hari tu hari jumaat. kita baru nak solat zohor. sambil nak bentang sejadah tu, kita nampak ada posmen letak surat dalam post box. kita pun mintak adam amikkan surat tu.
sambil solat tu, kita perasan adam tak kuar pun amik surat. kita pun fikir, tak pelah.. nanti kot ada apa-apa jadi time dia kuar, kita tengah solat, susah jugak. ok. nampak sangat tak kusyuk solat. hehe..
lepas solat tu, kita cakap lagi kat adam.. "adam tak amik surat lagi?". dia kata "ok". kita pun sambung berdoa. tapi tak dengar jugak dia bukak pintu grill.
habis berdoa, alesya mai duduk tepi kita. pastu datang si adam peluk dari belakang. kita pun... apasal pulak budak berdua ni.. kita tanya lagi.. "adam tak amik surat lagi ke?".
adam kata "mama tak habis solat lagi". kita pun heran. "kenapa adam tunggu mama habis solat?". dia jawab "kalau mama tak habis solat macam mana saya nak solat?". kita pun kata lah.. "dah tadi bukan pegi solat jumaat dengan atuk? mama suruh AMIK SURAT la.... tadi posmen datang".
berdekah-dekah si adam ketawa. sambil terguling-guling dekat tepi katil.
hai anak mama sorang ni.. tula.. sibuk tengok tv aje. bertuah betul..
Friday, August 31, 2012
Monday, August 27, 2012
raya kelima
adalah masa untuk kita pegi dating dengan encik suami kita. hehehehe..
ini orang hati sudah meronta, jiwanya sudah tidak keruan nak pegi tengok batman tu ha. ikutlah jugak... nak masuk syurga katanya ye.. hahaha.. mujur fatimah dah balik kl. bolehlah nak mintak dia tengokkan bebudak. siap pesan - "if the kids ask, tell them mama & ayah are working". with due diligence, fatimah pun bagitau adam that ayah is at work. dia boleh tanya fatimah balik, "if ayah is at work, why is his working bag here?" hampirlah kantoi puan fatimah itu. hahaha..
sampailah kami di sunway pyramid yang sudah berzamannya kami tak jejak. sejak ada shopping malls area keramat/wangsa maju ni, tak kuasalah nak masuk kawasan KL. semua dah ada kat kawasan sekeliling. kemudahan. alhamdulillah. ke sunway ni pun sebab itu aje yang ada batman + shopping complex. selalunya kami nonton kat caps square tu aje.
kenapa kena ada shopping complex? sebab nak carik charger iphone yang dah bengong. pastu nak carik hadiah birthday encik suami tercinta la.. heheh.. i tell you... pantang betul masuk kedai seladang ni. nak beli untuk encik suami, puan isteri pun sibuk nak membeli jugak. dugaan. next time, kena blindfolded kalau nak masuk kedai seladang ni. tahap membahaya yang kritikal.
disebabkan dah lama tak masuk sunway pyramid ni, nak carik parking pun berpusing-pusing. mujur jumpa juga akhirnya. dapatlah kami balik dengan selamat.
balik tu kena rushing sikit sebab:
1) lunch belum lagi
2) kak ti mintak tolong bawak barang ma kat HKL
3) nak beli groceries for makan-makan on friday
fikir punya fikir, kami pun ke aeon setiawangsa aje. makan sushi dengan ketenangan tanpa nak fikir anak-anak punya menu nan satu. barulah puas hati dapat nak jamah segala makanan.
kat sana, groceries pulak tak cukup. daging takde. pegi la kat kedai mamak atas umah ni pulak. pun takde daging. pesan pulak kat made so that he can grab some from cold storage later. daging dia pulak dah berlendir & busuk. pi tukar lagi. sudahnya kul 12:30 barulah siap rendang kita tu ha.. hehehe...
Sunday, August 26, 2012
raya keempat
di hari raya keempat ni, kami dah lotih berjalan sebenarnya. tapi semangat beraya masih berkobar. bangun pagi terus text kat orang-orang yang (kita rasa) beraya di kl ni. dapatlah few feedbacks. planning nak keluar pagi, tak jadik. made nak settle his travel itinerary. pastu plan kuar lepas zohor. adam pulak tido. sudahnya lepas asar baru keluar. hehehe...
memula pegi umah zahar, kawan dari zaman sekolah. kawasan umah dia, tak sampai 10 minit dah sampai. wife dia, shima takde pulak. gi shopping katanya. ewahhh... heheh.. sesudah semangkuk spageti adam habiskan, kami ke umah kak amy & abang man kat cheras pulak.
