Thursday, February 25, 2010

another baby?

ada la satu hari tu.. i wasn't feeling well. makan pun roti dua keping aje. bukan diet ye.. kurang selera nak makan. agaknya baru start keje. badan pun lesu aje bila balik rumah. makan pun tak menentu.

bila dah sampai umah tu, buat keje itu ini bagai, lagilah lupa nak makan. as i'm currently under treatment for my jerawat tak diundang tu; so, malam² kena makan antibiotik. agaknya makan ubat tu tanpa makan apa² untuk alas perut, baru sengah jam makan, dah rasa pening. peh tu rasa nak muntah.

adam was sooooooo caring that he rushed to me when he heard me throwing up at the kitchen. and this is what he said:

adam: mama, are you ok mama? kenapa mama muntah mama? mama ok?

sangat prihatin kan anak saya?

and best of all, he said "is another baby coming?"

nak pengsan dengar...


Monday, February 22, 2010

family tree


adam: mama, do we have a family tree?

mama: of course we do

adam: yey!

mama: do you know what is a family tree?

adam: mmm.. everybody seats on the tree?

mama: muahahahahahaha....

Thursday, February 18, 2010

buta ikan

jangan ajaklah pompuan ni pegi pasar cari ikan okeh.. dia memang buta ikan. yang dia kenal ikan bawal, ikan selar kuning, ikan pari, ikan sardin dalam tin. ikan lain dia fel! ;P

dia ni kalau pegi supermarket aje dia terer sebab ikan² tu semua pakai nametag. cuba suh dia beli ikan mackerel. boleh kerat jari la ntah apa² punya ikan dia beli. dia bukannya tau ikan mackerel tu ikan kembong. okla.. skang dia taula.. sebab dia baru search kat internet tadi.. ikan tenggiri tu pun, cuba jangan potong kecik². confirm sampai malam la dia duduk kat pasar tani tu. peh tu kalo ikan jenahak pakai nametag ikan merah pun dia sapu aje. dia bukannya tau.... dia belasah tengok nama aje. selama idup ni, dia tau ikan sardin tu dalam tin aje. baru² ni aje dia tau ikan sardin ni ada dipasaran. ikan bawal tu pun harap rupa dia lain. kalo sepesen aje, haram dia tau. ikan selar kuning tu pun nasib baik ada line kuning aje. kalo tak, hampeh laaaa...

yakdish!! apa la mama ni.. ikan pun tak kenal...

dia ni bukan buta ikan aje. sayur pun bukannya dia kenal. bebalik dalam peti ais dia tomato, carrot, corn, togeh dengan brokoli. kot ada sayur lain, tu kira bernasib baiklah. itu pun sure komfem sebab sayur² tu pun pakai nametag. alkisahnya, hampir² timun bertukar dengan peria. payah dia ni.. cuba letak sawi ke, kangkung ke, bayam ke depan dia tu.. selang 2 saat dia kena la jangkitan butaikansayurphobia.

itulah dia.. makan pandai.. sayur apa, ikan apa, semua tak kenal. hahahaha...


Monday, February 15, 2010

jerawat

menyampahnye tengok!!

dulu lepas beranakkan adam, jerawat kat muka saya ni.... mintak ampun mintak tobat rupanya. naik bukan macam mushroom lagi dah. dah macam hapekejadah rupanya. ingat lagi pengalaman pegi JJ. ada satu akak dengan kawan dia, terteleng² nak tengok muka saya yang time tu ada satu jerawat betul² atas batang hidung. dah sebijik macam rhinoceros. lepas kena sergah "apa pandang²?". baru derang nak jalan pandang depan. bengang betul!

ni lepas beranak alesya pun, jerawat naik, walaupun tak sehebat masa adam, tapi masih banyak. macam ada rancangan pembangunan bersepadu. dia tumpu satu tempat aje. sampai rasanya kat kulit tu dah takde kawasan suci jerawat dah. sakit hati aje tengokkan..

masa adam dulu, saya ke subang amik ubat neostrata. rupa² kat klinik medik taman melawati yang saya selalu pegi tu pun ada. penat aje jalan jauh². kehkehkeh..

this time around, doc ni suggest ubat lain. nama dia CLIV mediclear. cuba la.. mana la nak tau kan... dia tulis kat sini, ubat ni made in korea. mmmmm.. agak² diizinkan Tuhan sembuh kulit saya ni kan, akankah si jejaka head-n-shoulder ini ajak saya dating?


muahahahaahah....

