Sunday, April 20, 2014

Ma

Pertama kali bersua muka, Ma pegang pipi saya.  Tidak dia mencubit. Sekadar mengusap penuh kasih. Mungkin chubby untuk anaknya.  Ma tinggalkan sepasang kurung batik biru.  Tersenyum bakal menantu. 

Pertama kali pulang ke Kelantan, Ma terdengar kami bergurau lapar. "Nah... Ma buat se (satu) aje.  Kongsi dua orang".  Dihulurnya semangkuk maggi dengan telur beserta segelas air milo.  Terharu rasa menantu bongsu. 

Saya bukan warm person. Takes time untuk saya berbual dan bersembang. Terkena pula dengan Ma yang pendiam. Cerita kami jarang melebihi 10 minit.  Kalau bertemu, tanya saya cuma "Ma sihat?  Ma dah makan?  Ma jaga diri baik-baik ye. Makan ubat ye, Ma. Insya Allah kita jumpa lagi".  Bagai radio rosak.  

Namun, terakhir berbual dengannya, saya rasa sangat seronok. Sebab Ma asyik nak bercerita. Ma bercakap bagai tiada nak henti.  Dek tuturan Ma dah tak jelas dan pendengaran Ma dah tak kuat, saya dah tak mahu bercakap dengan Ma lepas itu. Saya tak mahu kenangan manis saya hapus. 

Orang berkisah ibu mertua jahat. Bukanlah itu Ma. Orang berkata ibu mertua mengganggu rumah tangga. Orang itu tidaklah Ma. Ma adalah sebaik-baik ibu mertua.  Yang terbaik bagi kami lima menantu. 

10 tahun saya bersama Ma.  She was a true fighter. She survived cancer for the past 8 years.  Tatlala Allah swt menjemputnya, saya utuskan rasa syukur.  Ma dah tak sakit lagi. Ma dah tak menderita lagi. 

Ma - damailah di sana. 
Al-fatihah dan doa akan selalu mengiringi. 

Wassalam. 





No comments: