Thursday, June 28, 2012

perut


Hari Sabtu lepas, kita umah Bapak.  Masa sampai, dia takde.  Gi Ampang, kata Alin.  Dia balik kejap, pukul 6:30pm dia nak keluar lagi.  Pi pasar malam pulak.  "Nak makan apa-apa tak?", Bapak tanya.  Soalan tu biasa aje sebenarnya.  Tapi petang semalam, rasa macam syahdu pulak...  Macam...  "bapak aku ni.....  macam mak dia juga.  Suka tanya nak makan apa.  Nanti dia pegi cari.  Kalau tak dapat yang sama, yang hampir sama pun tak pe.  Tapi mesti cari".  Uwan Jiah macam tu lah.  Pantang disebut.  Tak besok; lusa siaplah apa yang kita kepingin tu.  

Itulah rahsia nak jaga orang kesayangan.  Patutlah perut kita buncet.  Hish!

Tuesday, June 26, 2012

Sudin & Marjinah

Sudin bergaduh lagi dengan Marjinah semalam. Oh well... Bukan hari-hari depa gaduh pun. Cuma off late depa ni selalu sangat bertingkah.

Bila dengar Marjinah bercerita, saya rasa macam... "Nape macam tak selesai derang ni?". Until Marjinah luahkan rasa yang the last quarrel they had, they did not come to any conclusions neither final say. Sebab? Kassim, anak derang asik bertanya kenapa spongebob pakai neck tie and papa dia pegi keje tak pakai tie pun.

Heh?

Ah well... So I thought.. Patutlah takde settlement. Apa yang terbuku, tidak terluah. Apa dirasa, tidak dizahir.

I am no marriage counsellor. I've gone through the rough sea as well. But I have to agree that sometimes, husband takes it for granted when the wife looks fine and able to be independently control her feelings. Senggama dua tiga round and he feels every things are under radar. Thats unfair kan?

Memanglah perempuan ni mulutnya boleh tahan juga. But they have feelings too. Kan? Apa salahnya take time to sit, bincang jiwa ke jiwa, keluarkan apa yang terbuku. Both will go one happy. Dont you think? Ni asyik buat assumption saja. Dia senyum. Dia gelak. Maknanya dia ok. Come on la... As much as you guys nak sorok masalah office or any of such, this other half is hurting too and feeling the pain.  Dah lah panas hati, nak kena berlakon dalam office, depan anak-anak.  And she's ain't Erra Fazira, ok?

Ce tanya diri sendiri, ke manakah kesudahannya? Benda yang boleh disettle, tapi sudahnya pertelingkahan disaksikan anak-anak. Bad example kan?

Kadang-kadang letih jugak dengar kisah Marjinah. Tapi, saya kasihan juga. Saya tak salahkan suami dia. Sebab saya tau they are of an opposite attract. Sudin gini orangnya. Marjinah begitu pulak orangnya.

Duduklah. Fikirkan yang terbaik. Tak guna mulut kata sayang kalau sayang hanya jadi mainan mulut dan perasaan.  Isteri tu kan secantik-cantik perhiasan.  Janganlah jadikan dia tunggul.  

Untuk Sudin & Marjinah, janganlah persendakan akad yang telah dilafazkan dan simboliknya cincin di jari manis itu.  Kalau setakat ingin dijadikan hiasan, belilah cincin zhulian.  Hari-hari boleh tukar.  Hehehe..  


Sunday, June 24, 2012

alesya ni!!!!

dia pakai my office ID tag.  pas dia datang kat kita, sambil bawak baby dia.  pastu dia bagi baby dia kat kita.  pastu dia buat macam baru balik keje and amik baby tu dari kita.  ala-ala cerianya si emak baru pulang kerja dapat bertemu anaknya.  ha gitew..  pastu dia jalan keluar bilik dengan baby dan tools bag adam.  sebijik macam kita amik alesya daripada umah opah.  macam itulah gayanya.  dengan dokong alesya sebelah tangan.  dengan laundry bag sebelah tangan.  dan yang penting ID tag.

pas tu dia kata baby dia sakit perut pulak.  siap lompat nak capai ubat angin atas lemari.  kita kata kat dia, amik lotion sudah.  dia amik lotion, suh sapu kat tangan dia.  pastu dia sapu kat perut baby.  

hebat sungguh ingatan dan imagination budak-budakkan?  

atau adakah itu petanda scha al-made nak adik lagi?  

ayah...  sila jawab...  

hahahahahaha..


sudah ketentuanNya

Hari Khamis baru ni Mak informed yang Mak Ngah kat Tanjung Malim tu meninggal dunia after her long battle with cancer.  Mak ngan Bapak aje yang pergi ziarah.  Kami hanya sampaikan salam..

Tadi dapat berita tentang anak Olie.  Akif has been battling for his life since 2 weeks ago.  He's a true fighter.  I can't remember who..  But someone told me, special kid like Akif has high spirit and will fight all the way.  Indeed true.  Kita tak sempat nak jumpa Akif.  Nak bagi Akif rasa kek yang kita buat.  But I know Akif is in a good hand of Allah swt.  Insya Allah..

On Wednesday, Made came back feeling sad for Ma.  Ma kata kat Made, "umur Ma dah banyak.  Awak pun dah berkeluarga. Anak-anak lain pun semua sihat & bekerja" perhaps to indicate, there's nothing more to look upon for..  Kita dengar pun rasa sedih.  Kalau kita depan Ma, mesti kita dah nangis.                   

After Uwan, takde lagi orang terdekat/tersayang yang menyusul kecuali Ayah.  Impact was hard.  But..  Itulah..  Semuanya dah ditentukan.  

Mmmm...  Ntah-ntah....  kita yang pegi dulu sebelum you ols.  Mintak maaf awal-awal la ye.  Mintak halal makan minum.  Mintak maaf salah kata.  Mintak maaf salah laku.  Kalau ada terhutang, minta beritahu ye.  Pohon doakan kesejahteraan kita esok-esok.  Insya Allah.  

Amin.  


Saturday, June 23, 2012

Amway

I dah join amway, u ols! Hahaha..

Reason? Nothing concrete. Satu - nak cari vitamin. Dua - i heard a good review on their beauty/facial products. Tiga - kedai dia belakang umah. Senang!

So now.. i have new beauty products. Jerawat masih naik. Dia kata give two weeks for the products to settle. Ok. Hari ni baru second day. Kita tunggggguuuuuu...

Hari ni juga adalah hari kedua makan vitamin. Lutut dah takde bunyi time solat. Wahh!! Hebat kan?

So, amacam? Nak beli barang amway? Call la saya. Cecewahhh...

Friday, June 22, 2012

jadual waktu

jadual kita sejak ada maid ni dah berubah sikit.

eh!  awak tak tau kita dah ada maid?  eeeee..  tak updatedlah awak ni.  hahaha..  ha-ah.. kita dah ada maid. alhamdulillah.  rezeki kami nak dapat filipino maid yang muslim.  syukur.  

sekarang ni, kita bangun tiap-tiap hari pukul lima untuk masak makanan tengahari.  masak simple-simple aje. sebab tu kita dah ada buku ini....


ha... hebatkan??  boleh harap jugaklah buku ni.  cuba tu udah.  menjadik tu tak gerenti.  kehkehkeh..  

sambil masak tu, kita start washing machine.  so adalah bunyi-bunyi iringan kat dapur tu disamping alunan bacaan al-quran kat surau.  

sambil masak lunch tu, kita buat sekali bekal breakfast untuk adam.  kadang-kadang kita punya sekali. siap semua, kita kejutkan adam.  selalunya by then dah 6.25am.  mamat ni suka mandi lama.  jadi kena kejut dia awal-awal.  lebih 10 minit kalau dia sorang.  

by 7am kena kuar umah untuk hantar adam ke sekolah.  hari-hari biasa, kalau kuar lambat dari pukul 7 tu alamatnya subjected to be caught in traffic lah.  now, kalau time summer break ni, sangkut jem tiga puluh kilometer pun tak pe..  hahahha..  

tengahari balik amik adam from school.  then by 1.45pm rush balik ke office.  by 4pm, kemas bag.  balik!  kejarkan pulak budak adam ni ke sekolah agama (di hari-hari berkaitan).

in general, my daily life is superb busy dengan operasi membawa kereta dan berkejar ke sana sini.

so my darling kesayangan, boleh ke tint kan cermin kereta untuk i?  panas tau u..  nanti i itam nanti, camne kita nak nyanyi lagu "black & white" sambil pusing-pusing tangan?

wakakaka...
  

Sunday, June 17, 2012

porno

ha..  terang mata nak baca eh?  hahahahhaha..

ada kawan kita cite..  husband dia suka tengok porno.  so dia rasa tak suka.  kita pun kata kat dia, it's a norm la for guys to watch porn.  but for all you know, it's you that he turns back to.  kan?

tapi at the same time..  kita berpikir-pikirlah jugak..

apa yang bestnya nonton porn ni?  oklah.  untuk belajar aksi-aksi - kalau ada.  other than that?  untuk keghairahan sendiri?  oklah.  maybe?  ok.  soalan ni sangat subjective and private.  period.

anyhow, kita pun sedarlah badan kita ni takdelah macam kim kadarisman.  tapi kita ada hati dan perasaan jugak pe.  kalau kita kata kita berasmaradana sambil membayangkan muka ex-bofren kita.  awak ada marah ke tak marah?

ha!  samalah kita rasa..

timbang-timbanglah sikit.

Friday, June 15, 2012

beli barang

kalo awak beli sepender ke baju dalam ke, awak bawak tak your other half?

kita bawak tau...

sebab kita nak dia ok ke tak dengan pilihan kita.  manalah tau.. nanti over rambu ramba ke..  tak ceksi ke..  kan..

jadik kita kecik ati jugak tau, bila ada orang beli barang keperluan persendirian tak bawak kita pun.  yelah..  bukan duit kita.  kita tau..  beli pun tak cakap.  tunjuk pun tak.  harap nampak paperbag aje.  itu pun dah ala-ala sorok.

yelah...  sapa la kita....  

Thursday, June 14, 2012

exam & appraisal

adam bawak balik results exam dia on monday.  

alhamdulillah.  nak kata superb, tidak.  tidak superb pun tidak.  memadai dengan usahanya.  hahahahhahahah..  mungkin kena extra effort on BM.  2 markah on carelessness (means 4 questions).  agama dengan bahasa arab boleh tahan jugak budak ni.  math & BI exceptional :D

on the other hand, i've just got appraised and received my increment letter.  boss tanya, "you ok ke tak dapat double increment?"  oh well..  kita kena berpijak di bumi yang nyata.  i know how far have i pushed myself this year.  i know how well others had done in their jobs.  so might as well give the good money to those who well deserved it.  works had now been mundane and routine.  i had the same feeling 3 years ago..  so the cycle is back.  oh my!  kena carik optimum job pump next school year.    

summer break

apa best?

masuk kul 8.  balik kul 4.  on road pagi-pagi tak marah-marah sangat.  when everybody else busy zig-zagging, gua boleh rilex & gelak-gelak dengar salleh yaacob.  petang-petang tu keadaan yang subjective.  period.

pakai suka-suka hati.  tie tak payah.  formal tak perlu.  belasah aje.  jeans tiap-tiap hari pun boleh.  suar pendek pun dibenarkan.  mini skirt pun ok.  midi skirt pun tak kisah.  jangan pakai bikini udah.

keje pun rilex sikit.  bos-bos besar tadak.  ofis pun tak ramai orang sebab kebanyakan amik peluang bercuti.


saya?  cuti tinggal 2.75 hari.  duk diam-diam sudah.  hahahah..

Tuesday, June 12, 2012

lama tak update eh?

bizi la..  --  ala..  jawapan biasa la ni.  tapi memang bizi la...  cikgu nak balik.  cikgu baru nak datang.  payroll 3 bulan nak katup.  ish..  tambah tolak darab bahagi, kira banyaklah kerja saya ni ha...  now lega sikit.  sebabnya SUMMER BREAK!  horey!!!  but i tell you..  sama aje.  keje masih melonjak naik.  sebab cikgu baru dah datang.  maknanya?  masih banyak kejelahhhhhh..  haish...

i had some days off, which was good.  alhamdulillah.  baru-baru ni ada cupcakes order yang mencecah angka 4 ribu.  wow!! sebenarnya dia nak seribu aje.  tapi sebab empat cups per box.  jadiknya empat ribulah ordernya.  amacam?  hebat tak saya?  hahahah..

adam dah dapat exam papers.  alhamdulillah.  berkat kena marah, boleh tahan la markah dia.  haha..  cumanya.. adam kena tuition subject BM la agaknya.  from the 5 papers he brought home yesterday, BM has the lowest mark.  bahasa arab lagi terer.  careless marks pun boleh tahan jugak.  patut huruf kecik, tapi dia buat huruf besar.  ejaan salah.  tak buat cara pengiraan.  mmm..  geram aje tengokkan..

oh ya!  hari ni birthday adam danial.  HAPPY BIRTHDAY ADAM!!!  mama sayang adam.  dari hari sabtu sibuk buat goody bag dia.  letih jugak eh?  tapi seronok!  especially bila tengok kawan-kawan dia tadi appreciate apa yang kami bagi.

"wow!  banyaknya barang."
"ada cupcakes lah...  "
"nak satu lagi boleh?  saya nak bagi adik saya?"

eh?  boleh harap budak ni eh..  sayang benar kat adik dia.  hahahah...

yang lain apa eh?

gusi saya sakit.

sekian.  :D