Wednesday, April 30, 2014

Marah

Jerit.
Diam.
Nangis.
Baring.

Biarkan. 

Susah ke masak ni?

Takde la susah mana. Cuma untuk orang yang tak berapa pandai masak ni, rasa mencabar juga. Nak pulak family saya ni bukannya jenis makan lauk banyak. 

Kat umah bapak, at least dua atau tiga hidangan. Satu sayur, satu lauk.  Kena ada yang berkuah. 

Suami saya simple. Janji ada. Jadinya, kadang-kadang hidangan saya satu je.  Itulah lauk, itulah sayur. Contohnya sup atau gulai. Kalau saya masak sup ayam, cukup itu satu ajelah. Tak payah nak masak sub-lauk yang lain. 

Senang?  Senang jugak.  Tapinya, banyak karenah. Lauk itu tak makan, ini tak makan. Encik suami tak makan asam pedas. So every time nak makan asam pedas, saya kena pi umah bapak.  Now tengah train bebudak ni makan lauk-lauk lain. Asyik sup dengan lauk goreng atau masak kicap. Masak lemak semua tanak. 

Nak masak apa hari ni eh...  Dah la takde ayor. Buku resepi ni dah berapa kali ulang dah.....

Ha....  Yang ni la yang payohnya...........

Huhuhu.... 


Wassalam.   

Monday, April 28, 2014

Weekend

Yesterday we had a trip to Kelang. Then to Pandan. Then Iroh & Pek mari singgah umah. Lepak-lepak makan cok udang sampailah ke malam. Wah....  Fun filled aktiviti saya semalam. 

Lepas ni kalau orang nak mai umah saya, saya tau dah nak buat apa. Cok udang cicah cili sos!  The best in the school bus!!

Resepi tadak. Tepung + air + garam dengan udang aje. Jangan lupa baca bismillah dan buatlah dengan penuh kasih sayang dan keyakinan bahawa ianya sedap. Ha gituuuu....  Pasti kejayaan milik anda!

Hahahaha..

Wassalam. 

Saturday, April 26, 2014

Sabtu

Adam pi Hari Kantin kat sekolah dengan ayah dia. Pagi-pagi dah  excited tengok jam.  Suh mama buat cupcakes. Nak bagi sumbangan, kata dia.  Bergembira terlebih lettew nanti... 

Budak adik ni tak bangun lagi.  Apo den nak buek ni...

Alhamdulillah...  Rezeki kami melimpah this week. Sat lagi ada kenduri akikah kat Batu Caves. Then wedding di Damansara.  Besok pulak birthday party di Pandan. Kemudian wedding di Kelang. 

Kenyangkan?  Burp...  Alhamdulillah. Kalau sekali makan, perut ni boleh extend jadi satu court tennis.  Kalau empat kali?  Wow!  Puas hati Nadal pukul bola.

Kehkehkeh..

Wassalam

Friday, April 25, 2014

Lari-lari

Adam dapat kasut jogging baru. Dia pun berlarilah atas treadmill dengan bangganya. 

Stopped for a while for a drink. Then continued again.

After 10 minutes, dia berlari ke dapur. Took out the weighing machine and had his weight figured. 

"Alah....  Tak turun pun"

"Ui!  You think your weight is tindakan refleks ke?  Baru berlari dah turun immediately?"

"Ya...  I know...  At least three months. I just wanna give it a test" 

Sian anak mama....

Wassalam. 

Thursday, April 24, 2014

...


When comic speaks louder, silence surrounds.

No one likes to speak to a wall, anyway.

Wassalam. 

Wednesday, April 23, 2014

Perut oh perut

Saya batuk
Uhuk..  Uhuk..
Alesya tepuk perut saya

Prominent-nya perut saya ini. 

Haih...

Tuesday, April 22, 2014

Wash hands

Alesya:  Mama...  Where is Ayah?
Mama:  He went out to pick up Abang Adam. Why Sya?
Alesya:  Who can wash my hand?
Mama:  You can do it on your own at the toilet
Alesya:  Can I watch this (Paw Patrol) first?
Mama:  Ok. Dont forget to wash your hands.
Alesya:  Ok Mama. I forgot

Went off to watch Paw Patrol and she really did forget to wash her hands. 


Wassalam. 

Bila angin rajin datang.......

