Thursday, March 18, 2010

customer service

saya tak boleh la kalo cashier kat kedai tak reti nak senyum & cakap tima kasih. geram aje rasa... bukanlah saya kemaruk sangat nak tengok derang senyum or say tima kasih tu... tapi saya pun penah keje cashier. saya fahamlah perasaan derang yang dah tak kuasa nak senyum & say thanks. customer bukan satu... ramai. memanglah penat. tapi saya juga customer ape... tak ke sejuk hati saya tengok org senyum sambil tangannya mengecas credit card saya yang menggapai credit limit itu? kan?

saya penah la pegi satu kedai biskut cina kat melawati ni. memang tip top la service walaupun kedai biskut aje. saya datang nak beli biskut ikan dengan biskut toncet. at the same time nak beli air 100+. bila saya sampai kedai tu, dia dah sambut "ye puan, nak beli apa?". puan okeh.. puan.. takde kakak-kakak, makcik-makcik, kak ngah, kak long, bagai. ayat lain, "puan nak biskut berapa kilo? kalau puan nak yang sikit, kita ada yang sudah packed", "air 100+ yang botol takde la puan. yang tin boleh?", "ada apa-apa lagi puan?".

nasib aje adam ni laki, alesya ni kecik lagi. kalo tak, confirm saya chop buat menantu!

ada la satu kali tu.. time tu saya preggy. kalau takde si fairuz tu belikan makanan saya, jawabnye ngoder aje dari mekdi depan opis tu. saya mintak delivery aje sebab tak kuasa nak jalan. nak dijadikan cite, satu hari saya dah ordered mekdi, sekali dengan bos punya. selang 10-15 minit, saya dapat sms. "dtg skunk kat guard. mcd". terkujat saya.. saya pun balaslah "mind your language, please". then dia reply "i.m here.. in guard house. now". peh tu guard call. dia kata this delivery boy tanak masuk hantar makanan and insisted that i collect the makanan kat guard house. saya bagitau guard, mintak the delivery boy masuk sebab saya tak larat nak keluar. peh tu, guard tu call lagi. "anne.. ini orang banyak kurang ajar la anne. dia tak nak masuk. dia punya bahasa sangat kurang ajar lah". saya pun menyirap la kan.. apehal pulak budak delivery ni. peh tu saya nampak melissa from fine art bawak delivery boy ni masuk. then she gave me one kind of look. time tu, bos dah duk tepi meja. and she was staring at this delivery boy. bos saya, bila dah pandang tu, baiklah ko lari selamatkan diri. walaupun mata dia tu cantik macam aishwarya rai, sekali dia pandang, memanglah rasa nak terkucil. delivery boy ni pun dah tunduk. peh tu mintak maaf. mujur dia mintak maaf. kalau tak memang pelempang ni naik jugak kat muka dia. lepas dia keluar aje, melissa ni called. dia kata budak delivery ni mengomel dari main gate sampai dah nak sampai ke opis saya. "apa? bagus sangat ke keje kat sini.. sampai tak boleh nak keluar amik makanan? ingat dia bagus sangat ke? bla.. bla.. bla.." itu antara yang melissa cerita la.. tapi agaknya bila dia sampai, tengok perut saya yang boncet ni, tak jadik la kot nak memaki hamun. tambah pulak saya dah pasang bodiguard kat tepi kan.. :D

silap besar dia? dia sms saya.. jadiknya? saya ada nombor dia. kalau saya nak buat complain kat mekdonel boleh jugakkan? tapi saya tak kuasaaaaaaaaa nak layan. sukahati ko la dik....

walaupun customer delivery boy itu sangat kuajaque, saya tetap beli mekdonel sebab itu adalah makanan ruji saya. dan kerana budi bahasa budak kedai biskut tu sangat saya suka, tiap-tiap minggu pun saya gatal nak gi beli biskut walaupun biskut kat umah ni berlambak-lambak untuk dihabiskan. customer service itu penting...

hehehehe...





2 comments:

Zareene Saifuddin said...

N, award tuk ko: http://zareenesaifuddin.blogspot.com/2010/03/award-dari-nini.html

Zareene Saifuddin said...

N, u've been tagged at: http://zareenesaifuddin.blogspot.com/2010/03/tag-dari-nini.html