Friday, October 07, 2011

jodoh kita


saya selalu bagitau made..

seandainya kami berpisah kerana putusnya jodoh kami, saya tidak mahu apa-apa daripadanya. cuma berikan saya anak-anak saya. itu saja harta paling berharga yang saya ada. saya tak halang andai dia ada jodoh yang lain. bagi saya, takde guna juga menghalang hati orang bila hati dia pada saya dah takde. saya penah ada di keadaan itu, satu masa dulu. jadi tak guna nak sakitkan beberapa hati untuk menyenangkan hati sendiri. dia boleh, insya Allah; dapat anak yang lain. saya cuma ada yang dua itu saja. biarlah yang dua itu saja jadi sebahagian pahit manis hidup saya.

seandainya kami berpisah kerana kehendak Ilahi, saya mahu dia cari pasangan yang lain yang MAMPU bukan sahaja menjaga dia, tapi juga MAMPU jaga permata hati saya yang dua itu. dan jika ada peluangnya, carilah yang kemampuannya berganda daripada saya. dua orang itu sahaja harta saya yang amanahkan untuk dia jaga.

dalam doa saya, saya jarang minta dipanjangkan jodoh saya dengan made. saya cuma berdoa agar rumahtangga kami dirahmati dan diberkati. dan semoga kebahagiaan dan kesejahteraan rumahtangga kami kekal ke akhir hayat.

amin...

2 comments:

Adrina Adi said...

boleh tak i copypaste????

anne rafei said...

permission granted :D