Monday, February 08, 2010

report to work: day one

it's soooooo hard not to think about alesya! sob! sob! sob!

alarm went off at 5:30am. tangan ni laju je tekan snooze button. i thought i should wait for another 10-15 minutes to wake up. then i thought, "nooo.. i can't be late on my first day". so i woke up. i made breakfast for both me and madē - a simple nasik goreng. then i turned on the washing machine. then i prepared adam's water bottle. then i prepared this and that. then.. i'm ready to go. efisien kan? mm.. ntah² hari pertama aje.. hehehe...

alesya was so quiet this morning. as though she knew that i'm back to work and she should not show her tantrum. dalam keta, dia dengar aje saya membebel. bukan bebel apa pun... saya dok cite kat dia apa yang saya nampak while driving. ada burung. ada org pegi sekolah. ada keta bodo... hahahaha.. sampai aje umah opah (the new babysitter) hati ni macam.. alahai.... sayu pilunya lah...
"dearie alesya... if only mama could stay with you... sorry darling.. mama had to work. later mama can go shopping and buy some nice hair clips for you.. okie dokie sweet pie?"

traffic was rather ridiculous. biasalah kan.. it's part and parcel of living in kl. arrived iskl, my heart was pumping like i had just finished a 5km marathon. ntah apa yang berdebaunya. and i soon saw familiar faces. how nice... dan bermulala handover keje from my boss. kuar dari bilik boss, atas meja dah siap karipap kacang. hampeh betul derang ni. ingat meja saya counter makanan ke. dari pregnant sampai tadi, asik dapat makanan aje. murah rezeki betul. kalo aku gemuk balik, siap korang! hahahaha..

11:30am i went off to pick up adam from school. then to opah's house again. and alesya was there, waiting. when i had her in my arms, she was smiling. "sayang alesya.. mama sayang alesya. mama sayang alesya sangat²". rindu pulak kat budak kecik tembun ni. my worry was more on adam. takut dia tak selesa duk kat situ. lagipun geng dia takde. yang ada iman dengan hani. dua² budak pompuan. tak kan nak main masak² kot.. untuk mengambik hati adam, kami belikanlah toys train dengan keta trailer untuk dia. memula nak tinggalkan dia tu, macam berdebar aje. yelah.. takut bergaduh dengan budak pompuan berdua tu. susah pulak nanti. alhamdulillah, masa nak amik dia balik tadi, siap sound opah "see you tomorrow opah". ewahhh.. sudah geng dengan opah lah ni..

buat keje hari ni, macam tak terasa masa berlalu. yelah.. keja tengah banyak menimbun. tepat kul 4:45pm, dah setat kemas barang nak balik. uihh.. perasaan nak jumpa anak²... macam tak tertahan-tahan.

skang ni kena kemas umah before masuk tido. kalau tidak, bila bangun pagi tak tentu pasal rasa nak mengamuk pulak. and adam has been a good boy. he'll help to clean up his toys and the "lepak tengok tv" area before he goes to bed.

"mama sayang adam jugak.. sayang banyak². sayang-one-hundred-thousand-sixty-seventy-twenty-four-million-times".

alhamdulillah, semuanya dipermudahkan Yang Maha Esa. syukur..

abang


i) abang madē

saya: abanngggggg......
adam: ye mama?
saya: eh.. mama panggil ayah....


ii) abang adam

saya: abang adammmmmmm
madē: ada ape?
saya: laaaaa... i panggil adam la....


iii) abang amirul (cousin)

saya: abang balik sini bila?
madē: balik mana?
adam: apa dia mama?
amirul: kak ngah tanya sapa?
*tampar dahi*

since adam dah membahasakan dirinya abang ni, susah sikit nak panggil madē kat umah. panggil ayahnya, anak yang datang. panggil si anak, ayah yang muncul. kebetulan my cousin, amirul ada kat rumah last weekend; bila panggil abang, tiga-tiga pun menyahut. haisshhh... poning pala den..

so i asked la encik madē, "what shall i call you eh?"

"your majesty"


hiyer sangat.....


Friday, February 05, 2010

adam suka hati

adam is next to me, singing happily..

"tomorrow is saturday, i can sleep late and no homeworks.. lalalala"

suka hati ye adam...


akhir january ke awal bulan february ni, ada 2 minggu budak suka hati ni ponteng sekolah rabu sampai jumaat. first week tu, hari rabu ayah work from home, mama was not so well. hari khamis, ayah pulak tak sihat. hari jumaat memang cuti untuk kenduri hari sabtu. second week pulak, dari hari rabu ayah tak sihat, kena denggi. jadiknya dengan anak sekali cuti hep-hep horey duk kat umah.. best kan jadik adam?

lepas ni berderetlah homework dia bertitle "absent" di bawak balik. sejak masuk KG3 ni, banyak betul homeworks budak ni. latihan gerudi untuk masuk darjah satu kot? belasah la....