boleh harap betul GPS che ramadhan ni. orang nak pegi taman cheras utama, dia bawak pegi jalan kuari. tak bagus. jadiknya lambat la sikit sampai ke cheras. kereta pun dah banyak. lomah den raso. kak amy & abg man ni, kita kenal masa buat part time lepas spm kat metrojaya city square. yang keje mj tu, abg man aje. dapat pulak ngorat kak amy yang keje kat-kat situ. bertuah. dah empat anak dah. alhamdulillah...
lepas maghrib, kami ke rumah ana kat gombak. yang ni kawan kat itm pulak. anak dia pun empat. semua pompuan pulak tu. meriah! daging dendeng dia sedap you... okla dia tempah. but sedapppp!. dari gombak kami pun terus balik. jam pun dah pukul 10. mata made dah teratai layu tasik madu.
tengok orang anak ramai ni, best jugak eh.. hahahaha...
Saturday, August 25, 2012
raya ketiga (part II)
macam bersemangat pulak nak update perjalanan beraya dari hari ke hari ni. mementang cuti seminggu. hehehe.. check email opis bukan main. reply-nya malas. hahahaha..
raya ketiga kami start dengan ke umah jiran-jiran. mana jiran yang jemur baju & pagar terbukak, semua kami serbu. hahaha.. memula kami ke umah makcik pah. sebelah umah ni aje. dia tak mandi pagi pun, kami tak kisah. janji dapat beraya. hahaha..
keluar dari umah makcik pah, nampak makcik ani depan umah tengah angkat jemuran. terus kita jerit "makcik ani.. nak datang raya". takkan dia tak bagi kan? hahaha.. berayalah kami di jiran depan umah yang selalunya kita bengang tu. hahahaha..
lepas tu gi umah pakcik yatim pulak. dapat makan ketupat dengan kuah kacang & rendang paru yang sedap. perghh! kenyang perut. sebenarnya hajat nak visit baby baru nurul. tapi tak sampai lagi orang sungai buluh tu. tak pelah.. nanti-nanti boleh jumpa. pakcik yatim cerita, kubur ibu ayah dia kat kinrara-puchong dah dikambus air naik bebaru ni. tak dapatlah nak ziarah kubur mereka. alahai.. sian kita dengar.
dari umah pakcik yatim, ingat nak gi umah makcik lat. tapi tengok penuh ngan keta anak dia aje. tak pelah.. maju ke umah pakcik mahmud. sebabnya.... nampak ada orang datang jugak. so, cepatlah sikit kami visit dia. hahahaha.. pakcik mahmud ni jual kacang dari medan yang sangat sedap. tak sempat nak beli extra. dah habis dah stok 2 tan dia tu. serius sedap! pakcik mahmud cite, dia ni bila berjual tu tak kisah. tapi bila nak mintak bayaran tu dia malu. dia pernah upah orang tengah for RM300 untuk mintak duit daripada orang yang berhutang dengan dia. hahahah.. rasa macam reflect diri sendiri pulak. payoh.. payoh... kita pun kalo orang mintak kurang ke, diskaun ke, adehhh.. payohnya la nak kata tidak. tapi ni hasil titik peluh ni. kita tau ni penat ni buat sesuatu ni. tapi bila orang tak bayor, kita malas benarlah nak mintak. rasa macam apa aje...
selesai umah pakcik mahmud, tengok umah lain semua tutup katup. kami balik solat zohor, then kuar balik, amik mak and head to puchong (again for us).
sebelum tu ke puchong tu, singgah umah aunty norlia dulu kat cheras. both aunty and uncle tengah tak sihat. alahai.. berjangkit anak dia yang dah pi beraya umah mertua, katanya. hahahah..
alhamdulillah, cuaca semua elok. kami pun dapat ziarah kubur atokbaq. selang beberapa kubur dari atok's, kita perasan ada satu kubur tu, tahun lahir sama ngan atok. atok lahir bulan 9. dia lahir bulan 11. dia meninggal bulan 8. atok meninggal bulan 11. mmm... coincidence kan?
pas tu kami gi umah aunty yati lagi sekali. mak nak visit nenek. from there, kami ke umah kak ti kat pj. mak nak jumpa tok ma. kami pun tak beraya ngan kak ti lagi. lepas maghrib, kami berangkat pulang. kami anta mak balik umah dulu sebelum kami ke umah ayu pulak. sempat jugaklah beraya 5 minit ngan aunty sue kat depan umah mak. hehehehe..
sayu pulak gi umah ayu ni. tahun lepas, somehow, kita tak sampai umah dia. hajat tu dah ada dah. tapi ntah kenapa tak sampai. mak dia menyebut pulak tu. tahun ni.... dah tak de rezeki nak jumpa mak. sedih. jumpa pakcik aje. ayah ayu tu pun dah rasa macam pak sedara sendiri dah. nengokkan anak ayu yang tiga hero tu, adehhh.... poning den. sora tv dengan sora derang berlima (masuk anak kita dua orang tu), termasuk dengan sora orang tua bersembang ni, mau gamat satu kawasan au3 ni. hahahaha...
tulah yang kita keraskan hati jugak nak visit sesapa yang kita dah terpikir. sebab takut nanti ralat macam mak ayu. sudahnya kita ketemu dia alam barzakh nanti ajelah. itu pun moga-moga diperkenankanNya ketemu "anak" dia yang sorang ni ke syurga Allah kelak.
lepas umah ayu kami balik.
tamat untuk hari ni :D
Friday, August 24, 2012
raya kedua
perjalanan raya kedua kami start daripada bangi. kenapa bangi? sebab adam had a sleepover at imran's house. tak cite eh semalam? adam sibuk nak sleepover at imran's. dok merengek for quite a while already. kita pun dah malas nak dengar. so we decided to have him have the sleepover when we enjoy a good deal in one of the hotel in bangi. bliss :D
lepas breakfast at kak amy's, kami ke umah kak nah di bangi. kak nah ni adik arwah long. dah preggy dah rupanya kakak, anak kak nah ni. menunggu hari dah. nampak benar lama dah kita tak gi umah dia. hehehe.. dulu kalo long ada, rajin jugak ke sini. asyik kena summoned aje. hahahahah..
from there, we made our move to aunty yati's in puchong. hajatnya nak ke kubur atok baq. tapi hujan pulak. sudahnya lepak aje makan mee rebus dengan nenek.
dengan hujan lebat tu, kami beransur pulak ke rumah along rudy kat kelang. kak ida takde. so along dengan along junior dan damia ajelah layan mak ngah sekeluarga. nasik kuning kak ida sedap gila! makan pulak dengan gulai ikan tongkol. mujur ajelah perut meragam. kalo dak, habis jugak nasik seperiuk.
since dah kat kelang tu, kami singgah jugaklah ke umah mokteh edah. dapatlah jumpa orang cairo. hehehehe.. mokteh nak hidang laksa pun, kita mintak tak usahlah. tak larat dah nak meminjam toilet. letih sungguh kami. dari satu rumah ke satu rumah asik pinjam toilet aje. adehhh..
dari kelang tu, kami singgah pulak umah pokde kat pandan indah. perghh.. lima tingkat you.. kalo hari-hari kita kena naik umah dia, mau kurus dalam masa seminggu. eh.. tapi mokde tak kurus pun.. hahahahha.. ok.. pap! pap! biasa mulut ni... hehehehe...
patutnya ke umah aunty norlia kat cheras indah tu. tapinya.. aunty dah letih menunggu. dia dah ke umah kawan dia dah. oleh itu, tamatlah perjalanan beraya kami di hari raya kedua. pulanglah kami dengan selamatnya.
amin.
Thursday, August 23, 2012
raya pertama
seperti yang telah diwar-warkan.. ayam masak merah kita sedapppp! hahahaha.. sapa lagi nak puji kan? puji diri sendiri sudahlah..
pagi raya tu boleh pulak nak dijadikan cerita, kami tak terjaga awal. mujur ada kawan hantar sms raya pukul 6.56 pagi. bergegas bangun solat subuh bagai. aduhlaaaa...
patutnya start cooking lepas subuh. tapi sebab dah lewat bangun, kul 8 baru start masak. lepas subuhlah jugak tu.. subuh gajah. hahahha.. alhamdulillah, semua siap on time.
dah siap-siap semua, kami pun pegilah umah bapak. tada... pinggan limited edition dah terhidang dengan nasi beriyani, ayam kampung, acar dan sebagainya. merasa jugaklah lauk kita terhidang atas pinggan limited edition. bangga wehhhh....
jam dah kul 11:45am. along tak sampai-sampai lagi. bila kol, rupanya beraya umah jiran. geramnyaaaaaa kat pengerusi JKKKKKKKKKKKKK ni. bikin spoil mood saja.
not to waste time, kami pun startlah salam raya. memula bapak salam uwan endon. first time kot, uwan raya ngan kam ini. tetiba dengar bapak nangis. eh?? bapak nangis?? memula ingat dia berlawak. dia ni memang suka sangat menyakat uwan. tengok dia memang menangis. loh!
pastu mak salam uwan. pastu, since along takde, kita salam uwan dulu. habis family kita, alin & faiz pulak. pastu kita salam bapak. again... bapak nangis esak-esak. loh!! biar benar ni. dah 34 tahun.. ok. tolak setahun time kita dalam perut mak. kita rasa tak penah lagi tengok bapak ni nangis. kalo mak, selalulah. kalo ada maklong biah, lagi banjir. hehehe.. rasa heran pulak tengok bapak nangis. pastu dia kata...
"i have the feeling that this is going to be my last raya. i dont know why. but i have the feeling. i'm sorry for all what i did. i'm sorry. i'm sorry. i'm sorry"..
amekkaw! terdiam tak leh nak kata. i was speechless. clueless. didn't know how to react. lap aje air mata dia. peluk dia. tepuk-tepuk dia. tenangkan dia. dia salam made pun sama. dia salam alin pun sama. dia salam faiz pun sama. asik teresak-esak. bila salam adam, dia siap peluk kuat-kuat and mentioned "ni kawan solat jumaat atuk ni" for a few times. and i was like... completely gobsmacked.
time tu, memang kita rasa nak baling baldi kat along. i feel, he should have been there to calm bapak down. to listen to him. to feel him. to be with him. but he decided to be 25km away. nyampah! bila kami dah siap-siap nak ke tanjung malim, baru dia sampai. nampak kepul-kepul asap atas kepala ni? asap bengang ni tau. eeeeee.......
so we decided to balik tanjung malim without him along. mak dengan uwan endon pun tak ikut. uwan tu tak gagah berjalan. susahkan kami tak pe. nanti susahkan orang lain tu, tak seronoklah pulak. kan?
sampai tanjung malim, hujan dah start gerimis. kami terus ke kubur uwan. again..... bapak teresak. hish. apa kenalah bapak kita ni... kita ni memang dah lah kememe kan. pantang singgah kubur nangis sokmo. yang askor pencen pun nangis ni, kita susah sikit nak digest.
lepas tu, kami langsung ke umah mokteh acum. then ke umah uwan cik. then ke umah opah usu. umah paklong ali tak boleh nak singgah sebab dah pukul 5. nanti kul baper pulak nak sampai putrajaya. sian kat made nak beraya ngan ma dia. sampai putrajaya, ma pun dah tukar baju raya. aleh.. adik beradik lain pun ada. makcu kakcik pun ada. kak ti aje takde.
come to think of what happened to bapak, i had a thought of perhaps he is having an emotional crisis. ntahlah. banyak sangat tengok cerekarama time posa ni ke. kan?
at the same time, kita terpikir.. manala tau.. ni raya terakhir kita dengan dia. ntah-ntah tahun depan, kita yang tak de untuk beraya dengan dia? mana la tau kan... ajal masing-masing sudah tertulis. sama ada kita sedar atau tidak. sama ada kita tahu atau tidak. itu semua kerja Allah s.w.t. andai sudah ada penamatnya, pergilah kita.
kalau kita takde, sedekahkan fatihah untuk kita ye :D
Wednesday, August 22, 2012
malam raya
malam akhir puasa, boleh tak ingat kami ni berpuasa. leka duk tengok escobar kat discovery channel, tetiba dengar azan magharib. made pandang kita, kita pandang made. tetiba made jerit "maghrib! buka puasa!". bergegas masing-masing carik air minum. hahahahah.. boleh harap betul.
kami sebenarnya dah planned nak ke festival mall sebab baju raya adam tak dapat lagi. itu yang tak masak & tak ready makanan berbuka.
balik tu pulak singgah umah mak. ayah iz sibuk nak main bunga api dengan anak-anak sedara. dapatlah blister sorang satu. hahahaha.. bila dengar bunyi mercun dengan bunga api, rasa meriah pulak raya tahun ni. kalau dak, memang rasa nak lempar dengan selipar kat budak-budak yang bakar mercun ni. this year, somehow, different...
ingat nak amik ayam kampung wak leh, tak jadik. sebab ayam tu sekor tak berpotong lagi. budak bandor sorang ni mana reti potong ayam. (post cooking for hari raya update: mujur jugakkkkkk tak amik ayam tu. alin kata kepala ayam pun ada. hahaha).
bila balik umah malam tu, start lah packing duit raya. best eh duit raya tahun ni. macam duit saidina. hahahahah..
Tuesday, August 21, 2012
raya ketiga
dah raya ketiga dah hari ni eh? cepat benau masa berlalu. lagi beberapa hari nak masuk keje. keje yang dibawak balik pun tak setat lagi. males.
hari ni nak jalan umah jiran-jiran. pakcik yatim! cik leha! makcik pah! bangun makcik-pakcik wehhhh.... hahaha...
pastu bawak mak pegi kubur atuk baq kat puchong.
pastu visit nenek kat puchong (kami dah second time dah.. hehehe)
pas tu raya ngan kak ti kat pj
pas tu.. mmm.. tak decide lagi.
pastu kalu sempat, gi beraya umah kengkawan.
eh.. tak raya lagi dengan uncle ikea. macam tak caya pulak. hehehehehe..
Friday, August 17, 2012
aidilfitri
duit raya - checked. lelen dah tukarkan awal-awal.
sampul raya - checked. last year punya pun berlambak lagi.
kuih raya - checked. dah dapat tiga botol. oklah tu. jap lagi buat sikit lagi.
baju raya - er..... mmmm..... ni cite kendian.
cuti raya - checked. seminggu!!!!! horeeeeeeeyyyy!!!! tapi kena bawak bekalan kerja. menyampah.
plan raya - checked. antara malas dengan rajin je nanti. hahaha..
apa lagi eh? rasanya semua dah complete kan eh? semalam mak kata "nanti mak nak masak nasik minyak dengan rendang". che nani pulak kata "i masak dendeng lah". so takkan kita nak kata "ok. kita bawak perut". nak kena pelempang raya ke apa.. jadi, kita pun katalah.. "kita buat ayam masak merah". hehehe..
terbaekkk..
sampul raya - checked. last year punya pun berlambak lagi.
kuih raya - checked. dah dapat tiga botol. oklah tu. jap lagi buat sikit lagi.
baju raya - er..... mmmm..... ni cite kendian.
cuti raya - checked. seminggu!!!!! horeeeeeeeyyyy!!!! tapi kena bawak bekalan kerja. menyampah.
plan raya - checked. antara malas dengan rajin je nanti. hahaha..
apa lagi eh? rasanya semua dah complete kan eh? semalam mak kata "nanti mak nak masak nasik minyak dengan rendang". che nani pulak kata "i masak dendeng lah". so takkan kita nak kata "ok. kita bawak perut". nak kena pelempang raya ke apa.. jadi, kita pun katalah.. "kita buat ayam masak merah". hehehe..
terbaekkk..
Wednesday, August 08, 2012
jalan-jalan raya
dah plan dah you all punya jalan-jalan beraya? hehehehe..
kami udah.. yelah.. orang beraya kat kl. apa lagi nak buat -- ikea lah. hahahahahha...
tengah buat listing ni. dok balik update aje.
mudah-mudahan perjalanan semua selamat ye. hati-hati di jalan raya :D
kami udah.. yelah.. orang beraya kat kl. apa lagi nak buat -- ikea lah. hahahahahha...
tengah buat listing ni. dok balik update aje.
mudah-mudahan perjalanan semua selamat ye. hati-hati di jalan raya :D
Sunday, August 05, 2012
ayam
ok. admitted - kita ni budak bandar. dulu-dulu bila balik umah uwan kat kampung pandan, dapatlah tengok seekor dua. (tengok... kampung uwan pun kat bandar jugak). itupun mujur dia ada bela ayam dengan itik untuk buat manja-manja. dapatlah juga membau taik ayam. heheh..
so.. yesterday we wanted to try fresh chicken yang baru sembelih kat masjid ulu kelang tu. dah lama dah orang tu berniaga pun. kami aje yang tak penah menyinggah. rasanya since i was a small kid, they already have their business set up there. and i tell you... orang tak penah surut la kat situ. lebih-lebih lagi kalau time perayaan. siaplah kat situ. jem!
ok. back to what happened yesterday. setelah sekian lama dok berhajat-hajat, made drove me there. made aje turun sebab i had alesya with me. mujur... hehehehe... so, i watched him talking to the guy. then the guy pointed to one of the chickens. made chose whatever the guy pointed. then dia timbang. nampaklah about 2 kg. then dia amik ayam tu, dia bawak belakang dia, zas! aaaaarrrrkkkkk!!!!! gila cepat dia sembelih. mesti dah hapal sepenuh hati doa sembelih ayam. ok. jangan ada doubt. hahaha.. nak kesian pun tak sempat. business transaction sangat cepat. tengok2 pisau dah berdarah, ayam dah terlentok. tamatlah riwayat sang ayam.
yang kami tiga beranak dalam keta ni buat apa? jakun tengok ayam lah. hahahahaha.. alesya tergedik-gedik pointing to those chicken in front of our car. then bila ayam-ayam tu datang sebelah keta kami, lagilah terjerit-jerit tengokkan ayam. hahaha..
jakun eh?
yela.. yela..
