i've never known her, datin seri hendon mahmood in person. but i remember reading an article on her few months back. cant remember which mag. reading the article made me feel like, i knew her. i was touched by her nawaitu with all the cancer patients and also how she wants to be with people but was restricted by the sickness that she had. she seems strong. i guess, she's strong. cancer.. a silent killer. some people will just regard it as destiny and counting days to end their life by not seeking any medications, etc. like hendon said, she was fortunate to have the opportunities to continue her life with the medications that some of us may not be able to afford. i think, the most important thing, she got her support. the continues support from her husband & family & also her friends. not to forget the rakyat jelata who have came and gave their morale support. there have been prayers from all sorts of rakyat jelata regardless their religions. and all wish her speedy recovery. tapi semua termaktub. ajal & pertemuan semua dah ditentukan. sudah di takdirkan. kita insan kerdil yg hanya mampu merancang dan Allah jualah yg menentukan. allahyarham meninggal dunia this morning. my sis informed me via ym. and i was stunned.. "
bukan baru je i baca dia dalam keadaan sihat & stabil?". mmm.. i spread the words around. everybody was shocked. tak sangka kan.. *
and yet ada jugak yg amik kesempatan nak sebarkan rumours on tun ghaffar.. hampeh... dan i antara yg terkena la....*
this news made me winding back to the memory of uwan. selalunya kalo ada berita kematian, uwan akan pegi. pegi bukan setakat pegi. pegi dengan niat nak mandikan jenazah, kalo jenazah tu pompuan. kalo org tu sakit pun, uwan akan gagahkan untuk pegi melawat. uwan akan cuba.. walaupun diri dia dari pandangan mata kami, tak de lah kuat mana lagi. but uwan knew her strength. uwan tak kisah. turun naik bas. tukar² bas. tunggu bas berejam². no complaint from uwan. uwan rajin gi pasar pudu. dia tak membeli kat pasar biasa. dia sanggup pegi pudu. pasar coket tu pun mainan dia jelah. semua selekoh dia tau. semua marhaban, semua kenduri, semua mesyuarat, dia pegi. apa yg dia tak pegi. asal ada org menjemput. dia gagahkan. tg malim, segamat, kuala kangsar, mana saja. name it. dia akan pegi. tak ada org bawak, dia gi sendiri naik bas. tarak hal. satu masa, badan kita ni, tak larat jugak nak bawak diri kita. uwan mula sakit lutut. uwan pegi berubat doktor. samping tu uwan berubat sinseh. bomoh, tukang urut, sumer uwan pegi. tapi, mungkinlah uwan dah tak gagah mana.
uwan mula sakit kaki bila jatuh dari bas. tapi uwan still ke sana sini. tapi dia lebih suka org amik dan hantar. tapi sama je.. org amik org hantar, umah uwan 5 tingkat. uwan tingkat ke lima. naik turunlah uwan setiap hari. tapi uwan still uwan. dia tak kisah..
uwan penah jatuh sakit. terlantar kat hospital. peh tu uwan baik. uwan tak de apa². alhamdulillah.. peh tu uwan jatuh lagi.. kat umah. nasib baik pokde ada lagi. tak kuar gi solat subuh lagi. pok de dengar uwan jatuh. pok de angkat. uwan tak sedar. pok de talipon i. i suh along pegi sebab kalo i pegi pun bukannya i leh tolong angkat uwan. uwan was warded. that weekend i gi jumpa uwan kat spital. uwan kata doktor kata dia kena kencing manis. dia marah maklong sebab bagi dia gula². uwan tak kuat makan gula². dia makan cinggam. i beli pampers untuk uwan sebab uwan tak leh jalan. uwan tak kuat nak jalan.
peh tu uwan bulih keluar. uwan duk umah bapak. uwan terlantar. memula bulih jugak bangun ke belakang kalo nak ke toilet. peh tu dah tak larat. in addition, tak ramai org dah kat umah. along balik selalunya lambat. so bapak tak leh angkat dia. therefore, pakaikan dia pampers. i ingat... uwan selalu kata "tak dapatlah uwan gi umrah. napelah jadi macam ni". uwan seakan² menyesali takdir. sesuatu yg uwan tak penah buat. pok de dulu addict. uwan sorang yg tak penah jemu ubatkan pok de. ada je usaha yg dia buat. dan uwan sajalah yg sibuk nak ke penjara di pagi raya time org sumer sibuk nak beraya dengan dia. dan doa uwan diterima Allah. pok de sembuh and jadik org yg paling taat dengan suruhanNya. pok de tak lalai lagi.
uwan dah tak larat nak angkat badan dia. time tu bulan posa. uwan tak bulih posa lagi. tapi uwan tak banyak makan. uwan tak berapa makan. mungkinlah uwan dah terbiasa posa sunat senin, khamis, jumaat. jadi kurang makan tak jadik masalah bagi dia. i was so glad bila uwan nak makan bubur yg i beli kat umah biru. banyak dia makan. tapi peh tu dia tak berapa makan dah. i ingat.. time tu kul 4 pagi. uwan terbuang air besar. takanlah i nak kejutkan maklong. so i basuh. sebelum basuh i buat niat "ya Allah. janganlah hambaMu ini mencebik dengan najis uwanku ini. jauhkanlah aku dari segala kesusahan membersihkan uwanku ini". alhamdulillah. i tak bau apa². nothing. zero. i bersihkan uwan cam i bersihkan adam. pelan². takut uwan sakit. berkali² i tanya, "uwan sakit ke?".
lepas tu uwan ke umah mok teh & mak long. i tak leh lupa. satu hari mak long sms bapak, suh i bacakan yasin untuk uwan. i ingatkan something bad had happened. tak de. cuma uwan asik panggil i. "na.. tolong uwan na".. that wiken i balik umah mak long. jumpa uwan sebelum i balik krai beraya. i bagi duit raya kat uwan. i mintak mahap dari ujung rambut uwan. i mintak dia halalkan makan minum i. i cakap kat dia, i sayang dia. uwan cuma jawab "aku tau". uwan sah tak berdaya.
balik raya, uwan dah tak larat. uwan dah tak larat sangat. along ada amik gambo uwan. gambo terakhir uwan. one thing about uwan. mulut dia tak lekang dengan kalimah² memuji Allah Yg Maha Esa. marah ke sakit ke kalimah² indah saja yg dengar dari mulut dia.
uwan nak balik kg. pak long bawak gi tg malim. kg uwan. mungkin uwan dah tau.. suratan hidup dia akan berakhir di mana dia bermula. uwan dah terlentok time sampai umah wan chik. sehari kendian, i jumpa uwan. i tak tau hari itu akan jadik hari terakhir i suap uwan air. hari itu akan jadik hari terakhir i "bersembang" dengan uwan. uwan seakan tau hari akhirnya. uwan tak makan. uwan dah bersihkan perut dia. uwan pegi dengan tenang tepat tengah malam. bersaksikan bapak, pak long, mak long, wan chik and mok su ana. mok teh tak sempat tengok uwan pergi. selang beberapa minit je.
i could spend pages and million of words about uwan. i have a lot of things about her. nantilah i sambung lagi... air mata ni dah tak larat nak berderai lagi. mak baru balik. kang dia kata apa pulak tengok i nangis depan pc. adam pun dah ngantuk. cucu uwan nak balik umah dulu.