries.  Never ending. 

Repetitious. 

Couldn't give a damn. 

Lantak!  



Lempang nak?

Cakap!

Mulut ada; cakap. 
Nothing good to say, shut up. 
But if it's worth sharing, make an effort to exercise your jaws.  

Ngerti?

Orang lain pun ada plans & life. 

Haih!!!


Wassalam. 

Thursday, June 19, 2014

Wangi

"Aih...  Apa yang wangi pulak malam-malam ni.."

*Cuak* 

"Jiran belakang ni basuh baju kot" 

*Sangka baik* 

"Yang...  Shampoo beli semalam tu pecah"

*Realiti*

Hehehehehe..


Wassalam. 

Wednesday, June 18, 2014

June 21

Weekend ni sangatlah busynya. 

Concert sekolah Alesya. 
Sekolah ganti & report card day for Adam. 
Kenduri kawin adik Kak Amy. 
Kenduri doa selamat Julie. 

Wow!  Ntah sempat ke tak nak ngejor semua ni....

Rezeki Allah juga ni. 

ps:  
Rumah masih dalam keadaan kemas. Alhamdulillah. Mintak-mintak berpanjangan lerrrrr....  Amin. 

Wassalam. 


Monday, June 16, 2014

rezeki adam

alhamdulillah.  anak mama sorang ni sangat murah rezeki.  last weekend we had another celebration dengan family ayah pulak.  ha..  bestkan?

kerana celebration inilah....  rumah kami ada rupa rumah sikit. molek sikit daripda 2.5 months ago.  hahahaha..  

cantik, i tell you.  ntah apa yang cantik.  hahahaha..  susunan je nampak kemas sikit.  bilik adam & alesya pun dirombak.  nampaklah kelainan.  other than that, semua sama jeeeee..

we had bbq and nasik kerabu.  kemestian di kala keraian.  bersyukur benar ada bbq tu.  dah banyak makanan dimasaknya.  mintak-mintak panjang umur dia..  

then we had gift exchange!  yehooo!  suka sangat.  ala..  saja-saja, suka-suka je.  tukar-tukar hadiah sempena fathers' day.  last time dah buat untuk mommies' day.  pas ni, hadiah untuk raya pulak.  bestnya.....!  ala..  hadiah tak semestinya mahal.  janji the thought that matters.  

look forward for many-many gatherings with my beloved families.  menguatkan ukhwah, merapatkan silaturrahim.  takkanlah hari raya aje baru nak berkunjung-kunjung kan? mmmm.... nowadays ada lagi ke yang nak ziarah ni?  minimal laaaaaa dok?


wassalam.



Friday, June 13, 2014

conscious


zaman la ni, tak sama zaman dulu.  zaman saya, main basikal petang-petang hari, or pegi jalan mana-mana, ok aje...  memanglah orang pandang.  but, pandang setakat pandanglah.  takde lah sampai menculik, menjual budak apa bagai.  recently, i read about cases that they waited for the kids at the toilet; when the kids were all alone.  gilalah!  penulisan tu kata, these people are selling the kids' internal organs.  haih..  apa nak jadi ni....?

tapi..  sad but true, masih ada parents/guardians yang leka.  let me share my recent personal experience.

have you been to ikea?  pernah ikea tu takde orang?  pagi raya pun penuh, ok..  i was at the balang-balang kaca section.  i saw one cart, with a boy in it.  and he was trying to climb out of the cart.  my concern at that time was, jatuh budak ni karang.....  balang keliling dia semua kaca.  nampak dua tiga adults around him.  happened to be, none of them were related as they disperse soon after.  next thing i noticed was, handbag mak dia terlopong and terbiar aje kat situ.  mengundang nahas kan?  

my first thought, biarkan ajelah.  rasa nak amik gambar upload fb aje.  but again, what if i pun satu hari terleka gini?  i'd like to be reminded too.  manalah tau, kan?  so, believing in good deed can be in varies form; i pun tegur this lady.  dia aje yang nampak macam the owner of the two unattended things. saya rasa sedih dengan orang macam ni.  takde conscious ke?  tak baca berita ke?  takde fb ke?  not updated with the recent news ke?  hadoih..  hapa la......  kang dah jadik baru nak nyesal.

anak tu kan amanah Allah swt.  jagalah.  biarlah dikata kita ni parents yang mengongkong.  biarlah jadik parents yang di bawah kepompong.  janji tak berputih mata, jah oi...

cases are building up.  please help to do something.  take action.  if not you, who else?


wassalam


Thursday, June 12, 2014

ten

adam danial is ten.  double digits.  woohooo!

rasa tua pulak aih..  macam terasa lagi memberanakkan anak kesayangan ni.  hehehehe..  

hari ni, for the first time ever, he went to the kedai runcit independently.  siap pesan kat dia, kalau nampak orang tengok  awak semacam aje, lari.  true enough...  on the way balik tu dia lari.  sebab dia rasa macam ramai orang.  dia la kata...  hehehehehehe..

pagi dah pi makan roti telur dengan atuk & mika.  satu sengah keping untuk dia sorang.  hahahaha..  that means, tiga hari berturut-turut mamat ni makan roti telur.  selera sungguh.

tengahari saya bawak pi makan dengan x-officemate pulak.  nasik goreng kampung yang mantop depan rhb.  sedap babe!  untuk tekak saya lah.  tekak saya rilex-rilex je.  benchmark pun rendah.  tekak orang kampung.  hahahahhaa

pastu makan malam kat umah atuk pulak.  satay pulak.  murah betul rezeki anak mama.  alhamdulillah.

adam as i've been saying; adalah anak yang baik.  sangat baik.  saya je yang suka marah dia.  ntah kenapa. haih...  kadang-kadang bila dia buat/tanya benda yang takde common sense tu, saya jadik gerammmmmmm....  like asking "kenapa hari ni pun nak kena angkat kain?"  boleh mendatangkan marah kan?

other than that, dia sangat penyayang.  to both of us, to adik & saudara mara.  he is lovable.  i can see from the warmth that he has towards friends and families.  nak dapat orang tak suka adam tu, mungkin....  macam kena carik reason sikit lah.  even his bully pun nak hantar application nak jadik best friend dia.  hehehehehe..
doa mama sentiasa sama.  untuk anak mama ni jadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat.  jadi yang terbaik dalam segala segi.  baik untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat.  mama sentiasa doakan perjalanan dan percaturan hidup yang mudah dan penuh berkat.  mama doakan umur adam sentiasa dirahmati.  rezeki adam tidak putus dan moga menjadi anak yang mampu memimpin kami ke syurga kelak.  mama doakan hanya yang baik-baik untuk adam.

insya Allah.

wassalam.  

Wednesday, June 11, 2014

Nap

Budak-budak ni nap kalo boleh selama tidak.  Hadihhh....  

Orang kasik chance sejam aje. Tapi derang ni, kul tujuh baru nak bangun. Yang mama pun tak sampai hati nak kejut. Hehehehe...  

Saya baca, nap adalah bagus untuk mind development bebudak. Alhamdulillah. Now my kids have that opportunity. Syukur. 

Jujurnya - saya amat bersyukur dengan hijrah saya ini. 


Wassalam. 

Tuesday, June 10, 2014

Breakfast with Adam

We sent Alesya to school and then head for breakfast. We planned it since yesterday as I left him at home alone while I enjoyed a little time with my friends. Sian dia. 

He had roti canai and I had mee goreng. Tengah makan, I said to him. 

"Kalau mama keje, we wouldnt have this chance kan?"

"Ye lah mama. I'll be spending time at the library or atuk's house. Tapi tak pe..."

His takpe means ok to him. But that takpe slits my throat to add more onto his sentence.  He is always a takpe boy.  Taking into account mama or ayah has planned things well for him. 

Now he can stay home and exerise more.  Hehehe...


Wassalam. 

Saturday, June 07, 2014

Appraisal

Ada kawan mengadu, increment dia tidak memberangsangkan. 

Saya kata, nilailah diri awak semula. Ketentuan & rezekiNya melangkaui segalanya. Mungkin kerja tu tak begitu lurus. Mungkin juga apa yang awak pandang, tidak sama apa yang orang atasan pandang.  Mungkin. Saya tak tau. Masing-masing boleh menilai.  

Saya nekad pergi sebelum diuji sekali lagi. Cukup enam kali. Cukup hati disakiti. Cukup jua akal berjuang menenangkan jiwa. Perit. 

Alhamdulillah.  Telinga suami saya tak pedih dah lagi. Hehehehe...

Wassalam. 

Friday, June 06, 2014

Ad datang melawat

Sapa Ad? Dia duk bilik sebelah when I was in Kolej Seroja - ITM.  Kawan merapu time jemur baju. Hehehe...

Lama jugak friendship kami. Ada jugak 10 tahun. Bukanlah nak kata best friend. Tapi kawan yang baik. Ha...  Gitu.  Dia la bawak saya melepak kat lobi hotel sampai lewat malam.  First time ok.  Kelako pun ada.  Berdebo takut kena marah dengan mak long. Hahahahaha...  

Since then, visiting/meeting her is a must kalau balik Terengganu.  Otherwise, sembang-sembang di alam cyber juga adalah satu keperluan.  Nak pandai masak kenalah baik dengan pakarnya. Kan?  Hehehehehe...  

Tak rugi ramai kawan ni.....  Alhamdulillah. I have always been surrounded by many good friends. Syukur. 

Wassalam. 


Bila duk umah

Tak payah pikir workload
Tak payah pikir besok pakai baju apa
Tak payah pikir jem (!!!)
Tak payah pikir anak macam mana, apa makanan dia..

Best jugak duk umah eh
Santai
Pikir nak masak apa je
Kemas umah masih suku rajin
Jadik kotak dari opis tu masih terbengkalai kat depan
Hehehehe...


Thursday, June 05, 2014

Krai

Punyala lama tak balik krai. Duk dalam keta 6 jam. Lengoh!  

But kids were happy. 

Parents?  Sayu..

Takde ayah yang akan call tanya "kat mana?"

Takde kak sah yang akan ketuk pintu bilik suh bangun solat subuh. 

Takde ma yang try to make sure every needs are settled. 

We had loss every four years...  

Al-fatihah. 

Wassalam.