Umah Cik Ali - done!
air oren, kerepek pisang, kuih raya, rendang pelbagai
pak ali jenis buat listing apa dia buat. dah biasa katanya. dia akan buat based on the listing he made. mana yang dia boleh buat terus, dia buat immediately. kalau tak buat, dia akan evaluate kenapa. kalau barang takde, dia pi beli. he wants to stay active. jogging diumur dah 60 lebih. hebatlah! cucu dia adam dan ammar. ada lagi sorang alesya jugak. sepesen cucu bapak kita. kihkihkih. cik nor nak order kek. alhamdulillah.
Umah Cik Mahmud - done!
air teh, kuih raya
cik nor tak sihat rupanya. dah dua tahun. padanlah tak rajin tengok dia dah. jatuh langgar katil. kena masuk skru kat kaki. dah start lupa-lupa. umur dah menginjak 70++. ada bibik datang jagakan. ada masa dia tido, bibik tido jugak. ada masa dia tak tido, bibik tido jugak. hahahaha.. sayang cik mahmud kat cik nor. dia yang rasa separuh nyawa hilang. makan pun dah tak sedap dulu. cik nor boleh masak. tapi dilarang. takut cik nor terlupa tutup api dapur. alhamdulillah. moga-moga kasih hingga ke syurga.
Umah Cik Yatim - done!
air oren, kerepek, kuih raya
ada layla, ada azrai - laki dia. cik ana kurang sihat. penat benar agaknya raya ni. jaga cucu lagi. ni cucu takde, bolehlah bercuti sakan. dia tanya kalau ustaz boleh ajar amsyar ngaji jugak. majlis ilmu, memang boleh sangatlahhh...
Umah Abg Man - done!
air sirap bandung, soto, rempeyek
dah start keje dah depa ni. wife dia dah start meniaga kat brickfields. umah dia tu umah sewa. dah 12 tahun, sewanya masih sama. best benar. tapi tahan lah dengan keadaan umah yang uzur. nak dibeli, tak dibagi tuan rumah pulak. anak sulung ikut mak berniaga. angah ada kat umah tadi. alif nak amik periksa upsr tahun ni. yaya paling kuruih among them. tapi paling chubby masa kecik dulu. mia baru 5 tahun. tapi besarnya mengalah alesya yang 6 tahun ni. ingatkan alesya dah tinggi dah. ada lagi tinggi rupanya. heheheheheh.. gila sedaplah soto dia! kenyang sampai ke petang. agak macam tak malu nak mintak sikit untuk tapaw. hahahahha...
ini untuk hari ni. besok sambung lagi. lepas umah abg man dah tak sanggup nak pi umah orang lai. sebab dah nak terkucil. sambung besok pulak.
menziarahi yang tua.
as-salam
No comments:
Post a Comment