Thursday, December 31, 2009

2010


nak masuk tahun baru lagi. wah.. tahun 2009 rasa berlalu cepat sangat. mungkinkah tahun ni banyak sangat keje? eleh.. banyak sangatlah kejeeeeeeee.... mengadap facebook aje, banyak keje konon.. porah!

nak look forward apa eh tahun 2010 ni?

1) kurangkan shopping. banyakkan handbag. eh? hahahah.. lama la tak shopping handbag. sejak tak keje kat/berdekatan shopping mall ni, barangan impulsive shopping pun dah berkurangan. credit card pun dah tak sampai maximum limit. asik membayar aje. ceh! setahun membayar credit card. rugi! rugi! tapinya, syukur... hutang dah kurang. kot2 ajal sampai tak lama lagi, takdelah laki aku sibuk nak bayar utang aku je nanti. kehkehkeh..

ps: semalam cimb baru increase-kan credit limit. apakah maknanya itu? muakakaka...

2) banyakkan amal ibadat. takdelah kata tahun ni tak buat amal ibadat ye tuan-tuan dan puan-puan. tapi nak diperbanyakkanlah.. senaman riadah di sejadah tu kena ditingkatkan. timing tu kena jaga. takleh la asik lari aje. ni nak masuk asar, baru nak terkedek-kedek solat zohor. syaitan sungguh!

3) tambahkan masa dengan anak-anak dan keluarga. cewahhh.. anak-anak.. kehkehkeh.. alesya dah ada ni, takut adam rasa tertinggal pulak. sian anak bujang saya sorang ni karang. semalam dia nak ikut lelen balik umah atok pun menangis sebab takut rindukan mama. dah balik pun nangis sambil peluk kaki mama. time kat umah atok main macam tak hengat donia pulak. eleh.. politik! alesya pun baby lagi. nak ligan main puas2 ngan dia. nak main masak2 tak syok lagi. main mekap2 lah.. mama mekapkan ko ye nak?

4) akankah hajat beli keta baru akan tercapai? mmmmm.. kita tunggu aje besok. ala... besokkan dah setat tahun depan. hehehe.. nak beli keta apa eh? spesifikasinya, keta belakang besar yg boleh muat dua org budak dengan car seats masing2. bagasi untuk balik kampung. barang2 bebudak ni. stroller. yang paling penting, barang2 tupperware. kehkehkeh..

5) nak memajukan business tupperwareku ini. sila lah ke blog tupperware baruku. dah upgrade sket. nak perasan cantik, memang rasa cantik sikit dari sebelumnya. hehehehe.. tapi skang ni dah ada few more options as i'm in the move of expanding the business. untuk men-support life setelah retire-lah katakan. ecewah! memintak majulah business ni. tak sabar nak duk umah jaga anak-anak.

6) nak eksesais. berat dah kembali kepada sebelum preggy. cincin tahun 2002 pun dah boleh muat kembali. wahhh.. rasa macam nak jadik model slimworld aje. kena setat jaga la makan minum semua ni. rasa macam tak sihat aje. makan main belasah. minum manis2 semua. ish.. tak bolehlah.. banyak lagi dosa tak terhapus ni.

adam semalam dah gundah gulana nak balik ke sekolah. adoi! tak nak teacher veni katanya. nak teacher shanthi jugak. macam mana nak buat? ayah will be having a hard time rasanya minggu depan ni. saba ajelah ayah. nak disuruh sapa pulak amik adam kul 11.30 nanti ni.. mama tak cukup sebulan lagi. kalo tak, mama dah redah aje bawak keta ngan alesya.

sapa-sapa yang bercita-cita nak kawin 10-10-2010 ke 20-10-2010 ke, agak2lah sikit ye. bawak2lah berbincang satu taman sebelum kawin. kang 10 org kawin tarikh yang sama, boncet perut i nak makan nasik minyak you all. kot jalan jem kerana 10-10-10, memang sajalah korang tau...

moga-moga 2010 bawa sinar baru, harapan baru, karpet baru, handbag baru, kasut baru, baju size baru. hahahahaha..

selamat tahun baru!

3 comments:

mekye said...

ish, agaknya kalu saya la yng pilih tarikh tu, cik anna redah x blk klate? hehe..

btw, all the best dgn azam2 tu. =) semoga tercapai..

anne rafei said...

awak dah plan nak kawin time tu ke ye? wahhh.. best! best!

nanti ye.. cik anna ngan ayah de pikir2. hehehehe

mekye said...

hehe.. gurau je cik anna. xdenye. blaja xabis lagi. ni abis la kalu cikgu izaman ngan cikgu hasiah tau ni. hehe.