Friday, November 16, 2012

Wednesday, October 24, 2012

If you could see me now

by Cecellia Ahern

ni first time baca buku cecilia.  tak pernah baca eventhough PS, I love You dia tu glamer bebenor.  kehkehkeh..  buku ni pun dibeli sekotak dengan buku-buku dia yang lain di tahun 2008.  ya tuhan..  nampak sangat "libido" membaca tak menaik langsung for the past 4 years.  hahahahah..  

it's about elizabeth egan, whom has spent lifetime sacrificing for her sister, father and other people but not her.  having the responsibility of taking care of her nephew (saoirse's son), she ended being the "mother" to the poor little boy.  their life turn from sour to juicy when ivan showed up.  ivan is an imaginary friend to luke until elizabeth was able to see him too... 

kita pun sebenarnya tak paham apa fungsi ivan dalam cite ni, tapi dia banyak membantu elizabeth mengenali dan memperbaiki diri.  cewah.. 

ivan sudahnya jatuh cinta dengan elizabeth.  tapi dilarang opal.  opal ni ala-ala Morpheus dalam matrix tu la.. ala-ala orang besar gitu.   sebabnya?  opal pun penah fall in love.  which, melukai orang yang disayangi sebab derang ni dari negara ekam eveileb yang awet muda sentiasa.  tidak penah tuanya.  oleh itu ia adalah perhubungan yang amat merbahaya.  

in the end, berpisah jualah ivan dan elizabeth ini.  bagaimana mereka berpisah?  you all baca la eh...  nak type ni panjang.  nak terangkan pun tak reti.  sebab.....  dia panjang beno.  hahahaha...

rajin-rajin la pegi kedai buku.  selamat membaca..  hahahahahahhahahahah

ok. on another thought setelah browse internet..  gi ajelah carik dvd "if you could see me now".  lagi feeling.  sebab hugh jackman adalah ivan.  hehehehe...  

sekian.

pic:  go google

   

Tuesday, October 23, 2012

Yummy mummy

by Polly Williams

baca buku ni macam baca kisah sendiri aje.  only thing different is, i'm not amy crane, not married to joe castello and no baby named evie.  hehehe.  post natal dilemma.  still look pregnant after 6 month of delivery.  oh well..  perasaan adalah sangat down ok.  thoughts are nothing but bad and negative.  simple things are considered major.  *sigh*

amy has two groups of friends.  one with some elite ladies - lepas preggy badan macam anak dara dua puluhan.  another is mommies buddies.  kumpulan mak-mak.  tajuk adalah anak, breast feeding, anak, makanan anak, anak, baju-baju, anak, cloth diaper, anak.  ok.  pendek kata, anak aje tajuknya.  

to be honest...  i skipped most of the contents.  hahahahahah...

climax is when amy was seduced by her pilates instructor when at the same time, amy sensed joe was acting fishy in their marriage.  rahsia pecah - alice (her elite ladies friend), yang suruh pilates instructor tu ngorat amy yang mengakibatkan joe ketahuan dan merajuk membawa hati yang lara.  kenapa dia suruh ngorat?  to increase amy's libido.  cam bodo aje reason dia.  bengang pulak i yang baca ni.  hahahaha..  

sudahnya, joe kembali ke pangkuan amy setelah alice menerangkan kisah sebenar.  amy sudahnya kurus!  menyampah aku...  

sekian.

pic:  http://bookxcessblog.com





Monday, October 22, 2012

bahasa malaysia

adam came back last friday with his BM penulisan result.

"mama..  i did not do well with my BM. i got B".

sincerely.. i've expected.  i've kept my expectation low this time around pasal tanak kecewa bersungguh sangat.  so when the news arrived, i was ready to face it.  ok.  tipu.  berombak jugaklah dada ni.  

sampai rumah, he showed me his test paper.  62%.  and i was..  WHAT??!!  so i went through the paper.

salah eja - potong sengah markah.  ok.

salah letak perkataan - potong sengah markah.  ok.

potong sengah-sengah tu pun dah berapa dah.  ok.

last page....  zero.  nilch.  kosong.  takde markah langsung.  uwaaaaa.....

soalan adalah fill in the blanks.  and at first i couldn't understand what went wrong sebab perkataan adalah biasa-biasa saja..  "kasih sayang", "amanah", "berdikari".  then...  soon i realized, it was not any common words that we use in a daily conversation.

"adam kenalah berkasih sayang dengan alesya selalu.  tak baik bergaduh".

er..  odd kan?  ke tasik selatan pulak maknanya tu.  

to be honest, saya sangat kecewa...  tapi habis jugaklah mekdi sebungkus.  i immediately called made.  one of the solutions would need adam to read more BM books to understand these kind of words.  and probably we will have to send adam to BM tuition class.      

sedih wooooo....

pic:  go google

Sunday, October 21, 2012

Life's too short to frost a cupcake

by Rosie Wilde

about alice who works for carmichael.  had a steady boyfriend, stephen who is a financial freak that would count every penny that must be shared between them.  pengsanlah kalo kita dapat husband cenggini.  hahaha...

this british woman had the opportunity to go to ohio to get wyatt - a singer - to continue a contract with carmichael - a music recording company.  sampai aje sana, dah la bergaduh dengan boyfriend, disuruh pergi pulak oleh si penyanyi itu. sian dia.  thanks to bad snowy weather, she was stranded and had to stay at wyatt's ranch - nice suggestion by the community.  

yada yada yada yada

wyatt & alice in the end  fall in love.  

stephen finally fell for alice's sister yang ditinggalkan suaminya.  ayah alice kawin lain kat boro..  eh.. baro..  borobodur..  eh..  barabodur..  eh.  jap.  google.  ok.  borobudur.

cite cupcakes?  cinonet aje.  alkisah it was an annual event.  heidi had been championing it for 5 years and alice who has no baking experience was challenged.  fortunately, stephen came tailing and knew how to frost & they won.  heidi adalah competitor kepada alice.  biasalah.. dengki. 

sekian.  

pic:  goodreads.com




Saturday, October 20, 2012

baca buku

sambil meneman adam revise for exam, i took the opportunity to read story book.  opsie.  story books.  3 books to be exact.  in 5 days.  hows that?

hebat kan?

terima kasih.  terima kasih.

hahahahaha..

 pic:  go google

Wednesday, October 17, 2012

raya yang best

kita tak cite lagi eh pasal raya kita yang best tahun ni?  

haaaaa..  yang best adalahhhhhh... kitorang tak buat open house, tapi rumah sentiasa orang datang.  hahahahahaha..  best kan? 

alhamdulillah..  kami pun seronok layan tetamu datang.  especially tetamu yang kami baru kenal. yang first time datang umah kami.  dan yang paling penting adalah yang kami ada masa nak layan.  hahahahah..

last-last year, kami selalu buat open house.  panggil semua datang.  and what we have been missing was, duduk sembang.  keselaluannya, salam datang-salam balik aje.  takde masa nak duduk sembang apatah lagi nak update each other.  so this year, disebabkan kita dah pandai masak (banggaaaaaaa!!!) dan tak berapa sihat, so we invited to a few groups of close friends and family.  alhamdulillah..  kami suka sangat.  dapat sembang dengan best friends & their families.  boleh kenal kawan-kawan adam & their families too.  that was precious!       

dan yang paling best............  

kami tak amik gambar raya dengan tetamu langsung.  hampeh!  

hahahahahaha..  

Monday, October 15, 2012

final exam

starts today!!!!!

darah gemuruh mama datang lagi.

nak expect high ke nak expect biasa-biasa aje..  haih..  susah nak jawab ni...

mari kita tanya encik adam aje lah.

mama:  nanti adam exam nak dapat nombor berapa?

adam:  nombor tiga la mama



ok.  sekian.  tak sanggup nak interview lagi.

