Sunday, March 23, 2008

maulidur rasul

lokasi: kaunter kentaki, melawati

kaunter: selamat petang kak. selamat datang ke kentaki. makan sini?

kakak: tak. bawak balik

kaunter: balik mana kak?

kakak: er.. rumah..

kaunter: rumah akak kat mana kak?

kakak: er... au4

kaunter: oo.. yg ada ceramah maulidur rasul tadi eh kak? ada ustaz haji daud salleh kan kak? best tak ceramah dia kak?

kakak: mm.. boleh tahanlah. funny guy

kaunter: dia ada cite pasal student murtad kak? kesian mak ayah student tu kan kak? tulah pasal.. salah derang jugak kan kak? kenapa dia paksa budak tu amik course yg budak tu tanak kan kak? ha.. kan dah budak tu protes sampai murtad. bebudak skang ni kak.. bukanlah saya nak kata apa. tapi kadang2 pendek akal. tapi heran jugakkan kak? budak tu hapal yassin, surah2 dalam al-quran dan bagai2. ni dah murtad, nak sedekah al-fatihah kat mak ayah pun dah tak boleh dah..

kakak: .. a'ah.. saya nak...

kaunter: lagi ustaz daud tu ada cite pasal akidah umat zaman Nabi Muhammad s.a.w vs umat zaman skang kak?

kakak: ada jugak..

kaunter: ha kan kak.. tulah.. saya pun rasa banyak beza dulu dengan sekarang. lagi banyak pembangunan lagi hanyut manusia akhir zaman ni. betul la org kata dalam church tu ramai org melayu kan kak? tapikan kak.. mak saya kata, jangan tersilap tafsir. mungkin derang tu indonesian atau org filipina atau pun org thai. muka derangkan ala2 lebih kurang kita je kan kak kan?

kakak: betul jugak.. boleh saya..

kaunter: akak dah kawin dah kak?

kakak: dah..

kaunter: ha.. tadi mesti ustaz daud tu cite pasal 4 golongon isteri yg akan ke syurga dan 4 golongan yg akan ke neraka. betul kan?

kakak: betul..

kaunter: saya agak dah.. kita kena pandai menilai kak.. kita ni org pompuan.. nak ke neraka pun senang. nak ke syurga pun senang. yg penting, jaga diri kita, jaga suami kita, jaga hubungan kita dengan Allah. bukannya kita kena sms & call Allah tu pun. kita hanya perlu beramal saja. lakukan apa yg disuruh dan tinggalkan apa yg dilarang. sonang baitu.. perempuan yg bergelar isteri ni kak.. kena ada ciri2 pemalu. kena jaga kehormatan dia sebagai seorang isteri. barulah sang suami berbangga. barulah suami tidak terasa nak mencari galang ganti. betul kan cakap saya kak?

kakak: ha betul.. saya nak...

kaunter: anak kakak sorang ni je kak?

kakak: a'ah sorang

kaunter: bila nak tambah kak?

kakak: insya Allah..

kaunter: akak tau kak.. golongan ke empat yg akan masuk syurga adalah isteri yg ramai anak kak.. yg penyabar melayan karenah anak2 dia. itu pasal lah syurga di bawah telapak kaki ibu.. betul tak cakap saya kak?

kakak: a'ah.. iye..

kaunter: nak ke neraka pun senang je kak... isteri yg tak jaga percakapan dengan suami, cakap tengking2 dengan suami.. ha.. dapat la lesen besar pegi neraka.. peh tu isteri2 yg memaksa suami dapatkan apa yg suami tak mampu pun, boleh contribute isteri masuk neraka tu kak. kakak datang sini ni, akak paksa suami akak ke tak?

kakak: er.. tak.. kami lapar..

kaunter: ha.. kalau persetujuan bersama tu tak pe.. jangan kita paksa dia. jangan jadi macam golongan ketiga isteri yg akan ke neraka. iaitu golongan org yg hidup tiada tujuan. kejap dia nak makan. lepas makan nak makan. lepas tu nak makan lagi.. peh tu dia tak tau nak buat apa dah. dahlah paksa suami dia beli itu ini, peh tu dia tak tau nak buat apa dah.. macam2 lah isteri sekarang. lepas tu kak.. memuliakan org luar daripada suami ni kak. ha.. itu golongan ke empat kak. aduh kak... kalo dekat opis tu bersakan berhias. kalo kat umah.. aduuuuhhhlahh.. bau bawang lagi wangi dari bau dia. tepek bedak dah macam tepek tar buat jalan. sampai laki malam2 bangun nak gi toilet pun boleh heart attack jadinya.. betul tak kak?

kakak: betul... dik...

kaunter: itulah kak.. kita ni, perempuan ni banyak kelebihan dan kekurangannya. kita yg pilih. kita yg tentukan. ala2 mengundi la jugak kak.. azmin ali datang tadi kak?

kakak: ada.. dah 3 suku ceramah baru sampai

kaunter: tak pelah. ahli parlimen kan sibuk.. tapi dia laki kak.. biarlah dia. dia cari rezeki untuk anak bini dia. bak kata ustaz daudlah kak.. yg penting balik keje, isteri dah sediakan air untuk suami. sambut dia dengan hati yg girang. dengan wajah yg manis. hati panas jadi sejuk, kak. suruh suami mandi dulu sebelum tanya "macam mana bonus abg tahun ni?". barulah dapat emas sampai pangkal lengan. kesimpulannya, semua ni bergantung pada kita. pada diri kita, sanubari, jiwa, raga kita. yg penting keikhlasan hati kita... tepuk dada tanya selera. ha.. berbalik tang selera, akak nak makan apa kak?

kakak: makan? ha.. makan.. saya nak makan jeli dengan aiskrim sudahla dik. nanti selasa depan, lepas akak dapat gaji akak datang lagi ye... tima kasih ye dik...



notakaki: gambar adalah hiasan semata. cerita di atas juga adalah ilustrasi penulis semata2 untuk menyampaikan ceramah ustaz haji daud salleh yg didengar di sambutan maulidur rasul anjuran badan kebajikan & khairat kawasan au4 (bakau) pagi tadi. harap maklum :D

pic taken from: www.grandmercuredarlingharbour.com.au

11 comments:

julie77 said...

kehkehkeh..sepertiga dr cite tu td aku igt btl2 la ada bdk keja kfc yg suka tanyer byk2 gitu..rupa2nyer illustrasi semata2..heheheh..tp gaya penyampaian yg baik..sy bg 10 ku petik bintang2..

Anonymous said...

ceh, aku baru nak tanya soklan...".betul ke, Na..?". Kira dah jadik Tipah tertipu la, pepagi ni....
-pzah-

muadzlife said...

bagus sekali ilustrasi mu itew..
ai laikkk

anne rafei said...

julie: terima kasih puan jula-julie bintang tiga :)
ko rasa ada ke budak kaunter akan cakap gitu? hehehe

anne rafei said...

pzah: ko asik kena tipah tertipu je eh... cian ko.. hehehe.. tak pe. janji pas menang. hahaha

anne rafei said...

eylla: ya.. terima kasih. terima kasih.. garapan yg mantaps gitu.

neomesuff said...

huyo! bia betollll
impressive illustration ;-)

muadzlife said...

hmm dah p beli kfc ke semalam..hiks ;)

Anonymous said...

bacer memuler...dah raser akak doq memain...yer la..akak kan pakar dlm bidang tuh...cukop la skali terkene pasal PA SI MAWI....hehehhehe.....imaginasi sgt tinggi!!!

anne rafei said...

kak nomi: hahahaha.. tengkiu.. agak2 leh jadik kawan john sophie kinsella tak?

anne rafei said...

sue: hahahaha.... imaginasi on the jalan cerita je tau.. cerita itu sahih tau..