Banyaklah update-nya ye.... 

Dah tuuuuu.....  Ada aje ceritanyaaa...

Tempoh hari takde masa. Now, ha!  Amikkaw!  Hehehe...  Alah...  Lagipun Alesya was on school holiday. Takde apa nak rush.  

Kekadangnya, lupa nak bercerita dengan encik suami. So, by blogging about it, dia tahu la. Dahtu, kalau dia tak baca...?  Nasib dia la khennnnnn....

There are also some times, things are uneasy to be verbally expressed. Macam cerita Ma tu. Saya typed. Saya sendiri nangis. Dah macam mana gaya saya nak cerita kat orang kalau menaip pun nangis?  Betoi dak? 

Cuti sekolah dah habis. Lets mandi and go to school.  

Wassalam. 

Monday, April 21, 2014

Best ke jadi suri rumah tangga?

Eh...  Jadi permaisuri mestilah best!  Cuma permaisuri ni kena masak, jemur & lipat kain, kemas rumah dan macam-macam kerja yang berkaitan dengan rumah. Dan menjadi pemandu untuk anak-anak juga.  Bodyguard takde ye...

So apa yang best?  

Let me see.......

Tak payah kecoh hari esok nak kerja!

Lagi?

Tak payah fikir bos, deadline, kerja berlambak!

Itu aje?

Tak payah redah jem pepagi. Rushing sini sana!

Dah?  Itu je yang best?

Ehhh....  Banyak lagi....  Yang penting ada quality time dengan anak-anak. Nampak anak membesar depan mata. Nampak apa yang anak makan dan buat.

Tapi janganlah ambil pengalaman saya untuk di-adapt kepada keputusan awak. Apa yang elok bagi saya, mungkin tidak bagi awak. Apa yang saya suka, mungkin awak tidak. 

Jika benar-benar nak tukar profesyen, sebaiknya berbincanglah. Saya dan suami ambil masa berbulan-bulan untuk akur kepada satu keputusan. Nervous jangan kata la....  Sentiasa ada..

Lagi satu, pohonlah yang terbaik dari Allah Yang Maha Esa. Keputusan kami dibantu olehNya.  

Insya Allah - yang terbaik datang dariNya.

Wassalam.  

Sunday, April 20, 2014

Ma

Pertama kali bersua muka, Ma pegang pipi saya.  Tidak dia mencubit. Sekadar mengusap penuh kasih. Mungkin chubby untuk anaknya.  Ma tinggalkan sepasang kurung batik biru.  Tersenyum bakal menantu. 

Pertama kali pulang ke Kelantan, Ma terdengar kami bergurau lapar. "Nah... Ma buat se (satu) aje.  Kongsi dua orang".  Dihulurnya semangkuk maggi dengan telur beserta segelas air milo.  Terharu rasa menantu bongsu. 

Saya bukan warm person. Takes time untuk saya berbual dan bersembang. Terkena pula dengan Ma yang pendiam. Cerita kami jarang melebihi 10 minit.  Kalau bertemu, tanya saya cuma "Ma sihat?  Ma dah makan?  Ma jaga diri baik-baik ye. Makan ubat ye, Ma. Insya Allah kita jumpa lagi".  Bagai radio rosak.  

Namun, terakhir berbual dengannya, saya rasa sangat seronok. Sebab Ma asyik nak bercerita. Ma bercakap bagai tiada nak henti.  Dek tuturan Ma dah tak jelas dan pendengaran Ma dah tak kuat, saya dah tak mahu bercakap dengan Ma lepas itu. Saya tak mahu kenangan manis saya hapus. 

Orang berkisah ibu mertua jahat. Bukanlah itu Ma. Orang berkata ibu mertua mengganggu rumah tangga. Orang itu tidaklah Ma. Ma adalah sebaik-baik ibu mertua.  Yang terbaik bagi kami lima menantu. 

10 tahun saya bersama Ma.  She was a true fighter. She survived cancer for the past 8 years.  Tatlala Allah swt menjemputnya, saya utuskan rasa syukur.  Ma dah tak sakit lagi. Ma dah tak menderita lagi. 

Ma - damailah di sana. 
Al-fatihah dan doa akan selalu mengiringi. 

Wassalam. 





