ok. tak kelakar..
dia gi keje la.. balik hari jumaat ni...
kesimpulannya, tinggallah kami 3 beranak, bertemankan nenek kat umah. last weekend, langsung tak berjalan sebab mama yang sorang ni tak kuasa nak bawak anak-anaknya berjalan. tak terkejar senah oii... takat adam sorang ok lagi. boleh dijerit-jerit, dipanggil-panggil. tang si alesya ni, takde ampunnya. dia nak nangis dia bantai aje nangis. dahlah tanak duk dalam stroller. carrier pun tanak. berdokong aje. mana larat... last jab itu hari, berat alesya dah 5.8 kg. boleh tahan jugak berat si alesya ni. adam dulu lambat benar nak beralih satu gram pun.
alesya skang ni dah ada routine & regular sleeping schedule. nap kejap masa maghrib peh tu kul 10, 11 tido balik. oklah.. kurang-kurang bolehlah mama nak solat & masak time dia tido tu. eh? masak? masak ke? laki mek takde timah oii.. tak denya mek nak masak2. kedai mari. full stop!
adam pun boleh harap jaga adik. tolong amik napkin. tolong amik pampers. tolong bagi adik air kosong. tolong tengokkan adik. tolong buang pampers adik. tapi kencing aje. kalo adik berak dia tanak. terlentang-lentang dia tanak amik pampers penuh berak adik tu. boleh harap betul. memilih.. anak sapa la ni...
bebaru ni ada spelling test. jenuhlah drill dengan adam. peh tu masa amik adam hari dia habis test tu, cikgu kata dia ada few aje betul. aik? macam heran pun ada sebab kat umah boleh aje eja draw, skip, jump, sing, smell & apa ntah lagi satu word tu. tapi lantakkan ajelah.. tak kisah. tengok adam pun skang dah pandai membaca. tak kuasalah nak pressure dia lebih-lebih. kalo besok dia nak spm, hari ni dia main konda kondi lagi, yelah mungkin saya boleh naik amuk. ni baru umur 6 tahun. tak pelah... mama kasik can mali can..
terbaru, adam nak solat sekali. sejuk hati mama. memula amik wudhuk. si adam amik wudhuk habis lencun satu badan. ntah wudhuk ke mandi hadas tu.. peh tu solat la kami. saya letakkan la sejadah belakang sikit dari sejadah saya. peh tu saya bacala fatihah tu kuat sikit supaya dia dengar & ikut. cewah.. laju jugaklah dia baca. habis fatihah, baca surah an-nas. tetiba je perasan dia dah betul-betul bawah siku. sebab dia tak paham apa saya baca. peh tu dia asik terpandang-pandang apa saya buat. nak gelak pulak rasa. tahannnn... tapi komfemlah tak kusyuk solat aku. ya Allah.. ampunkanlah hambaMu ini..
masa solat isyak lagi best... time tu dah rakaat ketiga. sekali dia dengar lagu super sleuth berkumandang. orang solat pandang sejadah. dia pandang pintu. sebab? ada bayang-bayang tv kat situ. boleh harap betul!
paling best adalah bila adam baca fatihah at the end of solat. ala-ala baca doa gitu lah... sayu hati pandang adam..
you've grown adam.. you'll be a good man. you'll be one fine gentleman. mama doakan yang terbaik untuk adam. go adam! go adam!
4 comments:
pengelola red shirt kata darah orang malaysia tak boleh diterima pakai.
cheh... terpaksa pegi kerja. ingat nak ngikut perarakan je.
KALAU pegi surau, kena bawak adam la lepas ni. dah pandai solat tu.
cumi..
I dah calonkan u utk special award. Nanti dtg yer blog I amik award tu.
cumi..cumi..anak dara kita ni serupa la cumi..jenis x mao duduk dlm stroller. bb carrier pun x mau
Hhiihi..jap br baca abih tang adam ni solat..nk tergelak je kan..
Post a Comment