knock! knock!
telekom: assalamualaikum
me: waalaikumussalam, ya?
telekom: maaf kak, kami datang nak potong line
me: line? line apa?
telekom: line telefon
me: kenapa pulak nak potong line telefon?
telekom: sebab kita dapat arahan kata akak tak bayar bil dah lebih dari tiga bulan
me: are you sure?
telekom: akak dah dapat reminder kan?
me: are you very-very-very sure of what you're doing?
telekom: kalau akak tak puas hati, akak kena deal dengan HQ. kami dapat arahan aje kak
me: i am certain i have paid all my bills & certainly clear that telekom owes me couple of ringgit. you better check again with your HQ
telekom: akak jangan macam ni kak..
me: bukan saya yang macam ni. awak hantar bil ntah ke sapa2. org lain punya bil awak hantar kepada org lain, lepas tu awak sedap-sedap aje nak potong line ye?
telekom: bukan kak.. kita dah hantar reminder untuk akak jelaskan bil
me: memanglah awak hantar reminder. tapi cuba tengok nombor tu nombor berapa? kawasan kat sini nombor dia start nombor berapa? ada logik?
telekom: eh.. kat sini bukan 8xxxxxx? (cakap kat kawan dia, "weii.. kawasan sini nombor berapa?". "empat" kawan dia kata)
me: saya tanak menghalau, tapi awak baik balik and suruh HQ awak check balik details yg mereka key in dan tolong betulkan.
telekom: maaf ye kak
me: a'ah.. saya maafkan. kem salam ye dekat org HQ awak tu
of course, this has yet to happen :D telekom kalo nak potong line mana ada datang rumah. dia cut off daripada tempat dia aje.. i have, however, prepared some lines should my line went off
me: encik yang berhormat, kenapa potong line saya?
telekom on line: sebab puan tak bayar puan punya bil setelah kami hantar reminder
me: awak hantar bil sapa? awak hantar dekat mana?
telekom on line: bil "former owner" di keramat. macam dalam rekod kami
me: boleh tak awak tengok balik application dia against rekod awak. dan tolong rectify masalah awak. nombor "8" takde dekat kawasan keramat. saya yang tak keje telekom ni pun tau nombor "8" ni nombor kat putrajaya
telekom on line: sebentar puan, saya semak. (after few minutes) maaf puan. ada kesilapan dalam rekod kami pun. kami mintak maaf puan
me: ok. maaf diterima. bila saya boleh dapat balik line saya?
telekom on line: puan boleh dapat balik line puan dalam 24 jam. kami akan creditkan rm10 sebagai pemasangan semula la puan
me: ape pasal pulak saya kena bayar rm10? awak yg suka2 hati potong, saya pulak kena bayar. awak suruh ceo awak bayar
telekom on line: errrr.. nanti saya refer pada supervisor saya puan. tunggu sebentar. (after few minutes). puan, saya dah refer pada supervisor saya dan kami tak charge rm10 dalam bil puan.
me: you better not.
telekom on line: terima kasih kerana memanggil telekom on line puan. ada apa2 lagi yg boleh saya bantu?
me: boleh. tolong suruh semua employees telekom buat eye check up setiap bulan. terima kasih
dont blame my scriptwriting talent :P
hahahaha