Saturday, April 19, 2014

Aturan Allah swt itu serba indah

Diberatkan hati Made untuk mengiringi sahabatnya ke SMACH homecoming di hari Khamis dengan alasan kasihan isteri & anak-anaknya. 

Diberatkan hati Made untuk bertolak awal pada hari Jumaat dengan alasan hendak bertemu Ma terlebih dulu. 

Andai tidak, Made tidakkan ada disisi Ma tatkala ibunya itu menghembuskan nafas terakhir. 

DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. 
Al-fatihah untuk Tokma. 
1934-2014.

Wassalam. 

Friday, April 18, 2014

Do-do-do

Alesya has shown progress in her music class.

Alhamdulillah. 

The first two classes, everything was "Mama...  I'm scared. Can you come with me?".  The third, asalkan teacher panggil; she went out with excitement. 

Syukur. 

Oh!  We enrolled Alesya into Yamaha Junior Music Course. It's a two years course. We want her to enjoy and at the same time maybe able to correct her speech. 

Insya Allah. 

Mak ayah mana yang tak nak bagi yang terbaik untuk anak-anak. Kan?

Ok. Tata. 
Wassalam. 

Thursday, April 17, 2014

Khamis

Feeling sad as I woke up to the news of the late Karpal Singh. Never knew him. Never had any conversation. He was a person I have known from our media.  Some said he's bad; and some said otherwise.  Not good to judge.  Condolences to the family. 

On contrary, I was feeling happy too.  I had lunch date with my partner in crime, Nit, Rizal & Yogesh!  Yeah!  They were my officemates. My best buddies!!  I had truly missed them especially Nit - the best friend I've ever had.  Alamak...  Now rindu again. 

I would also humbly request for your prayer for ma (made's mom) whose health is deteriorating.  Hapuskan kesakitannya dan permudahkanlah segala urusannya. Amin. 

Ok. Tata.
Wasalam. 

Wednesday, April 16, 2014

Pagi ni adam nangis

Sebab?  Kena marah dengan mama
Sebab?  Semalam dia joined kawan dia pukul kawan satu lagi
Sebab?  Kawan dia kata he was bullied by that other friend
Sebab?  Dia tak tau kenapa kawan dia tu kena bullied

Marah. Memang marah. 

Sebab?  Last year Adam was bullied too
Sebab?  I dont know for sure. But he had verbal & physical abuse

I told him to have patience.

Ayah suruh ejek bila orang tu ejek. I kata, dont scoop to their level. If they call you "bodoh" or whatever, you tell them "kau pun sama" and move away. JANGAN sebut apa yang orang tu sebut. He managed. 

Ayah kata pukul balik orang tu.  I kata, you just push them a little and make way for yourself. DO NOT be near them anymore.  He administered them well.

I asked him, 
"do you want mama to come and see them?" - no
"do you want mama to come and see your teacher?" - yes

I did not do any. I monitored the progress through him.  School is teachers' prerogative. I should not enter that zone.  And I am still able to question them if ever anything happens. My worry is only if it happened OUT of school compound. Where do I stand?

I told him to be empathy to that friend. He had been there before. He should be able to feel what that kid felt. 

Kids. Haih....

Ok. Tata
Wassalam




Tuesday, April 15, 2014

Kenapa resign?

Jawapan saya mudah. Untuk jaga anak-anak saya. Itu saja penyuluh cahaya saya di akhirat kelak, selain suami dan ibu bapa saya. 

I decided to withdraw before I start to hate. I want to leave in harmony. I want to leave when people still respect and love me for who I am.

Saya sayang kerja saya. Work station saya. Tugasan saya. Deadline saya.   Bila kamu menyayangi kerja kamu, tugasan kamu dipermudahkan. Itulah saya yang pernah saya rasa. 

But I have no longer feel ease with my personal schedule. My mat salleh environment. My driving pace. I feel everything was like "now! now! now". I was not able to cope.  So I (and my husband) decided. 

Tiada yang senang. Tapi urusan kami dipermudahkan. Alhamdulillah. 

And here I am.  Proud of whom I've decided to become. 

Doakanlah kesejahteraan kami sekeluarga.  

I would appreciate it so much. 

Ok. Tata. 
Wassalam. 

Monday, April 14, 2014

Home with Alesya

A:  Mama...  I want susu air
M:  Eh...  You've just had your susu air
A:  But I want
M:  Not now ok?  Later. You have just had it
A:  Mama....  Can I ask you a question?
M:  Yes
A:  Why Ayah always make and you say no-no-no-no-no all the times?
M:  I did not say no.  I said later.  Are you angry with me?
A:  No...  I love you
M:  So what do you want me to do now?
A:  Errr...  Susu air?
M:  Ok la. Ok la. I go get it.

Never a dull moment.  

Ok. Tata
Wassalam. 

Sunday, April 13, 2014

Tivi

Orang dulu tengok tv, setakat tengok. Mana baik jadi pedoman. Mana jahat buat tauladan. 

Orang sekarang tengok tv:
"Tak logik la helikopter masuk dalam terowong"
"Alahhh.....  Kalau hero mesti tak mati"
"Sapa punya skrip la ni.."
"Diaorang ni tak pandai focus picture la"

And list goes on...

"Siapa ajar tendang komputer ni?"
"Tv tu buat. Dia tendang. Pastu komputer dia ok"

Elok...!

Ok. Tata
Wassalam. 

Friday, April 11, 2014

Ehhhh.... Cepat pulak posting hari ni..

Hari ni iols bizi ye, uols. Ada kek, kapkek & pretzel nak buat. 

Semalam iols kena marah dengan Makcik Leha depan umah. Sebabnya?  Tak dengar dia panggil. Hahaha..

Manalah nak dengar.....  Seharian semalam sibuk dengan pretzel.  Duduknya di dapur.  Radio berpasang. Alesya pulak dengan tivinya.  Itupun mujur aje keluar umah sebab nak pegi amik adam balik sekolah.  Kalau tak, memang tak nampak la pagar depan tu.  Hehehe...

Ginilah kalau duduk kat kawasan makcik-makcik. Rasa sangat disayangi.  

Iye.  Serius.  No bodek punya.  

Ok. Tata. 
Wassalam. 

Thursday, April 10, 2014

Came back from school...

Adam:  Mama...  We had football match again for PJ today. 

Mama:  Ha...  Good la...  How was it?

Adam:  There was a fight

Mama:  What happened? (half screaming...  Tang gaduh ni i kalut ok....)

Adam:  Hakim and Umar. One accidently hit another genital. Then the other tendang muka yang lagi satu tu (excuse me...  I forgot which is which)

Mama:  Hish!  Mana ada orang main bola macam tu..

Adam:  But my friends said we gotta play like that. I almost had one. 

Mama:  Jangan nak mengada-ngada eh...  Main elok-elok. 

*****

Kasaq sungguh bebudak zaman la ni punya cara permainan. Resah rasa. Tak gaduh tak best gamaknya. 

On another note, I rasa macam comel aje Adam sebut genital tu.  Zaman I sekolah takde rasanya budak nak sebut gitu. Kalau tak "batang", mesti "ko**". Kalo tak itu, mesti "ko***".  Kan?  Ada yang nak sebut zakar? Tak denyeeeeeeee.....  

Bebird?  Lagi harommmm...  

Hahahaha!

Ok!  Tata.
Wassalam. 

Wednesday, April 09, 2014

Getting there..

Ok.  Some of you might not know that I've decided on an early retirement. Yes. I am now a domestic engineer.  Proud. 

It was not an easy decision.  My husband and I discussed lots of circumstances. Situations. Bad. Good. Happy. Sadness. Financial. Mood swing. Kids. Entitlement. Et cetera.  After all these, we had come to a mutual conclusion.  

Today is my 9th day.  Which means a month to my birthday. Huahuahuahuahua. 

Motive untuk hari ni?  Memula nak cerita pasal being at home. Bila type pasal birthday tu macam excited mood tu len macam pulak. 

Ok. We story again later la hor.  I want to cook. Today must cook early. Got not water. 

Ikan ni digoreng dalam airfryer. Kurang garing. But not bad la.  Minyak hanya sesudu kecik. 

Ok. Tata.
Wassalam. 


Tuesday, April 08, 2014

Sampai sudah..

Tak siap jugak posting London tu. Hehehe...

Ni pun asik tengok je button blogger. Nak update ke tak. Try la..  Kot ada feel, banyaklah postingnya. Kalo dak, kome ulang-ulang baca aje la apa yang ada yer..

Okeh. Type again later. Nak lipat baju dulu. 

Wassalam.