Friday, October 30, 2009

berhajatnya...


tadi pegi rumah moklong sebelah ni. dia buat makan2 sikit sempena nak gi mekah besok. alhamdulillah rezeki dia untuk buat haji dah tiba. happy jugak dengar khabar semalam. moga-moga moklong dapat haji mabrur.

kelakar dengar dia bercerita tadi. dia baru dapat surat tabung haji hari ni. tapi sebab dia rajin call and enquire, dia dapatlah berita yg dia dapat tempat kelmarin. katanya, ada makcik duk dekat dengan kubur bawah sana, gelang apa bagai dah dapat, tapi takde berita apa.. adoi.. lagi seksa. bayangkan kalo dia tak tau apa-apa and baru dapat surat hari ni? tak terkejar2 besok kul 8 pagi dah nak bertolak ke kelana jaya? nak buat persiapan lagi. itu ini, tolak tambah, kelam kabut sure confirmed!

mmm... bila pulaklah agaknya rezeki kami nak gi? insya Allah.. harap Allah mudahkan laluan ke sana satu hari :D

dalam sembang2 tadi, ada la dia mentioned about rumah dia. tuan rumah nak jual rumah tu. secara tak sengaja, i smiled. hey.. bukannya i tak suka dia duk situlah. i have been berhajat nak beli umah sebelah ni. kot-kotlah ada rezeki in future, boleh buat rumah berkembar. hehehe..

memang lepas dia cita pasal umah dia, dalam kepala ni dah berpikir-pikir, macam mana nak bayar, what to do with the house, etc. berangan kan? hahahaha... solat maghrib tadi pun tak kusyuk. tak senonoh betul perangai.

tadi trylah carik dia punya advertisement. mak datukkkkkk! tuan rumah nak jual umah tu RM300k. gila mahal. siap letak kat situ "non-nego" and siap bagi indication, " Pembeli juga perlu mampu mengeluarkan modal selain dari pinjaman, kerana pinjaman boleh dibuat hanya dalam lingkungan 200K sahaja selainnya dari duit simpanan sendiri atau EPF." hampeh betul! kalo umah cantik bebeno, ok jugaklah nak jual sampai rm300k. my house yg siap plaster siling - depan sampai dapur, sengah tingkat up lagi, seluruh rumah dah siap renovated pun baru RM219k. buat org sentap betul la tuan rumah tu.

nak ke tak nak eh? kalo ikut hajat tu, memanglah berhajat bebenar. rasa macam baru semalam aje berangan-angan nak beli umah sebelah. ni dah macam bulan jatuh ke riba. tapi bila pikirkan rm300k, non-nego pulak tu, rasa tak sanggup pulaklah. baby dalam perut ni takan nak minum susu isian sejat kot? yang kami anak beranak ni pun, takkan nak makan ikan bilis hari-hari.

ada sapa-sapa nak bagi interest free loan? hehehehe..


2 comments:

Anonymous said...

apakah significant rhinosoros itu di situ chemet?

anne rafei said...

mmm.. hajat besar macam rhino. belanja pun macam rhino. berangan pun macam rhino.

kemampuan aje buat masa ni macam kuku rhino :D