Tuesday, July 31, 2012
marah sikit
ok. sapalah tak penah buat silap kan? tapi bila silap sendiri, dia tuding kat orang lain, kita jadik sakit hatilah jugak kan..
ginilah.. kisahnya not so a big deal pun.
citernya adalah... kita buat room reservation for our guest last week. then ada salah on the check out date. so, kita buat another revised letter. first letter dated july 25. the revised one dated the following day. and i was contacted by the person in charge to reconfirm the date sebab i made a typo error. itu citer hari jumaat. guest datang hari ahad. he went in ok. but was later found himself locked outside of his room on monday afternoon.
sebab? reservation did not receive the revised letter that i sent on friday.
i had to make few calls yesterday to resolve the problem and when i thought it was over, i was again slapped with frustration this morning.
the person in charge called me this morning to confirm what letter i should be providing them . discussion went fine. and i did not put the blame on them. not even a quarter inch. it was not in my conversation. later, my boss called me in and explain what she wanted me to do and what was passed on from that person in charge to her supervisor.
ok. tak payah susah-susah teka. mistake was anne's. i was like.. heh? why didn't she pointing it to me when we were communicating this morning? why from her supervisor that i hear a twist in her story?
saya rasa sangat-sangat bengang.
ok. i sent the letter dated july 25. it was then revised with a letter dated 26. you called to confirm my typo error and to which, confirming acceptance of our revised letter. why was it not passed on to your reservation? with that in mind, why should i be in the position of at fault?
logik?
mujur posa. tak kuasa nak gaduh. tadi rasa nak antar emel jugak. lepas tu malas.
ginilah.. kisahnya not so a big deal pun.
citernya adalah... kita buat room reservation for our guest last week. then ada salah on the check out date. so, kita buat another revised letter. first letter dated july 25. the revised one dated the following day. and i was contacted by the person in charge to reconfirm the date sebab i made a typo error. itu citer hari jumaat. guest datang hari ahad. he went in ok. but was later found himself locked outside of his room on monday afternoon.
sebab? reservation did not receive the revised letter that i sent on friday.
i had to make few calls yesterday to resolve the problem and when i thought it was over, i was again slapped with frustration this morning.
the person in charge called me this morning to confirm what letter i should be providing them . discussion went fine. and i did not put the blame on them. not even a quarter inch. it was not in my conversation. later, my boss called me in and explain what she wanted me to do and what was passed on from that person in charge to her supervisor.
ok. tak payah susah-susah teka. mistake was anne's. i was like.. heh? why didn't she pointing it to me when we were communicating this morning? why from her supervisor that i hear a twist in her story?
saya rasa sangat-sangat bengang.
ok. i sent the letter dated july 25. it was then revised with a letter dated 26. you called to confirm my typo error and to which, confirming acceptance of our revised letter. why was it not passed on to your reservation? with that in mind, why should i be in the position of at fault?
logik?
mujur posa. tak kuasa nak gaduh. tadi rasa nak antar emel jugak. lepas tu malas.
Monday, July 30, 2012
sudah pandai masak..
sikit... heheheheh...
semalam kita masak nasik minyak siap dengan ayam masak merahnya. kata mak, kurang air. bapak senyum aje sambil makan. tapi testimonial paling best adalah...
drum roll please......
UWAN!! dengan empat kali tambahan
woohoooo!!! hebat kan? hahahaha...
i have to be honest, i'm not a good cook.. so when things went well with my cooking, i am so very much a proud peacock. jadi, ampunkanlah saya.. hahaha..
gamba tak leh share lagi. nanti you all lapa. hehehe..
Thursday, June 28, 2012
perut
Hari Sabtu lepas, kita umah Bapak. Masa sampai, dia takde. Gi Ampang, kata Alin. Dia balik kejap, pukul 6:30pm dia nak keluar lagi. Pi pasar malam pulak. "Nak makan apa-apa tak?", Bapak tanya. Soalan tu biasa aje sebenarnya. Tapi petang semalam, rasa macam syahdu pulak... Macam... "bapak aku ni..... macam mak dia juga. Suka tanya nak makan apa. Nanti dia pegi cari. Kalau tak dapat yang sama, yang hampir sama pun tak pe. Tapi mesti cari". Uwan Jiah macam tu lah. Pantang disebut. Tak besok; lusa siaplah apa yang kita kepingin tu.
Itulah rahsia nak jaga orang kesayangan. Patutlah perut kita buncet. Hish!
Tuesday, June 26, 2012
Sudin & Marjinah
Sudin bergaduh lagi dengan Marjinah semalam. Oh well... Bukan hari-hari depa gaduh pun. Cuma off late depa ni selalu sangat bertingkah.
Bila dengar Marjinah bercerita, saya rasa macam... "Nape macam tak selesai derang ni?". Until Marjinah luahkan rasa yang the last quarrel they had, they did not come to any conclusions neither final say. Sebab? Kassim, anak derang asik bertanya kenapa spongebob pakai neck tie and papa dia pegi keje tak pakai tie pun.
Heh?
Ah well... So I thought.. Patutlah takde settlement. Apa yang terbuku, tidak terluah. Apa dirasa, tidak dizahir.