*pengsan*

Saturday, October 13, 2012

typing skill

you all ada?  hehehehehehehe...

of course la kita ada.. kita kan belajar sekretari dulu.  kita taip laju tauuuuuuuuu...  cecewah...

jadinya, kita suka tengok orang yang taip seketul-seketul - macam assistant HOS kitorang.  ok.  mampus aku kalo dia baca ni.  hahahaha..

dia menaip memang seketul-seketul.  tak tipu punya.   ha.. nak mudah, sila la gambarkan haji bakhil menaip dalam cita labu labi tu.  memang serupa!  dahlah emel dia panjang (keselaluannya).  jadi, walaupun tak related sangat, kita baca jugakla emel dia dengan bersungguh-sungguh.  kesian punya pasal.  hahahaha..

basic belajar typing ni mudah aje.  once you dah ada skill, tu memanglah you all akan menaip dengan angkuh dan bongkak.  sebab dah tak payah tengok keyboard.  boleh pandang keliling sambil menaip.  boleh dengar orang bergosip sambil menaip.  boleh tengok tv sambil menaip.  kiranya, boleh buat apa sajalah...  sounds like angkuh kan?  hahahahha..

nak share satu cite sakit hati boleh tak?  hehehe..

time kita study dulu kan..  ada la sorang mamat ni.  dia memang kontrol bagus.  nak dijadikan cite, lecturer nak buat typing test that day.  so, sebelum test tu, dia bagilah kita trial dulu.  ok.  dah siap semua.  dia suh submit paper, sekali kita pasan mamat ni kejap2 dia gi tempat lecturer, then dia balik tempat dia, menaip.  few times jugaklah....

rupanya dia dah start menaip dulu apa yang lecturer nak bagi for test!  kurang ajar betul!  memang bengang waktu tu. tapi, me being me... memang malas!!!!!!  malas nak kecoh!!! nak-nak memang orang cenggitu, tak ke mana la sangat...  nak pulak dia pet lecturer.  simpan ajelah hajat nak mengadu...  haih.....

itulah kisah typewritter...  




 

Sunday, October 07, 2012

cak?!

rindu tak?  rindu eh?  alololo.. syian dia....  hehehehe..

tak ke mana pun.  bizi sikit.  ok.  lame excuse.  like always.  hehehe..

meh nak check list..  betul ke bizi..  

1)  starting october 2012, my office will be using e-leave system.  of which, che mek ni la yang kena update all the status, leave balance, leave taken to date, dan sebagainya.  jadik, banyaklah keje selepas naik opis tu.  kira bizi la tu kan?  334 staff tu kot.....  banyak tuuuuu.....

2)  sebelum tu, balik aje keje lepas raya tu, kena berhempas pulas buat payroll.  cuti dah seminggu.  keje pun dah berlambak.  balik aje terus nak prepare gaji bulan september.  ha..  bizi jugak tu kan?  hahahaha..

3)  dijadikan kisah, encik suami tersayang kena pegi london.  sob sob sob.  mujur la dua minggu aje.  kalo dua bulan?  uishhh..  lagila kita yang kat umah dengan budak berdua ni bizi.  kan? kan? kan?  

ha.  cukupla  tiga kat atas aje.  tambah lagi buat kek & kukis lagi.  bizinya kita ni.  hahahha..

ni pun ada free sikit sebab tunggu made nak email keje.  tadi buat kat laptop dia.  so dia kena email my worksheet untuk kita teruskan buat keje kat pc ni.  

ok.  dia dah emel.  sekarang adalah masa untuk buat keje.  nanti kita sambung celoteh eh?  banyak nak cite ni.....  cecewahhh...

pic:  google

tata!

Friday, August 31, 2012

adam... amikkan surat

hari tu hari jumaat.  kita baru nak solat zohor.  sambil nak bentang sejadah tu, kita nampak ada posmen letak surat dalam post box.  kita pun mintak adam amikkan surat tu.

sambil solat tu, kita perasan adam tak kuar pun amik surat.  kita pun fikir, tak pelah..  nanti kot ada apa-apa jadi time dia kuar, kita tengah solat, susah jugak.  ok.  nampak sangat tak kusyuk solat.  hehe..

lepas solat tu, kita cakap lagi kat adam..  "adam tak amik surat lagi?".  dia kata "ok".  kita pun sambung berdoa.  tapi tak dengar jugak dia bukak pintu grill.  

habis berdoa, alesya mai duduk tepi kita.  pastu datang si adam peluk dari belakang.  kita pun... apasal pulak budak berdua ni..  kita tanya lagi..  "adam tak amik surat lagi ke?".

adam kata "mama tak habis solat lagi".  kita pun heran.  "kenapa adam tunggu mama habis solat?".  dia jawab "kalau mama tak habis solat macam mana saya nak solat?".  kita pun kata lah..  "dah tadi bukan pegi solat jumaat dengan atuk?  mama suruh AMIK SURAT la....  tadi posmen datang".

berdekah-dekah si adam ketawa.  sambil terguling-guling dekat tepi katil.

hai anak mama sorang ni..  tula..  sibuk tengok tv aje.  bertuah betul..

Monday, August 27, 2012

raya kelima

adalah masa untuk kita pegi dating dengan encik suami kita.  hehehehe..

ini orang hati sudah meronta, jiwanya sudah tidak keruan nak pegi tengok batman tu ha.  ikutlah jugak...  nak masuk syurga katanya ye..  hahaha..  mujur fatimah dah balik kl.  bolehlah nak mintak dia tengokkan bebudak.  siap pesan - "if the kids ask, tell them mama & ayah are working".  with due diligence, fatimah pun bagitau adam that ayah is at work.  dia boleh tanya fatimah balik, "if ayah is at work, why is his working bag here?"  hampirlah kantoi puan fatimah itu.  hahaha.. 

sampailah kami di sunway pyramid yang sudah berzamannya kami tak jejak.  sejak ada shopping malls area keramat/wangsa maju ni, tak kuasalah nak masuk kawasan KL.  semua dah ada kat kawasan sekeliling.  kemudahan.  alhamdulillah.  ke sunway ni pun sebab itu aje yang ada batman + shopping complex.  selalunya kami nonton kat caps square tu aje.  

kenapa kena ada shopping complex?  sebab nak carik charger iphone yang dah bengong.  pastu nak carik hadiah birthday encik suami tercinta la..  heheh..  i tell you...  pantang betul masuk kedai seladang ni.  nak beli untuk encik suami, puan isteri pun sibuk nak membeli jugak.  dugaan.  next time, kena blindfolded kalau nak masuk kedai seladang ni.  tahap membahaya yang kritikal.

disebabkan dah lama tak masuk sunway pyramid ni, nak carik parking pun berpusing-pusing.  mujur jumpa juga akhirnya.  dapatlah kami balik dengan selamat.  

balik tu kena rushing sikit sebab:
1)  lunch belum lagi
2)  kak ti mintak tolong bawak barang ma kat HKL
3)  nak beli groceries for makan-makan on friday

fikir punya fikir, kami pun ke aeon setiawangsa aje.  makan sushi dengan ketenangan tanpa nak fikir anak-anak punya menu nan satu.  barulah puas hati dapat nak jamah segala makanan.  

kat sana, groceries pulak tak cukup.  daging takde.  pegi la kat kedai mamak atas umah ni pulak.  pun takde daging.  pesan pulak kat made so that he can grab some from cold storage later.  daging dia pulak dah berlendir & busuk.  pi tukar lagi.  sudahnya kul 12:30 barulah siap rendang kita tu ha..  hehehe...    

  

Sunday, August 26, 2012

raya keempat

di hari raya keempat ni, kami dah lotih berjalan sebenarnya.  tapi semangat beraya masih berkobar.  bangun pagi terus text kat orang-orang yang (kita rasa) beraya di kl ni.  dapatlah few feedbacks.  planning nak keluar pagi, tak jadik.  made nak settle his travel itinerary.  pastu plan kuar lepas zohor.  adam pulak tido.  sudahnya lepas asar baru keluar.  hehehe...

memula pegi umah zahar, kawan dari zaman sekolah.  kawasan umah dia, tak sampai 10 minit dah sampai.  wife dia, shima takde pulak.  gi shopping katanya.  ewahhh...  heheh..    sesudah semangkuk spageti adam habiskan, kami ke umah kak amy & abang man kat cheras pulak.

boleh harap betul GPS che ramadhan ni.  orang nak pegi taman cheras utama, dia bawak pegi jalan kuari.  tak bagus.  jadiknya lambat la sikit sampai ke cheras.  kereta pun dah banyak.  lomah den raso.  kak amy & abg man ni, kita kenal masa buat part time lepas spm kat metrojaya city square.  yang keje mj tu, abg man aje.  dapat pulak ngorat kak amy yang keje kat-kat situ.  bertuah.  dah empat anak dah. alhamdulillah...

lepas maghrib, kami ke rumah ana kat gombak.  yang ni kawan kat itm pulak.  anak dia pun empat.  semua pompuan pulak tu.  meriah!  daging dendeng dia sedap you...  okla dia tempah.  but sedapppp!.  dari gombak kami pun terus balik.  jam pun dah pukul 10.  mata made dah teratai layu tasik madu.    

tengok orang anak ramai ni, best jugak eh..  hahahaha...    