Tuesday, February 02, 2010

masuk keje

minggu depan.. boss dah counting days. colleagues dah siap bunga manggar. alesya & adam takde babysitter lagi ni. macam mana eh?

siannya anak² mama ni. certain nurseries, tanak amik alesya sebab dia muda sangat. baru 2 bulan. derang nak amik 4 bulan ke atas. habis tu, lagi 2 bulan tu nak buat camne? tak kan nak masukkan balik dalam perut kot? *tampar dahi*

yang adam pulak, derang tanak transit sengah hari. kena duk situ satu hari. enrol tadika derang sekali. macam mana pulak tu? dia dah sah² dah start tadika. rugi lah...

kalau ada pun yang nak amik dua² anak mama ni, satu duk tang ni, lagi satu duk tang tu. aisehh.. apa cita? macam mana nak suh adam jadik spy? hehehe..

ikutkan hati, nak sangatttttttt benti keje. tapi pikir-pikir-pikir-pikir-pikir balik.. tak boleh lah.. life in kl tak macam life kat luar bandar. semua pakai duit. nak minum air kosong pun dah limaposen. pindah duk kampung nanti baru tau.. kehkehkeh.. dah ape keje pulak nak dibuat kat kampung nun.. serai dengan lalang pun tak leh beza, ada hati nak duk kampung.. haisshhhhh....

kalau nak ikut selesa, memanglah tanak benti lagi. adam dengan alesya boleh enjoy better life. bukanlah nak bermewah sangat. tapi mampulah nak beli itu ini untuk derang. kot nanti dah benti, depends on madē's salary saja, ish.. tak bolehlah. bukanlah kata gaji madē tu sikit beno. tapi yelah.. nak hidup selesa, it's best if i could still be working & earn. lagipun, skang apa² aje duit. kot nanti dah tak cukup duit, makan sup ikan billis aje, ada pulak i jadik model slimming centre. kelesssss....

lagipun, sayanglah nak tinggalkan keje. i'm so much in love my work & boss. susah wehhh.. nak dapat bos macam dia. oklah.. dia memang grumpy. mana ada bos tak grumpy. mana ada bos-staff relationship yang tak bergaduh. memanglah ada. tapi dia ni, buat i rasa selesa keje kat iskl. she gave me trust. she relies on me. she pushes me forward. ramai org tak suka dia. tapi aku pedulik happaaaaa.. i like her. rasanya tak ramai staff yang boleh tahan boss pompuan. and tak ramai jugak staff melayu yang boleh baik dengan boss yang berbeza bangsa & agama. but we do... she's the reason, yang buat saya sayang nak tinggalkan iskl... she'd also be the reason, if i were to leave iskl..

ikut perasaan memang nak duk umah tengok bebudak ni membesar. i've missed adam's growing up period. oklah.. dia baru 6 tahun. tapi dah 5 tahunla asik serahkan dia kat tangan orang besar. memanglah dia manja ngan kami, tapi still la kan... kita besarkan dia half of the day aje. itu pun kadang² untuk tengok dia tidur. balik keje dah penat. nak ajak dia main pun malas. nak layan kerenah dia pun, ada masa panas hati. kesian kat adam.

think! think! think!
now it's time to think
when you have a problem, think! think! think!
look for every clue like the super sleuth do
and you think! think! think!

tensi!


Monday, February 01, 2010

susu anak

tengah malam pada suatu hari..

adam: ayah.. saya nak susu
ayah: aaaaaaaa????? kejap (terganggu tidur ayah sebab mama tengah susukan alesya)
mama: you tengok betul-betul susu tu...
ayah: iye...


since dah ada dua anak ni, and adam still menyusu, bekalan susu dalam umah ni amat meningkat. belanja susu aje boleh cecah rm300 untuk budak berdua ni. alesya minum susu boleh tahan jugak kuatnya. adam pulak kami tak stop kan lagi susu tu sebab kadang-kadang dia ni tanak makan sangat. biarlah ada susu. kang takde zat pulak dalam badan tu.. okeh sambung cite..


ayah: nah adam..
adam: terima kasih ayah. bismillahirrahmanirahim..
ayah: alesya ok?
mama: ok..
adam: ayah.. susu ni rasa lain
mama: you tengok betul-betul tak susu tu?
ayah: betul la.....

ayah pun ke dapur. nak check balik susu yang dia amik
ayah: meh sini adam. ayah letak susu alesya
adam: ayah.. ayah.. apelah ayah ni..

hahaha.. rasa macam dah dejavu aje menda ni akan jadik. kehkehkeh.. mulai malam itu, setiap tutup tin susu bebudak ni dah letak nama derang besar-besar. kalo tak, confirmlah salah lagi. warna tin dah ala-ala serupa. kalo mata dah ngantuk kan.... manala nak perasan.....