I am no marriage counsellor. I've gone through the rough sea as well. But I have to agree that sometimes, husband takes it for granted when the wife looks fine and able to be independently control her feelings. Senggama dua tiga round and he feels every things are under radar. Thats unfair kan?
Memanglah perempuan ni mulutnya boleh tahan juga. But they have feelings too. Kan? Apa salahnya take time to sit, bincang jiwa ke jiwa, keluarkan apa yang terbuku. Both will go one happy. Dont you think? Ni asyik buat assumption saja. Dia senyum. Dia gelak. Maknanya dia ok. Come on la... As much as you guys nak sorok masalah office or any of such, this other half is hurting too and feeling the pain. Dah lah panas hati, nak kena berlakon dalam office, depan anak-anak. And she's ain't Erra Fazira, ok?
Ce tanya diri sendiri, ke manakah kesudahannya? Benda yang boleh disettle, tapi sudahnya pertelingkahan disaksikan anak-anak. Bad example kan?
Kadang-kadang letih jugak dengar kisah Marjinah. Tapi, saya kasihan juga. Saya tak salahkan suami dia. Sebab saya tau they are of an opposite attract. Sudin gini orangnya. Marjinah begitu pulak orangnya.
Duduklah. Fikirkan yang terbaik. Tak guna mulut kata sayang kalau sayang hanya jadi mainan mulut dan perasaan. Isteri tu kan secantik-cantik perhiasan. Janganlah jadikan dia tunggul.
Untuk Sudin & Marjinah, janganlah persendakan akad yang telah dilafazkan dan simboliknya cincin di jari manis itu. Kalau setakat ingin dijadikan hiasan, belilah cincin zhulian. Hari-hari boleh tukar. Hehehe..
Sunday, June 24, 2012
alesya ni!!!!
dia pakai my office ID tag. pas dia datang kat kita, sambil bawak baby dia. pastu dia bagi baby dia kat kita. pastu dia buat macam baru balik keje and amik baby tu dari kita. ala-ala cerianya si emak baru pulang kerja dapat bertemu anaknya. ha gitew.. pastu dia jalan keluar bilik dengan baby dan tools bag adam. sebijik macam kita amik alesya daripada umah opah. macam itulah gayanya. dengan dokong alesya sebelah tangan. dengan laundry bag sebelah tangan. dan yang penting ID tag.
pas tu dia kata baby dia sakit perut pulak. siap lompat nak capai ubat angin atas lemari. kita kata kat dia, amik lotion sudah. dia amik lotion, suh sapu kat tangan dia. pastu dia sapu kat perut baby.
hebat sungguh ingatan dan imagination budak-budakkan?
atau adakah itu petanda scha al-made nak adik lagi?
ayah... sila jawab...
hahahahahaha..
![]() |
sudah ketentuanNya
Hari Khamis baru ni Mak informed yang Mak Ngah kat Tanjung Malim tu meninggal dunia after her long battle with cancer. Mak ngan Bapak aje yang pergi ziarah. Kami hanya sampaikan salam..
Tadi dapat berita tentang anak Olie. Akif has been battling for his life since 2 weeks ago. He's a true fighter. I can't remember who.. But someone told me, special kid like Akif has high spirit and will fight all the way. Indeed true. Kita tak sempat nak jumpa Akif. Nak bagi Akif rasa kek yang kita buat. But I know Akif is in a good hand of Allah swt. Insya Allah..
On Wednesday, Made came back feeling sad for Ma. Ma kata kat Made, "umur Ma dah banyak. Awak pun dah berkeluarga. Anak-anak lain pun semua sihat & bekerja" perhaps to indicate, there's nothing more to look upon for.. Kita dengar pun rasa sedih. Kalau kita depan Ma, mesti kita dah nangis.
After Uwan, takde lagi orang terdekat/tersayang yang menyusul kecuali Ayah. Impact was hard. But.. Itulah.. Semuanya dah ditentukan.
Mmmm... Ntah-ntah.... kita yang pegi dulu sebelum you ols. Mintak maaf awal-awal la ye. Mintak halal makan minum. Mintak maaf salah kata. Mintak maaf salah laku. Kalau ada terhutang, minta beritahu ye. Pohon doakan kesejahteraan kita esok-esok. Insya Allah.
Amin.
Saturday, June 23, 2012
Amway
I dah join amway, u ols! Hahaha..
Reason? Nothing concrete. Satu - nak cari vitamin. Dua - i heard a good review on their beauty/facial products. Tiga - kedai dia belakang umah. Senang!
So now.. i have new beauty products. Jerawat masih naik. Dia kata give two weeks for the products to settle. Ok. Hari ni baru second day. Kita tunggggguuuuuu...
