Monday, October 24, 2005

babai ramadhan, halo syawal

anak bulan sudahlah nampak
esok raya atau tidak....

i'm in raya mood oledi. pagi² datang opis dah dengar ucapan & lagu raya. meriah sungguh.. posa 7 hari kantoi. adoh. akanku ganti diketika bulan syawal yg mulia ini jua.. tak kosa la nak tangguh lagi..

semalam i gi beli baju raya.. terbang melayang RM370.00 (ringgit malaysia tiga ratus tujuh puluh sahaja). sahaja hek enko.. melayang duit... time kat kedai tu, oklah, amik jelah... peh tu dalam keta.. adohai.. napelah i beli baju. macamlah tak de kedai lain lagi dah. apa yg lawo eh baju tu? ntahlah... adalah lampu lip lap keliling leher ngan tangan tu. tu je lah. baju tu quite big. L size. akak tu suh amik M size. i refused. yelah. ngan anak sorang yg ligat cam gasing ding-dang tu. tak de mananyer i bulih pakai baju kecik² lagi. kejap duduk, kejap bangun, kejap lari, kejap tunduk.. hish.. tak delah.. peh tu dia nak oter kasik kecik sket. tang labuh kain ngan baju i kasik. tang nak kecik sket, tak yahlah. rogi i beli mahai² peh tu kasik balik kain kat dia.. ooo.. tak payah.. beso pun beso la..

kuih raya i tawon ni ala² congkelat kebanyakannya. ngan kak amy, kuih dahlia. ngan sue i amik kuih cornflakes madu. peh tu kuih badam kat norman. nape i amik kuih ni pun i tak tau.. kuih tart kat anne. kuih congkelat kat ayu. london almond kat kak lela. kuih apa ntah lagi.. ada lagi la kot yg i tak ingat. tunggu jelah kuih tu datang.. kang bayo je. bak kata bapak "kuih kertas".. hahahah.. tak main tunjuk dah.. main tengok dalam gambo je.. aaa... kuih amirul nak buat lagi.. ayoyo.. tak cukup balanglah nak isi kuih.. last wiken i gi umah my sis in law kat PJ. dia ajak wat kuih - congkelat rice tart. dalam dia ada jem stroberi. sedap weh.. i ni dah terlambat sampai. so, keje i, masukkan kuih yg dah 90% siap tu ke dalam dulang untuk dibakar. mmmm.. besarnya jasa i terhadap kuih-muih itu. hajat di hati nak datang balik malam tu, nak buat 2nd edition. konon jelah. dah tertempek kat umah. pekena laksa mak uteh. kira pogeditlah nak buat kuih tu... kenyang banget buka posa malam tu. dengan che nani punya family came over for berbuka. mak uteh & family lagi. penuh umah tu. akut pun siap promote kuih congkelat seciput buatan buah hati tercinto. ahaks.. *sedap kut.. suhlah dia buat lagi... tima kasih*

1st raya i'll be in KL. then 2nd raya i akan pulang menemui keluarga mertua yg tercinta di kola krai. i had a very memorable raya last year. di pagi raya yg hening.. i pun seperti lazim yg i buat kat KL ni, nak siap²kanlah meja ke umah ke apa ke. tapi i tengok one of my ipar tidoq lagi. so i ingat, tak pelah.. mungkin lambat sket. peh tu i dah siap², i gi lah dapoq.. "maaakkkkkkkk... mm..mmm..mmm. mee goreng.. cenggana aku nak makan ni" i have never expected to makan mee goreng pagi raya. kalo i kat KL biasalah dengan rendang, ketupat, nasi impit, kuih raya, kuah kacang, etc. sekali i tengok mee goreng, pala i tak leh tune. tengok jelah mee goreng tu. the same feeling i had when i went to my atuk sedara's house in t'ganu few years back. berpinar kejap kepala ni nak tune bekpes makan satay.. tawon ni tak tau la cenggana. dengar² my sis in law nak buat laksa. tapi since my hubby's kazen yg pandai masak tu tak baper sihat, tak taulah camner. one thing best kat kola krai ni.. bekpes makan kat umah org ni, lunch makan kat org ni pulak. kang dinner makan kat umah lagi satu.. wow.. meriah sungguh perutku ini dengan makanan. last year, adam tak pandai beraya lagi. baru gi 1st umah dah nak tido. so, berangkatlah mama & adam ke umah untuk tido. dah alang² adam tido, mama pun joinlah tido sama.. heheheheheheh.. lepas ke kola krai, mungkin ke t'ganu sat. tak penat sangat nak balik.. wohoooo.. balik kampung....

mak dah ready dengan pinggan mangkuk koleksi londonnyer.. nak dengo citer pasal pinggan mak? hikhikhik.. tiap² tawon mak sure bagi kitorang di pagi raya makan pakai pinggan mahal dia nih. time ni nak rasa jadik anak raja pun bulih. sebabnya, dia hidang, peh tu nanti dia tulung basuh pinggan.. aaaa.. tapi dengan syarat, jangan ada bunyik kat pinggan tu. jangan calar²kan. jangan makan kasar². lepas tu, lepas makan pagi tu, kang dia balut balik pinggan tu masuk dalam lemari. the end. itulah cycle hayat pinggan mahal mak. nasib baik ada raya haji. merasalah 2 kali setawon pakai pinggan dia tu.....

cucu uwan needs to go for tadarus oledi. ustazah dah panggil.. selamat hari raya everyone. jaga diri bebaik. jangan bawak keta laju². ngantuk tido. jangan bawak keta.. semoga syawal ni, membuatkan silaturrahim kita lebih erat. semoga kita semua terus mendalami erti aidilfitri yg sebenar...

No comments: