Thursday, August 09, 2007

incik-incik & puan-puan

saya dilahirkan sebagai manusia biasa saja. bapak saya bekas mat terap. mak saya masih menjadik misi. abg & adik saya pun manusia biasa jua. walaupun mereka lebih besar & hulk, tapi mereka masih juga manusia yg tidak ada kelebihannya.

oleh kerana fakta ini, ingin saya memberitahu bahawasanya saya tidak ada kelebihan kuasa jangkauan ke-enam, mahupun kuasa piskik. kuasa telepati pun tidak saya punyai. disebabkan ini, saya hanyalah manusia biasa. manusia yg ada juga perasaan & akal fikirannya.

di atas sebab-sebab yg tersebut di atas, ingin saya tegaskan bahawasanya saya tidaklah boleh menduga atau menjangka bila dan kat mana anda nak setop keta dan jua bila mana masa anda nak kona kan keta anda itu.

saya akui, keta anda cantik. berkilat-kilat. berkilau-kilau warnanya. kaler biru ada, merah ada, hijau ada. pendek kata sumer kaler ada lah. keta saya takdelah cantik mana. belakang dah ada kaler cokelat sebab langgar pagar. satu belah dah kemek sikit sebab ada org langgar. peh tu tempat bukak pintu tu pun dah dua kaler silver, dua kaler hitam. iye.. keta saya tak lawa..... memang keta anda sangaaaat cantik. dan lagi cantik kalo tak kena langgar kan? yelah... kalo kena langgar kang, dah tak comei. herot bonet, kemek bumper. ish.. huduhlah bak katanya. jadik apa kata..... trigger la signal tu bila2 masa incik-incik & puan-puan nak ke mana2. tak kena bayaran pun. extra charge apa tah lagi.. nak ke kiri, ke kanan, tariklah batang signal tu. ha.. senang kan?

cuba ingat2 balik... taim beli keta tu pun mesti beli full spec kan? full spec tu mesti masuk sekali signal kan? ha.. mana ada extra charge.. tipu ni... dia bagi complementary je tu.. pakailah. rugi tak pakai. kang derang kata keta derang tak reach international standard pulak. anda anda2 juga yg ngutuk.. cian keta tu..

akhir kata, sayangilah keta anda.

sekian,
terima kasih

4 comments:

Anonymous said...

huhuhuhuhu..macam mana la nak drive ni...takut dah..

anne rafei said...

oooppsie adakah saya melemahkan semangat anda?

neomesuff said...

erkkk..apaaa yg telah terjadi sebenarnya hehe

anne rafei said...

kak nomi: tak de apa.. geram je ngan org2 yg takde kesedaran sivik ni. ada signal gunala.. apa yg susah sangatnya.. kan? kan? kan?