Hari ni juga adalah hari kedua makan vitamin. Lutut dah takde bunyi time solat. Wahh!! Hebat kan?
So, amacam? Nak beli barang amway? Call la saya. Cecewahhh...
Reason? Nothing concrete. Satu - nak cari vitamin. Dua - i heard a good review on their beauty/facial products. Tiga - kedai dia belakang umah. Senang!
So now.. i have new beauty products. Jerawat masih naik. Dia kata give two weeks for the products to settle. Ok. Hari ni baru second day. Kita tunggggguuuuuu...
Hari ni juga adalah hari kedua makan vitamin. Lutut dah takde bunyi time solat. Wahh!! Hebat kan?
So, amacam? Nak beli barang amway? Call la saya. Cecewahhh...
Friday, June 22, 2012
jadual waktu
jadual kita sejak ada maid ni dah berubah sikit.
eh! awak tak tau kita dah ada maid? eeeee.. tak updatedlah awak ni. hahaha.. ha-ah.. kita dah ada maid. alhamdulillah. rezeki kami nak dapat filipino maid yang muslim. syukur.
sekarang ni, kita bangun tiap-tiap hari pukul lima untuk masak makanan tengahari. masak simple-simple aje. sebab tu kita dah ada buku ini....
ha... hebatkan?? boleh harap jugaklah buku ni. cuba tu udah. menjadik tu tak gerenti. kehkehkeh..
sambil masak tu, kita start washing machine. so adalah bunyi-bunyi iringan kat dapur tu disamping alunan bacaan al-quran kat surau.
sambil masak lunch tu, kita buat sekali bekal breakfast untuk adam. kadang-kadang kita punya sekali. siap semua, kita kejutkan adam. selalunya by then dah 6.25am. mamat ni suka mandi lama. jadi kena kejut dia awal-awal. lebih 10 minit kalau dia sorang.
by 7am kena kuar umah untuk hantar adam ke sekolah. hari-hari biasa, kalau kuar lambat dari pukul 7 tu alamatnya subjected to be caught in traffic lah. now, kalau time summer break ni, sangkut jem tiga puluh kilometer pun tak pe.. hahahha..
tengahari balik amik adam from school. then by 1.45pm rush balik ke office. by 4pm, kemas bag. balik! kejarkan pulak budak adam ni ke sekolah agama (di hari-hari berkaitan).
in general, my daily life is superb busy dengan operasi membawa kereta dan berkejar ke sana sini.
so my darling kesayangan, boleh ke tint kan cermin kereta untuk i? panas tau u.. nanti i itam nanti, camne kita nak nyanyi lagu "black & white" sambil pusing-pusing tangan?
wakakaka...
in general, my daily life is superb busy dengan operasi membawa kereta dan berkejar ke sana sini.
so my darling kesayangan, boleh ke tint kan cermin kereta untuk i? panas tau u.. nanti i itam nanti, camne kita nak nyanyi lagu "black & white" sambil pusing-pusing tangan?
wakakaka...
Sunday, June 17, 2012
porno
ha.. terang mata nak baca eh? hahahahhaha..
ada kawan kita cite.. husband dia suka tengok porno. so dia rasa tak suka. kita pun kata kat dia, it's a norm la for guys to watch porn. but for all you know, it's you that he turns back to. kan?
tapi at the same time.. kita berpikir-pikirlah jugak..
apa yang bestnya nonton porn ni? oklah. untuk belajar aksi-aksi - kalau ada. other than that? untuk keghairahan sendiri? oklah. maybe? ok. soalan ni sangat subjective and private. period.
anyhow, kita pun sedarlah badan kita ni takdelah macam kim kadarisman. tapi kita ada hati dan perasaan jugak pe. kalau kita kata kita berasmaradana sambil membayangkan muka ex-bofren kita. awak ada marah ke tak marah?
ha! samalah kita rasa..
timbang-timbanglah sikit.
ada kawan kita cite.. husband dia suka tengok porno. so dia rasa tak suka. kita pun kata kat dia, it's a norm la for guys to watch porn. but for all you know, it's you that he turns back to. kan?
tapi at the same time.. kita berpikir-pikirlah jugak..
apa yang bestnya nonton porn ni? oklah. untuk belajar aksi-aksi - kalau ada. other than that? untuk keghairahan sendiri? oklah. maybe? ok. soalan ni sangat subjective and private. period.
anyhow, kita pun sedarlah badan kita ni takdelah macam kim kadarisman. tapi kita ada hati dan perasaan jugak pe. kalau kita kata kita berasmaradana sambil membayangkan muka ex-bofren kita. awak ada marah ke tak marah?
ha! samalah kita rasa..
timbang-timbanglah sikit.
Subscribe to:
Posts (Atom)


