Thursday, March 04, 2010

majlis alesya

30 january itu hari kami buat kenduri kesyukuran sempena kelahiran alesya. 27 february pulak buat majlis akikah alesya and ammar kat umah gapi. sempena majlis doa selamat mak naik rumah baru jugak lah..

kenduri kesyukuran tu buat kat umah kami. siap mintak khemah pink. buai alesya pun pink. baju mama, alesya dgn adam pun pink. (tima kasih aunty liza for baju kurung yang sangat cantik. siap dengan hairband lagi..) ayah tak sempat beli baju pink. nasib baik aje lauk tu tak boleh buat lauk pink. kalo tak, complete semua pink.

kami jemput persatuan marhaban dekat au4 ni. janji kul 11, kul 10 dah ada satu makcik bagi salam. tuan rumah tak mandi lagi. apa lagi.... bergegas mandi, bersiap bagai. by 11, semua makcik dah sampai dan marhaban pun bermula. dah habis makcik-makcik tu marhaban, makanan pulak tak sampai lagi. jem sebab ada thaipusam. adohai... mujurlah ada kuih yang mokteh ngan maknek buat. hulur dulu la kat makcik-makcik tu. food arrived aje, terus makan. makanan yang dimasak oleh encik fik dan kawan-kawan adalah sangat hebat! ada yang tambah beberapa kali sampai nasik pun habis. nasib baiklah umah dekat dengan kedai dan restoran. bolehlah carik nasik tambah dengan segera.

alhamdulillah alesya pun takde banyak songel. terima kasih buat kawan-kawan and relatives yang sudi hadir. mintak ampunlah kalo ada yang terkurang.

skang nak cite pasal kenduri kat gapi. ramai friends & relatives tak dapat datang sebab jauh sikit. tapi tak pe.. majlis tetap meriah dengan jiran-jiran baru. lauk pun sedap. ada kambing lagi. tapi sebab saya ni tak makan kambing, jadiknya, tidaklah saya amik tahu. tapi yang pemakan tu kata sedap & tak berbau. berkat kambing akikah agaknya...

yang paling penting, seronok tengok mak & bapak happy jumpa sedara mara & kawan-kawan baru :D



4 comments:

zareene said...

comelnye alesya... she has adam's look tp cubby sket... adam kurus...

mek na said...

wah, alesya siap bagi thumbs up lagi!

bagus mama!!

mommysarah said...

kenapa tak upload gambar banyak2...hehehehehe...sebut nama mokteh, how is she? lama betul tak dengar cerite...nanti kem salam kat mokteh sekeluarga & not forget your family jugeeee :)

anne rafei said...

zareene: acuan sama beb.. hahaha..

kak na: gambar candid ni sebenarnya. pandai itu fotografer

kak faizah: mokteh sihat2. alhamdulillah. insya Allah nanti kita kem salam sama dia. 20hb ni jumpa la kot. anak sedara pakteh kawin