Wednesday, October 12, 2011

kenapa tak doa panjang jodoh?


ada orang tanya soalan gitu lepas saya post jodoh kita. macam mana nak kata eh... mmm.. ginilah ye...

dulu masa saya bercinta dengan first love saya, kami kejap putus, kejap sambung. masa tu, saya selalu doa minta panjangkan jodoh saya dengan dia. sebab first love ma... mestilah sayang lebih... lepas putus cinta pun, dia masih baik dengan saya. dia masih ambil berat pasal saya. dia berbangga dengan kawan-kawan, malahan dengan isterinya juga; yang saya ni first love dia. bangga kan? tapi kami tak penah berpeluang to build up another relationship. bila lihat kehidupan dia sekarang, saya rasa bersyukur dengan ketentuan Illahi. dia aktif berpersatuan, merokok (maaf kata), selalu beraktiviti dengan kawan-kawan. saya ni pulak pasif dan manja. saya tak rasa saya boleh coop dengan lifestyle yang macam tu. so i made a conclusion. Allah dengar permintaan saya. Dia panjangkan jodohkan saya, tapi saya takkan dapat bersatu dengan dia tapi persahabatan saya dengan dia masih berkekalan.

ok. settle satu kisah.

lepas tu saya bercinta dengan bekas tunang saya. ok.. in between adalah lelaki lain ok.. tapi macam cinta monyet gitulah... ala.. macam la you all takde... elehhhh... :P

saya bercinta dengan dia 5 tahun. dah bertunang bagai. tapi tak juga sampai berkahwin. sama juga dengan first love tadi, saya selalu berdoa panjangkanlah jodoh saya dengan dia ni. kami pernah putus sekejap dan keadaan saya adalah horrible. berkat doa, dia kembali tapi, saya rasa tak serasi lagi. kami berusaha, tapi tak menjadi juga. sekali lagi, pelamin anganku musnah. saya rasa ada juga kebaikannya untuk kami tidak bersama. sebabnya? er.. biar ajelah saya yang tahu. hehehehe.. berbanding first love saya, yang ni ketegaq, hati batu sikit. tak nak berhubung langsung. marah benar la agaknya kat saya. tapi takdir Tuhan tu menjadikan teknologi sebagai mode of communication. apa orang sekarang panggil? facebook? ha.. itulah dia...

so when i met made, saya rasa takut nak berdoa panjangkan jodoh saya dengan dia. mula-mula ada jugak. lepas kawin, saya fikir.. jodoh ni ketentuan Yang Maha Esa. jika kataNya habis, putuslah kita. apa yang penting untuk saya adalah rumahtangga yang dirahmati dan diberkatiNya. apa yang saya mahu adalah kesejahteraan dan kebahagiaan rumahtangga saya. saya rasa itu lebih penting. kan?

this is my thought, my personal thought; Allah dengar setiap permintaan hambaNya. jadi bila saya berdoa minta dipanjangkan jodoh, Dia makbulkan. tapi kita hanya merancang, Dia yang menentukan. Dia panjangkan jodoh saya, tapi at the same time, Dia menduga saya. in a way, wanting to tell me, "jodoh itu pilihan saya dan adalah doa saya, tapi bukan yang terbaik untuk saya". jadi Dia berikan saya pilihan. dan saya yang menentukan pilihan saya.

pendapat saya mungkin tak sama dengan you all. i appreciate the feedback and i value the advise that was sent in. rasa sangat disayangi gitu..

3 comments:

Ayu said...

i'm glad u met made Na...sgt2 lega esp teringat masa2 horrible dulu! semoga yang terbaik dariNya untuk kita semua..Amin!

Nur a.k.a admansyah said...

Beb, anak kite peksa hr nie....

All d best to Adam!

p/s: ko dh tgk pic kelas dieorg! hehehe... so cute I tell u!

anne rafei said...

thank yu. berkat doa kawan2 jugak. alhamdulillah. good friends! :D

ha.. itulah.. adam baru kuar spital semalam. tak de jadual. kalo ada, kasik forward wak.. adoi.....