Saturday, August 25, 2012

raya ketiga (part II)

macam bersemangat pulak nak update perjalanan beraya dari hari ke hari ni.  mementang cuti seminggu.  hehehe..  check email opis bukan main. reply-nya malas.  hahahaha..

raya ketiga kami start dengan ke umah jiran-jiran.  mana jiran yang jemur baju & pagar terbukak, semua kami serbu.  hahaha..  memula kami ke umah makcik pah.  sebelah umah ni aje.  dia tak mandi pagi pun, kami tak kisah.  janji dapat beraya.  hahaha..

keluar dari umah makcik pah, nampak makcik ani depan umah tengah angkat jemuran.  terus kita jerit "makcik ani.. nak datang raya".  takkan dia tak bagi kan?  hahaha..  berayalah kami di jiran depan umah yang selalunya kita bengang tu.  hahahaha..  

lepas tu gi umah pakcik yatim pulak.  dapat makan ketupat dengan kuah kacang & rendang paru yang sedap.  perghh!  kenyang perut.  sebenarnya hajat nak visit baby baru nurul.  tapi tak sampai lagi orang sungai buluh tu.  tak pelah..  nanti-nanti boleh jumpa.  pakcik yatim cerita, kubur ibu ayah dia kat kinrara-puchong dah dikambus air naik bebaru ni.  tak dapatlah nak ziarah kubur mereka.  alahai..  sian kita dengar.  

dari umah pakcik yatim, ingat nak gi umah makcik lat.  tapi tengok penuh ngan keta anak dia aje.  tak pelah.. maju ke umah pakcik mahmud.  sebabnya.... nampak ada orang datang jugak.  so, cepatlah sikit kami visit dia.  hahahaha..  pakcik mahmud ni jual kacang dari medan yang sangat sedap.  tak sempat nak beli extra.  dah habis dah stok 2 tan dia tu.  serius sedap!  pakcik mahmud cite, dia ni bila berjual tu tak kisah.  tapi bila nak mintak bayaran tu dia malu.  dia pernah upah orang tengah for RM300 untuk mintak duit daripada orang yang berhutang dengan dia.  hahahah.. rasa macam reflect diri sendiri pulak.  payoh.. payoh...  kita pun kalo orang mintak kurang ke, diskaun ke, adehhh..  payohnya la nak kata tidak.  tapi ni hasil titik peluh ni.  kita tau ni penat ni buat sesuatu ni.  tapi bila orang tak bayor, kita malas benarlah nak mintak.  rasa macam apa aje...  

selesai umah pakcik mahmud, tengok umah lain semua tutup katup.  kami balik solat zohor, then kuar balik, amik mak and head to puchong (again for us). 

sebelum tu ke puchong tu, singgah umah aunty norlia dulu kat cheras.  both aunty and uncle tengah tak sihat.  alahai..  berjangkit anak dia yang dah pi beraya umah mertua, katanya.  hahahah..  

alhamdulillah, cuaca semua elok.  kami pun dapat ziarah kubur atokbaq.  selang beberapa kubur dari atok's, kita perasan ada satu kubur tu, tahun lahir sama ngan atok.  atok lahir bulan 9.  dia lahir bulan 11.  dia meninggal bulan 8.  atok meninggal bulan 11.  mmm...  coincidence kan?  

pas tu kami gi umah aunty yati lagi sekali.  mak nak visit nenek.  from there, kami ke umah kak ti kat pj.  mak nak jumpa tok ma.  kami pun tak beraya ngan kak ti lagi.  lepas maghrib, kami berangkat pulang.  kami anta mak balik umah dulu sebelum kami ke umah ayu pulak.  sempat jugaklah beraya 5 minit ngan aunty sue kat depan umah mak.  hehehehe..  

sayu pulak gi umah ayu ni.  tahun lepas, somehow, kita tak sampai umah dia.  hajat tu dah ada dah. tapi ntah kenapa tak sampai.  mak dia menyebut pulak tu.  tahun ni....  dah tak de rezeki nak jumpa mak.  sedih.  jumpa pakcik aje.  ayah ayu tu pun dah rasa macam pak sedara sendiri dah.  nengokkan anak ayu yang tiga hero tu, adehhh....  poning den.  sora tv dengan sora derang berlima (masuk anak kita dua orang tu), termasuk dengan sora orang tua bersembang ni, mau gamat satu kawasan au3 ni.  hahahaha...  

tulah yang kita keraskan hati jugak nak visit sesapa yang kita dah terpikir.  sebab takut nanti ralat macam mak ayu.  sudahnya kita ketemu dia alam barzakh nanti ajelah.  itu pun moga-moga diperkenankanNya  ketemu "anak" dia yang sorang ni ke syurga Allah kelak.        

lepas umah ayu kami balik.  

tamat untuk hari ni :D

Friday, August 24, 2012

raya kedua

perjalanan raya kedua kami start daripada bangi.  kenapa bangi?  sebab adam had a sleepover at imran's house.  tak cite eh semalam?  adam sibuk nak sleepover at imran's.  dok merengek for quite a while already. kita pun dah malas nak dengar.  so we decided to have him have the sleepover when we enjoy a good deal in one of the hotel in bangi.  bliss :D

lepas breakfast at kak amy's, kami ke umah kak nah di bangi.  kak nah ni adik arwah long.  dah preggy dah rupanya kakak, anak kak nah ni.  menunggu hari dah.  nampak benar lama dah kita tak gi umah dia.  hehehe..  dulu kalo long ada, rajin jugak ke sini.  asyik kena summoned aje.  hahahahah..  

from there, we made our move to aunty yati's in puchong.  hajatnya nak ke kubur atok baq.  tapi hujan pulak.  sudahnya lepak aje makan mee rebus dengan nenek.  

dengan hujan lebat tu, kami beransur pulak ke rumah along rudy kat kelang.  kak ida takde.  so along dengan along junior dan damia ajelah layan mak ngah sekeluarga.  nasik kuning kak ida sedap gila!  makan pulak dengan gulai ikan tongkol.  mujur ajelah perut meragam.  kalo dak, habis jugak nasik seperiuk.  

since dah kat kelang tu, kami singgah jugaklah ke umah mokteh edah.  dapatlah jumpa orang cairo.  hehehehe..  mokteh nak hidang laksa pun, kita mintak tak usahlah.  tak larat dah nak meminjam toilet.  letih sungguh kami.  dari satu rumah ke satu rumah asik pinjam toilet aje.  adehhh..  

dari kelang tu, kami singgah pulak umah pokde kat pandan indah.  perghh..  lima tingkat you..  kalo hari-hari kita kena naik umah dia, mau kurus dalam masa seminggu.  eh..  tapi mokde tak kurus pun..  hahahahha.. ok..  pap! pap!  biasa mulut ni...  hehehehe...

patutnya ke umah aunty norlia kat cheras indah tu.  tapinya..  aunty dah letih menunggu.  dia dah ke umah kawan dia dah.  oleh itu, tamatlah perjalanan beraya kami di hari raya kedua.  pulanglah kami dengan selamatnya.

amin.  

Thursday, August 23, 2012

raya pertama


seperti yang telah diwar-warkan..  ayam masak merah kita sedapppp!  hahahaha..  sapa lagi nak puji kan?  puji diri sendiri sudahlah.. 

pagi raya tu boleh pulak nak dijadikan cerita, kami tak terjaga awal.  mujur ada kawan hantar sms raya pukul 6.56 pagi.  bergegas bangun solat subuh bagai.  aduhlaaaa...  

patutnya start cooking lepas subuh.  tapi sebab dah lewat bangun, kul 8 baru start masak.  lepas subuhlah jugak tu..  subuh gajah.  hahahha..  alhamdulillah, semua siap on time.  

dah siap-siap semua, kami pun pegilah umah bapak.  tada...  pinggan limited edition dah terhidang dengan nasi beriyani, ayam kampung, acar dan sebagainya.  merasa jugaklah lauk kita terhidang atas pinggan limited edition.  bangga wehhhh....  

jam dah kul 11:45am.  along tak sampai-sampai lagi.  bila kol, rupanya beraya umah jiran.  geramnyaaaaaa kat pengerusi JKKKKKKKKKKKKK ni.  bikin spoil mood saja.  

not to waste time, kami pun startlah salam raya.  memula bapak salam uwan endon.  first time kot, uwan raya ngan kam ini.  tetiba dengar bapak nangis.  eh??  bapak nangis??  memula ingat dia berlawak.  dia ni memang suka sangat menyakat uwan.  tengok dia memang menangis.  loh!  

pastu mak salam uwan.  pastu, since along takde, kita salam uwan dulu. habis family kita, alin & faiz pulak.  pastu kita salam bapak.  again...  bapak nangis esak-esak.  loh!!  biar benar ni.  dah 34 tahun..  ok.  tolak setahun time kita dalam perut mak.  kita rasa tak penah lagi tengok bapak ni nangis.  kalo mak, selalulah.  kalo ada maklong biah, lagi banjir.  hehehe..  rasa heran pulak tengok bapak nangis.  pastu dia kata... 

