Friday, March 30, 2012

overseas


rasa macam nak keje kat overseas lah. nanti bolehlah hantar gambar dengan ucapan kat salam perantau. time-time raya boleh amik gambar ramai-ramai masuk suratkhabar. femes kan?

pastu, boleh dapat bekalan makanan yang berkotak-kotak dari malaysia. mmm.. macam ada sangat orang nak hantar makanan pun. macam kat overseas tu takde. macam tak boleh beli pulak. hahahahaha...

bila lama tak balik, nanti mak bapak rindu-rindu. nak tengok cucu. along, alin terkinja-kinja la bila kat klia. ha... barulah excited sikit. jerit-jerit. peluk-peluk. nangis-nangis. barulah kememe level ke 14. woohoooo....

main salji semua tu tak de heran lah sangat. jakun sikit adalah. hahahah.. biasalah.. baru boleh dipanggil orang darat :D

kat overseas barulah berbaloi update status kat FB ke twitter ke.. ni setakat update, lepas tu orang depan mata aje yang reply, aleh.. dah tak cool. hahahahah...

bila lagi nak menimba pengalaman kat negara orang. barulah best sikit nak mengundi pos. wakakaka..

.
.
.
.
.

ala... sekali-sekala nak berangan. apa salahnya...

No comments: