Saturday, December 01, 2007

saya anak malaysia

pada satu ketika, perarakan bagi saya adalah perarakan hari merdeka yang diadakan setiap tahun pada tarikh 31 ogos. kalau adapun perarakan lain, ia mencampur adukkan pelbagai bunga yang ada di alam flora.

perarakan yang saya tahu dulu, mengumpulkan semua rakyat MALAYSIA. baik dia beragama islam, hindu, kristian, buddha, tidak beragama dan sebagainya. di dalam perarakan itu juga terdapat bangsa yang terdiri daripada bangsa iban, melanau, kadazan, india, cina, melayu dan lain-lain lagi. di dalam perarakan itu juga pelbagai persatuan bersatu padu. baik umno, mic, mca, pas, semangat 46, perikatan, dan lain-lain.

tetapi setelah 29 tahun, saya diperkenalkan dengan perarakan yang bagi saya bak mengikut fesyen terkini dan peredaran zaman kononnya. mengikut negara barat yang seringkali mengadakan perarakan kerana terdapat ketidakpuashatian. perlukah adanya perarakan ini? perlu sangatkah kita up-to-date mengikuti budaya yang satu ini?

lepas ini apa? akan ada yang mengamuk membawa pistol, membunuh semua orang? akan ada yang mencantas kepala orang sesuka hati mak pak dia? akan ada yang meludah ke muka kawan-kawan kerana tidak berpuas hati?

tidak banggakah kita dengan nenek moyang kita? nama-nama nenek moyang ini terpahat dengan bangganya di bangunan-bangunan. di jalan-jalan raya. di buku-buku sejarah. tidak ada sekelumit rasa gah kah mereka ini melihat nama nenek moyang mereka ini? nenek moyang yang dikatakan (ini interpretation saya ye...) menyusahkan mereka sudahnya? pandangan pertama saya, tidak suka, tidak puas hati, pulanglah... jangan buat kacau. awak rasa awak ada negara awak sendiri, then pack your stuff and leave. tapi saya masih ada rasa perasaan muhibah di hati. saya masih ada perasaan kasih pada sahabat-sahabat saya yang berlainan bangsa dan agama ini. saya masih mahukan mereka di sini

duduklah di sini. di malaysia ini tidak seperti negara lain. tidak seperti negara yang masih mengamalkan kasta. tidak seperti negara yang tidak mampu berbahasa inggeris kecuali bahasa mereka sendiri. tidak seperti negara yang ketuanya hanya sibukkan negara orang lain dan tidak peduli apa yang berlaku di negaranya sendiri.

kita di sini aman. bahagia. rukun dan damai. apa lagi yang kurangnya? fahaman politik, tidak puas hati tentang bangsa, agama hanya perkara jijik. saya islam. saya diajar agar menghormati agama lain. saya diajar agar menghormati pegangan orang lain. saya tidak mengutuk agama itu. saya tidak mengutuk kaum itu. walaupun ya ada, sekali-sekala saya mengutuk juga.. siapalah saya kan.. hanya manusia jua. tapi itu bukan secara global. itu secara persendirian. kerana personaliti seseorang itu sendiri. kerana stupidity seseorang. dan seseorang itu, pada saya, tidak mampu mewakilkan seluruh bangsa, agama mahupun kaumnya.

saya berkata sebagai rakyat malaysia. rakyat malaysia yang adakalanya tidak setuju dengan dasar kerajaan. rakyat malaysia yang hanya bercakap sendirian dan berbincang bersama teman lain. dan sebagai rakyat malaysia yang ingin berterusan mengecapi keamanan dan kedamaian yang telah dirasai selama 29 tahun ini.

mana-mana kita pergi, akan adanya ketidakadilan. kemana pun kaki melangkah akan adanya rasa tidak suka dan "this is not fair". tapi hidupla kita seadanya. pegangan saya, "we cant change the surrounding or environment, but we still can adapt into it".

hujan emas di negara org, hujan batu di negara sendiri

tidak ada bangsa lain, saya hanya kenal ali, abu, dan minah. dengan ada bangsa lain, saya kenal ah seng, john, siva, lengau dan sebagainya. thesaurus saya bertambah. contact list saya berganda. saya rasa bangga. tidakkah anda?

6 comments:

TJ said...

perarakan? .. demonstrasi rasanya

muadzlife said...

hmm.. tu lah .
masa berubah...
but im proud to be malaysia...

anne rafei said...

tj: demonstrasi tu bukan macam yg nak jual pinggan mangkuk, periuk belanga tu ke? hehehehe

anne rafei said...

eylla: malaysia di hatiku, gitu.. hehehe

neomesuff said...

yesszerrr..agreeddd..very patriotic!

errr...lengau? hehehe

anne rafei said...

kak nomi: nak letak nama sorang sarawakian kat opis. tapi lupa pulak nama dia time tu.. salah pun nama dia tu. nama dia langie. hehehehe