"i have the feeling that this is going to be my last raya.  i dont know why.  but i have the feeling.  i'm sorry for all what i did. i'm sorry.  i'm sorry.  i'm sorry"..

amekkaw!  terdiam tak leh nak kata.  i was speechless.  clueless.  didn't know how to react.  lap aje air mata dia.  peluk dia.  tepuk-tepuk dia.  tenangkan dia.  dia salam made pun sama.  dia salam alin pun sama.  dia salam faiz pun sama.  asik teresak-esak.  bila salam adam, dia siap peluk kuat-kuat and mentioned "ni kawan solat jumaat atuk ni" for a few times.  and i was like...  completely gobsmacked.

time tu, memang kita rasa nak baling baldi kat along.  i feel, he should have been there to calm bapak down. to listen to him.  to feel him.  to be with him.  but he decided to be 25km away.  nyampah!  bila kami dah siap-siap nak ke tanjung malim, baru dia sampai.  nampak kepul-kepul asap atas kepala ni?  asap bengang ni tau.  eeeeee.......  

so we decided to balik tanjung malim without him along.  mak dengan uwan endon pun tak ikut.  uwan tu tak gagah berjalan.  susahkan kami tak pe.  nanti susahkan orang lain tu, tak seronoklah pulak.  kan?

sampai tanjung malim, hujan dah start gerimis.  kami terus ke kubur uwan.  again.....  bapak teresak.  hish.  apa kenalah bapak kita ni...  kita ni memang dah lah kememe kan.  pantang singgah kubur nangis sokmo.  yang askor pencen pun nangis ni, kita susah sikit nak digest.  

lepas tu, kami langsung ke umah mokteh acum.  then ke umah uwan cik.  then ke umah opah usu.  umah paklong ali tak boleh nak singgah sebab dah pukul 5.  nanti kul baper pulak nak sampai putrajaya.  sian kat made nak beraya ngan ma dia.  sampai putrajaya, ma pun dah tukar baju raya.  aleh..  adik beradik lain pun ada.  makcu kakcik pun ada.  kak ti aje takde.  

come to think of what happened to bapak, i had a thought of perhaps he is having an emotional crisis.  ntahlah. banyak sangat tengok cerekarama time posa ni ke.  kan?  

at the same time, kita terpikir..  manala tau..  ni raya terakhir kita dengan dia.  ntah-ntah tahun depan, kita yang tak de untuk beraya dengan dia?  mana la tau kan...  ajal masing-masing sudah tertulis.  sama ada kita sedar atau tidak.  sama ada kita tahu atau tidak.  itu semua kerja Allah s.w.t.  andai sudah ada penamatnya, pergilah kita.  

kalau kita takde, sedekahkan fatihah untuk kita ye :D



Wednesday, August 22, 2012

malam raya


malam akhir puasa, boleh tak ingat kami ni berpuasa.  leka duk tengok escobar kat discovery channel, tetiba dengar azan magharib.  made pandang kita, kita pandang made.  tetiba made jerit "maghrib!  buka puasa!".  bergegas masing-masing carik air minum.  hahahahah..  boleh harap betul.

kami sebenarnya dah planned nak ke festival mall sebab baju raya adam tak dapat lagi.  itu yang tak masak & tak ready makanan berbuka.     

balik tu pulak singgah umah mak.  ayah iz sibuk nak main bunga api dengan anak-anak sedara.  dapatlah blister sorang satu.  hahahaha..  bila dengar bunyi mercun dengan bunga api, rasa meriah pulak raya tahun ni. kalau dak, memang rasa nak lempar dengan selipar kat budak-budak yang bakar mercun ni.  this year, somehow, different...

ingat nak amik ayam kampung wak leh, tak jadik.  sebab ayam tu sekor tak berpotong lagi.  budak bandor sorang ni mana reti potong ayam.  (post cooking for hari raya update:  mujur jugakkkkkk tak amik ayam tu.  alin kata kepala ayam pun ada. hahaha).

bila balik umah malam tu, start lah packing duit raya.  best eh duit raya tahun ni.  macam duit saidina.  hahahahah..  

Tuesday, August 21, 2012

raya ketiga

dah raya ketiga dah hari ni eh?  cepat benau masa berlalu.  lagi beberapa hari nak masuk keje.  keje yang dibawak balik pun tak setat lagi.  males.

hari ni nak jalan umah jiran-jiran.  pakcik yatim!  cik leha!  makcik pah!  bangun makcik-pakcik wehhhh.... hahaha... 
pastu bawak mak pegi kubur atuk baq kat puchong.
pastu visit nenek kat puchong (kami dah second time dah..  hehehe)
pas tu raya ngan kak ti kat pj
pas tu..  mmm..  tak decide lagi.  
pastu kalu sempat, gi beraya umah kengkawan.  

eh..  tak raya lagi dengan uncle ikea.  macam tak caya pulak.  hehehehehe..

Friday, August 17, 2012

aidilfitri

duit raya - checked.  lelen dah tukarkan awal-awal.

sampul raya - checked.  last year punya pun berlambak lagi.

kuih raya - checked.  dah dapat tiga botol.  oklah tu.  jap lagi buat sikit lagi.

baju raya - er.....  mmmm.....  ni cite kendian.

cuti raya - checked.  seminggu!!!!!  horeeeeeeeyyyy!!!!  tapi kena bawak bekalan kerja.  menyampah.

plan raya - checked.  antara malas dengan rajin je nanti.  hahaha..

apa lagi eh?  rasanya semua dah complete kan eh?  semalam mak kata "nanti mak nak masak nasik minyak dengan rendang".  che nani pulak kata "i masak dendeng lah".  so takkan kita nak kata "ok.  kita bawak perut".  nak kena pelempang raya ke apa..  jadi, kita pun katalah..  "kita buat ayam masak merah".  hehehe..

terbaekkk..



Wednesday, August 08, 2012

jalan-jalan raya

dah plan dah you all punya jalan-jalan beraya?  hehehehe..

kami udah..  yelah.. orang beraya kat kl.  apa lagi nak buat -- ikea lah.  hahahahahha...

tengah buat listing ni. dok balik update aje.

mudah-mudahan perjalanan semua selamat ye.  hati-hati di jalan raya :D

Sunday, August 05, 2012

ayam

ok.  admitted - kita ni budak bandar.  dulu-dulu bila balik umah uwan kat kampung pandan, dapatlah tengok seekor dua.  (tengok...  kampung uwan pun kat bandar jugak).  itupun mujur dia ada bela ayam dengan itik untuk buat manja-manja.  dapatlah juga membau taik ayam.  heheh..

so..  yesterday we wanted to try fresh chicken yang baru sembelih kat masjid ulu kelang tu.  dah lama dah orang tu berniaga pun.  kami aje yang tak penah menyinggah.  rasanya since i was a small kid, they already have their business set up there.  and i tell you...  orang tak penah surut la kat situ.  lebih-lebih lagi kalau time perayaan.  siaplah kat situ.  jem!

ok.  back to what happened yesterday.  setelah sekian lama dok berhajat-hajat, made drove me there.  made aje turun sebab i had alesya with me.  mujur...  hehehehe...  so, i watched him talking to the guy.  then the guy pointed to one of the chickens.  made chose whatever the guy pointed.  then dia timbang.  nampaklah about 2 kg.  then dia amik ayam tu, dia bawak belakang dia, zas!  aaaaarrrrkkkkk!!!!!  gila cepat dia sembelih.  mesti dah hapal sepenuh hati doa sembelih ayam.  ok.  jangan ada doubt.  hahaha..  nak kesian pun tak sempat.  business transaction sangat cepat.  tengok2 pisau dah berdarah, ayam dah terlentok.  tamatlah riwayat sang ayam.  

yang kami tiga beranak dalam keta ni buat apa?  jakun tengok ayam lah.  hahahahaha..  alesya tergedik-gedik pointing to those chicken in front of our car.  then bila ayam-ayam tu datang sebelah keta kami, lagilah terjerit-jerit tengokkan ayam.  hahaha.. 

jakun eh?  

yela.. yela..  

  

Tuesday, July 31, 2012

marah sikit

ok.  sapalah tak penah buat silap kan?  tapi bila silap sendiri, dia tuding kat orang lain, kita jadik sakit hatilah jugak kan..

ginilah..  kisahnya not so a big deal pun.

citernya adalah...  kita buat room reservation for our guest last week.  then ada salah on the check out date.  so, kita buat another revised letter.  first letter dated july 25.  the revised one dated the following day.  and i was contacted by the person in charge to reconfirm the date sebab i made a typo error.  itu citer hari jumaat.  guest datang hari ahad.  he went in ok.  but was later found himself locked outside of his room on monday afternoon.

sebab?  reservation did not receive the revised letter that i sent on friday.

i had to make few calls yesterday to resolve the problem and when i thought it was over, i was again slapped with frustration this morning.

the person in charge called me this morning to confirm what letter i should be providing them .  discussion went fine.  and i did not put the blame on them.  not even a quarter inch.  it was not in my conversation.  later, my boss called me in and explain what she wanted me to do and what was passed on from that person in charge to her supervisor.

ok.  tak payah susah-susah teka.  mistake was anne's.  i was like..  heh?  why didn't she pointing it to me when we were communicating this morning?  why from her supervisor that i hear a twist in her story?

saya rasa sangat-sangat bengang.

 ok. i sent the letter dated july 25.  it was then revised with a letter dated 26.  you called to confirm my typo error and to which, confirming acceptance of our revised letter.  why was it not passed on to your reservation?  with that in mind, why should i be in the position of at fault?

logik?

mujur posa.  tak kuasa nak gaduh.  tadi rasa nak antar emel jugak.  lepas tu malas.

Monday, July 30, 2012

sudah pandai masak..

sikit...  heheheheh...

semalam kita masak nasik minyak siap dengan ayam masak merahnya.  kata mak, kurang air.  bapak senyum aje sambil makan.  tapi testimonial paling best adalah...

drum roll please...... 

UWAN!!  dengan empat kali tambahan

woohoooo!!!  hebat kan?  hahahaha...

i have to be honest, i'm not a good cook..  so when things went well with my cooking, i am so very much a proud peacock.  jadi, ampunkanlah saya..  hahaha..

gamba tak leh share lagi.  nanti you all lapa.  hehehe..

terima kasih kepada buku chef hanieliza.  investment yang amat berbaloi.  next kena beli pengukus sebab ada orang nak kuih kasuwi.  kalo jadik, kita update eh.  kalo kita diam aje, paham-paham lebih kurang udahlah ye.  heheheh




Thursday, June 28, 2012

perut


Hari Sabtu lepas, kita umah Bapak.  Masa sampai, dia takde.  Gi Ampang, kata Alin.  Dia balik kejap, pukul 6:30pm dia nak keluar lagi.  Pi pasar malam pulak.  "Nak makan apa-apa tak?", Bapak tanya.  Soalan tu biasa aje sebenarnya.  Tapi petang semalam, rasa macam syahdu pulak...  Macam...  "bapak aku ni.....  macam mak dia juga.  Suka tanya nak makan apa.  Nanti dia pegi cari.  Kalau tak dapat yang sama, yang hampir sama pun tak pe.  Tapi mesti cari".  Uwan Jiah macam tu lah.  Pantang disebut.  Tak besok; lusa siaplah apa yang kita kepingin tu.  

Itulah rahsia nak jaga orang kesayangan.  Patutlah perut kita buncet.  Hish!

Tuesday, June 26, 2012

Sudin & Marjinah

Sudin bergaduh lagi dengan Marjinah semalam. Oh well... Bukan hari-hari depa gaduh pun. Cuma off late depa ni selalu sangat bertingkah.

Bila dengar Marjinah bercerita, saya rasa macam... "Nape macam tak selesai derang ni?". Until Marjinah luahkan rasa yang the last quarrel they had, they did not come to any conclusions neither final say. Sebab? Kassim, anak derang asik bertanya kenapa spongebob pakai neck tie and papa dia pegi keje tak pakai tie pun.

Heh?

Ah well... So I thought.. Patutlah takde settlement. Apa yang terbuku, tidak terluah. Apa dirasa, tidak dizahir.

I am no marriage counsellor. I've gone through the rough sea as well. But I have to agree that sometimes, husband takes it for granted when the wife looks fine and able to be independently control her feelings. Senggama dua tiga round and he feels every things are under radar. Thats unfair kan?

Memanglah perempuan ni mulutnya boleh tahan juga. But they have feelings too. Kan? Apa salahnya take time to sit, bincang jiwa ke jiwa, keluarkan apa yang terbuku. Both will go one happy. Dont you think? Ni asyik buat assumption saja. Dia senyum. Dia gelak. Maknanya dia ok. Come on la... As much as you guys nak sorok masalah office or any of such, this other half is hurting too and feeling the pain.  Dah lah panas hati, nak kena berlakon dalam office, depan anak-anak.  And she's ain't Erra Fazira, ok?

Ce tanya diri sendiri, ke manakah kesudahannya? Benda yang boleh disettle, tapi sudahnya pertelingkahan disaksikan anak-anak. Bad example kan?

Kadang-kadang letih jugak dengar kisah Marjinah. Tapi, saya kasihan juga. Saya tak salahkan suami dia. Sebab saya tau they are of an opposite attract. Sudin gini orangnya. Marjinah begitu pulak orangnya.

Duduklah. Fikirkan yang terbaik. Tak guna mulut kata sayang kalau sayang hanya jadi mainan mulut dan perasaan.  Isteri tu kan secantik-cantik perhiasan.  Janganlah jadikan dia tunggul.  

Untuk Sudin & Marjinah, janganlah persendakan akad yang telah dilafazkan dan simboliknya cincin di jari manis itu.  Kalau setakat ingin dijadikan hiasan, belilah cincin zhulian.  Hari-hari boleh tukar.  Hehehe..  


Sunday, June 24, 2012

alesya ni!!!!

dia pakai my office ID tag.  pas dia datang kat kita, sambil bawak baby dia.  pastu dia bagi baby dia kat kita.  pastu dia buat macam baru balik keje and amik baby tu dari kita.  ala-ala cerianya si emak baru pulang kerja dapat bertemu anaknya.  ha gitew..  pastu dia jalan keluar bilik dengan baby dan tools bag adam.  sebijik macam kita amik alesya daripada umah opah.  macam itulah gayanya.  dengan dokong alesya sebelah tangan.  dengan laundry bag sebelah tangan.  dan yang penting ID tag.

pas tu dia kata baby dia sakit perut pulak.  siap lompat nak capai ubat angin atas lemari.  kita kata kat dia, amik lotion sudah.  dia amik lotion, suh sapu kat tangan dia.  pastu dia sapu kat perut baby.  

hebat sungguh ingatan dan imagination budak-budakkan?  

atau adakah itu petanda scha al-made nak adik lagi?  

ayah...  sila jawab...  

hahahahahaha..


sudah ketentuanNya

Hari Khamis baru ni Mak informed yang Mak Ngah kat Tanjung Malim tu meninggal dunia after her long battle with cancer.  Mak ngan Bapak aje yang pergi ziarah.  Kami hanya sampaikan salam..

Tadi dapat berita tentang anak Olie.  Akif has been battling for his life since 2 weeks ago.  He's a true fighter.  I can't remember who..  But someone told me, special kid like Akif has high spirit and will fight all the way.  Indeed true.  Kita tak sempat nak jumpa Akif.  Nak bagi Akif rasa kek yang kita buat.  But I know Akif is in a good hand of Allah swt.  Insya Allah..

On Wednesday, Made came back feeling sad for Ma.  Ma kata kat Made, "umur Ma dah banyak.  Awak pun dah berkeluarga. Anak-anak lain pun semua sihat & bekerja" perhaps to indicate, there's nothing more to look upon for..  Kita dengar pun rasa sedih.  Kalau kita depan Ma, mesti kita dah nangis.                   

After Uwan, takde lagi orang terdekat/tersayang yang menyusul kecuali Ayah.  Impact was hard.  But..  Itulah..  Semuanya dah ditentukan.  

Mmmm...  Ntah-ntah....  kita yang pegi dulu sebelum you ols.  Mintak maaf awal-awal la ye.  Mintak halal makan minum.  Mintak maaf salah kata.  Mintak maaf salah laku.  Kalau ada terhutang, minta beritahu ye.  Pohon doakan kesejahteraan kita esok-esok.  Insya Allah.  

Amin.  


Saturday, June 23, 2012

Amway

I dah join amway, u ols! Hahaha..

Reason? Nothing concrete. Satu - nak cari vitamin. Dua - i heard a good review on their beauty/facial products. Tiga - kedai dia belakang umah. Senang!

So now.. i have new beauty products. Jerawat masih naik. Dia kata give two weeks for the products to settle. Ok. Hari ni baru second day. Kita tunggggguuuuuu...

Hari ni juga adalah hari kedua makan vitamin. Lutut dah takde bunyi time solat. Wahh!! Hebat kan?

So, amacam? Nak beli barang amway? Call la saya. Cecewahhh...

Friday, June 22, 2012

jadual waktu

jadual kita sejak ada maid ni dah berubah sikit.

eh!  awak tak tau kita dah ada maid?  eeeee..  tak updatedlah awak ni.  hahaha..  ha-ah.. kita dah ada maid. alhamdulillah.  rezeki kami nak dapat filipino maid yang muslim.  syukur.  

sekarang ni, kita bangun tiap-tiap hari pukul lima untuk masak makanan tengahari.  masak simple-simple aje. sebab tu kita dah ada buku ini....


ha... hebatkan??  boleh harap jugaklah buku ni.  cuba tu udah.  menjadik tu tak gerenti.  kehkehkeh..  

sambil masak tu, kita start washing machine.  so adalah bunyi-bunyi iringan kat dapur tu disamping alunan bacaan al-quran kat surau.  

sambil masak lunch tu, kita buat sekali bekal breakfast untuk adam.  kadang-kadang kita punya sekali. siap semua, kita kejutkan adam.  selalunya by then dah 6.25am.  mamat ni suka mandi lama.  jadi kena kejut dia awal-awal.  lebih 10 minit kalau dia sorang.  

by 7am kena kuar umah untuk hantar adam ke sekolah.  hari-hari biasa, kalau kuar lambat dari pukul 7 tu alamatnya subjected to be caught in traffic lah.  now, kalau time summer break ni, sangkut jem tiga puluh kilometer pun tak pe..  hahahha..  

tengahari balik amik adam from school.  then by 1.45pm rush balik ke office.  by 4pm, kemas bag.  balik!  kejarkan pulak budak adam ni ke sekolah agama (di hari-hari berkaitan).

in general, my daily life is superb busy dengan operasi membawa kereta dan berkejar ke sana sini.

so my darling kesayangan, boleh ke tint kan cermin kereta untuk i?  panas tau u..  nanti i itam nanti, camne kita nak nyanyi lagu "black & white" sambil pusing-pusing tangan?

wakakaka...
  

Sunday, June 17, 2012

porno

ha..  terang mata nak baca eh?  hahahahhaha..

ada kawan kita cite..  husband dia suka tengok porno.  so dia rasa tak suka.  kita pun kata kat dia, it's a norm la for guys to watch porn.  but for all you know, it's you that he turns back to.  kan?

tapi at the same time..  kita berpikir-pikirlah jugak..

apa yang bestnya nonton porn ni?  oklah.  untuk belajar aksi-aksi - kalau ada.  other than that?  untuk keghairahan sendiri?  oklah.  maybe?  ok.  soalan ni sangat subjective and private.  period.

anyhow, kita pun sedarlah badan kita ni takdelah macam kim kadarisman.  tapi kita ada hati dan perasaan jugak pe.  kalau kita kata kita berasmaradana sambil membayangkan muka ex-bofren kita.  awak ada marah ke tak marah?

ha!  samalah kita rasa..

timbang-timbanglah sikit.

Friday, June 15, 2012

beli barang

kalo awak beli sepender ke baju dalam ke, awak bawak tak your other half?

kita bawak tau...

sebab kita nak dia ok ke tak dengan pilihan kita.  manalah tau.. nanti over rambu ramba ke..  tak ceksi ke..  kan..

jadik kita kecik ati jugak tau, bila ada orang beli barang keperluan persendirian tak bawak kita pun.  yelah..  bukan duit kita.  kita tau..  beli pun tak cakap.  tunjuk pun tak.  harap nampak paperbag aje.  itu pun dah ala-ala sorok.

yelah...  sapa la kita....  

Thursday, June 14, 2012

exam & appraisal

adam bawak balik results exam dia on monday.  

alhamdulillah.  nak kata superb, tidak.  tidak superb pun tidak.  memadai dengan usahanya.  hahahahhahahah..  mungkin kena extra effort on BM.  2 markah on carelessness (means 4 questions).  agama dengan bahasa arab boleh tahan jugak budak ni.  math & BI exceptional :D

on the other hand, i've just got appraised and received my increment letter.  boss tanya, "you ok ke tak dapat double increment?"  oh well..  kita kena berpijak di bumi yang nyata.  i know how far have i pushed myself this year.  i know how well others had done in their jobs.  so might as well give the good money to those who well deserved it.  works had now been mundane and routine.  i had the same feeling 3 years ago..  so the cycle is back.  oh my!  kena carik optimum job pump next school year.    

summer break

apa best?

masuk kul 8.  balik kul 4.  on road pagi-pagi tak marah-marah sangat.  when everybody else busy zig-zagging, gua boleh rilex & gelak-gelak dengar salleh yaacob.  petang-petang tu keadaan yang subjective.  period.

pakai suka-suka hati.  tie tak payah.  formal tak perlu.  belasah aje.  jeans tiap-tiap hari pun boleh.  suar pendek pun dibenarkan.  mini skirt pun ok.  midi skirt pun tak kisah.  jangan pakai bikini udah.

keje pun rilex sikit.  bos-bos besar tadak.  ofis pun tak ramai orang sebab kebanyakan amik peluang bercuti.


saya?  cuti tinggal 2.75 hari.  duk diam-diam sudah.  hahahah..

Tuesday, June 12, 2012

lama tak update eh?

bizi la..  --  ala..  jawapan biasa la ni.  tapi memang bizi la...  cikgu nak balik.  cikgu baru nak datang.  payroll 3 bulan nak katup.  ish..  tambah tolak darab bahagi, kira banyaklah kerja saya ni ha...  now lega sikit.  sebabnya SUMMER BREAK!  horey!!!  but i tell you..  sama aje.  keje masih melonjak naik.  sebab cikgu baru dah datang.  maknanya?  masih banyak kejelahhhhhh..  haish...

i had some days off, which was good.  alhamdulillah.  baru-baru ni ada cupcakes order yang mencecah angka 4 ribu.  wow!! sebenarnya dia nak seribu aje.  tapi sebab empat cups per box.  jadiknya empat ribulah ordernya.  amacam?  hebat tak saya?  hahahah..

adam dah dapat exam papers.  alhamdulillah.  berkat kena marah, boleh tahan la markah dia.  haha..  cumanya.. adam kena tuition subject BM la agaknya.  from the 5 papers he brought home yesterday, BM has the lowest mark.  bahasa arab lagi terer.  careless marks pun boleh tahan jugak.  patut huruf kecik, tapi dia buat huruf besar.  ejaan salah.  tak buat cara pengiraan.  mmm..  geram aje tengokkan..

oh ya!  hari ni birthday adam danial.  HAPPY BIRTHDAY ADAM!!!  mama sayang adam.  dari hari sabtu sibuk buat goody bag dia.  letih jugak eh?  tapi seronok!  especially bila tengok kawan-kawan dia tadi appreciate apa yang kami bagi.

"wow!  banyaknya barang."
"ada cupcakes lah...  "
"nak satu lagi boleh?  saya nak bagi adik saya?"

eh?  boleh harap budak ni eh..  sayang benar kat adik dia.  hahahah...

yang lain apa eh?

gusi saya sakit.

sekian.  :D

Saturday, May 12, 2012

Bila angin dia...

Ok:
"Please........"

Tak ok:
"Noooooooooo....!!!!"


Ok:
"Yom mama.... Yom...... (read: jom)"

Tak ok:
"Noooooooooo...!!!"


Ok:
"Mama.... Aaa u (read: where are you)?"

Tak ok:
"Mama... Mama... MAAMAAAAAA!!"


Ok:
"Mama... E-yu (read: i love u)

Tak ok:
Mama: Sya.... Kiss mama?
Alesya buat bodo aje. Pandang pun tidak. Jeling ada.

Boleh harap betul budak kecik ni.

Wednesday, May 09, 2012

tiga puluh empat

alhamdulillah.  syukur.

bertambah lagi satu tahun usia saya.

ok.  nak baca well wishes kat fb dulu.  seharian dapat baca gitu-gitu aje.  bizi la katakan..  hehehe..

Monday, May 07, 2012

Apabila cuti...

Malasnya nak bangkit dari katil ni. Nak bukak tingkap pun bercinta. Hujan pulak pagi tadi. Bestnyeeee melepak ataih katil.

Mujur aje adam sekolah. Kalau tak, gerenti empat beranak ni masih berselimut.

Ok. Nak sambung baring ke nak bangun buat keje..

Alahai........ Nak pikir pun malas. Muahahaha....

Thursday, May 03, 2012

and where we return

This morning, I posted about the return of Nayati.  A happy news, indeed.  

This afternoon, with sadness, my posting is on the death of Bob Kuman.

No, he's not related to me.  Saudara sesama Islam sahaja.  Tapi pemergiannya tetap dirasai.  For someone who had once or twice (I think figuratively, it's more than the number mentioned) made me laugh, he is someone unforgettable.  

The news had made me think of:
1)  kitaran hidup kita mudah.  Gembira dan sedih.  Datang dan pergi.  Hidup dan mati.  Itu sudah ketentuanNya.

2)  jika sudah nawaitu untuk berbuat baik, bersegeralah....  With deepest regret, I had been planning to contribute to Bob, but had been delaying & procrastinating.  Lesson learnt!

Al-fatihah untuk Bob.  

home is where he belongs

I looked upon the sky today
It was bright and nice
I had a thought
And I said a prayer
Allah listens and He works in His miraculously ways

Alhamdulillah
Nayati is now safe at home

My angels at home -- Mama loves you dearly!

Sunday, April 29, 2012

we are drivers too: signal

signal comes in a package, kan?  awat ramai orang tak suka guna?  

selalu orang dok pakai time emergency aje.  selainnya tu, time nak kona, main kona aje.  nak-nak time kat junction.  yang kita ni tunggu macam bodo.  kang jalan, dia langgar.  tak jalan, dia nak kona.  geram betul!  

kalo encik suami lambat bagi signal, saya sendiri yang tekankan.  hehe..  ntahlah.. i think it's important to indicate to other people where are we heading to. unless memang dah jalan sehala.  dah memang tak boleh kona kanan atau kiri.  segaklah kan?  kang orang gelakkan pulak tengok kita bagi signal.    

bapak kata, those days orang pakai tangan aje.  kalau nak kona kanan, hayun tangan.  kalau nak kona kiri, pusingkan tangan.  kalau nak u-turn, mm.. lupa pulak.  zaman la ni sempat ke kalau pakai tangan?  takut putuih tangan sebelum sempat kona simpang aje.  orang la ni bawak keta laju benau!  hahahahaha

oh well.  some people are just ignorant.  nak wat guano..  


gambar dari sini:  themotorreport.com.au


ps:  cantik eh kaler merah ni..  napelah takde kat kl....  

Thursday, April 26, 2012

girdle

you all pakai girdle?

girdle yang ni saya beli lepas dapat alesya.  ntah apa ntah nama dia.  but recommended by a friend who is a doctor.  sebenarnya girdle ni untuk orang yang buat liposuction or any plastic surgery on the tummy.  apparently when they did a research it was also good for those moms who had c-section.  i had it for RM400.  pakai almost 3 tahun.  ok lah kot?!  kira berbaloi la ROI dia.  hehehe.

earlier, i bought a girdle named beautiful after i had adam.  tapi lepas beberapa bulan pakai, rasa macam kurang selesa.  rasa cramp selalu.  ok.  ni bukan nak condemn product okeh.  saya nak bercerita saja.  i know my cousin yang pakai ni nampak elok saja.  and at the same time, my aunty yang pakai pun rasa kurang selesa.  i guess, me and my aunty shared the same sentiment la kot.  hehehe..

saya punya ni dah terkoyak.  now tengah berusaha senyum lebih-lebih kat encik suami.  hehehe..

Monday, April 23, 2012

trust

remember the post i had on "coincidence?".  it's not a big deal that i knew the parties in the cerekarama.  but the point that frustrates me the most was the trust i had on one of the characters.

that character had indirect connection onto the cerekarama.  the character was there because i had that character involved.  i called the character to get confirmation, which i did not get.  i got the confirmation from the main character of the cerekarama itself.  and i thank you for the main character for providing me the information.

i shared the confirmation for i wish the mystery (speculation?  hehe..) solved.  and not meaning to be shared with the unfortunate character.  oh well...  of courselah.  mana ada cerekarama semua berbahagia kan?  nora elina pun ada character yang makan hati ape...  least that i know the confirmation information was shared with the unfortunate character.  

yes.  i pity the unfortunate character as well.  but that was what fated in her life journey.  i have given you my trust, and you betrayed it for sympathy?  ok.  i was/am not there to listen to any whines from the unfortunate (alhamdulillah) character.  but as you were informed, the confirmation was not to be shared.  for the good sake for both parties.  

i am hoping that my character will only be a tempelan and nothing more.  i wish the best to all characters.  

me - including.  

Sunday, April 22, 2012

credit-less

sedang berusaha mengosongkan credit card.  payoh jugak eh.....  

elok nampak kosong, zas balik.  habis bayar aje, zas balik.  hish!  selagi boleh di-zas.  asyik nak zas aje.  

sekarang dah ada resolution baru.  eh baru ke?  renew kot.  haha..  mesti!  DIMESTIKAN - memperhabiskan  segala hutang piutang sebelum bulan puasa.  sebab?  nanti bulan puasa, gerenti nak membeli-belah.  gerenti punyalah!  ini pun dah aim sofa baru.  cecewahhh..  macam banyak ruang kat rumah ni.  

ntahlah..  dah rasa tiba masa untuk tidak berhutang.  tensi rasa bila tengok duit gaji habis ke hutang setambun aje.  tapi nak bawak cash setebal bulu mata rozita che wan tak sanggup pulak rasanya...  kot jadik apa-apa, nangis tak berlagu pulak.  senang lagi bawak credit card.  zas aje.  balik bayar balik.  m2u kan ada.  treatpoints pun dapat.  (kena claim promo maybank ni.. hehehe).  tapi selalunya lupa la nak bayar immediate la-kan..  dah sampai hujung bulan, tengok gaji masuk baru clearkan apa yang telah di-zas-kan.  

nak doa panjang-panjang kepada Allah swt supaya dikuatkan semangat agar tidak berbelanja dan tidak mengikut nafsu berbelanja tanpa nawaitu dan approval chief minister home affairs.  amin.  

ps:  time ni lah catalogue baru braun buffel datang.  gatal!

gambar dari sini:  http://angelanguyenn.blogspot.com

cantik eh credit card dia?  perasan comel aje bila nak zas.  hahahaha..  





berwajah baru

dah lain eh posting untuk blogspot ni eh?  nampak kodi aje.  hahahaha..  tak pelah. janji boleh pakai.

dapur kitorang dah berwajah baru.  eh silap.  dah bertambah maskara dengan eye shadow baru aje.  hehe..  beli fridge yang besau sikit.  senang nak letak barang-barang kek & cookies yang takes up most of the space.  nak stock up makan pun nampak lega sikit.  takdelah cramp sangat.  

lepas tu, kitorang letak tv kecik kat dapur.  hehehehe.  ok.  bad idea sebenarnya.  tujuan asal nak attract alesya makan kat dining table.  itu budak sangat bertuah.  nak makan bersuap dekat depan komputer sambil dia tengok bo (barney).  eh eh eh..  banyak kaedah kan?!  tapi sebab tv kat dapur tu bersabit dengan unifi yang takde channel cartoon, so we are back to square one.  makan dalam bilik - depan komputer.  hahahaha...    

Sunday, April 15, 2012

Assignment

Ok. Mood nak menaip tiba-tiba datang. Hehehe..

Remember I posted about having the dream to send salam perantauan, skype dengan mak bapak & families, rindu-rindu, etc? Well... Encik suami came back from work one day and shared his assignment with me.

"I kena gi UK. Two weeks"

"Ikutttt"

"Mahal lah"

Ok. Akur. Bengang sikit. Tapi sebab dah pernah sampai, tak heran sangatlah. Konon.

The next day he came back with another assignment.

"Tadi my boss tanya if I'm interested with assignment to Houston"

"Houston? Whitney Houston? Nak jadi CSI?"

"Houston, USA lah"

"Oh! Ok! Ikut!!"

"3 bulan aje. You keje camne? Adam sekolah"

Hish!! Ikut hati nak resign aje. Boleh jugak lawat-lawat negara orang. 3 bulan tu ok jugak la dok? At least..... Kan?

Adam? Home schooling. Cewah!! Macam rajin aje mama ni pun. Hahaha

April

Eh... X de posting lagi? Bahan ada. Nak type malas. Haha...

Nanti ye.... Harap-harap angin rajin datang dengan segera.

Amin..

Friday, March 30, 2012

overseas


rasa macam nak keje kat overseas lah. nanti bolehlah hantar gambar dengan ucapan kat salam perantau. time-time raya boleh amik gambar ramai-ramai masuk suratkhabar. femes kan?

pastu, boleh dapat bekalan makanan yang berkotak-kotak dari malaysia. mmm.. macam ada sangat orang nak hantar makanan pun. macam kat overseas tu takde. macam tak boleh beli pulak. hahahahaha...

bila lama tak balik, nanti mak bapak rindu-rindu. nak tengok cucu. along, alin terkinja-kinja la bila kat klia. ha... barulah excited sikit. jerit-jerit. peluk-peluk. nangis-nangis. barulah kememe level ke 14. woohoooo....

main salji semua tu tak de heran lah sangat. jakun sikit adalah. hahahah.. biasalah.. baru boleh dipanggil orang darat :D

kat overseas barulah berbaloi update status kat FB ke twitter ke.. ni setakat update, lepas tu orang depan mata aje yang reply, aleh.. dah tak cool. hahahahah...

bila lagi nak menimba pengalaman kat negara orang. barulah best sikit nak mengundi pos. wakakaka..

.
.
.
.
.

ala... sekali-sekala nak berangan. apa salahnya...

Thursday, March 29, 2012

Coincidence

Happened to be i knew that bride -
Which happened to marry to the groom that I know -
Which coincidently was a groom to my other friend.

Small world eh?

Now they know that i know about them
And one is requesting exclusive stories
Which happened to be not of my good skill

I now feeling sympathy (to both + the groom)
Feeling dont know what to do too
Having hidung sumbat and perit tekak

Perfect!

What has passed, let them be a Teacher to your new journey
What awaits you is something that you have to look forward for
My wish is the best for both (+ groom)
Doa & minta yang baik-baik saja. Moga Allah membantu ke jalan yang benar & terbaik untuk kalian..

Insya Allah

buah delima

encik suami dapat message daripada abg ajih bebaru ni. ma nak buah delima. mintak kami tolong carikkan. kami pun type message and sent to those close to us mintak tolong carikkan buah delima.

replies were overwhelmed! alhamdulillah..

on saturday, i received 4 (biji apa dalam bahasa omputeh??) buah delima from nita's mother. termasuk satu botol juice organik buah delima. tapi according to kak ti, ma is on oral chemo. nita dah pesan awal-awal. kalo ma is under treatment or taking any supplements, then it is not advisable to take this drink. pesanan penaja daripada husband dia tu..

along pun usahakan tanya kawan-kawan dia. dia kata abg ashraf is on the way back from langkawi. kalo ketemu buahnya dia sana, dia bawak balik. pas tu masa dia call kata abg fizal ada pokok kat umah, berharap jugaklah kami ni. tapi tulah.. sebelum ni, memang ayah abg fizal tu jaga pokoknya. kali ni, tak dijaga sebab takde sapa request. tak de rezeki ma.

mokteh pun tanya-tanya around her neighborhood. nak tanya kat adik ipar dia kat meru tu, tapi time tu orang tu tengah sibuk berkenduri. jadik tak tertanya...

mak lagi best! dia dah tanya kawan-kawan dia, tapi tak de yang ada information about the fruit. dia pun pesanlah kat kawan dia yang nak ke penang. at the same time, dia sms bagitau dia dah beli pokok and tanam kat umah. moga ada rezekilah untuk tok ma rasa buat delima nenek. insya Allah..

my brother in law, faiz pulak asked favours from his FB friends. nak kata rezeki tok ma kan... kat umah kawan wakleh (pak mentua my sister) ada bertanam. alhamdulillah.. yang tu akan sampai soon. insya Allah...


inilah buah delima. kak amy kata, kak nah suh amik yang crown atas tu. kak ti kata nak yang dalam kaler putih tu. tak kisahlah mana-mana. saya baca buah tu memang bagus untuk antioksidan pun. so, mana-mana yang diperkenankan Allah swt, kita terimalah. moga dikurangkan kesakitan ma.

gambar adalah daripada: http://www.ymr2u.com


Wednesday, March 28, 2012

Sate ikan

Awak penah makan? Sedapppp!!! Time kecik dulu saya sangat rajin beli kat depan sekolah. Satu cucuk seposen. Apa yang best? Ntah.... Biasa aje sebenarnya. Hehe..

Tadi masa amik Adam, dia tanya "mama nak satay ikan?". "Boleh juga," kata saya & I gave Adam lima ringgit, suruh dia beli dua ringgit sate ikan.

Macam mana dia berlari pegi, macam tu jugaklan dia berlari balik dengan 2 plastik sate ikan. Dapat lima cucuk aje. Maknanya sekarang harga dia dah jadik dua posen. Tak pela.. Masih sedap. Kami makan kat situ jugak.

Habis makan saya mintak air bekalan Adam. "mama nak air with taste?". "adam nak beli air apa?". "they have pepsi light & milo". "milo will do".

Vroommmm.. Adam berlari lagi.

Tiba-tiba hati saya jadi sebak bila terpandang adam kat tangga dengan dua cups milo.

Adam anak yang baik. Kalau disuruh, tak pernah membantah. Cepat menangis kalau tersentuh. Manja. Penyayang. Kalau saya demam, dia la yang sibuk nak letak kain basah atas dahi saya, selimutkan saya, make sure saya ada air untuk minum, etc. Cuma saya la kadang-kadang cepat melenting dengan dia. Kurang sabar. Walau macam mana pun saya marah dia, dia akan datang peluk saya, minta maaf & gives a kiss on my cheek. Haih... Syahdu pulak...

.
.
.
.
.

Sebenarnya..... Adam tak suka sangat pun sate ikan tu. Tapi sebab dia tau saya suka, he just want to get it for me...

Ok. Syahdu lagi.....

al-quran

pinjam gamba dari sini: pesonaindahhantaran.blogspot.com

alhamdulillah...

adam dah naik another level. he has been talking about it and feeling excited. semalam, lepas habis kelas agama terus call mama to inform dia dah naik al-quran. i can sense his proud and happy mood. good job adam! ayah semalam pun ikut excited, terus gi beli al-quran kaler merah.

saya naik quran when i was standard 3. i am so sure about it sebab kat quran tu ada tulis "kelas 3 & 4". means i was in standard 3 in al-ansar when uwan & atuk bought me the red quran. eh.. merah jugak? ok. gene yang bagus. the quran is still with me. tapi dah lusuh lah.

ha.. meh nak cerita pasal baca quran ni..

at the time of naik quran, saya tengah banyak kawan. so asyiklah ponteng kelas agama. reason? takde sangat. main beskal pusing2 taman aje. paling best pun lepak minum slurpee kat padang sambil main buaian. so mengaji pun melompat-lompat. sesuka hati skip pages.

habislah kalo anak aku baca ni.. hahaha...

nak dijadikkan cerita, arwah mak ngah (anak opah usu) nak kawin and looking forward for majlis khatam quran. uwan pun nak buat jugaklah my khatam quran. tang harinya tu, mengaji lah saya, cucu makcik jeah ni. hambik!! tergagap-gagap. nak bandingkan dengan ujir anak mak ngah kat kampung tu, memang komfem saya ni tahap baca alif ba ta aje lah lagi. dia baca lancar betul. sampai kat saya asyik-asyik "eh.. eh.. eh.. eh..". mak kata dia rasa nak potong bawang kat dalam toilet dengar saya ngaji. hahahahahha.. ampun mak.

ok. sedap eh gelakkan saya...

mintak-mintak adam dapat khatam quran dengan sebetulnya. janganlah ikut kaedah cepat baca mama ni. hehehehe..



Friday, March 23, 2012

sembang dengan nenek


adam: nenek, i'll be going to london soon

nenek: oh really? why?

adam: visiting ayah's kampung

nenek: oh? eh?

(mama sudah blushing kat driver's seat)

adam: yes. ayah is from london. then he came to malaysia. he has sold his house in london. so now we want to visit his kampung-lah


pengsan!

bertuah punya ayah. kelentong anak dia kaw-kaw punya...

ya ampun!!!!