Thursday, March 08, 2012

Saya sangat bertuah..

Sebab suami saya tak pernah larang saya nak kuar minum or outing dengan kawan-kawan saya. Janji dia tau saya kuar dengan sapa dan ke mana. Yelah... Kot nanti ada bangunan meletup ke, banjir ke, bomb attack ke senang dia nak claim body saya nanti. Uiii... Mintak disimpangkan. Aminnnnn...

Saya juga rasa bertuah dia penjimat orangnya. Dia jarang call saya. Teknologi messaging kan ada. Dia pulak orang IT. Jadi kena la ikut kaedah terkini. Baru kelasss. Jadi saya tak hairan kalau bill dia hanya bayar monthly fees. Kalau ada call charge pun, itu mungkin nombor kenalan yang penting baginya. Asyik bercakap dengan saya pun bosan jugak kan. Kena pulak saya ni memang suka bercakap & share dengan dia. Tak henti nanti.. Camno nak jawab tu nanti? Hehehe..

Kot saya marah ke merajuk ke, saya tak perlu nak tunggu bunga ke cokelat ke tetiba datang kat opis. Sebab saya memang x suka bunga. Bunga kat umah pun dah jadi tempat tido kucing. Membazirlah kalo dia nak surprisekan saya gitu. Baik bawak saya pegi makan. Perut pun kenyang. Tokey restoren pun suka. Hahaha...

Lepas tu, saya tak payah harap dia call lah. Sebab dia tak kan punya. Satu, ke arah penjimatan. Dua, saya ni senang nak pujuk. Selalunya saya pujuk diri sendiri aje. Tak payah nak susah-susahkan orang. Pesan orang tua-tua tu... Ingat elok-elok.

Kalau ada any suggestions nak tukar itu ke, amik pembantu ke, nak pegi sana sini ke, kami selalu bersepakat agar kos ditanggung oleh saya. Sebab hak saya dia simpan dan tabungkan dulu. Sampai bila kot nanti dia tak panjang umur, saya dah tak payah fikir nak cari duit tambahan. Berfikir panjang kan? Tip top punya!

Itulah...
Saya dah kata...
Saya sangat bertuah...

Ya Allah, Kau panjangkan jodoh kami. Kau tabahkanlah hati kami menempuh dugaan hidup yang Kau beri. Tingkatkanlah kesabaran kami kerana kami hanya insanMu yang lemah.

Amin...

No comments: